Friday, March 18, 2016

Pelakon-pelakon Terbaru Hollywood Yang Di Bayar AS$20 Juta Untuk Satu Filem!


Iron Man Robert Downey Jr., Leonardo DiCaprio, Sandra Bullock, Angelina Jolie,  Matt Damon — kini termasuk ke dalam senarai elit sebagai pelakon Hollywood yang memperolehi pendapatan paling tinggi di Hollywood iaitu sehingga AS$20 juta untuk satu filem lakonan mereka.

Pelakon Lelaki

Matt Damon

Menurut edisi terbaru majalah The Hollywood Reporter, Iron Man Robert Downey Jr. memperolehi pendapatan sebanyak AS$20 untuk setiap filem Iron Man.

Manakala Matt Damon dibayar jumlah yang sama, AS$20 juta, untuk francais filem Jason Bourne yang seterusnya.

Pelakon utama American Sniper, Bradley Cooper juga kini tersenarai sebagai pelakon dengan bayaran sebanyak AS$15 juta sehingga AS$20 juta untuk satu filem.

Bayaran paling tinggi yang pernah diperolehinya ialah AS$15 juta untuk filem ketiga Hangover.

Ben Affleck dan Channing Tatum turut tersenarai sebagai pelakon AS$20 juta tetapi nilai Tatum boleh menjunam ekoran kegagalan filem terbarunya Jupiter Ascending di Box Office.

Namun begitu apa yang lebih memeranjatkan ialah kemampuan Dwayne Johnson untuk kini memperolehi pendapatan sehingga AS$15 juta untuk satu filem.

Dia dibayar AS$15 juta untuk filem aksi terbaru Hercules dan San Andreas.

Sebelum ini dia hanya memperolehi bayaran yang tidak seberapa untuk muncul dalam filem terbaru Furious 7.

Namun begitu, pelakon dengan bayaran termahal kini adalah milik Leonardo DiCaprio, yang menerima AS$25 juta untuk peranannya dalam The Wolf of Wall Street.

Pelakon Wanita

Jennifer Lawrence

Dalam pada itu, empat orang pelakon wanita iaitu Bullock, Jolie, Melissa McCarthy dan Jennifer Lawrence kesemuanya kini memperolehi tidak kurang daripada AS$15 juta untuk satu filem lakonan mereka.

Bullock berada di senarai teratas sebagai pelakon wanita paling mahal di Hollywood buat masa ini dengan memperolehi AS$70 juta untuk filem Gravity sahaja.

Jumlah itu termasuk bayaran bonus dan bayaran pendahuluan sebanyak AS$20 juta. Selebihnya dia memperolehi 20 peratus untuk setiap keuntungan yang diperolehi menerusi jualan tiket.

Angelina Jolie memperolehi lebih AS$15 juta untuk filem terbarunya Maleficent tetapi sumber-sumber Hollywood memberitahu yang dia akan memperolehi AS$20 juta untuk sambungan filem spy Salt yang akan memulakan pengambaran tidak lama lagi.

Jennifer Lawrence memperolehi sekitar AS$10 juta untuk The Hunger Games: Catching Fire, tetapi khabarnya dia akan menerima AS$15 juta untuk filemnya yang seterusnya.

Semoga terhibur.

BACA INI JUGA: Pelakon Hollywood Yang Dipecat Dari Filem

Sumber: mStar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon