May 26, 2016

Guru Diajar Cara Tepuk Tangan Untuk Menteri!!

Tak sangka, selain dibebankan dengan kerja-kerja pengkeranian, bersilih ganti module itu module ini, sistem itu sistem ini, cikgu-cikgu sempat juga mengulangkaji silibus baru.

Guru Diajar Cara Tepuk Tangan.jpg

Menurut salinan mesej WhatsApp yang tersebar, isu guru-guru diajar cara bertepuk tangan apabila Menteri Yang Maha Mulia berucap, dikatakan bermula daripada gesaan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) yang mendapat aduan menteri besar tentang guru-guru yang tidak bertepuk tangan di satu majlis yang dihadiri beliau.

Susulan itu, muncul arahan tidak rasmi daripada jabatan itu agar sekolah melatih guru-guru bertepuk tangan selama lima minit, termasuk sewaktu perhimpunan mingguan.

Tetapi menurut MB Terengganu, arahan yang dikeluarkan itu hanyalah satu gurauan.

Arahan satu gurauan? Apa bendanya tu? Nampak macam nak cover line saja ni..

KUALA LUMPUR, 26 Mei — Arahan meminta guru-guru mengadakan latihan tepuk tangan seperti diperkatakan di internet hanyalah “satu gurauan”, kata menteri besar Terengganu.

Ahmad Razif Abdul Rahman berkata perkara itu tidak perlu diperbesarkan kerana guru-guru di negeri itu sudah dianggap beliau bagai rakan sendiri.

“Tidak payah panjangkan (isu ini) kerana saya bergurau sahaja kepada guru-guru,” katanya dalam satu mesej ringkas kepada ProjekMMO.

“Ini kerana mereka adalah rakan-rakan saya. Tidak tahu pula jadi macam ini,” katanya yang pernah bertugas sebagai guru dan pensyarah institut perguruan.

Sejak beberapa hari lalu, tersebar di media sosial yang mendakwa guru-guru di Terengganu telah diarah mengadakan latihan tepuk tangan selama lima minit.

Ia turut mendakwa pihak sekolah harus mengemukakan bukti bergambar latihan telah dijalankan.

Menurut salinan mesej WhatsApp yang tersebar, isu ini dikatakan bermula daripada gesaan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) yang mendapat aduan menteri besar tentang guru-guru yang tidak bertepuk tangan di satu majlis yang dihadiri beliau.

Susulan itu, muncul arahan tidak rasmi daripada jabatan itu agar sekolah melatih guru-guru bertepuk tangan selama lima minit, termasuk sewaktu perhimpunan mingguan.

Selain itu, tersebar pula video di Facebook dan YouTube yang menunjukkan sekumpulan besar guru dan murid di sekolah rendah di Kuala Terengganu sedang bertepuk tangan.

Kesahihan maklumat di media-media sosial tersebut, setakat ini, tidak dapat disahkan.

Guru Diajar Cara Tepuk Tangan [2].jpg

Butiran acara yang dihadiri menteri besar juga masih kabur. Namun ia dipercayai pada sambutan Hari Guru peringkat negeri ke-45 yang diadakan Selasa lalu di Kuala Nerus.

ProjekMMO sedang mendapatkan reaksi pihak JPNT berhubung kandungan WhatsApp tersebut seperti didakwa.

Ketika ditanya sama ada menjadi kelaziman guru-guru di negeri itu tidak bertepuk tangan, Ahmad Razif berkata ia bukanlah budaya.

Tambahnya, insiden tidak bertepuk tangan mungkin berlaku kerana kebanyakan guru di majlis Hari Guru tahun ini belum pernah menghadirinya.

“Saya dimaklumkan kebanyakan yang dijemput hari itu adalah yang belum pernah hadir dalam majlis Hari Guru sebelum ini,” katanya.

“Mungkin mereka amat teruja dengan majlis tersebut.”

Ahmad Razif tidak mengulas apabila ditanya sama ada latihan kepada guru-guru itu, yang didakwa di media sosial sebagai “hukuman” akan dihentikan.

Semoga cikgu-cikgu semuanya berjaya mendapat markah tambahan tertinggi dalam 'subjek' tersebut ya...

BACA INI JUGA: Malaysia Negara Paling Ajaib Di Dunia

Sumber: The Malay Mail

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon