Saturday, May 21, 2016

Hudud Sukar Dilaksana Jika Pencuri Balak Pun Tak Boleh Cari!


Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mempersoalkan bagaimana Kerajaan Negeri Kelantan mahu laksanakan hudud jika masalah pembalakan haram di negeri itu tidak dapat diatasi.

Hudud Sukar Dilaksana

“SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pun sahkan ada berlaku pembalakan haram di Kelantan.

“Macam mana mahu laksana hudud kalau pembalak haram Pas hanya biar dan tidak boleh ambil tindakan?” katanya dalam program Dialog Bersama Husam Musa.‎

Menurutnya lagi, Pas Kelantan perlu bertindak menangani masalah pembalakan haram yang terjadi secara meluas di negeri itu.

“Dalam hudud, hukum mencuri dipotong tangan. Usahkan potong tangan, potong kuku (pembalak haram) pun kita tak boleh,” bidasnya.

BACA INI JUGA: 6 Dosa Besar Yang Tidak Akan Diampunkan Allah

Sumber: Sinar Online

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon