May 13, 2016

'Saya Adalah Pengasas Kumpulan Search'

Pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad, bertegas tidak akan membuat permohonan maaf terhadap anggota kumpulan Search yang lain berhubung isu pertikaian mengenai pembayaran Konsert 35 Tahun Search yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 30 Ogos ini.

Yazit Ahmad - Kumpulan Search

Terdahulu, dalam sidang media yang diadakan oleh Search, anggota kumpulan, Amy, Nasir, Hamzah dan Din meminta Yazit menarik balik kenyataan beliau mengenai tuduhan pecah amanah yang tidak berasas dalam masa 48 jam dan memohon maaf kepada individu yang beliau kaitkan dalam laporan tersebut.

"Saya rasa tidak perlu untuk saya meminta maaf kerana mereka memaki dan saya ditipu. Malah saya kecewa dan sedih kerana mereka menuduh saya memalukan Search.

"Saya akan teruskan dengan laporan saya sebelum ini malah selepas sidang media ini saya akan buat satu lagi laporan di Balai Polis Wangsa Maju, namun buat masa ini saya tidak akan mendedahkan sebab saya buat laporan itu" katanya pada sidang media khas bagi menghuraikan kemerlut isu tersebut, bertempat di Ampang Park, pada Khamis.

Turut hadir sama pada majlis berkenaan ialah peguam yang mewakili Yazit iaitu Mohamad Saiful Dzulhelmi Zulkifli.

Dalam pada itu, Yazit meluahkan rasa kecewa dan menganggap ada antara anggota Search lain yang bertindak sebagai dalang tercetusnya konflik ini.

"Selepas 35 tahun dan saya sekarang sakit jatuh sakit, mereka terus mengenepikan saya dan tidak pernah berbincang dengan saya mengenai konsert 35 Tahun itu. Saya hidup lagi tapi mereka layan saya macam dah mati.

"Saya dapat tahu MOU yang ditandatangani dengan Afjets pada mulanya dengan lima nama tetapi ianya telah ditukar kepada empat nama kerana ada pihak yang meminta nama saya dibuang dalam MOU itu.

"Individu itu berjanji dengan Afjets bahawa mereka akan berbincang dengan saya namun tiada langsung khabar berita daripada mereka.

"Hakikatnya saya adalah pengasas kumpulan itu, saya yang kutip Amy, Kid, Din dan Nasir.

"Saya yang perjuangkan band ini. Search ni ibarat nyawa saya. Saya tak.pernah ada niat nak memalukan Search," katanya.

Yazit Ahmad

Bagaimanapun Yazit mengakui telah menerima sebanyak RM10,000 daripada pihak Afjets pada Mac lalu.

"Pada sekitar Mac lalu, saya ada menerima panggilan daripada Afjets meminta nombor akaun saya, kerana memasukkan duit.

"Saya terkejut dan bersyukur, itu rezeki dan saya ingatkan itu adalah bayaran pertama. Rupanya itu bayaran kedua.

"Saya juga dapat tahu keempat anggota lain telah mendapat bayaran pertama sebanyak 30 peratus yang berjumlah RM75,000.

Terdahulu, media melaporkan, pada 4 Mei lalu Yazid membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju mendakwa isteri Amy yang dikenali sebagai Norish menengkingnya apabila dia bertanyakan hal ehwal keewangan untuk pembabitannya dalam Konsert 35 Tahun Search yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) itu. Yazid juga mendakwa berlaku pecah amanah. -mD

BACA INI JUGA: Pemain Gitar Kidal Terkenal Dunia

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon