Thursday, August 11, 2016

Harga Dan Spesifikasi OPPO F1s, Smartphone Untuk Pakar Selfie!


OPPO F1s merupakan telefon pakar selfie yang memiliki kamera selfie sehebat F1 Plus, dengan harga yang lebih rendah.

OPPO F1s - Selfie+Expert

Dari segi spesifikasi yang ditawarkan, OPPO F1s memiliki sistem kamera serta saiz paparan yang sama dengan Oppo F1 Plus, namun beberapa bahagian telah diturun taraf seperti prestasinya, memori dan resolusi skrin bagi merendahkan harganya.

Terdapat tiga model dalam keluarga Selfie Expert iaitu OPPO F1, OPPO F1 Plus, dan OPPO F1s.

Rekaannya juga hampir sama untuk kedua-dua model ini dengan skrin sebesar 5.5 inci dan hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Gold, Rose Gold dan Gray.

Kamera Yang Hebat

Ia dilengkapi kamera selfie 16MP f/2.0, bersama aplikasi Beautify 4.0 memastikan tangkapan selfie sentiasa menawan dan boleh merakam video 1080p.

Kamera belakangnya pula 13MP f/2.2 disertakan LED Flash dan autofokus, sama seperti dua model terdahulu iaitu 13 MP dengan apertur seluas F2.0.

3 Slot Kad

Satu perkara yang menarik, OPPO F1s mempunyai tiga slot kad yang menyokong dua kad sim bersaiz nano, dan satu kad mikroSD. Tidak perlu bertukar kad sim dan kad mikroSD lagi.

Bateri

Baterinya lebih besar dan telah dipertingkat 3,075mAh tetapi tidak datang bersama pengecas pantas VOOC.

Memori

Kuasa dalamannya digerakkan oleh CPU Mediatek 6750 8-teras, bersama 3GB RAM dan storan dalaman 32GB.

Skrin

OPPO-F1s---Selfie+Expert-[2]

Skrin IPS pada F1s sebesar 5.5-inci, dengan resolusi HD 1280×720 sahaja. Ia dilapisi kaca Corning Gorilla Glass 4 dengan sisi melengkung 2.5D.

Pengimbas cap jari

Pengimbas cap jari pada OPPO F1s terletak di depan, turut bertindak sebagai butang Home. Pengimbas capjari ini boleh ditetapkan untuk melancarkan aplikasi berbeza, apabila jari berlainan diimbas.

Harga OPPO F1s

OPPO F1s dijual di Malaysia pada harga RM1,198 dan boleh didapati dalam dua warna, Emas dan Emas Ros. Tempahan kini dibuka sehingga 19 Ogos, dan akan mula dihantar pada 20 Ogos.

Ia juga akan mula dijual di kedai dan pengedar sah OPPO pada 20 Ogos 2016.

Di Indonesia, yang telah menerima OPPO F1s lebih awal, harga runcit di sana adalah 3,799,000 juta rupiah Indonesia iaitu sekitar RM1,167.

Perbandingan antara Oppo F1s dan Oppo F1 Plus

Spesifikasi OPPO F1s

Tempahan Awal

Tempoh tempahan OPPO F1s adalah antara 8 hingga 19 Ogos ini. Berkunjunglah ke laman promosi tempahan OPPO F1s untuk maklumat lanjut.

BACA INI JUGA: Harga Dan Spesifikasi Samsung Galaxy Note 7

Sumber: theskop/mesramobile

1 comment

  1. Nice post... I recommend installing some minimal widgets for your blogger website from http://barrel.im .Thanks

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon