Tuesday, June 14, 2016

Gambar Neelofa Berubat Dengan Haron Din Cetus Isu Di Instagram!


Sesiapa yang mengikuti perkembangan Neelofa menerusi laman Instagramnya tentu perasan pelakon dan pengacara ini telah bertemu dengan pendakwah terkenal, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din, beberapa hari lalu.

Haron Din & Neelofa.jpg

Perkara ini diketahui kerana Neelofa telah memuat naik video dirinya sedang berubat cara Islam dengan Haron Din.

Bagaimanapun, video tersebut menimbulkan kontroversi hingga ratusan komen menghujani ruangan komen posting ini.

Ini gara-gara, ketika proses ruqyah itu kelihatan Haron Din meletakkan tangannya di belakang badan Neelofa sambil membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Dek kerana itulah, ramai mempersoalkan tindakan dan niat Neelofa memuatnaik video tersebut.

Haron Din & Neelofa [2].png
Haron Din & Neelofa [3].jpg
Haron Din & Neelofa [4].jpg

Ramai berpendapat Neelofa sengaja mencari publisiti dan video tersebut tidak patut dikongsi kepada umum kerana boleh menimbulkan fitnah.

Bagaimanapun, sesetengah peminat mempertahankan bintang itu kerana berasakan tiada yang salah atau haram kerana Haron Din melakukan demikian untuk tujuan berubat dan ianya jelas berlapik.

Tambahan pula, ia dapat memberi gambaran kepada peminat di luar sana tentang bagaimana proses ruqyah berlangsung.

Dalam pada itu, Neelofa dilihat turut memuat naik video pesanan Haron Din dan antara intipati ucapannya adalah tentang ‘bersangka baik’.

Haron Din & Neelofa [5].jpg

Apa pun, bertuah Neelofa kerana dapat bertemu dengan salah seorang ahli agama yang begitu dihormati dan disanjungi di Malaysia.

Sebelum ini Neelofa pernah mencetuskan kontroversi lebih kurang serupa apabila memuat naik gambar seorang qari memegang ubun-ubunnya.

UPDATE!
(16/62016)

Kontroversi Dengan Haron Din, Ini Penjelasan Neelofa

Neelofa.jpg

Dalam pada itu, video tersebut turut menimbulkan persoalan peminatnya sama ada bintang kesayangan mereka itu terkena buatan orang.

Bagaimanapun, Neelofa tampil menafikan hal itu dan mendakwa hubungan keluarganya dengan pengamal perubatan Islam itu sememangnya rapat.

“Video itu tidak bermaksud apa-apa. Saya tidak terkena buatan orang (sihir) seperti mana yang difikirkan ramai.

“Hubungan keluarga saya dan ustaz (Haron Din) agak rapat. Malah, keluarga kami selalu berkunjung ke kediaman masing-masing.

“Jadi ia sudah menjadi kebiasaan buat kami sekeluarga untuk meminta khidmat kepakaran ustaz apabila beliau berkunjung ke rumah kami,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Neelofa, Haron Din yang juga mursyidul am PAS itu, selalu menyediakan air pendinding pada setiap kali mengadakan kunjungan ke rumahnya.

Dalam pada itu, jurucakap pusat perubatan Darussyifa yang didirikan oleh Haron Din turut menjelaskan rawatan yang dilakukan kepada pengacara Meletop itu.

“Memang terdapat kaedah meletakkan tangan di tempat sakit. Jika wanita hanya diletakkan di bahagian belakang sahaja namun tidak semua rawatan perlu menyentuh pesakit.

“Ayat ruqyah adalah ayat daripada sumber al-Quran yang digunakan dengan cara tersusun, amalan sunnah Rasulullah serta kaedah lain sebagai ikhtiar merawat pesakit sama ada sakit fizikal atau rohani yang selaras dengan kehendak syarak,” katanya.

BACA INI JUGA: Ayam Cemani, Pengeras Upacara Memanggil Syaitan

Sumber: Mynewshub.cc

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon