Saturday, November 29, 2014

Dunia Fantasi Ciptaan Manusia Paling Terkenal


Sebagai kanak-kanak, ramai yang suka mempunyai 'dunia fantasi' mereka sendiri. Tetapi hakikatnya, orang dewasa juga adakalanya mengimpikan satu dunia 'lain' daripada yang sedang mereka diami.

Namun itu semua hanyalah angan-angan yang tak mungkin menjadi kenyataan. Walau bagaimanapun, untuk memberikan kita sedikit kegembiraan, adakalanya tulisan di dalam novel ataupun filem-filem fantasi akan menghidangkan kita dengan dunia fantasi yang indah yang mungkin menyebabkan kita teringin tinggal di situ.

Berikut ialah antara dunia-dunia fantasi yang paling dikenali di seluruh dunia.

Wizard

Wizard - Harry Potter

Bagi kebanyakan orang yang suka menonton filem atau membaca buku-buku Harry Potter juga tentu tidak merasa asing dengan watak-watak wizard Harry Potter dan kawan-kawannya iaitu Hermione Granger serta Ron Weasley.

Buku yang dihasilkan oleh penulis terkenal J.K Rowling ini telah menjadi sangat laris jualannya dan filemnya juga mendapat sambutan luar biasa. Perjuangan dan pertarungan Harry Potter dengan watak-watak jahat seperti Lord Valdermort telah membentuk plot filem ini.

Cerita ini dipenuhi dengan kisah aksi, humor dan juga sumpahan-sumpahan yang sangat menarik untuk ditonton atau dibaca. Malahan, dunia fantasi Harry Potter ini mungkin menyebabkan sesetengah kanak-kanak berharap yang mereka juga adalah sebahagian daripada dunia tersebut.

Narnia

Narnia

Pertama kali diperkenalkan, dunia fantasi ini menghiasi jalan cerita bagi buku dan juga filem 'The Chronicles of Narnia' yang memaparkan tentang sekumpulan kanak-kanak yang bersaudara dan terpaksa 'meninggalkan' dunia realiti mereka dan kemudiannya 'beralih' ke dunia baru mereka iaitu Narnia.

Dunia fantasi ini telah dicipta oleh penulis novel ini iaitu C.S. Lewis dan sangat popular dikalangan kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Di dunia Narnia ini, kuasa magik adalah sesuatu yang biasa digunakan, haiwan-haiwan berupaya untuk berkomunikasi sepertimana manusia manakala makhluk-makhluk mistik berada di mana-mana sahaja dalam kota Narnia.

Wonderland

Wonderland

Berdasarkan buku 'Alice in Wonderland' yang ditulis oleh Lewiss Carroll, dunia fantasi ini pula berkisar tentang Alice yang telah mengikut jejak seekor arnab dan tanpa disengajakan telah terjatuh ke dalam lubang arnab tersebut.

Dunia yang dimasuki oleh Alice terdiri daripada makhluk pelbagai rupa yang pelik dan banyak benda lain yang sangat ganjil.

Salah satu sebab kenapa dunia fantasi Alice in Wonderland sangat popular ialah kerana ia seolah-olah mencabar teori logik yang sedia diterima pakai oleh manusia selama ini kepada sesuatu yang di luar kebiasaan kita.

Oz

The Wizard of Oz

Dunia fantasi ini pertama kali diperkenalkan dalam 'The Wizard of Oz' dan menceritakan tentang watak Dorothy Gale yang 'berdoa' supaya dapat pergi jauh dari bandar tempat dia tinggal yang sangat membosankan.

Semasa berlaku satu ribut taufan, Dorothy telah jatuh pengsan dan kemudiannya mendapati dia berada dalam dunia Oz bersama-sama seekor anjing bernama Toto.

Disinilah kemudiannya Dorothy akan bertemu dengan Glinda iaitu ahli sihir yang baik dari Utara, Tin Man, seekor singa yang penakut dan juga 'orang-orang' atau Scarecrow.

Dreamlands

Dreamlands

Dunia fantasi Dreamlands ialah hasil karya dan ciptaan H.P. Lovecraft dalam 'Dream Cycle'. Dunia fantasi ini sangat besar dan seseorang itu hanya dapat masuk ke dalam alam Dreamlands melalui minda tanpa sedar yang hanya boleh dilakukan ketika sedang tidur.

Dunia alternatif kepada dunia sebenar ini mengandungi para pelawat-pelawat yang sering mengunjunginya dan dikatakan telah menjadi pengunjung atau penduduk tetap di situ setelah mereka meninggal dunia.

Neverland

Neverland

Dunia fantasi ini telah direkacipta oleh J.M Barrie yang kadangkala digelar dengan nama Never Never Land.

Antara watak-watak utama dan terkenal dalam Neverland ialah seperti Lost Boys, Peter Pan dan juga Tinker Bell.

Watak Peter Pan misalnya ialah tentang seorang budak lelaki yang berdoa untuk kekal pada usianya sebagai kanak-kanak dan tidak akan meningkat dewasa kerana dunia Neverland ada kaitannya dengan orang-orang yang percayakan kepada kehidupan sepanjang zaman.

Terabithia

Terabithia

Terabithia ialah satu dunia fantasi yang dicipta oleh Katherine Paterson dalam bukunya yang bertajuk 'Bridge to Terabithia'.

Cerita ini berkisar tentang dua watak utamanya iaitu dua orang kanak-kanak yang kesunyian dan sedang berjalan-jalan ke dalam sebuah hutan yang cantik dan misteri.

Arda

Realm of Arda

Dalam dunia atau kisah Legendarium ciptaan J.R.R Tolkien, bumi ketika zaman prasejarah digelar sebagai Arda. Kesemua wilayah-wilayah dan lokasi yang ditemui dalam kisah-kisah Lord of The Rings ini akan ditemui dalam dunia fantasi Arda dan diantaranya termasuklah pulau-pulau yang tidak bernama.

Forks

Twilight in Forks

Buat masa sekarang, mungkin ramai yang mengenali siapa itu Stephanie Meyer. Beliau adalah seorang penulis novel bagi novel-novel bersiri Twilight yang filem-filemnya telah mencapai populariti yang sangat besar semenjak dua tiga tahun kebelakangan ini.

Dunia fantasi Forks ialah apa yang telah dicipta oleh Stephanie Meyer dalam bukunya itu. Dalam dunia nyata, Forks memang wujud sebagai sebuah bandar di Washington tapi Forks dalam siri Twilight bukanlah seperti bandar Forks di Washington tetapi berlainan sama sekali.

Kisah siri Twilight menceritakan tentang watak Isabella Swan yang jatuh hati kepada seorang drakula yang berusia lebih dari 100 tahun yang bernama Edward Cullen.

Manakala kawan baiknya iaitu Jacob pula ialah seorang serigala jadian.

Selamat membaca..

BACA INI JUGA: Necropants, Ilmu Kufur Paling Terkenal Di Eropah

-Sentiasapanas.com

5 comments

  1. kalaulah saya berada di dunia fantasi itu. apakah yang akan berlaku????.. hehe
    Impossible mahu ke dunia fantasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita hanya mampu berangan-angan. Tapi kalaulah betul mampu ke sana, memang hebat la..hehe

      Delete
  2. Seronok menonton filem2 tu semua... mmg fantasi..
    p/s: hari tu nak masuk blog ni tapi ada amaran malware.. alhamdulillah.. hari ni dah boleh dah.. :)

    ReplyDelete
  3. Tapi fantasi untuk anak2 muslim takde ke diharap penulis muslim sekelian alihkan minda anak2 kita

    ReplyDelete
  4. Bagi sesiapa yang nak ke alam ni ,gua rekemen NEVERLAND..dengar cite sana best shopping...takde GST...hahaha ....cuh

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon