Thursday, May 07, 2015

Germanwings, Co-Pilot Sudah Berlatih Junamkan Pesawat


Susulan kes sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Germanwings yang disyaki sengaja dijatuhkan di kawasan Pergunungan Alps, Perancis, pakar berjaya menemui bukti baru.

Germanwings

Berdasarkan siasatan daripada kotak hitam, pembantu juruterbang, Andreas Lubitz dikatakan telah berlatih untuk menjunamkan pesawat berkenaan sebelum itu.

Dalam laporan Reuters, Lubitz, 27, dikatakan membuat ‘latihan’ berkenaan dalam penerbangan dari Dusseldorf menuju Barcelona, sebelum dia betul-betul melakukannya dalam perjalanan selepas itu.

Antara bukti yang ditemui Biro Analisis dan Siasatan adalah tindakan Lubitz yang mengubah altitud penerbangan Germanwings ke 100 kaki.

Kecelakaan penerbangan tersebut disyaki sengaja dirancang oleh pembantu juruterbang itu, sementelah kebanyakan bukti menjurus kepada Lubitz.

Antaranya, dia dikatakan mengunci pintu kokpit untuk menghalang juruterbang masuk dan enggan membuka pintu walaupun didesak berbuat demikian.

Nahas yang berlaku pada 24 Mac lalu mengorbankan kesemua 150 mangsa yang terdiri daripada penumpang dan anak kapal.

BACA INI JUGA: 5 Nahas Pesawat Yang Disengajakan Juruterbang

Sumber: Mynewshub.cc

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon