Wednesday, December 04, 2013

Paul Walker Crash Video, Detik Terakhir Disaat Kematian!


Selepas beberapa hari kematian pelakon utama filem Fast and Furious mendiang Paul Walker dihebahkan di media dan di laman sosial, hari ini didedahkan rakaman kamera litar tertutup di saat kereta Porcshe yang dinaiki Paul meletup dan terbakar.

Paul Walker Crash Video

Dailymail melaporkan, seorang saksi yang melihat kejadian itu berkata kenderaan itu dipandu laju sebelum berlakunya kemalangan sehingga kebakaran berlaku dengan begitu pantas.

Rakaman CCTV juga merakamkan asam hitam berkepul-kepul di udara sebaik kemalangan terjadi sehingga turut menampakkan ledakan seperti bola api ke angkasa.



Dalam kejadian Sabtu lalu, bintang Fast And The Furious itu bersama temannya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Santa Clarica, California, Amerika Syarikat.

Rakannya, seorang penasihat kewangan yang memandu kereta berkenaan dikatakan gagal mengawal kenderaan sebelum melanggar sebuah tiang telefon di tepi jalan yang mengakibatkan kenderaan tersebut meletup.

Sumber: Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon