Wednesday, November 26, 2014

5 Duit Syiling Paling Mahal Di Malaysia


Tahukah anda duit syiling paling mahal di Malaysia yang telah terjual? Bayangkan duit syiling ini di jual dengan harga puluhan ribu ringgit. Malah, mungkin duit tersebut juga anda pernah guna dan tidak sedar akan nilainya.

Kebanyakan duit syiling paling mahal di Malaysia telah dilelong oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura atau sebelum ini dikenali sebagai Numismatic Society Asia (NSA).

Berikut adalah duit syiling paling mahal di Malaysia.

50 Sen 1967 Milled Edge NGC MS65 
Dilelong RM7,600

50 Sen 1967 Milled Edge NGC MS65

Pada 4 Oktober 2014, duit syiling 50 sen 1967 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong pada harga RM7,600 (termasuk premium pembeli) di dalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura.

Duit syiling itu adalah yang kedua terbaik didalam grednya untuk syiling 50 sen 1967 Milled Edge. Syiling gred terbaik untuk 50 sen 1967 Milled Edge adalah Gred NGC MS66 yang dimiliki oleh Trigometric Sdn Bhd.

50 Sen 1969 Milled Edge NGC AU55
Dilelong RM10,253

50 sen 1969 Milled Edge NGC AU55

Pada 19 Oktober 2013, sekeping syiling 50 sen 1969 Milled edge telah terjual dengan harga RM10,253 (termasuk premium pembeli) di dalam satu acara lelongan yang diadakan oleh Numismatic Society Asia (NSA) di Hotel Landmark Village, Singapura. Syiling itu digred oleh Numismatic Guaranty Corporation (NGC) sebagai Au-55.

Khabar angin mengatakan, syiling itu telah dibeli oleh orang yang turut memenangi syiling 50 sen 1969 security edge ketika lelongan Malaysia Numismatic Society (MNS) No.157 pada 29 September 2013 di Jabatan Muzium, Muzium Negara, Kuala Lumpur.

50 Sen 1968 Milled Edge NGC MS66
Dilelong RM19,942

50 sen 1968 Milled Edge NGC MS66

Pada 19 April 2014, di dalam acara lelongan oleh Collectibles Auction Asia (CAA)di Hotel Landmark Village, Singapura, sekeping syiling 50 sen 1968 Milled Edge (sisi bergerigi) telah dilelong pada harga RM19,942 (termasuk premium pembeli).

Duit syiling 50 sen 1968 Milled Edge yang dilelong pada harga SGD6500 (tanpa premium pembeli) tersebut adalah gred terbaik untuk syiling 50 sen 1968 Milled Edge di dalam rekod Numismatic Guaranty Corporation (NGC) pada gred MS66. Duit syiling itu juga adalah koleksi Master Sifu Wong Hon Sum.

1 Sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB
Dilelong RM46,769

1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB

Pada 4 Oktober 2014, syiling 1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB yang dilelong dalam acara lelongan Collectibles Auction Asia (CAA) yang sama seperti turut mendapat harga penutup yang tinggi pada harga RM46,769 termasuk premium pembeli.

Pada masa ini, hanya ada 4 keping syiling 1 sen 1970 Copper Clad steel yang telah direkodkan. Syiling 1 sen 1970 yang normal adalah diperbuat daripada copper berbanding dengan syiling ini daripada copper clad steel yang melekat pada magnet.

50 Sen 1969 Milled Edge NGC MS65
Dilelong RM81,846

50 sen 1969 Milled Edge NGC MS65

Pada 4 Oktober 2014, Duit syiling 50 sen 1969 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong pada harga RM81,846 (termasuk premium pembeli) di dalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura. Gred MS65 adalah gred terbaik setakat ini untuk duit syiling 50 sen Milled Edge 1969.

Selain syiling ini, ada sekeping sahaja syiling 50 sen 1969 Milled Edge yang mendapat gred MS62, syiling kedua terbaik untuk kategori syiling ini. Pembeli duit syiling itu adalah seorang collector dari Singapura.

Sumber:
http://www.malaysiancoin.com

7 comments

  1. fuhhh mahal semuanya walaupun duit syiling shj

    ReplyDelete
  2. busettt lelongannya pada mahal mahal yah gan

    ReplyDelete
  3. Aduh kalau tahu time sekolah rendah dulu dah simpan duit ni..dulu banyak syiling 50 sen jenis lama ni,dah guna untuk belanja dah aduh......

    ReplyDelete
  4. Saye ade 50sen 1968.0176092528

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon