Tuesday, March 01, 2016

Senarai Filem Wajib Tonton Mac 2016!


Bulan Mac bakal menyenaraikan filem-filem daripada pelbagai genre yang pastinya akan membuatkan anda bukan sahaja teruja tetapi keliru mahu tonton yang mana satu.

Filem Wajib Tonton Mac 2016

Jika bulan Februari tidak menyajikan filem-filem yang membuatkan anda teruja berikutan banyak filem-filem bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina, jangan risau kerana bulan Mac pastinya tidak akan mengecewakan anda.

Bulan Mac juga akan menampilkan beberapa buah filem blockbuster Hollywood yang dinanti-nantikan oleh seluruh penonton di dunia.

Nak tahu filem apa? Jom tengok senarai filem-filem wajib tonton untuk bulan Mac ini!

Zoolander 2
Tarikh tayangan: 3 Mac 2016

Zoolander 2

Peminat fesyen pastinya tidak akan melepaskan untuk menyaksikan filem sekuel ini yang mana ia mengisahkan tentang supermodel terkenal Derek Zoolander telah berkahwin dan kini mempunyai anak lelaki.

Bersama rakan modelnya, Hansel, kedua-dua mereka ingin kembali ke puncak selepas lama menyepi dari dunia permodelan. Tetapi ia bukan mudah apabila mogul fesyen jahat, Mugatu merosakkan rancangan mereka.

Filem arahan Ben Stiller ini akan mengekalkan pelakon utama iaitu Ben Stiller dan Owen Wilson yang mana turut dibarisi pelakon lain seperti Penelope Cruz, Christine Taylor dan Kristen Wiig.

London Has Fallen
Tarikh tayangan: 3 Mac 2016

London Has Fallen

Macam pernah dengar judul filem ini dahulu bukan? Ya, betul kerana filem "London Has Fallen" merupakan sekuel kepada "Olympus Has Fallen".

Ia mengisahkan apabila pemimpin-pemimpin dunia Barat berkumpulan untuk pengebumian Perdana Menteri British yang meninggal dunia.

Ejen rahsia, Mike Banning kemudian mendapati terdapat satu rancangan jahat yang mahu menghapuskan kesemua pemimpin dunia tersebut.

Hanya Banning dan seorang ejen MI-6 sahaja mampu menghalang rancangan jahat itu. Gerard Butler kembali membawa watak sebagai Banning dalam filem arahan Babak Najafi ini selain pelakon lain seperti Aaron Eckhart, Morgan Freeman dan Angela Bassett.

BoBoiBoy The Movie
Tarikh tayangan: 3 Mac 2016

BoBoiBoy The Movie

Tidak lengkap dalam senarai ini jika tidak ada filem tempatan kan! Mengapa filem animasi ini turut dipilih? Ini kerana bulan Mac adalah musim cuti sekolah jadi ia sangat sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak dan tidak lupa kepada orang dewasa juga.

Filem yang diangkat dari siri animasi televisyen popular ini mengisahkan tentang sekumpulan makhluk asing bernama The Tengkotak tiba di bumi dan menculik Ochobot untuk menggunakannya mencari sebuah Sfera Kuasa yang tersembunyi di bumi. BoBoiBoy dan kawan-kawannya perlu menyelamatkan Ochobot dan membongkar rahsia di sebalik Sfera Kuasa tersebut.

Kung Fu Panda 3
Tarikh tayangan: 10 Mac 2016

Kung Fu Panda 3

Selain filem animasi tempatan, bulan Mac juga menawarkan filem animasi Hollywood yang dinanti-nanti oleh ramai iaitu "Kung Fu Panda 3".

Filem ketiga ini akan menyaksikan kesinambungan yang mana kali ini Po perlu berdepan dengan dua musuh epik namun datang dalam bentuk yang berbeza, iaitu satu makhluk halus yang tidak dapat dikesan dan satu lagi semakin menghampiri rumahnya.

Filem arahan Jennifer Yuh ini akan menampilkan pelakon suara asal iaitu Jack Black serta pelakon suara lain seperti Dustin Hoffman, David Cross, James Wong, Angelina Jolie dan Seth Rogen.

The Divergent Series: Allegiant
Tarikh tayangan: 17 Mac 2016

The Divergent Series: Allegiant

Ia adalah kesinambungan dari filem pertama "Divergent" yang mana pada filem kedua "The Divergent Series: Allegiant" ini akan menyaksikan Tris cuba berdepan dengan kebenaran di sebalik sistem berkumpulan.

Tris bersama Four harus melarikan diri dalam usaha mencari jalan penyelesaian aman untuk bandar mereka yang bermasalah.

Kedua-dua mereka meninggalkan bandar untuk kali pertama dan perlu membuat keputusan siapa mereka perlu percaya sebagai mana perang sudah bermula dengan lebih banyak kebenaran yang mengejutkan di sebalik tembok di sekeliling Chicago.

Filem arahan Robert Schwentke akan dibintangi pelakon asal seperti Shailene Woodley, Theo James, Octavia Spencer, Ray Stevenson dan ramai lagi.

Batman V Superman
Tarikh tayangan: 24 Mac 2016

Batman V Superman

Filem yang paling ditunggu-tunggu oleh penonton di seluruh dunia adalah filem "Batman V Superman". Filem arahan Zack Snyder ini akan menggabungkan kisah dua adiwira kegemaran ramai iaitu Superman dan Batman.

Ia merupakan kesinambungan kepada filem "Man Of Steel" yang mana akan menyaksikan Superman dan Batman akan bertarung.

Filem yang dibintangi oleh Ben Affleck, Gal Gadot, Amy Adams, Laurence Fishburne dan Diane Lane ini juga akan memperlihatkan watak Wonder Women akan diperkenalkan.

Rings
Tarikh tayangan: 31 Mac 2016

Rings

Tidak keterlaluan jika kami katakan bulan Mac tidak lengkap jika tidak ada filem seram, oleh itu untuk bulan Mac ini untuk peminat filem seram jangan risau kerana ada filem untuk anda iaitu "Rings". Filem arahan F. Javier Gutierrez ini adalah filem ketiga yang diadaptasi daripada filem seram Jepun "Ringu".

Ia akan menyaksikan Samara kembali menghantui dan membunuh sesiapa sahaja yang menonton sumpahan pita video tersebut.

Ia dibintangi oleh Matilda Lutz, Alex Roe, David Dorfman, Johnny Galecki dan Aimee Teegarden.

Selamat menonton!

BACA INI JUGA: Benarkah Animasi Shin Chan Adaptasi Kisah Benar Yang Menyedihkan?

Sumber: Cinema

2 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon