Wednesday, May 04, 2016

Video Viral Pelanggan Fareeda Berasak Lagi, Kali Ni Demi Kopi Free!


Kali ini, kopi percuma yang ditawarkan pula dikatakan jadi punca, Mawar Fareeda sekali lagi hangat diperkatakan apabila dilihat membiarkan orang ramai berasak-asak berebut lagi, di premis tudung mereka.

Pelanggan Fareeda Berasak [2]

Kopi berkenaan diberikan secara percuma demi menarik perhatian orang ramai untuk mendapatkan nombor giliran bagi koleksi tudung terbaru keluaran Fareeda yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Mungkin sebab itulah ramai yang berpusu datang sampaikan sanggup berpanas terik matahari berdiri diluar. Rakaman insiden tersebut kini viral di laman sosial.

Menerusi video tersebut, kelihatan pelanggan berasak-asak di luar pagar yang dikawal oleh pasukan RELA.

Bagaimanapun, ada antara mereka bertindak ganas untuk masuk ke kawasan kilang Fareeda Group dengan merempuh anggota RELA, sehingga ada yang tertanggal tudung dan terhimpit di celah pagar.

Penyebaran video berkenaan mengundang kritikan orang ramai yang mempersoalkan sistem pemasaran pihak Fareeda yang tidak berubah sejak isu panas tudung Fareeda tempoh hari.

Malah ramai juga yang mengatakan bahawa pihak pengurusan Fareeda seolah-olah tidak serik dengan insiden itu.

Pelanggan Fareeda Berasak

Terdahulu, video viral memaparkan pelanggan Fareeda berebut lelaki perempuan demi mendapatkan nombor giliran membeli tudung terbaharu Fareeda dengan harga lebih murah telah mencetuskan sensasi internet dan dikecam hebat netizen.

Pengacara Wardina Safiyah antara yang menegur insiden berkenaan dan meluahkan perasaan kesal kerana ia menampakkan seolah-olah pelanggan dilayan seperti lembu.

Setakat ini pihak Fareeda mahupun Fizo Omar sendiri masih belum mengeluarkan sebarang komen mengenai perkara ini.

BACA INI JUGA: Kenapa Sebenarnya Tudung Fareeda Jadi Kegilaan Ramai?



2 comments

  1. malas nak komen pasal bab ni hehe

    ReplyDelete
  2. Tu kata...masih tak serik lagi...alahai manusia yang rakus dengan keuntungan sehingga hilang rasa hormat... :(

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon