Tuesday, September 12, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (12 September)


Tarikh 12 September merupakan hari ke 255 (hari ke 256 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 110 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Paul Walker

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kebangsaan di Tanjung Verde.

Peristiwa

490 SM – Perang Yunani-Parsi: Orang Athens dan sekutunya Plataea menghentikan pencerobohan Parsi dalam Pertempuran Marathon.

1683 – Perang Turki Agung: Tentera Poland yang diketuai John III Sobieski bergabung dengan tentera Habsburg untuk menewaskan tentera Empayar Uthmaniyyah dalam Pertempuran Vienna.

1848 – Switzerland menjadi sebuah negara persekutuan dengan penerimaan perlembagaan baharu.

1933 - Leó Szilárd mendapat idea tentang tindak balas rantai nuklear semasa sedang menunggu lampu merah di Southampton Row di Bloomsbury, London.

1942 – Peristiwa Laconia: Sebuah U-bot menenggelamkan kapal RMS Laconia dengan sebutir torpedo berhampiran pesisir pantai Afrika Barat dan cuba untuk menyelamatkan penumpangnya, yang termasuk 80 orang awam, 160 askar Poland, 268 askar British dan 1800 tawanan perang Itali.

1977 – Aktivis anti-aparteid Afrika Selatan Steve Biko terbunuh semasa dalam jagaan polis di Pretoria.

1992 – Pemimpin pertubuhan gerila Maois Peru Shining Path Abimael Guzmán ditangkap di Lima.

2007 – Bekas Presiden Filipina Joseph Estrada disabitkan menggelapkan wang dan dihukum reclusión perpetua.

2007 – Gempa bumi terjadi di Bengkulu dengan kekuatan 8.4 pada skala Richter.

2011 – Loji Kuasa Nuklear Bushehr, kemudahan kuasa nuklear awam pertama di Timur Tengah, mula beroperasi di Iran.

2011 – Letupan dan kebakaran talian paip minyak di Nairobi, Kenya mengorbankan 100 orang.

2012 – Parti Rakyat untuk Kebebasan dan Demokrasi mengekalkan kemajmukan dalam pilihan raya umum Belanda.

2012 – Serangan terhadap misi diplomatik dan bantahan meluas terjadi selepas penyebaran suatu filem pendek yang menghina Islam.

2013 – NASA mengesahkan Voyager 1 menjadi objek buatan manusia pertama sampai ke ruang antara bintang pada Ogos 2012.

Kelahiran

1973 - Paul Walker, pelakon Amerika Syarikat (kematian pada 30hb November 2013).

1986 - Emmy Rossum, pelakon Amerika Syarikat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (11 September)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon