Tuesday, April 26, 2016

Sing! Karaoke, Aplikasi ‘Duet’ Yang Semakin Digilai Ramai


Biarpun suara anda mungkin tidak semerdu Yunalis Zarai, setiap teriak vokal yang dilontarkan mampu membuatkan anda lupa segala urusan dunia buat seketika waktu.

Sing! Karaoke

Tak hairanlah, sebuah aplikasi kini jadi kegilaan penggemar karaoke di seluruh dunia.

Sing! Karaoke merupakan sebuah aplikasi khusus yang membolehkan pengguna android atau ios berkaraoke bersama artis kegemaran atau sesiapa sahaja.

Aplikasi daripada Smule ini memerlukan pengguna menggunakan kemera di bahagian depan bagi melakukan rakaman video kendiri untuk berduet mendendangkan lagu bersama artis atau individu yang dipilih.

Lirik lagu akan dipaparkan pada layar peranti dan untuk kepuasan lebih maksima, pengguna dinasihat menggunakan plug telinga agar segala melodi sewaktu mendendangkan lagu dapat disampaikan dengan lebih berkesan.

Apa yang menarik, aksi yang ditonjolkan oleh artis-artis dalam aplikasi ini seakan ‘live’ sehingga membuat pengguna merasai pengalaman seolah-olah memang sedang menyanyi secara bersemuka dengan idola kegemaran mereka.

Antara barisan artis antarabangsa yang sering menjadi tumpuan peminat dalam aplikasi ini adalah Jessie J, Ariana Grande, David Guetta dan Charlie Puth di mana tahun lepas, Jessie J telah mencipta rekod apabila rakaman aksi duetnya dengan seorang peminat menjadi viral sehingga menerima 16 juta tontonan di saluran Youtube.

Jessie J turut menerima pelbagai perhargaan daripada peminat kerana dia merupakan antara artis paling ‘mesra’ sewaktu mengadakan sesi duet dalam aplikasi maya tersebut.

BACA INI JUGA: Tiket Konsert Paling Mahal Selebriti Terkenal

Sumber: Mynewshub.cc

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon