Tuesday, March 29, 2016

Video Murid Tahun 1 Kena Culik Di Sarawak Viral


Rakaman CCTV menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun dilarikan oleh seorang lelaki dan perempuan dalam kejadian di Jalan Astana, Petra Jaya, Kuching, Sarawak menjadi viral di media sosial.

Haiqal Haqimi Suhini

Dalam kejadian pada jam 1 tengah hari semalam (28/3/2016), kanak-kanak terbabit, Haiqal Haqimi Suhini dilarikan ketika bermain di perlarangan rumah neneknya, seperti yang dilaporkan portal berita akhbar arus perdana.

Menerusi rakam video yang diambil di sebuah premis berhampiran, menunjukkan Haiqal dihampiri oleh seorang wanita bertudung yang membawanya ke bahu jalan sebelum ditahan sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki yang kemudian membawanya pergi entah ke mana.

Kehilangan Haiqal itu disedari oleh keluarganya tidak lama kemudian. Bapanya, Suhini Abdullah, 36, membuat laporan polis pada jam 9.45 malam tadi selepas menerima salinan rakaman CCTV tersebut.

Difahamkan, polis kini sedang giat mengesan dua suspek berkenaan dengan menyebarkan gambar kanak-kanak tersebut di setiap balai polis di seluruh negara.

Haiqal Haqimi Suhini [2]
Haiqal Haqimi Suhini, 7 tahun.

Sementara itu, ahli keluarga dan saudara mangsa giat memohon bantuan orang ramai mengesan kanak-kanak terbabit.

“Andai kata orang yang membawa Haiqal itu berniat mahu menolong, sila hubungi saya dengan segera. Kami sekeluarga sedang menunggu Haiqal.

“Video ini mungkin tidak berapa jelas. Sesiapa yang ada maklumat, sila hubungi kami segera,” kata Bella Luna Shaimi, ibu saudara mangsa yang memuat naik video rakaman di laman sosial.

Ketika dilarikan, mangsa berpakaian kemeja-T biru muda berkolar hitam dengan tulisan Manchester City dan berseluar sukan sekolah biru tua.

Kepada anda yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini, boleh memaklumkan di balai polis berhampiran atau menghubungi talian 082-244444. -Mynewshub.cc

BACA INI JUGA: Lapa, Aplikasi Kesan Kedudukan Anak Dan Barang Jika Hilang!


UPDATE!
29/3/2016 - 7PM

Haiqal Haqimi Suhini berjaya ditemui

HAIQAL+Hakimi

Haiqal yang dilaporkan hilang kelmarin telah selamat kembali ke pangkuan keluarganya petang tadi.

Perkhabaran itu dikongsikan oleh Effa Farhana Shaimi melalui Facebooknya.

"Alhamdulillah, syukur ke atas Ilahi. Haiqal Hakimi selamat dihantar ke rumahnya di Taman Hussien," katanya.

Effa mengesahkan bahawa maklumat yang diterima dari ahli keluarganya yang berada di Kuching itu adalah sah, selain dari berkongsikan gambar kanak-kanak berkenaan.

Bagaimanapun, dia tidak mendedahkan maklumat kemana anak saudaranya itu dibawa oleh dua suspek terbabit.

"Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang membantu tanpa mengira siapa pun anda. Kami tidak meminta perkara seperti ini berlaku.

"Moga menjadi pengajaran kepada semua," katanya. -PIXEL MEDIA

BACA INI JUGA: Kehilangan Misteri Di Segi Tiga Bennington

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon