Thursday, September 04, 2014

David Orok Mengaku Tak Bersalah Hina Islam!


Seorang ahli Parti Reformasi Negeri Sabah David Orok didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu semalam kerana mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW.

David Orok Hina Islam

Kenyataan biadap itu sememangnya berbunyi terlalu teruk dan menyentuh sensitiviti umat Islam seluruh negara.

Menurut laporan akhbar The Star, Orok didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh menyebabkan Orok didenda maksimum RM5,000 atau dipenjara maksium tiga tahun.

Orok mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuat kenyataan itu. Dia tidak diwakili peguam dan telah diberikan ikat jamin RM7,000.

Mahkamah kemudian memerintahkan Orok untuk menyerahkan pasport antarabangsanya ke Mahkamamah dan dia perlu melaporkan diri di Balai Polis Tuaran sekali dalam seminggu sehingga perbicaraan kes berkenaan.

(Baca: PANAS! David Orok, Calon Parti STAR Hina Islam!)

Tiada tarikh lagi bagaimanapun yang ditetapkan untuk perbicaraan kes itu.

Orok dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Roun, Jalan Labuaya, di Tuaran.

Status berkenaan yang secara jelas menghina Nabi Muhammad telah disebarkan secara meluas di laman sosial Facebook, Twitter dan blog.

Seperti kebiasaan, Orok telah pun memohon maaf tetapi kemudiannya menyalahkan pula umat Islam kembali.

Orok bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas sebagai calon di Parlimen Sulaman.

Status Facebook beliau itu mencetuskan kemarahan rakyat Islam Sabah khususnya dari parti UMNO dan PAS di negeri itu.

David Orok Hina Islam [2]

Timbalan Pesuruhjaya PAS III Negeri Sabah Hamid Ismail turut mendesak tindakan ke atas Orok sejak Julai lepas.

“Pandangan PAS di Sabah berkenaan komen David Orok adalah menghina kepada Nabi Muhammad dan Islam,” menurut PAS Sabah.

Laporan polis kemudiannya dibuat ke atas kenyataan Orok oleh Pemuda UMNO Bahagian Sepanggar dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Sabah.

Sumber: Mynewshub.cc (link)

2 comments

  1. Replies
    1. Mcmana nak jd Yb klu perasaan org pun tak reti nak jaga..bodoh btl..

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon