Feb 27, 2016

Tips Bantu Rancang Jantina Anak

Bagi pasangan yang sudah berkahwin tentunya ada keinginan untuk menimang cahaya mata dan sering kali juga ditanya sama ada inginkan anak lelaki ataupun perempuan.

Baby

Walaupun tidak kisah dengan apa jantina sekalipun, ada beberapa ikhtiar yang mungkin boleh membantu kalian merancang dan selebihnya kita berserah pada yang Maha Esa.

Menurut kajian dan petua ada beberapa cara mendapatkan anak lelaki atau perempuan yang mungkin boleh diamalkan sebelum, sewaktu atau selepas melakukan hubungan intim pasangan suami isteri.

Beberapa tip berikut boleh dijadikan panduan, namun tidak kiralah sekiranya lelaki atau perempuan semuanya rezeki dan ini juga ketentuan Tuhan. Kita terima apa juga jantina zuriat yang semestinya menjadi pengerat kasih sebuah perkahwinan.

Pemakanan

Perempuan: Memakan makanan yang beralkali bagi si suami, seperti sayuran, buahan, putih telur dan susu. Memakan makanan yang berasid bagi si isteri seperti daging dan makanan laut.

Lelaki: Ia sebaliknya. Si isteri perlu memakan makanan yang beralkali, manakala suami perlu memakan makanan yang berasid.

Klimaks

Perempuan: Untuk mendapatkan anak perempuan, ketika melakukan hubungan intim, suami perlu klimaks terlebih dahulu.

Lelaki: Untuk mendapatkan anak lelaki, ketika melakukan hubngan intim, isteri perlu klimaks terlebih dahulu.

Masa

Perempuan: Hubungan intim perlu dilakukan lebih kerap sebelum haid perempuan datang iaitu seminggu sebelum.

Lelaki: Manakala, untuk mendapatkan anak lelaki, hubungan intim perlu dilakukan lebih kerap seminggu selepas haid.

Kedudukan

Perempuan: Ada yang kata posisi memainkan peranan, jadi untuk mendapatkan anak perempuan, si isteri perlu berada di atas suami ketika hubungan intim dilakukan.

Lelaki: Manakala untuk mendapatkan anak lelaki, si suami perlu berada di atas suami ketik hubungan intim.

BACA INI JUGA: Tradisi Hubungan Terlarang Paling Pelik Di Muka Bumi!

Sumber: Eh.com.my

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon