Tuesday, April 11, 2017

Tahukah Anda Berapa Banyak Satelit (Bulan) Planet Dalam Sistem Suria Kita?


Dalam istilah astronomi, satelit merupakan suatu objek di angkasa yang bergerak mengelilingi objek lain yang lebih besar.

Satelit+Planet

Bulan merupakan satelit bagi bumi manakala bumi dan planet lain merupakan satelit bagi matahri.

Dan tahukah anda semua berapa banyak satelit (bulan) yang terdapat di dalam sistem suria kita? Jom baca.

Satelit Planet

1. Planet Utarid dan Zuhrah tiada satelit planet.

2. Bumi mempunyai satu satelit planet yang dipanggil Bulan.

3. Marikh

Phobos dan Deimos. Kedua-dua ditemui pada tahun 1877 oleh Asaph Hall. Orbit mereka hampir bulat serta bergerak ke permukaan rata pada garisan lintang planet. Kedua-dua planet berketul dan gelap.

4. Musytari

Mempunyai 67 bulan. Kebanyakannya berbentuk elips dan bertentangan dengan putaran planet.

IO merupakan salah satu bulan daripada empat bulan Musytari yang ditemui oleh Galileo Galilei pada 7 Januari 1610.

Dengan diameter berukuran 3,642 kilometer, IO terdiri daripada batuan silikat yang mengelilingi leburan besi atau pusat besi sulfida.

Permukaan IO mempunyai lebih daripada 400 gunung berapi aktif menjadikan geologinya sangat aktif.

5. Zuhal

Memiliki 53 bulan antaranya Titan. Ahli astronomi Belanda, Christiaan Huygens menemui Titan pada 25 Mac 1655 selepas Galileo menemui bulan Musytari.

Nama lain bagi Titan ialah Zuhal VI.

Zuhal mempunyai awan dan atmosfera serta tasik pada permukaan.

6. Uranus

Mempunyai 27 bulan yang terbentuk daripada separuh ais dan batu.

Miranda, bulan yang kecil dan ahli astronomi yang menemuinya ialah Gerard Kuiper pada 16 Februari 1948 di Balai Cerap McDonald.

Nama lain bulan ini ialah Uranus V. Rata-rata permukaannya dilitupi ais, dengan ketumpatan rendah yang mungkin mengandungi batu silikat dan sebatian organik.

7. Neptun

Mempunyai 13 satelit, antaranya Triton yang ditemui oleh William Lassell pada 10 Oktober 1846, sebesar planet kerdil Pluto dan mengorbit ke belakang bertentangan arah putaran Neptun.

Permukaannya terdiri daripada nitrogen beku, kerak dan mantel ais manakala terasnya daripada batu dan logam di mana jisimnya ialah dua pertiga jisim bulan.

Minimum ketumpatannya kira-kira 2.061 gram per sm padu dan kandungan ais pada airnya dianggarkan sebanyak 15-35%.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: muftimelaka

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon