Oct 27, 2014

Gambar Ular Sawa Baham Kanak-kanak Di Sabah?

Kisah seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dipercayai telah dibaham seekor ular sawa di kampung Labuaya, Tuaran yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook.

Gambar Ular Sawa Baham Kanak-kanak Di Sabah

Walau bagaimanapun, admin masih mencari kisah sebenar tentang kejadian ini dan akan dikongsikan di sini.

(Baca: Info Ngeri Dan Menakutkan)

Info yang baru diterima dari IPD Tuaran;

Merujuk pada gambar di atas yang tersebar luas di laman sosial seperti facebook, whatapps dan lain-lain adalah tidak benar sama sekali. Tiada kejadian remaja yang ditelan ular seperti yang dikatakan. Orang ramai dimohon agar tidak mudah percaya dengan berita yang disebarkan. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi bilik gerakkan IPD Tuaran di talian 088 794313.
Gambar Ular Sawa Baham Kanak-kanak Di Sabah [2]

Rupanya gambar ini disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sumber:
http://www.mummynemo.com/2014/10/ular-sawa-baham-kanak-kanak-11-tahun-di-labuaya-tuaran/

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

14 comments

Assalammualaikum.. sentaisa panas,

seram pulak mselim3 tgk gambar ular telan kanak2 tu... nasib lah palsu..

mselim3

Pelbagai perkara palsu yang bikin panas yer ;)

Disebar oleh insan-insan tak bertanggungjawab macam biasa..huhu

fuyooo...ramai cuba ambil tindakan untuk popular menyebarkan perkara yang palsu

Perghhh...kenyang sebulan ular tu. Siapa la yang pandai-pandai bawak cite gini

macam hal kan sekarang ni? haish

Ada pula yang tulis di perak... haishh... menda camnie pun boleh dibuat main laa...

Takpe nanti esok kita siasat lagi..;)

Waalaikumsalam mSelim. Memang tak bertanggungjawab betul tukang sebar gambar palsu ni..

aduhhh mengapa lah selalu sangat keluar berita palsu sekarang ni??

Takut kalau jumpa betul-betul ular sawa ni.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon