Tuesday, January 15, 2013

Tonton Rancangan TV Tempatan Melalui Telefon Anda


Orang ramai kini boleh menonton empat saluran televisyen di bawah Media Prima Berhad dan RT Global pada bila-bila masa dengan menggunakan komputer, telefon pintar, tablet dan iOS.

TONTON

Pengurus Besar Kumpulan Media Prima Digital dan Pemasaran Bersepadu Media Prima Berhad, Lam Swee Kim berkata, perkara itu menjadi kenyataan melalui siaran ‘TV Everywhere’ menerusi www.tonton.com.my/livetv (tonton).

“Tonton kini mempunyai akses tontonan untuk siaran langsung empat saluran televisyen di bawah Media Prima Berhad dan RT Global di mana-mana sahaja.

“Lima saluran tersebut adalah TV3, ntv7, 8TV, TV9 dan saluran berita RT Global yang menawarkan hiburan dan informasi lengkap secara percuma,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Swee Kim berkata, kesemua saluran berkenaan boleh ditonton secara langsung selama 24 jam sehari menerusi komputer, telefon pintar dan tablet (Android 2.3 dan ke atas) serta iOS 4 dan ke atas).

Menurutnya, orang ramai yang mahu menggunakan perkhidmatan itu bagaimanapun perlu mendaftar terlebih dahulu di www.tonton.com.my

Jelas beliau, maklumat lanjut mengenai ‘TV Everywhere’ boleh diperoleh menerusi Facebook di www.facebook.com/tontonMY atau Twitter di www.twitter.com/tontonMY.

BACA INI JUGA:

Sumber: mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon