Tuesday, January 21, 2014

PANAS! Pemuda PKR Pijak Dan Bakar Bendera Jepun!


Inilah jadinya bila dah terlalu mengagungkan pemimpin mereka, Anwar Ibrahim.

Pemuda PKR Pijak Bendera Jepun

Pagi tadi Pemuda PKR (AMK) menghantar memorandum bantahan ke kedutaan Jepun di Kuala Lumpur berhubung sekatan yang dikenakan ke atas Anwar yang ingin memasuki negara itu pada 19 Januari lalu.

Penghantaran memorandum ke kedutaan Jepun itu melibatkan 30 orang peserta bantahan sambil memegang poster yang bertulis “boikot barangan Jepun”.

Mereka kemudiannya bertindak memijak poster, yang mirip bendera Jepun tersebut, dan membakarnya di hadapan kedutaan itu.

Persoalannya, mengapa perlu sampai jadi seteruk itu hingga nak pijak poster bendera Jepun bagai.

Dosa Jepun pada Anwar cuma satu – menghalangnya masuk ke negera mereka.

Pemuda PKR Bakar Bendera Jepun

Tetapi tahukah beribu kebaikan yang negara Jepun dah buat kepada rakyat negara ini terutama sekali penyokong Anwar yang mengagungkannya selama ini?

Andai kata syarikat-syarikat Jepun mengambil keputusan menutup kilang-kilang mereka di Malaysia, adakah Anwar akan menggunakan segala hartanya untuk membayar gaji para penyokongnya yang diberhentikan kerja?

Penyokong Anwar di kedutaan tadi juga mendesak agar barangan negara matahari terbit itu diboikot – apa kata mereka lakukan terlebih dahulu, buang segala peti sejuk, televisyen, penghawa dingin dan segala barangan buatan Jepun di rumah mereka untuk membuktikan ‘keikhlasan’ pemboikotan tersebut?

Ada ribuan pelajar kita yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi di Jepun, andai kata negara itu memutuskan hubugan diplomatik, berapa ramai yang terpaksa pulang dengan tangan kosong, berapa banyak duit yang mengalir begitu saja tanpa sekeping sijil atau kemahiran pun yang boleh dibawa pulang?

Kes rakyat Malaysia tidak dibenarkan masuk ke negara asing bukan isu baru, selama ini pun banyak rakyat Malaysia yang diperlakukan demikian namun tak banyak yang boleh dilakukan kerana itu adalah hak mutlak negara tersebut.

Kalau Anwar betul-betul ‘gentle’, pergilah saman Tokyo seperti mana seorang pensyarah UPM yang menyaman kerajaan Amerika Syarikat disebabkan alasan yang sama.

Anwar Patut Marah Pada Tokyo, Bukan Putrajaya!

Anwar-Jepun

Mengapa sebenarnya Anwar Ibrahim dilarang dari memasuki Jepun? Kebenarannya masih belum pasti tetapi Anwar tidak buang masa. Jari telunjuk dituding sepenuhnya ke Wisma Putra.

(Baca: Punca Sebenar Kenapa Anwar Tidak Dibenarkan Masuk Ke Jepun!)

Ramai yang memang terkejut dengan tindakan Jepun melarang pemimpin pembangkang ini dari memasuki negara matahari terbit itu.

Rata-rata faham kekecewaan Anwar mengenai perkara tersebut namun tindakan Anwar menuduh Wisma Putra terlibat secara langsung agak keterlaluan.

Memanggil semua ini sebagai sandiwara Wisma Putra, Anwar sepatutnya melepaskan rasa marahnya pada Jepun dan bukan menuding jari pada pihak yang tidak sepatutnya.

Logiknya, Wisma Putra tidak mendapat apa-apa kebaikan atau imbuhan langsung dengan berbuat demikian terhadap Anwar dan langkah terbaik yang patut diambil Anwar dan barisan perundangannya sekarang adalah memanjangkan surat bantahan kepada Kedutaan Jepun di Malaysia bagi menuntut jawapan penuh.

Sesuatu yang perlu umum tahu juga kenyataan bahawa Jepun adalah sebuah negara yang punya pendekatan yang berbeza dengan negara Asia lain apabila menyentuh soal Islam dan Muslim keseluruhannya.

Di Jepun, Islam dilihat sebagai sesuatu yang asing dan dakwah secara terbuka adalah dilarang.

Mengambil kira pendirian Jepun mengenai Islam, mungkin tidak salah untuk mengandaikan bahawa apa yang berlaku pada Anwar berkaitan dengan tujuan Anwar ke sana.

Tidak perlu menjadikan isu ini satu kontroversi kerana sekiranya kerajaan Jepun kembali dengan jawapan bahawa larangan tersebut dikenakan atas alasan keperibadian Anwar sendiri, ia akan mengundang malu yang lebih besar.

Cukup-cukuplah Anwar. Mungkin sudah masanya Anwar berikan lebih perhatian kepada partinya juga masalah dalaman pakatan pembangkang dan bukan mengheret rakyat dalam perjuangannya untuk kekal relevan.

Selesaikan dahulu isu tiga penjuru antara Azmin Ali, Khalid Ibrahim dan PKNS. Tidak perlu mencetus isu bagi mengalihkan pandangan umum terhadap pergolakan dalam PKR.

*Penulis Lisa Adam adalah pemerhati politik tanahair. (Free Malaysian Today)

Akhir kata, kalau bodoh, bodohlah seorang…jangan semua rakyat nak dibodohkan juga, puihhhhh!!!!!

Sumber: Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon