Wednesday, October 10, 2012

Teman Wanita Dirogol Depan Mata


Seorang lelaki kelihatan sebak ketika menceritakan teman wanitanya dirogol di depannya oleh seorang pengecat kereta dalam kejadian di sekitar Kepong, empat tahun lalu.

Gambar hiasan

Lelaki itu berusia 27 tahun memberitahu Hakim Mahkamah Sesyen, S M Komathy Suppiah semalam, beliau kini sudah berkahwin dengan teman wanitanya.

Katanya, beliau diperlakukan seperti binatang termasuk kepalanya ditetak menggunakan parang.

"Ketika kejadian rompakan itu saya turut ditendang, dipukul dan ditetak menggunakan parang, malah kami berdua malu apabila kejadian itu dirakamkan tertuduh dan rakannya. Ia masih segar dalam ingatan kami, ” katanya.

“Saya mengalami tekanan dan malu untuk berdepan dengan semua orang. Kenapa saya tidak dibunuh saja daripada diperlakukan sedemikian rupa. Saya takut malah masih ketakutan untuk pergi ke Kuala Lumpur selepas pertama kali menjejakkan kaki ke kota raya pada hari kejadian untuk bekerja,” katanya.

Tertuduh B Puvaneswaran, 23, dihukum penjara 16 tahun dan 20 sebatan.

-Bharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon