Tuesday, March 17, 2015

Keajaiban 190 Juta Tahun Bukit Gelombang Merah!


Kawasan ini disebut The Wave (gelombang) dan terletak disempadan Arizona-Utah, Amerika Syarikat.

The Wave, Arizona-Utah

Ia dianggarkan berusia lebih 190 juta tahun, seusia dengan zaman Jurasic.

Asalnya kawasan ini merupakan sebuah gurun pasir berbukit sebelum berubah menjadi batu.

Proses hakisan oleh angin selama jutaan tahun telah menghasilkan garis-garis berbentuk gelombang yang sangat indah.

The Wave, Arizona-Utah [2]
The Wave, Arizona-Utah [4]

Manakala tekstur dan warnanya yang jingga kemerah-merahan pula adalah disebabkan kandungan zat besi yang tinggi pada bahagian permukaan batu.

Untuk memasuki kawasan The Wave ini, anda perlu berjalan kaki sejauh 4.8 kilometer merentasi padang pasir yang terbentang luas dengan suhu melebihi 100 darjah Fahrenheit, angin kencang dan kemungkinan berlakunya ribut pasir.

Sanggup?

BACA INI JUGA: Fenomena Luar Biasa Awan Berlubang

-SENTIASAPANAS.COM

5 comments

  1. pehh..memang best kalau dapat gi sekali ke tempat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau en.titan memang sesuai sangat lawat tempat ni..hehe

      Delete
  2. hampir mirik dengan Grand canyon memang betapa Besar kuasa Sang Maha Pencipta

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon