Tuesday, August 26, 2014

Benarkah Anwar Ibrahim Melawat Israel 20 Ogos Lalu?

Benarkah Anwar Ibrahim Melawat Israel 20 Ogos Lalu?

Menurut beberapa laman blog politik, Anwar dikatakan telah pergi ke Istanbul, Turki pada hari sama untuk menghadiri Perhimpunan Kesatuan Ulama’ Sedunia yang menyaksikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dilantik sebagai Naib Ketua kesatuan berkenaan.

Anwar Ibrahim Melawat ke Tel Aviv 20 Ogos

Benarkah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pergi ke ibu negara Israel, Tel Aviv pada 20 Ogos lepas?

Ini kerana tiket penerbangan Royal Jordanian dengan nama beliau kini tersebar merata di media sosial.

Andai benar, untuk tujuan apa beliau ke sana kerana kita tak dengar pun Anwar pergi membawa bantuan perubatan atau kewangan untuk masyarakat Islam Gaza?

Mengetahui sikap Anwar, mustahil la kalau hendak kata beliau buat kerja di belakang tabir dan tak mahu publisiti kalau benar ke negara haram yahudi itu atas niat murni membantu masyarakat Islam di sana.

Menurut sumber dalaman PKR, Anwar memberitahu kononnya beliau telah mempengaruhi ulamak terkenal Yusof Qardawi dan pemergiannya ke Istanbul adalah untuk memastikan Abdul Hadi benar-benar dilantik ke jawatan itu.

Dengar katanya, Anwar hanya berada di Turki selama beberapa jam sahaja sebelum menaiki pesawat dengan tiket berkenaan ke Tel Aviv pada hari berkenaan.

Sebab itulah, Kongres Nasional PKR tidak dirasmikan oleh Anwar sebaliknya dibuka oleh Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Anwar Ibrahim Melawat ke Tel Aviv 20 Ogos [2]

Pendedahan ini sudah pun berlegar-legar di laman sosial dengan sangat hebat dan pelbagai pihak mula mempersoalkan akan kesahihan tiket berkenaan yang memaparkan dengan jelas nama Anwar.

Menerusi laman blog Masterdedah pula, pada tahun 2012, Anwar pernah sekali pergi ke Turki dan kemudian dipercayai lesap selama enam jam antara pukul 3.05 petang hingga pukul 9.05 malam pada 4 Februari 2012.

Dalam aturcara yang dikeluarkan Anwar, beliau berkata beliau pergi menunaikan umrah dengan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah pada waktu itu.

Menurut laman blog sama, semakan dibuat tidak ada satu pun pesawat yang berlepas dari Tukri pada pukul 8 malam (4 Februari 2012) ke Mekah dan sampai pada pukul 2 petang. Jadi Anwar ke mana?

Beberapa kemungkinan didedahkan oleh laman blog itu dengan memaparkan beberapa penerbangan yang mungkin digunakan oleh Anwar untuk ke Tel Aviv, Israel.

Anwar Ibrahim Melawat ke Tel Aviv 20 Ogos [2]

  1. ESB-IST by Turkish Airlines TA2175. Depart 21.00. Arrival 20.05
  2. IST – TLV by Private Flight.
  3. ESB – IST by Turkish Airlines TA2175. Depart 21.00. Arrival 20.05
  4. IST – TLV by Turkish Airlines TA 2175. Depart 00.55. Arrival 0.305 – and boarding to Mecca (Jeddah) from Tel Aviv, thru transit at Amman (AMM) with
  5. TLV – AMM by Royal Jordanian RJ343. Depart 09.50. Arrival 12.05.
  6. IST-ESB by Domestic flihgt TA2170. Depart 18.00. arrival 19.00

Menurut laporan berkenaan, ada kemungkinan Anwar menghabiskan masa enam jam di Israel di antara pukul 3 petang hingga pukul 9.05 malam.

Kemudian, Anwar yang juga Ketua Pembangkang balik semula untuk menyampaikan ucapan di Turki pada Kongres Pendidikan Islam Sedunia pada waktu itu.

Beberapa laman blog, melaporan perjalanan sama pada 2012 digunakan oleh Anwar untuk ke Israel pada 20 Ogos lepas.

Sehingga kini, 26 Ogos Anwar masih belum memberikan sebarang penjelasan menafikan perkara ini dan jika beliau terus berdiam diri, rakyat akan beranggapan seperti memang benar Anwar sudah ke Israel.

Kita berharap Anwar akan segera memberikan penjelasan menafikannya.

[Sumber]

Monday, March 17, 2014

PANAS! Juruterbang MH370 Penyokong Fanatik Anwar!

PANAS! Juruterbang MH370 Penyokong Fanatik Anwar!

Apabila beberapa media yang berpangkalan di negara-negara yang seringkali menjadi kebanggaan PKR kerana kononnya ‘KEBEBASAN BERMAKLUMAT’ mendedahkan siapa sebenarnya Kapten Zaharie Ahmad, di Malaysia, PKR dan para pemimpinnya bagaikan ulat taik yang dipanggang di atas api.

Kapten Zaharie Ahmad Shah Penyokong Anwar Ibrahim

Mereka cuba menepis dan mereka cuba menenangkan keadaan dengan menyatakan, maklumat daripada media-media terbabit tidak boleh dipercayai.

Sesungguhnya amat pelik apabila PKR dan para pemimpin serta pecacainya yang begitu bangga setiap kali media yang sama menyiarkan berita-berita busuk dan buruk terhadap Malaysia dan kepimpinan negara, tiba-tiba sahaja berubah sikap dan cuba menunjukkan betapa matang dan naifnya mereka.

Dua buah media dari United Kingdom walaupun mempunyai agenda halus terhadap Islam dan umat Islam dalam penyiaran berita tentang kehilangan MH370 serta juruterbang bernama Zaharie Ahmad yang didedahkan sebagai seorang fanatik terhadap Anwar Ibrahim, telah menggemparkan seluruh negara.

Berita tersebut menyusul selepas sidang media Perdana Menteri yang tidak menolak kemungkinan perampasan merupakan motif utama di sebalik kehilangan MH370 sehingga ke hari ini.

Sesuatu yang ketara ialah, dari Sabtu 8 Mac 2014, Anwar Ibrahim langsung tidak berani bercakap tentang MH370. Rafizi Ramli yang merupakan Pengarah Strategik PKR, juga hilang suara. Kalau ada pun, hanyalah suara-suara ayam yang sumbang mempertikaikan Raja Bomoh VVIP, Ibrahim Mat Zain yang muncul mempersembahkan kebadutannya yang kemudian cuba dikaitkan dengan UMNO-BN.

Ternyata kebadutan Ibrahim Mat Zain kaitannya hanya sekadar dalam bentuk jenaka. Sedangkan pendedahan latar belakang Kapten Ahmad selain keterkaitannya dengan PKR dan kefanatikan terhadap Anwar Ibrahim, jauh lebih besar sifat dan ciri-cirinya membabitkan keselamatan terhadap nyawa dan keselamatan penumpang, kakitangan pesawat tersebut, pesawat itu sendiri, negara-negara di sekitar Asia Pasifik dan Laut China Selatan serta imej Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Dan setelah Daily Mirror dan Sunday Mail U.K mendedahkan bahawa Zaharie merupakan ahli PKR, barulah R.Sivarasa Rasiah, pemimpin PKR yang turut terpalit dengan kaitan serangan lanun Sulu ke atas Sabah pada Mac tahun lepas, mengakui bahawa Zaharie adalah ahli PKR.

Sebelum ini, iaitu pada ketika pendedahan membabitkan gambar Zaharie bersama-samanya, R.Sivarasa memilih untuk menutup mulut. Malah pada ketika para pecacai Pakatan Rakyat cuba menuduh Kerajaan UMNO-BN bersekongkol menghilangkan pesawat tersebut, Sivarasa juga buat-buat pekak badak.

Pengesahan keahlian dan sokongan Zaharie kepada Anwar Ibrahim dan PKR, turut dibuat oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.

Sesuatu yang menarik sedang berlaku. Para penyokong Anwar Ibrahim cuba menimbulkan perasaan bersalah apabila mereka menjenakakan kaitan antara kehilangan pesawat tersebut dengan Anwar Ibrahim.

Walaupun sudah semakin tersepit, mereka masih cuba untuk memberitahu bahawa Anwar Ibrahim tidak terlibat sama sekali. Segala-gala yang berlaku iaitu dari kes sebutan di Mahkamah Rayuan dengan lima kali penangguhan, penolakan tuntutan Anwar Ibrahim agar Pendakwaraya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah digugurkan, saksi dipanggil semula, penyanggahan tentang bahan bukti yang dikatakan ‘DNAnya telah reput’ sehinggalah keputusan diumumkan pada 7 Mac, dan beberapa minggu sebelum itu, Lee Chin Cheh ADUN Kajang diarah meletak jawatan agar PRK DUN Kajang boleh diadakan dengan Anwar sendiri sebagai calonnya, KAJANG MOVE, dan cubaan Anwar Ibrahim serta PKR menyalahkan kerajaan dan mahkamah kerana menjatuhkan hukuman kepada Ketua Umum PKR itu dan yang terakhir sekali, kehilangan MH370 yang dipandu oleh juruterbang fanatik Anwar Ibrahim, beberapa jam selepas keputusan Mahkamah Rayuan dibuat, dikatakan TIDAK ADA KAITAN LANGSUNG walaupun kebetulannya terlalu ketara dan tersusun mengikut skrip.

Ada juga penyokong PKR dan Anwar Ibrahim yang mengatakan UMNO-BN sudah terlalu terdesak kerana mengaitkan Anwar Ibrahim tetapi sama seperti dalam kes di Mahkamah Rayuan, mereka tidak boleh memberikan jawapan, mengapa kebetulan demi kebetulan itu menjurus kepada Anwar Ibrahim dan PKR.

Apa langkah seterusnya daripada PKR dan Anwar Ibrahim? Yang sudah pasti, kes ini terlalu menarik untuk dinilai, bahkan ia akan menjadi bahan kajian untuk generasi akan datang perihal seseorang yang cuba melarikan diri daripada imej seorang peliwat dan pengamal homoseksual kepada imej yang lebih alim, maksum dan suci.

Demokrasi Sudah Mati, MH370 Sudah Hilang

Demokrasi Sudah Mati, MH370 Sudah Hilang

Tahun lalu “menjerit” demokrasi sudah mati apabila Pakatan Rakyat kalah pilihan raya. Sehari sebelum dilaporkan hilang, hadir ke Mahkamah melihat Anwar Ibrahim didapati bersalah meliwat Saiful Bukahri Azlan.

Kalaulah Pilot tersebut seorang penyokong kuat UMNO, sudah pasti pelbagi teori konspirasi dilambung oleh Pakatan Rakyat. Apabila kena ke atas batang hidung penyokong kuat mereka, maka diam seribu bahasa.

Kita tidak mengatakan Kapten Zaharie Ahmad seorang penjenayah mahu pun terbabit dengan kehilangan pesawat ini. Cuma kita bersyukur kerana Allah mentakdirkan pilot yang terbabit dengan kehilangan ini seorang penyokong Pakatan.

Jika ia berlaku ke atas pilot lain maka akan berkumandanglah teori konspirasi kononnya kehilangan ini untuk menutup kemarahan rakyat terhadap kes Anwar.

Sumber: Mykmu.net

Friday, March 07, 2014

HOT! Anwar Didapati Bersalah Meliwat Saiful, Penjara 5 Tahun!

HOT! Anwar Didapati Bersalah Meliwat Saiful, Penjara 5 Tahun!

Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas didapati bersalah atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lepas.

Anwar Didapati Bersalah Meliwat Saiful!

Bagaimanapun mahkamah membenarkan hukuman itu ditangguhkan sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai.

Mahkamah membenarkan Anwar menangguhkan bayaran ikat jamin sebanyak RM10,000 sehingga jam 11 pagi, Isnin depan.

Dengan keputusan ini, mengikut Perkara 64(4) undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor, Anwar hilang kelayakan untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang dijadualkan berlangsung 23 Mac nanti.

Semasa membenarkan rayuan pihak pendakwaan, Hakim Datuk Balia Yusof Wahi berkata Hakim Mahkamah Tinggi telah khilaf dalam membuat penghakimannya bahawa sampel DNA telah dicemari.

Mahkamah Rayuan telah memberi tempoh sejam kepada peguam Karpal Singh untuk menyediakan mitigasi bagi Anwar, sebelum mahkamah bersidang semula pada pukul 6.15 petang ini untuk menjatuhkan hukuman.

Pihak pendakwaan merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012, yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Semasa melepas dan membebaskan Ketua Umum PKR itu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata mahkamah tidak 100 peratus pasti mengenai kewibawaan sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada Mohd Saiful kerana sampel berkenaan telah dicemari sebelum ia tiba di Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Prosiding mendengar rayuan dari pasukan pendakwaan ditetapkan bermula semalam hingga hari ini.

Hakim menerima rayuan pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi berkata ini adalah keputusan sebulat suara panel hakim. Sebelum ini Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan itu pada 9 Januari 2012.

Hakim berkata pendakwaan mendapati hakim (Mahkamah Tinggi) membuat kesilapan dalam keputusannya.

“Hakim membuat tafsiran salah berhubung integriti sampel. Beliau memutuskan bahawa beg plastik HKL telah diganggu.

“Kami meneliti bukti oleh IO Jude Blacious, apa yang dia buat adalah memotong bahagian bawah plastik dan memasukkan bekas itu kedalam setiap sampul.

“Gangguan itu pada beg plastik dan bukannya bahan bukti. Materi sampel tersebut masih utuh dan tidak menjejaskan sampel.

Katanya, hakim berkenaan menyimpulkan bahawa gangguan itu hanya ke atas beg plastik, dan telah memeriksa alasan penghakiman berkenaan.

“Kami mendapati hakim tiada alasan untuk menyimpang dari dapatan awalnya (ketika memerintah membela diri).”

Tambahnya, hakim itu juga membuat kesilapan dalam mendengar kenyataan pakar asing.

“Kami membenarkan rayuan dan mendapati (tertuduh) bersalah atas pertuduhan”.

Benar Janji Allah, Kata Saiful Bukhari

Anwar Didapati Bersalah Meliwat Saiful!

Mangsa liwat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan beranggapan keputusan sabitan ke atas Anwar pada hari ini adalah petunjuk kebenaran janji Allah yang mengatasi yang bathil (jahat).

Dalam kemaskini terbaru di blognya mohdsaifulbukhari.blogspot.com beliau berkata keputusan itu ditakdirkan berkat doa, istiqamah dan kesabaran beliau selama enam tahun.

Berikut artikel penuh dari blog beliau:-

Benar janji Allah, Yang Hak pasti mengatasi Yang Bathil.

Berkat doa, istiqamah dan sabar selama 6 tahun, saya bersyukur ke hadrat Ilahi dengan keputusan Mahkamah hari ini yang memihak pada saya.

Saya dan keluarga menghormati keputusan Mahkamah hari ini.

Kebenaran ini penting dan amat bermakna buat saya dan seluruh keluarga saya.

Yang pasti, saya dan keluarga kehadapan.. Saya berdoa semoga Allah SWT terus memberi perlindungan dan kemudahan dalam segala urusan saya.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama saya selama ni. Allah sahaja mampu membalasnya.

Akan terus Istiqamah

Kepada Allah saya berserah

SAIFUL BUKHARI AZLAN

Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) disabitkan kesalahan meliwat Saiful pada 2008 dan dijatuhi hukuman penjara lim tahun oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan pada prosiding hari kedua rayuan pasukan pendakwaan terhadap pembebasan Anwar pada 2012.

Sumber: Mynewshub/BERNAMA

Wednesday, March 05, 2014

Anwar Masuk Gereja Untuk Doakan Nabi Isa

Anwar Masuk Gereja Untuk Doakan Nabi Isa

Anwar Ibrahim pada 3 Mac lepas dilaporkan sebuah portal berita menggunakan alasan yang dangkal dan jauh menyimpang dari ajaran Islam demi menutup perbuatan beliau berucap di dalam gereja Kristian untuk meraih sokongan politik.

Anwar masuk Gereja

Anwar mendakwa kehadirannya ke gereja itu berjaya menjernihkan salah faham yang berlaku di antara kepercayaan dua agama iaitu Islam dan Kristian.

Katanya lagi, beliau hadir ke gereja untuk mendoakan Nabi Isa.

“Saya orang Islam. Jesus bermaksud Isa. Saya tak kata Isa sahaja, saya kata Isa alaihissalam (sejahtera ke atasnya). Ada yang bertanya saya doakan untuk Jesus, saya kata ya, untuk Nabi Isa,” katanya dalam kuliah Maghrib di Surau Al-Muqaddis, Kajang pada 3 Mac lepas.

Sebagai seorang Islam, untuk mendoakan Nabi Isa yang merupakan antara 25 Rasul yang wajib diketahui oleh umat Islam tidak perlu ke gereja kerana di gereja mereka bukan mengagungkan Nabi Isa sebenar sebaliknya lelaki yang ditukar wajahnya menyerupai Nabi Isa.

Anwar masuk Gereja [2]

Menurut Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), kehadiran beliau ke gereja bukanlah sesuatu yang baru tetapi sejak beliau berkecimpung dalam pertubuhan bukan kerajaan lagi iaitu bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

“Gereja ada saliblah. Bukan saya pergi gereja tetapi dewannya. Masa saya Abim, saya pergi. Soalnya masa saya pergi, saya kata bahawa Islam menghormati perbezaan kaum dan warna kulit.” kata Anwar.

Pada bulan lepas juga, Anwar berucap di Gereja Holy Family di Kajang dengan jelas salib Kristian terpapar di atas dinding di belakang beliau ketika beliau memberikan ucapan.

Kenyataan berkenaan bukan sahaja menyemarakkan lagi kemarahan umat Islam tetapi ia juga akan menyebabkan tercetusnya kekeliruan berkaitan Nabi Isa yang diberikan melalui kenyataan Anwar ini.

Rasul Allah Nabi Isa adalah berbeza dengan Jesus yang disembah oleh penganut agama Kristian sebagai anak Tuhan.

Anwar masuk Gereja [3]

Sehingga kini, Anwar bebas bergerak di sekitar Kajang sebagai persiapan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang pada 23 Mac ini termasuk memberikan ceramah ketika sesi kuliah Maghrib di surau dan masjid.

Biarpun diketahui menyampaikan ceramah namun digelarkan Anwar sebagai tazkirah, sehingga kini Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) masih berdiam diri dan Anwar terus bebas,

Anwar dicalonkan PKR untuk bertanding mengisi kekosongan yang tanpa sebab munasabah ditinggalkan oleh penyandang juga dari PKR Lee Chin Cheh.

Jika beliau menang, ada kemungkinan namanya akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharaffuddin Idris Shah untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Sumber: Mynewshub

Friday, February 28, 2014

Anwar Menang Kes Saman Papa Gomo!

Anwar Menang Kes Saman Papa Gomo!

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes samannya terhadap pengendali blog ‘Papa Gomo’ berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkannya (Anwar) dalam video seks di blog berkenaan.

Papa Gomo!

Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop membuat keputusan itu selepas membenarkan saman dikemukakan Anwar terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris, di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam N.Surendran dan Lateefa Koya yang mewakili Anwar dan peguam Jasbeer Singh Kawna yang mewakili Wan Muhammad Azri.

Surendran ketika ditemui pemberita, memberitahu mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati Anwar selaku plaintif berjaya membuktikan tuntutannya dan Wan Muhammad Azri adalah ‘Papa Gomo’.

Beliau berkata mahkamah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi RM800,000 kepada Anwar.

“Mahkamah juga memerintahkan defendan membayar kos sebanyak RM50,000 kepada plaintif,” kata Surendran.

Jasbeer Singh pula memaklumkan pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan itu.

Pada 21 Mac tahun lepas, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013. –BERNAMA

Yuktes Vijay

Yuktes Vijay

Namun begitu, agak menarik membaca ulasan Yuktes Vijay mengenai keputusan ini. Menurut ulasan beliau di Facebook;
Papagomo telah diperintahkan oleh mahkamah untuk bayar ganti rugi kepada anwar ibrahim bukan bermaksud kini, anwar ibrahim adalah bidadari yang main gelongsor di celah-celah awan...

Kes yang difailkan merujuk kepada 4 perkataan yang lucah dan melebihi batas norma pertuturan seharian masyarakat....kes tersebut tidak langsung menyebut maupun menafikan bahawa individu dalam gambar itu anwar ibrahim....

Contohnya, ada gambar saya dalam FB...kamu tengok gambar saya dan kata cipet yuki ini...saya fail saman atas dasar penggunaan kata cipet itu telah menghalau awek yang ingin ku dating daripada saya...mahkamah pun dapati awek dah lari dan suruh kamu bayar saya ganti rugi...tapi adakah saya nafi saya bukan yuki?

Pelik kan anwar saman kerana diejek biseks tapi bisu saja bila dituduh murtad?

BACA INI JUGA: Kisah Hancurnya Kaum Nabi Luth Akibat Hubungan Sejenis

-Sentiasapanas.com

Monday, February 24, 2014

Kata Anwar, PAS Bukan Islamik!

Kata Anwar, PAS Bukan Islamik!

Dalam satu perjumpaan rahsia dengan kumpulan Jesuit (The Society of Jesus), Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa bersetuju dengan pendapat paderi Kristian daripada Singapura yang menyatakan bahawa PAS walaupun namanya Islamik, namun perjuangan parti itu kini bukan lagi memperjuangkan gagasan Islamik, Negara Islam.

PAS Bukan Islamik

Malah, Anwar turut menambah, PAS sekarang tidak lagi komited perjuangan Islamik itu sebaliknya mengubah perjuangan yang senada dengan Pakatan Rakyat (PR) ke arah demokrasi dan liberalisme.

“Anwar dalam satu perjumpaan rahsia bersama golongan jesuit dan seorang father daripada Singapura telah menyatakan negara ini bukan negara Islam dan PAS bukan lagi berjuang untuk Negara Islam.

“Kata Anwar, PAS kini, satu parti (yang) komited untuk reformasi media dan badan kehakiman bebas, demokratik, liberalisme..,” dedah bekas pembantu Anwar, Yuktes Vijay dalam laman sosialnya, yuktes.vijay.

Yuktes membuat pendedahan itu ketika mengulas kehadiran Anwar di Gereja Holy Family pada Ahad lalu.

Dalam ucapan di gereja terbesar Kajang, Yuktes berkata Anwar telah mengapi-apikan sentimen pengundi Kristian supaya membenci pemerintahan Putrajaya yang didakwa membenarkan suara kebencian, keganasan dan kemusnahan serta menenggelamkan mesej cinta keamanan dan keharmonian.

“Bercakap di Gereja Holy Family di Kajang, Anwar berkata pihak tertentu mengacau konflik agama dan kaum dalam insiden baru-baru ini, sementara penyebab masalah dilepaskan begitu sahaja sementara yang tidak bersalah ditangkap seperti penjenayah

“Memetik surah dari Al-Quran, berkata Islam bukan sahaja memerlukan toleransi sebagai standard minimum tetapi lebih daripada itu..turut memetik kata-kata daripada Bible dengan membacakan bab 14 daripada Kitab Roman: “You, then, why do you judge your brother or sister? Or why do you treat them with contempt? For we will all stand before God’s judgment seat,”lapor Yuktes.

Menurut Yuktes, Anwar merupakan tokoh politik yang sentiasa meniupkan sentimen adu domba dan kebencian untuk mendapatkan sokongan politik kepadanya.

Jika dahulu, kata Yuktes, ketika memerlukan sokongan Melayu-Islam, Anwar meniupkan kebencian terhadap kelompok kristian yang didakwanya sedang menjalankan gerakan Kritianisasi besar-besaran di negara ini.

“Di ABIM ketika memerlukan sokongan Melayu-Islam, Anwar telah menuduh berlaku proses pengkristianisasi Melayu secara besar-besaran, dan dia akan demo jika gerakan ini tidak dibendung. ABIM turut menerbitkan buku-buku yang mendedahkan gerakan Kristianisasi di Malaysia…

“Masa itu motif anwar adalah untuk bongkar ‘niat’ Stamford Raffles yang mengupah Abdullah Munsyi menterjemahkan kitab Injil ke Bahasa Melayu adalah untuk ‘memurtadkan’ sekelompok Melayu yang menjadi majoriti di negara ini,”katanya

Yuktes juga turut mempersoalkan penubuhan badan berjenama Islam, IIIT (The International Institute of Islamic Thought) yang ditubuhkan Anwar pada tahun 1981 di sebuah negara yang terkenal memerangi agenda Islamik, Amerika Syarikat.

“Bolehkah wujudkan IIIT di Amerika Syarikat masa dia di ABIM ?

“Cuba selidik..sebelum serangan dilakukan ke atas mana-mana negara Islam, Anwar akan bersuara menyokong Amerika…Afghan, Iraq, Libya dan kini Syria….Kristian serang Islam namanya masalah….Islam serang Islam namanya norma…

“Bersatulah…jangan biarkan Anwar hancurkan Malaysia! Dia agen CIA,” katanya lagi.


Pada tahun 2009, ketika berucap dalam program ‘Muslim Christian Interfaith Conference’ di Perth, Australia, Anwar turut menyentuh tentang Pakatan Rakyat (PR) yang di dalammya termasuk PAS yang sering dilabel sebagai Islamik.

Anwar menyebut kehairan orang ramai tentang kehebatannya menyatukan parti-parti PKR, DAP dan PAS dalam PR.

“Mereka berkata awak (Anwar) membentuk Pakatan Rakyat di Malaysia. Parti Keadilan (PKR), Awak ada Democratic Action Party (DAP)..Cina dan juga Parti Islam (PAS)..Oh my god !.

“Ini adalah parti (PAS) yang ekrimis yang cuba mempromosi syariah.

“Ketika itu saya bertanya, ‘apa maksud anda tentang syariah ?’ (sambil memperlahankan suara Anwar berkata) memotong tangan dan apa-apa sahaja yang boleh dipotong,” kata Anwar sambil disambut gelak ketawa.

“Awak tahu apa maksud saya,” tambah Anwar lagi.

Anwar mendakwa berlaku salah faham terhadap syariah, dakwanya lagi matlamat sebenar syariah seperti terkandung dalam Maqasid Syariah yang dikemukakan oleh Abu Ishaq al-Shatibi adalah untuk menggalakkan kebebasan beragama.


Pada tahun 2005, ketika Anwar berceramah di hadapan pemikir Yahudi dan Jesuit di Amerika Syarikat, Anwar mendakwa perjuangan PAS yang dahulunya memperjuangkan teokrasi (Negara Islam) telah mengubah dasar perjuangannya kepada teo-demokrasi (demokrasi agama).

“Dalam pengalaman singkat saya dengan Parti Islam (PAS) yang dahulunya dikenali sebagai penyokong kuat undang-undang Islam dan Negara Islam.

“Sekarang, Negara Islam bukan lagi agenda mereka,” katanya.

[Sumber]

Thursday, February 13, 2014

Siapa Tan Sri Muhammad Shafee Yang Cukup Digeruni Anwar?

Siapa Tan Sri Muhammad Shafee Yang Cukup Digeruni Anwar?

Usaha Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan melucutkan kelayakan peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai timbalan pendakwa raya (DPP) dalam kes liwatnya hanyalah untuk melewat-lewatkan perbicaraan tersebut.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah

Ini adalah pendapat mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata Anwar sebenarnya takut untuk dibicarakan.

“Ini cuma usaha untuk melewat-lewatkan perbicaraan. Dia (Anwar) takut untuk dibicarakan kerana dia buat salah.

“Jadi dia takut mahkamah akan jatuhkan hukuman ke atasnya. Tetapi memanglah dia takut pada Shafee.

“Shafee dah menang banyak kes-kes rumit. Saya fikir Anwar pun gentar jugalah,” katanya.



Siapa sebenarnya Muhammad Shafee, satu nama yang cukup hebat dalam dunia perundangan sehingga turut diakui oleh Dr. Mahathir ini?

Dari segi kelulusan, beliau adalah lulusan undang-undang dari Universiti Malaya pada tahun 1977.

Kemudiannya beliau menyambung pelajaran di institusi pendidikan tersohor, London School Of Economics hingga memperolehi Masters in Law pada tahun 1984.

Muhammad Shafee juga pernah menghadiri kursus di US State Department on “Legal Institutions and Grass Roots Movements dan di National College for District Attorneys di Houston, Texas.

Beliau adalah ahli kehormat County Bar Association, Minnesota, U.S.A.

Muhammad Shafee pada awalnya bertugas sebagai pendakwa sebelum meninggalkan Jabatan Peguam Negara pada tahun 1983 untuk menjadi peguambela dan peguamcara.

Sewaktu berkhidmat dengan kerajaan lagi, beliau sudah memenangi pelbagai kes berprofil tinggi dengan berjaya membuktikan kesalahan ramai individu yang terlibat dengan kes pembunuhan, pengedaran dadah, pemilikan senjata api, pecah amanah dan pelbagai lagi.

Pada 22 oktober 2009 beliau dilantik mewakili Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) – badan yang pertama seumpamanya di rantau Asia Pasifik.

Dalam mahkamah, Shafee cukup terkenal dengan kelantangannya dan cukup garang bila berbahas.

Kita tak mungkin lupa bagaimana beliau menghempas fail dalam kes Raja Petra Kamaruddin.

Kisahnya Raja Petra tidak lama dulu telah menuduh Muhammad Shafee dengan pelbagai tuduhan termasuk menggunakan firma guamannya untuk melancarkan ’operasi khas’ menjatuhkan Anwar Ibrahim.

Ia terkandung dalam artikel tulisannya bertajuk Shafee Abdullah: Sodomologist Extraordinaire, Money, Power and Sex: What Motivated Man dan The Real Dalang Behind The Anwar Sodomy Allegation.



Bosan dengan sikap penulis blog itu, Muhammad Shafee bertindak menemui Raja Petra secara bertentang ‘mata-ke-mata’ dengannya di Mahkamah Majistret pada 15 Ogos lalu. Tujuaannya hanya satu, menyerahkan perintah mahkamah dan writ saman kepada tuan punya diri.

Apabila menyedari Raja Petra enggan menerimanya, Muhammad Shafee hilang sabar dan terus menghempaskan semua fail itu ke lantai!

Beliau belum puas!

Berikutnya beliau sekali lagi mencabar Raja Petra dalam sidang akhbar khas di pejabatnya.

Beliau juga mengkritik Raja Petra yang hanya tahu berselindung di sebalik laman webnya dengan tidak membenarkan debat secara terbuka.

“Raja Petra hanya menyiarkan komen yang dirasakan baik untuk dirinya dengan ada tapisan, tetapi mendakwa dia mahukan masyarakat yang terbuka.

“Dia (Raja Petra) seorang yang manusia yang pengecut seperti kata pepatah ‘baling batu sembunyi tangan!!!”

Mengenali peguam tersohor itu, beliau tidak akan terhenti di situ saja.

Tabiat Muhammad Shafee ialah, beliau akan berlawan habis-habisan dengan mereka yang ingin bersilat dengannya.

Dan kali ini peguambela terkenal Anwar, Karpal Singh akan menyambut ‘kehadiran’ Muhammad Shafee di mahkamah.



Inilah yang dikatakan buku bertemu ruas.

Yang pasti Karpal Singh tidak akan menempuh lalu dan jalan yang mudah kali ini.

Mari kita lihat siapa yang kenaaaaa!!!!

Sumber: Mynewshub

Friday, January 24, 2014

Pemuda PKR Ugut Saman, Nafi Bakar Dan Pijak Bendera Jepun!

Pemuda PKR Ugut Saman, Nafi Bakar Dan Pijak Bendera Jepun!

Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ahli Parlimen Bukit Katil merangkap Ketua AMK, cuba melepaskan perasaan kecewanya kerana demonstrasi yang dianjurkannya di hadapan Kedutaan Jepun, kerana hanya dihadiri oleh dua belas orang pecacai, cuba melakukan pembohongan secara terang-terangan.

Pemuda PKR Nafi Bakar Bendera Jepun

Shamsul Iskandar Mohd Akin cuba menafikan perbuatan memijak bendera atau lambang negara Jepun dilakukan oleh AMK, sebaliknya cuba berdalih kononnya, perbuatan itu bukan dilakukan oleh AMK Pusat.

Apa yang dimaksudkan oleh Shamsul Iskandar atau lebih glamour dengan nama gelarannya, Sam Ketot, sebagai AMK Pusat?

Apakah Sam Ketot cuba memberitahu, yang berdemonstrasi di hadapan Kedutaan Jepun itu bukannya AMK Pusat kerana yang datang cuma 12 orang?

Atau perbuatan memijak dan membakar lambang negara Jepun itu, akan memberi kesan negatif kepada Anwar Ibrahim sendiri?

Sungguh menggelikan hati melihat gelagat Sam Ketot dan 11 orang pengikutnya yang menyalak-nyalak marahkan Kerajaan Jepun kerana tidak membenarkan Anugerah Tuhan mereka masuk ke Jepun.

Bagi mereka, tidak ada undang-undang mana-mana negara pun yang tertakluk kepada Anugerah Tuhan mereka yang bernama Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim menurut mereka, bebas ke sana ke mari dan bebas berbuat apa-apa sahaja sekehendak hatinya.

(Baca: Anwar Ke Jepun Atas Jemputan Anak Pengasas Yakuza?)

Jepun tidak lebih besar daripada Israel mahupun Amerika Syarikat yang membenarkan serta memberi ruang yang sangat besar kepadanya. Kalau Israel dan Amerika Syarikat boleh mengalu-alukan Anwar Ibrahim, mengapa pula Jepun yang dilihat sebagai salah sebuah tanah jajahan Amerika Syarikat, berlagak sebagai tuan besar yang mempunyai kedaulatan ke atas tanah airnya.

Namun kelucuan itu sebenarnya tidak sepatutnya menggelikan hati. Biarpun hanya 12 orang, demonstrasi bodoh yang dilakukan oleh Sam Ketot bersama konco-konconya itu, memberi kesan yang jauh lebih buruk kepada negara.

Pastinya, demonstrasi 12 orang di hadapan Kedutaan Jepun mendapat perhatian media-media Jepun yang jauh lebih advance dan jauh lebih patriotik biarpun pro pembangkang negara itu.

Isu demonstrasi tersebut, akan menjadikan mereka bersatu dan sama-sama menghentam Malaysia dan mengeji kegagalan pihak berkuasa Malaysia membendung demonstrasi yang cuba memalukan salah sebuah negara yang paling banyak menyumbang kepada rizab simpanan luar Malaysia.

Sebagai seorang peguam, meskipun sekadar peguam pada nama, Sam Ketot amat menyedari natijah daripada perbuatannya itu. Justeru itulah dia selagi boleh cuba menafikan pembabitan AMK Pusat yang diketuainya.

Mungkin berasakan orang Jepun tidak tahu jawatannya yang sebenar, kecuali sebagai penyokong dan penjilat Anwar Ibrahim, Sam Ketot cuba melakukan penipuan secara terang-terangan. Dan lebih menarik apabila Sam Ketot dan pecacainya membuat desakan agar Malaysia memutuskan hubungan diplomatik dengan negara Jepun selain memboikot produk Jepun.

Sungguhnya melucukan!

Pemuda PKR Nafi Bakar Bendera Jepun

Sebabnya, Sam Ketot cuba memberitahu, Anwar Ibrahim itu setaraf dengan Perdana Menteri Malaysia. Memalukan Anwar Ibrahim, bererti memalukan rakyat Malaysia, walaupun hakikatnya, majoriti rakyat Malaysia bukan sahaja gembira, tetapi juga ketawa terbahak-bahak suka hati kerana Anwar terhalau dari Jepun kerana kegagalannya mengingati yang dia adalah bekas banduan yang perlu melalui proses extra iaitu mengisi borang dan memohon visa berbanding rakyat Malaysia yang lain.

Ironinya, meskipun terdapat bukti-bukti bergambar dan video yang menunjukkan memang berlaku perbuatan memijak lambang AMATERASU yang digambarkan menerusi bulatan berwarna merah dan berlatar putih atau kerapkali dikenali sebagai Matahari, biarpun tanpa jalur cahaya, Sam Ketot masih cuba membuat penafian.

(Baca: Keangkuhan Yahudi Terhadap Agama Lain Di Dunia)

Amaterasu adalah Dewi Matahari dan merupakan tuhan paling utama dalam agama Shinto dan orang Jepun amat mempercayai, raja-raja mereka merupakan keturunan Dewi Amaterasu. Perbuatan memijak lambang tersebut merupakan perbuatan menghina agama Shinto dan merendah-rendahkan agama orang Jepun.

Sam Ketot memberi amaran, akan menyaman sesiapa sahaja yang menyatakan perbuatan memijak bendera dan lambang agama Shinto Jepun itu dilakukan oleh AMK atau PKR atau mana-mana yang berkaitan. Dia tidak mahu dikaitkan dengan perbuatan tersebut.

Dia tidak mahu AMK atau PKR dikatakan membiakkan budaya kurang ajar dan biadap walaupun hakikatnya AMK, PKR dan Anwar Ibrahim memang membawa budaya kurang ajar, biadap dan tidak kenang dek untung.

Semuanya terserlah menerusi keangkuhan, kebiadapan dan KEBAHLOLAN yang ditunjukkan oleh Sam Ketot di hadapan Kedutaan Jepun!

[Sumber]

"Kami Tak Rancang Pun Nak Bakar Bendera Jepun"

"Kami Tak Rancang Pun Nak Bakar Bendera Jepun"

Susulan insiden pijak dan bakar bendera Jepun yang dilakukan kumpulan penyokong Ketua Pembangkang baru-baru ini di keduataan negara itu, Presiden Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mat Akin menyatakan perkara itu tidak perlu melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemuda PKR Bakar Bendera Jepun

Menurutnya, insiden itu berlaku bukan dirancang dan ia hanya insiden kecil yang tidak perlu dipanjangkan.

Beliau juga berkata, apa yang AMK inginkan pada bantahan tersebut adalah untuk mendapatkan penjelasan daripada Jepun mengenai sekatan yang dilakukan terhadap Anwar secara jelas.

“Itu kita tak ada plan untuk lakukan seperti itu, itu hanya insiden kecil.

“Bendera yang dibakar kita telah padamkan apinya dan memohon maaf kepada pengawal di situ, sesiapa yang ada pada hari itu tahu keadaan sebenar.

“Sepatutnya insiden itu tidak perlu libatkan Anwar, bukan dia yang bersalah, itu hanya insiden kecil dan tak perlu dipanjangkan.

(Baca: Angkara Bakar Bendera Jepun, Pelajar Malaysia Terima Akibat!)

“Apa yang penting dalam bantahan kita hari itu adalah untuk menuntut penjelasan daripada Jepun dan kebebasan bergerak,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Sebelum ini, mengikut laporan media, Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, Anwar perlu memohon maaf dan mengemukakan bukti terhadap dakwaannya bahawa Wisma Putra berkomplot dengan pihak berkuasa Jepun bagi melarang pemimpin pembangkang itu masuk ke Jepun.

Hamzah berkata, Anwar sedia maklum bahawa bekas banduan perlu memohon visa untuk masuk ke Jepun.

“Pihak Jepun sendiri sudah jelaskan apa yang berlaku adalah salah dia sendiri. Dia hendak masuk ke negara itu, dia kena ada perjanjian khas sebab pernah dipenjarakan. Dia bukan tidak tahu tentang itu kerana sebelum ini dia pernah buat,” katanya.

Sehubungan itu, Shamsul Iskandar yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil mengandaikan Timbalan Menteri Luar yang mengeluarkan kenyataan itu tidak mengetahui keadaan sebenar.

“Menteri itu mungkin tak tahu keadaan sebenar pada hari kejadian,” katanya.

Sumber: Sinar Online

Thursday, January 23, 2014

Anwar Ke Jepun Atas Jemputan Anak Pengasas Yakuza?

Anwar Ke Jepun Atas Jemputan Anak Pengasas Yakuza?

Dalam kenyataan rasmi Anwar Ibrahim di blognya (baca sini), Anwar cakap beliau ke Jepun atas jemputan peribadi Mr Sasakawa, Pengerusi Nippon Foundation.

Anwar-Yakuza

Ramai rakyat di Malaysia mungkin tidak kenal siapa Mr Sasakawa ini? Namun di Jepun, Mr Sasakawa memang cukup dikenali oleh rakyat Jepun sebagai anak kepada Ryoichi Sasakawa, iaitu pengasas kepada Yakuza di Jepun.

Anwar Ibrahim - Nippon foundation press statement

Pada tahun 1962, Ryoichi Sasakawa telah menubuhkan Nippon Foundation (baca sini). Ini bukan kali pertama Anwar Ibrahim mahu ke Jepun atas tiket Nippon Foundation kerana pada 19 April 2011, Anwar turut ke sana atas jemputan ceramah Sasakawa Peace Foundation (SPF).

Anwar Statement

Apakah Anwar hadir hanya untuk menyampaikan ceramah semata mata? Tentu ada sebab lain yang lebih kukuh untuk pihak kerajaan Jepun tidak membenarkan Anwar hadir ke negara tersebut. Mengapa pada tahun 2011 boleh tetapi tidak boleh pada tahun 2014? Apakah ada urusan dalaman Jepun yang tidak membenarkan Anwar Ibrahim masuk ke sana?

The Yasukuni Shrine

Pada 28 Disember 2013, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe telah membuat kunjungan ke The Yasukuni Shrine yang menyemadikan 2.4 juta nama tentera Jepun yang terkorban dalam perang dunia. 14 orang daripada didapati bersalah mengikut tribunal perang pada 1945.

Setiap kali Perdana Menteri Jepun mengunjuni Yasukuni pada 1985 dan 2002, pasti negara negara seperti China, Korea Selatan dan Korea Utara akan melakukan protes tanda kesilapan lepas tentera Jepun (baca sini). Namun Abe ada alasan dan strategi tersendiri mengapa beliau mengunjuni Yasukuni (baca sini). Pihak barat termasuklah Amerika Syarikat turut mengkritik kunjungan Abe ke Yasukuni (baca sini).

Yasukini

Tulisan ini menjelaskan apa kaitan Abe dengan Yasukuni dan apa hubungan antara Ryoichi Sasakawa (Pengasas Nippon Foundation) dengan Yasukuni. Tindakan yang dibuat oleh kerajaan Jepun untuk menghalang Anwar Ibrahim memasuki Jepun dan berucap atas pentas Nippon Foundation mungkin ada asas yang kukuh.

Hal dalaman Jepun, hubungan Nippon Foundation dengan Yakuza dan kontorversi lawatan Abe ke Yasukuni mungkin antara sebab halangan itu dibuat. Oleh itu, rakyat Malaysia jangan melulu sangat percaya dengan tuduhan yang dibuat Anwar Ibrahim bahawa beliau dihalang ke Jepun atas sebab politik.

Rakyat Malaysia sendiri kena memahami apa sebenarnya situasi politik yang sedang berlaku di Jepun sekarang.

LAGI INFO ANWAR KENA HALAU DARI JEPUN.

[Sumber]

Wednesday, January 22, 2014

Angkara Bakar Bendera Jepun, Pelajar Malaysia Terima Akibat!

Angkara Bakar Bendera Jepun, Pelajar Malaysia Terima Akibat!

Kurang cerdik, itu adalah pendapat penulis terhadap tindakan segelintir pentaksub Anwar Ibrahim berdemo dengan membakar lukisan bendera di kepingan kadbod.

Angkara Pemuda PKR Bakar Bendera Jepun, Pelajar Malaysia Terima Akibat!

Mungkin mereka gagal mendapatkan bendera Jepun, lantas menggunakan kadbod sebagal simboliknya. Ia perbuatan yang serius, sekaligus merupakan penghinaan kepada negara matahari terbit itu.

Apapun sejarah terdahulu, hubungan diplomatik Malaysia – Jepun sangat akrab, terutamanya sewaktu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri. Hasilnya, berbillion pelaburan dari Jepun masuk, mencurah-curah ke negara ini dalam industri elektronik, pembuatan mahupun industri pembuatan kereta.

Berkokok di laman sendiri sememangnya menguntungkan, dengan kadar risiko untuk menerima ancaman dari Jepun sangat minima. Itu yang membuatkan Shamsul Iskandar dan pengikutnya berani, dengan tindakan menghina panji matahari terbit.

Namun, pernahkah pencetus kekacauan ini memikirkan untung nasib rakyat Malaysia di Jepun?

Pendek akal, sebagaimana pendeknya Shamsul Iskandar, telah mengakibatkan ancaman kepada pelajar Malaysia di Jepun. Tidak cukup dengan itu, hakikat indahnya Islam yang menjadi agama persekutuan Malaysia juga tercemar, gara-gara tindakan si pendek akal.

Realitinya ialah Anwar Ibrahim sendiri yang gagal mematuhi peraturan imigresen negara tersebut! Bukankah hak kepada sesuatu negara untuk menetapkan undang-undang mereka? Siapa Anwar Ibrahim untuk berlagak seperti ini dunia dia yang punya?

Angkara Pemuda PKR Bakar Bendera Jepun, Pelajar Malaysia Terima Akibat!

Penulis agak risau atas konflik yang dicetuskan. Ketegangan ini sememangnya mengundang bahaya kepada pelajar Malaysia, atau rakyat Malaysia yang sedang mengharungi kehidupan di Jepun. Siapa yang mahu bertanggungjawab, sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini ke atas rakyat Malaysia nanti?

Bagaimana pula jika Jepun bertindak untuk tidak memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburannya untuk masa akan datang gara-gara konflik ini? Untuk makluman, Jepun kini merupakan pelabur asing terbesar di Malaysia dengan kira-kira 1,400 syarikat dari negara itu beroperasi dengan pelaburan dalam bidang pembuatan telah mencecah US$22.2 bilion.

Almaklumlah… program pemboikotan barangan Jepun sudah bermula. Mana mungkin ahli perniagaan Jepun mahu membuka perniagaan di negara yang memboikot barangan Jepun… kan?

Akhirnya, kerajaan juga yang terpaksa memainkan peranan dalam memastikan insiden ini diselesaikan secara diplomatik. Gara-gara permainan politik gampang dari Anwar dan kuncu-kuncunya, kerajaan pula terpaksa menjadi tukang selesai masalah.

Sama-sama kita berdoa agar tiada rakyat Malaysia di Jepun yang menjadi mangsa politik gampangan si Shamsul Iskandar ini.

Memang kerajaan zalim!

[Sumber]

LAGI INFO ANWAR KENA HALAU DARI JEPUN.

Benarkah Status BEKAS BANDUAN Anwar Punca Dihalang Memasuki Jepun?

Benarkah Status BEKAS BANDUAN Anwar Punca Dihalang Memasuki Jepun?

Jurucakap kedutaan Jepun, Tomoko Nagai berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilarang memasuki Jepun pada Ahad kerana melakukan kesalahan dan pernah dipenjara pada tahun 1999.

Anwar-Jepun-Bekas-Banduan

Menurutnya, sesiapa sahaja yang pernah melakukan kesalahan dan menjalani hukuman penjara sama ada di Jepun atau negara lain tidak dibenarkan memasuki negara itu.

“Seperti yang diketahui, Anwar pernah dibenarkan memasuki Jepun pada 2011 dan 2012 tetapi ketika itu beliau mempunyai kebenaran khas daripada negara berkenaan.

“Bagaimanapun, kali ini beliau tidak membuat permintaan dan berikutan itu kemasukannya tidak dapat diterima,” katanya ketika dihubungi The Star pada Selasa.

Nagai memberitahu, tindakan itu mengikut larangan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Jepun di bawah Perkara 5 (iv), Akta Pengiktirafan Pelarian dan Kawalan Imigresen yang dikenakan terhadap semua individu yang ingin memasuki negara berkenaan.

Pada Ahad, Anwar tidak dibenarkan memasuki Jepun selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada pukul 6.45 pagi.

Beliau diarahkan pulang menerusi penerbangan pertama ataupun dikenakan tindakan pengusiran.

Yuktes Vijay

yuktes vijay

Namun, agak menarik untuk membaca ulasan bekas peguam Anwar, Yuktes Vijay, di Facebook mengenai sebab mengapa Anwar dihalang memasuki Jepun.

Menurut Yuktes, Anwar dihalang masuk Jepun kerana isu 3 bilion, bukan kerana isu imigresen, bukan kerana campur tangan Wisma Putra malah bukan kerana Anwar dituduh Gay atau kerana wajah miripnya ditayangkan di dalam laman web porno.

"Kenyataan isu visa istimewa (special visa given under Japan's refugee act) sebenarnya tiada kaitan dengan Anwar.

"Selepas dibebaskan, Anwar pernah pergi keJepun beberapa kali tanpa halangan.

"Persoalannya, kenapa pula kali ini kena ada visa khas? Dan tiada visa khas pun kenapa pula dia disuruh ambil penerbangan pertama untuk balik?

"Ramai yang membandingkannya dengan Paris Hilton,  Beatles... Macam-macam alasan..

"Fikir laa sikit kawan-kawan ooii.. Anwar ketua pembangkang. Lebih-lebih lagi ahli parlimen. Member of International Parlimentary Union. Ini hal diplomatik, takkan diugut yang dirinya akan dikenakan tindakan jika tidak ambil penerbangan pertama keluar. Kecuali jika anda Mugabe daripada Zimbawe kan...

Yuktes mengakhiri ulasannya dengan sebaris kata-kata sinis dan tajam, "Setiap percaturan Anwar tidak akan berlaku selagi saya bernafas.."

Menarik untuk mengikuti perkembangan seterusnya..

-Sentiasapanas.com

Tuesday, January 21, 2014

PANAS! Pemuda PKR Pijak Dan Bakar Bendera Jepun!

PANAS! Pemuda PKR Pijak Dan Bakar Bendera Jepun!

Inilah jadinya bila dah terlalu mengagungkan pemimpin mereka, Anwar Ibrahim.

Pemuda PKR Pijak Bendera Jepun

Pagi tadi Pemuda PKR (AMK) menghantar memorandum bantahan ke kedutaan Jepun di Kuala Lumpur berhubung sekatan yang dikenakan ke atas Anwar yang ingin memasuki negara itu pada 19 Januari lalu.

Penghantaran memorandum ke kedutaan Jepun itu melibatkan 30 orang peserta bantahan sambil memegang poster yang bertulis “boikot barangan Jepun”.

Mereka kemudiannya bertindak memijak poster, yang mirip bendera Jepun tersebut, dan membakarnya di hadapan kedutaan itu.

Persoalannya, mengapa perlu sampai jadi seteruk itu hingga nak pijak poster bendera Jepun bagai.

Dosa Jepun pada Anwar cuma satu – menghalangnya masuk ke negera mereka.

Pemuda PKR Bakar Bendera Jepun

Tetapi tahukah beribu kebaikan yang negara Jepun dah buat kepada rakyat negara ini terutama sekali penyokong Anwar yang mengagungkannya selama ini?

Andai kata syarikat-syarikat Jepun mengambil keputusan menutup kilang-kilang mereka di Malaysia, adakah Anwar akan menggunakan segala hartanya untuk membayar gaji para penyokongnya yang diberhentikan kerja?

Penyokong Anwar di kedutaan tadi juga mendesak agar barangan negara matahari terbit itu diboikot – apa kata mereka lakukan terlebih dahulu, buang segala peti sejuk, televisyen, penghawa dingin dan segala barangan buatan Jepun di rumah mereka untuk membuktikan ‘keikhlasan’ pemboikotan tersebut?

Ada ribuan pelajar kita yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi di Jepun, andai kata negara itu memutuskan hubugan diplomatik, berapa ramai yang terpaksa pulang dengan tangan kosong, berapa banyak duit yang mengalir begitu saja tanpa sekeping sijil atau kemahiran pun yang boleh dibawa pulang?

Kes rakyat Malaysia tidak dibenarkan masuk ke negara asing bukan isu baru, selama ini pun banyak rakyat Malaysia yang diperlakukan demikian namun tak banyak yang boleh dilakukan kerana itu adalah hak mutlak negara tersebut.

Kalau Anwar betul-betul ‘gentle’, pergilah saman Tokyo seperti mana seorang pensyarah UPM yang menyaman kerajaan Amerika Syarikat disebabkan alasan yang sama.

Anwar Patut Marah Pada Tokyo, Bukan Putrajaya!

Anwar-Jepun

Mengapa sebenarnya Anwar Ibrahim dilarang dari memasuki Jepun? Kebenarannya masih belum pasti tetapi Anwar tidak buang masa. Jari telunjuk dituding sepenuhnya ke Wisma Putra.

(Baca: Punca Sebenar Kenapa Anwar Tidak Dibenarkan Masuk Ke Jepun!)

Ramai yang memang terkejut dengan tindakan Jepun melarang pemimpin pembangkang ini dari memasuki negara matahari terbit itu.

Rata-rata faham kekecewaan Anwar mengenai perkara tersebut namun tindakan Anwar menuduh Wisma Putra terlibat secara langsung agak keterlaluan.

Memanggil semua ini sebagai sandiwara Wisma Putra, Anwar sepatutnya melepaskan rasa marahnya pada Jepun dan bukan menuding jari pada pihak yang tidak sepatutnya.

Logiknya, Wisma Putra tidak mendapat apa-apa kebaikan atau imbuhan langsung dengan berbuat demikian terhadap Anwar dan langkah terbaik yang patut diambil Anwar dan barisan perundangannya sekarang adalah memanjangkan surat bantahan kepada Kedutaan Jepun di Malaysia bagi menuntut jawapan penuh.

Sesuatu yang perlu umum tahu juga kenyataan bahawa Jepun adalah sebuah negara yang punya pendekatan yang berbeza dengan negara Asia lain apabila menyentuh soal Islam dan Muslim keseluruhannya.

Di Jepun, Islam dilihat sebagai sesuatu yang asing dan dakwah secara terbuka adalah dilarang.

Mengambil kira pendirian Jepun mengenai Islam, mungkin tidak salah untuk mengandaikan bahawa apa yang berlaku pada Anwar berkaitan dengan tujuan Anwar ke sana.

Tidak perlu menjadikan isu ini satu kontroversi kerana sekiranya kerajaan Jepun kembali dengan jawapan bahawa larangan tersebut dikenakan atas alasan keperibadian Anwar sendiri, ia akan mengundang malu yang lebih besar.

Cukup-cukuplah Anwar. Mungkin sudah masanya Anwar berikan lebih perhatian kepada partinya juga masalah dalaman pakatan pembangkang dan bukan mengheret rakyat dalam perjuangannya untuk kekal relevan.

Selesaikan dahulu isu tiga penjuru antara Azmin Ali, Khalid Ibrahim dan PKNS. Tidak perlu mencetus isu bagi mengalihkan pandangan umum terhadap pergolakan dalam PKR.

*Penulis Lisa Adam adalah pemerhati politik tanahair. (Free Malaysian Today)

Akhir kata, kalau bodoh, bodohlah seorang…jangan semua rakyat nak dibodohkan juga, puihhhhh!!!!!

Sumber: Mynewshub

Selepas KANGKUNG, Giliran JEPUN Pula Jadi Bahan LAWAK

Selepas KANGKUNG, Giliran JEPUN Pula Jadi Bahan LAWAK

Rangkaian berita-berita hangat hari ini dimulakan dengan peristiwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilarang pihak Imigresen Jepun daripada memasuki negara itu petang semalam biarpun telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di Tokyo.

Lawak-Jepun-Anwar

Menurut pihak berkuasa negara Nippon itu, Anwar dilarang untuk memasuki Jepun kerana hukuman penjara yang dikenakan ke atasnya pada tahun 1999.

Bagaimanapun, Anwar mempersoalkan alasan berkenaan kerana sebelum itu beliau telah memasuki negara matahari terbit itu sebanyak tiga kali iaitu pada 2006, 2009 dan tahun lepas.

Hari ini, peristiwa itu menjadi bahan jenaka di laman media sosial seperti Facebook dan Twitter.

Pemikiran kreatif para pengguna internet menghasilkan banyak gambar dan poster berkaitan peristiwa berkenaan sehingga turut mengambil watak ikon animasi Jepun dalam jenaka mereka.

Antara watak yang diadaptasikan kepada terhasilnya jenaka ini ialah watak adiwira Ultraman, Doraeman dan kanak-kanak nakal Sin Chan.

Lawak-Jepun-Anwar

Pelbagai versi dihasilkan pengguna kreatif di internet dengan ada di antaranya mencipta dialog dan kata-kata lucu di antara Ultraman.

Antara satu daripadanya menunjukkn dua Ultraman mengawasi keadaan sekeliling sambil berkata “Nampak anwar berahim.. FIRE!!.”

“Bereh boh!” jawab Ultraman yang satu lagi dalam dialog versi loghat Kelantan.

Beberapa minggu lalu, puak pembangkang membuat lawak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kenyataan beliau berkaitan sayur kangkung yang dijadikan contoh kerana sudah turun harga, hari ini Anwar pula dibahan oleh pengguna laman sosial kerana dilarang masuk je Jepun.

Kalau penulis la, memang malu tahap gaban dah apabila disuruh ambil penerbangan pertama untuk pulang ke Malaysia, kalau tak ada duit nak beli tiket, tak ke kecoh..

Setakat Najib kena bahan isu Kangkung apalah sangat… Anwar kena bahan isu Jepun lagi teruk.. Ultraman, Doraeman dan Sin Chan semua dah boikot beliau serta dilawakkan dalam tahap yang paling memalukan.

Allah bagi balasan terus tanpa nak tunggu apa-apa pun lagi.

Anda lihat antara beberapa rangkaian poster dan gambar yang dihasilkan berkenaan insiden ini.

Sumber: KUMBANGWIRA/Mynewshub

Lawak-Jepun-Anwar
Lawak-Jepun-Anwar
Lawak-Jepun-Anwar
Lawak-Jepun-Anwar
Lawak-Jepun-Anwar

Monday, January 20, 2014

Punca Sebenar Kenapa Anwar Tidak Dibenarkan Masuk Ke Jepun!

Punca Sebenar Kenapa Anwar Tidak Dibenarkan Masuk Ke Jepun!

Dah tahu pasal apa Anwar Ibrahim tak dibenarkan masuk ke Jepun? Semua masih ingat tak ketika Tun Mahathir haramkan duit note RM500 dan RM1000?

anwar dihalang memasuki jepun

Yang lama pasti tahu tapi yang muda ni tak tahu. Tak tahu tu eloklah search cari not RM500 dan not RM1,000 yang di haramkan oleh Tun M sewaktu Anwar Ibrahim di pecat dari Timbalan Perdana Menteri.

Mengikut sumber, wang not RM500 dan RM1,000 tu disimpan di China dan Jepun oleh Anwar Ibrahim. Jumlahnya trilion ringgit Malaysia!

Duit sapa lagi kalau bukan duit Anwar Ibrahim dan sekutunya!

Wang Malaysia Not RM500 dan RM1000

Jadi, Anwar Ibrahim ke jepun atas sebab berjumpa dengan proksinya yang menyimpan duit tersebut. Najib Razak tahu perkara ini dan sebelum ini telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan Jepun bahawa apa yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim adalah salah dan merupakan satu ROMPAKAN ke atas wang Rakyat Malaysia sewaktu beliau berkuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Kerajaan Malaysia melalui Najib dan kerajaan Jepun bekerjasama dalam perkara ini bagi menidakkan wang RM500 dan RM1,000 tidak dibawa pulang oleh Anwar Ibrahim ke Malaysia ataupun disimpan di negara lain.

Kerajaan Jepun yang memandang serius perkara ini dan atas sebab tersebut kerajaan Jepun melihat Anwar Ibrahim sebagai satu ancaman KORUPSI mata wang dunia dan tidak mahu pengaruh Anwar Ibrahim yang teruk merosakkan mata wang Yen Jepun.

Mungkin ada yang tak percaya (macam biasalah) tapi ketahuilah hakikatnya bahawa Anwar Ibrahim adalah Perompak Wang Rakyat paling besar dalam sejarah negara.

Bayangkan jika Pakatan menang PRU dan mentadbir negara yang mana Anwar Ibrahim Perdana Menteri!

Sudah pasti keturunan Anwar Ibrahim akan kaya-raya dek kerana not RM500 dan RM1,000 yang dirompak Anwar Ibrahim sewaktu beliau menjadi TPM.

Buat yang nak menyokong Anwar Ibrahim membabi buta dan hanya tahu salahkan UMNO, eloklah buat research perkara ini.

Jangan jadi pentaksub sampai mengiyakan apa sahaja cakap Anwar Ibrahim. [Sumber]

N. Gobalakrishnan

N. Gobalakrishnan

Suatu ketika dahulu, Anwar Ibrahim dicabar supaya menafikan dakwaan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan mengenai dakwaan beliau terlibat dalam penggubahan dan pengaliran wang haram.

Gobalakrishnan telah mendedahkan pelbagai rahsia dan penyelewengan Ketua Umum PKR dalam satu ceramah di Port Kelang pada Sabtu 21.5.2011 yang lalu.

Ceramah yang disampaikannya dalam majlis ‘siri ceramah SSDE’ itu menambahkan lagi kefahaman rakyat mengenai siapa sebenarnya pemimpin ‘gila talak’ bernama Anwar Ibrahim yang jadi sasau kerana mengimpikan kedudukan di Putrajaya selepas PRU-13 nanti.

Rakaman video ucapan Gobala seperti yang termuat di blog Darul Ehsan Today itu menimbulkan dua isu yang agak menarik untuk dikongsi bersama oleh seluruh rakyat Malaysia.

Dua isu yang dimaksudkan ialah mengenai dakwaan bahawa Anwar telah melarikan wang kertas RM500 dan RM1000 ke luar negara serta kisah perut buncit Anwar yang dilindungi bengkung.

Pada ceramah itu Gobala mencabar Anwar Ibrahim supaya menyaman beliau di mahkamah kerana menuduh Ketua Pembangkang itu melarikan wang kertas RM500 dan RM1,000 berjumlah lebih 13 bilion ke luar negara ketika Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Malaysia dahulu.

Jelas Gobala, selepas Tun Dr. Mahathir memecat Anwar daripada kabinet, Dr. Mahathir juga telah menarik-balik penggunaan wang kertas Malaysia bernilai RM500 dan RM1,000.

“Cuba tuan-tuan dan puan-puan ingat balik peristiwa pada tahun 1998 itu. Kenapa Dr. Mahathir batalkan penggunaan wang 500 dan 1000? Saya katakan bahawa sebelum itu Anwar Ibrahim telah melarikan wang berkenaan ke luar negara, mungkin ke Indonesia dengan menggunakan kapal terbang persendirian dengan jumlah tidak kurang daripada 13 bilion.

“Saya cabar Anwar saman saya kerana kenyataan ini,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh para hadirin di majlis berkenaan. [Sumber]

Undang-undang Imigrasi Artikel 24 negara Jepun

Anwar porno di majalah Jepun

Anwar mendakwa tindakan imigresen Jepun adalah disebabkan oleh 'repot terbaru' yang diterima oleh negara itu berkemungkinan pada tahun 2013. Benarkah atau Anwar sekadar menimbulkan persepsi ada konspirasi di sebalik larangan masuk ke negara tersebut?

Kita tentu ingin tahu isi kandungan 'repot terbaru' yang dimaksudkan oleh Anwar.

Ini adalah perincian Undang-undang Imigrasi Artikel 24 (rujuk artikel 24) negara Jepun bagi mereka yang dilarang masuk ke negara itu.

Peliknya, Anwar sebelum ini bebas merantau ke serata dunia tanpa halangan daripada mana-mana pihak.

Dan agak mustahil juga kalau kerajaan Malaysia mampu membuatkan Jepun mengambil keputusan menghalang Anwar Ibrahim dari menjejakan kaki di sana.

Fikir-fikirkan..

-Sentiasapanas.com

HOT!  Anwar Dihalang Dari Memasuki Jepun

HOT! Anwar Dihalang Dari Memasuki Jepun

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dilarang dari memasuki Jepun oleh kerajaan negara itu.

Anwar Dihalang Dari Memasuki Jepun

Mengikut penjelasan Anwar sendiri, beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pukul 6.45 petang kelmarin tetapi dihalang pihak imigresen negara itu.

“Saya diminta untuk menaiki penerbangan pulang terawal atau berhadapan dengan tindakan hantar pulang secara paksa (deportation),” dakwa beliau melalui akaun Facebooknya sebentar tadi.

Alasan awal yang diberikan pihak berkuasa Jepun menurut beliau ialah kerana hukuman penjara yang dikenakan kepadanya pada tahun 1999.

Anwar berkata, beliau telah meminta penjelasan lanjut akan apa yang berlaku dan merasakan telah berlaku sesuatu salah faham kerana beliau telah 3 kali memasuki Jepun sebelum ini iaitu pada 2006, 2009 dan 2012.

(Baca: 24 Manusia Sesat Yang Pernah Mengaku Sebagai Nabi)

Anwar berkata, beliau ke negara berkenaan atas jemputan Pengerusi Yayasan Nippon, Sasakawa bagi membentangkan hujah berkaitan Muslim Democrats.

Setelah bertegas beberapa kali, Anwar memberitahu, beliau dimaklumkan tindakan kali ini adalah berdasarkan aduan terkini ke atas dirinya (yang dipercayai dibuat pada tahun lalu).

“Pejabat saya telah membuat pertanyaan dengan Keduataan Jepun di Kuala Lumpur minggu lepas bagi memastikan tidak akan ada sebarang masalah jika saya mahu memasuki negara itu,” katanya.

Memandangkan halangan itu, Anwar telah meninggalkan Jepun pukul 10.45 malam.

Dalam entri di Facebook itu, Anwar meluahkan rasa protest di atas tindakan kerajaan Jepun itu.

Beliau juga menyalahkan pihak kerajaan Malaysia dan Wisma Putera terutama berhubung laporan terkini yang disebut pihak imigresen Jepun.

Peliknya, Anwar sebelum ini bebas merantau ke serata dunia tanpa halangan daripada mana-mana pihak.

Dan agak mustahil juga kalau kerajaan kita mampu membuatkan Jepun mengambil keputusan menghalang Anwar Ibrahim dari menjejakan kaki di sana.

UPDATE

Anwar Gagal Masuk Jepun Tiada Kaitan Dengan Imigresen Malaysia

Jab-Imigresen-Malaysia

Kegagalan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki Jepun semalam tidak ada kaitan dengan Jabatan Imigresen Malaysia.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Alias Ahmad memberitahu Agendanews, apa yang berlaku mungkin ada hubung kait dengan soal dalaman negara itu.

Beliau menjelaskan, Jabatan Imigresen Malaysia tidak pernah meminta kerajaan Jepun menghalang Anwar dari memasuki negara berkenaan.

Semalam, Anwar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pukul 6.45 petang tadi tetapi dihalang pihak imigresen negara itu.

“Saya diminta untuk menaiki penerbangan pulang terawal atau berhadapan dengan tindakan hantar pulang secara paksa (deportation),” dakwa beliau melalui akaun Facebooknya.

Alasan awal yang diberikan pihak berkuasa Jepun menurut beliau ialah kerana hukuman penjara yang dikenakan kepadanya pada tahun 1999.

(Baca: HOT! Dr. Asri Mohon Maaf Sebar Gambar FITNAH!)

Anwar berkata, beliau telah meminta penjelasan lanjut akan apa yang berlaku dan merasakan telah berlaku sesuatu salah faham kerana beliau telah 3 kali memasuki Jepun sebelum ini yakni pada 2006, 2009 dan 2012.

Anwar berkata, beliau ke negara berkenaan atas jemputan Pengerusi Yayasan Nippon, Sasakawa bagi membentangkan hujah berkaitan Muslim Democrats.

Setelah bertegas beberapa kali, Anwar memberitahu, beliau dimaklumkan tindakan kali ini adalah berdasarkan aduan terkini ke atas dirinya (yang dipercayai dibuat pada tahun lalu).

“Pejabat saya telah membuat pertanyaan dengan Keduataan Jepun di Kuala Lumpur minggu lepas bagi memastikan tidak akan ada sebarang masalah jika saya mahu memasuki negara itu,” katanya.

Memandangkan halangan itu, Anwar telah meninggalkan Jepun pukul 10.45 malam tadi.

Beliau bagaimanapun kemudiannya menyalahkan kerajaan Malaysia atas kegagalan memasuki negara matahari terbit berkenaan.

Sumber: Mynewshub