Wednesday, October 10, 2012

Rekod Dunia Mandi Bogel Dipantai


Satu rekod dunia berbogel di pantai secara kumpulan beramai-ramai berjaya memecahkan rekod di Wales, apabila lebih kurang 400 orang lelaki dan perempuan yang menyertainya berlari dipantai hingga ke laut.

Rekod dunia mandi bogel

Ramai warga diseluruh Wales menyertai acara pemecahan rekod dunia itu. Mereka beramai-ramai membuka baju dan mandi dipantai Rhossoli, Gower seawal pukul 8 pagi.

Mereka yang pada mulanya seronok menyertai acara pemecahan rekod dunia itu mula merasa kesejukan namun begitu mereka semua gembira menyertai acara yang unik itu.

Seorang wanita, Lizzy White mengatakan dia sangat seronok walaupun terpaksa menanggalkan pakaian dan mandi didalam air yang sejuk.

Pada awalnya ada beberapa peserta berasa malu berbogel bersama ratusan peserta yang lain, namun begitu perasaan itu mula hilang jika dilihat pada riak wajah peserta yang menyertai acara yang 'unik' itu.

Seorang peserta, Steve Absolom mengatakan dia tidak merasa malu malah dia seronok dan gembira menyertai acara itu.

Penganjur aksi nekad itu mengatakan acara itu akan di sahkan oleh Guinnes World Record tetapi mereka yakin yang acara itu telah mengatasi rekod serupa yang pernah disertai lebih kurang 250 orang.

Pada awalnya penganjur menjangkakan hanya sekitar 300 orang yang akan menyertai acara itu, tetapi jumlah itu makin bertambah disaat-saat akhir acara itu berlangsung.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon