Tuesday, June 27, 2023

7 Makanan Tinggi Vitamin A

7 Makanan Tinggi Vitamin A

Vitamin A ialah vitamin yang larut lemak yang boleh diperolehi daripada sumber haiwan ataupun tumbuhan yang diperlukan oleh badan untuk sistem penglihatan.

Fungsi kedua vitamin A ialah untuk tumbesaran dan integriti sel epitelium dan fungsi imun dalam badan.

Kekurangan vitamin A dikalangan orang dewasa boleh menjejaskan beberapa fungsi seperti penglihatan, imuniti, reproduktif dan juga dikaitkan dengan penyakit anemia akibat kekurangan vitamin A.

Keperluan Vitamin A

Recommended nutrient intake (RNI) atau pengambilan nutrien yang disyorkan bagi vitamin A untuk rakyat Malaysia adalah seperti berikut:

Berikut ialah senarai makanan yang tinggi vitamin A:

1. Hati Ayam

Kandungan vitamin A: 16,000 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa).

2. Hati Lembu

Kandungan vitamin A: 9,000 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa).

3. Telur Ayam

Kandungan vitamin A: 304 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: 51% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa).

4. Telur Itik

Kandungan vitamin A: 208 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: 35% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa).

5. Buah Mangga

Kandungan vitamin A: 214 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: 35.7% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa).

6. Buah Betik

Kandungan vitamin A: 193 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: 32.2% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa).

7. Buah Tembikai

Kandungan vitamin A: 68 mikrogram bagi setiap 100 gram.

RNI: 11.3% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa).

Semoga memberi manfaat.

Tuesday, June 20, 2023

 Akan Terjadi Kekayaan Melimpah Ruah Di Akhir Zaman

Akan Terjadi Kekayaan Melimpah Ruah Di Akhir Zaman

Nabi SAW melalui sabdanya bahawa pada akhir zaman manusia akan berhadapan dengan harta kekayaan yang melimpah ruah. Manusia pada satu ketika amat mudah memperolehi harta dengan rezeki yang dikurniakan.

Kekayaan Melimpah Di Akhir Zaman
Gambar hiasan.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Hari Kiamat tidak akan terjadi sehingga harta kamu melimpah. Sehingga orang yang mempunyai harta merasa hairan, siapakah yang mahu menerima sedekahnya. Bahkan di saat dia menawarkan hartanya kepada orang lain, tawarannya itu dijawab dengan perkataan, Aku tidak memerlukan hartamu." (Hadis Riwayat al-Bukhari, az-Zakāh, hadith no. 1412 – Fath al-Bari 3/330)

Dalam hadis lain, Baginda bersabda yang bermaksud, "Kemudian melimpahnya harta sehingga seseorang yang sudah diberi 100 dinar pun masih tetap merungut." (Daripada matan hadis oleh al-Bukhari dalam al-Jizyah wa al-Muwada'ah, hadis no. 3176- Fath al-Bari 6/320)

Berdasarkan dua riwayat hadis ini, terdapat lima pemahaman yang diperjelaskan bagi menggambarkan melimpahnya harta sebagai tanda semakin hampirnya kiamat.

Pertama, harta yang melimpah disebabkan harta simpanan yang diperoleh oleh kaum Muslimin daripada penaklukan.

Nabi SAW bersabda maksudnya, "Sesungguhnya akan dibuka kepada kamu Syam, Rom dan Parsi sehingga masing-masing daripada kamu akan mendapat bahagian unta dengan jumlah tertentu, lembu dengan jumlah tertentu dan juga kambing, sehingga mereka yang mendapat bahagian seratus dinar pun masih lagi merungut dengan bahagiannya." (H.R Ahmad, baqi Musnad al-Anshar, Hadis no. 22547- al-Musnad 5/340)

Hadis di atas menjelaskan satu bentuk limpahan harta disebabkan pembukaan wilayah pada zaman sahabat berdasarkan perkataan pembahagian yang berlaku dikalangan mereka. Pembukaan wilayah baharu berhasil memperolehi sumber yang sangat banyak.

Pada penghujung hadis, Rasulullah SAW menjelaskan terdapat masalah dalam pembahagian harta tersebut apabila ada dianatara mereka yang merungut tentangnya.

Namun, mereka yang merungut itu bukan di kalangan sahabat, tetapi mereka yang turut serta dalam pembukaan kota tersebut.

Kedua, maksud melimpahnya harta adalah peristiwa yang terjadi pada masa pemerintahan Umar bin Abdul Aziz yang memperlihatkan banyaknya harta rampasan perang.

Ini berdasarkan sabda Baginda Nabi SAW yang bermaksud, "Bersedekahlah kamu kerana pada satu masa kamu akan menjumpai seorang lelaki berjalan dan membawa hartanya untuk disedekahkan, namun tiada seorang pun yang ingin menerimanya. Kemudian orang yang ingin menerima sedekah itu berkata, sekiranya kamu datang kelmarin membawa sedekah itu, nescaya aku akan menerima sedekah kamu, tapi pada saat ini aku tidak memerlukan harta kamu itu." (H.R al-Bukhari, az-Zakah, hadith no. 1411- Fath al-Bari 3/330)

Gambaran hadis tersebut menunjukkan pada zaman tersebut ramai orang memiliki sifat qanaah dan zuhud sehingga mereka sanggup mengenepikan segala beban dunia yang memberatkan.

Mereka tidak menjadikan penerima sedekah sebagai sesuatu yang tetap, tetapi setakat keperluan sekiranya memerlukan.

Oleh itu, gambaran tersebut sesuai dengan situasi yang berlaku pada zaman Umar bin Abdul Aziz, namun kemungkinan juga situasi yang sama akan berlaku pada zaman Al-Mahdi dan Isa AS.

Ketiga, maksud melimpahnya harta merujuk kepada zaman Al-Mahdi dan Isa AS Nabi SAW bersabda maksudnya, "Demi zat yang jiwaku ini berada di tangan-Nya, sudah hampir saat turunnya Isa bin Maryam untuk menjadi penguasa yang adil. Baginda akan mematahkan salib, membunuh babi dan menghapuskan jizyah sehingga harta melimpah hingga tiada seorang yang mahu menerima sebagai sedekah." (Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Ahadith al-Anbiya, hadith no. 3448- Fath al-Bari 6/556)

Hadis ini memberi gambaran al-Mahdi akan membahagikan harta namun tiada yang ingin mengambilnya, yang mungkin disebabkan pada ketika itu bilangan manusia semakin sedikit disebabkan peperangan.

Mungkin juga disebabkan saat hampirnya kiamat menyebabkan ramai yang zuhud kepada harta dunia.

Keempat, maksud melimpahnya harta seiring peredaran masa dan perubahan gaya kehidupan.

Kelima, maksud melimpahnya harta disebabkan tersebarnya banyak fitnah, peperangan serta manusia disibukkan dengan hal yang menyebabkan mereka lupa untuk memikirkan harta mereka: Dalam situasi bencana, sakit dan hilang akal.

Gambaran ini menunjukkan musibah yang dialami jauh lebih besar daripada kesusahan yang menimpa harta mereka.

Nabi SAW bersabda yang maksudnya, "Sesungguhnya akan datang pada manusia satu zaman terdapat seorang lelaki berpusing-pusing membawa hartanya berupa emas dan perak yang hendak disedekahkan namun dia tidak menjumpai walau seorang pun yang mahu menerimanya. Dan akan disaksikan nanti bahawa seorang lelaki akan diikuti oleh 40 orang wanita untuk mendapatkan perlindungan daripadanya. Ini kerana bilangan wanita lebih banyak daripada lelaki." (Hadis Riwayat al-Bukhari, az-Zakah, hadis no. 1414- Fath al-Bari 3/330)

Hadis di atas menggambarkan mereka yang menolak sedekah merujuk kepada harta mereka juga banyak dan limpahan harta tersebut sehingga tiada yang ingin menerima sedekah daripada orang lain manakala ramainya wanita daripada lelaki disebabkan golongan lelaki ramai sudah mati dalam peperangan dan penyakit sehingga bilangan wanita semakin bertambah dan mereka berusaha mencari perlindungan daripada lelaki.

Berdasarkan hadis permulaan tersebut, pandangan tentang mereka yang diberi 100 dinar masih lagi merungut merujuk kepada:

Terjadinya inflasi besar-besaran terhadap mata wang iaitu apabila seseorang memperolehi 100 dinar masih tidak mencukupi untuk menampung kehidupan mereka yang berbeza dengan kehidupan terdahulu.

Nabi SAW bersabda yang maksudnya, "Saat itu, berpegang kepada nilai agama adalah sangat sukar. Harta semakin melimpah dan hari kiamat tidak akan tiba kecuali wujudnya sejahat-jahat manusia." (Hadis Riwayat al- Hakim, Al-Fitan, Hadis no. 8359- al-Mustadrak 4/486)

Berkembangnya budaya hidup senang atau mewah sehingga banyak keinginan perlu dipenuhi. Oleh itu, 100 dinar tidak akan mencukupi disebabkan manusia hidup dalam gaya dan kemewahan yang luar daripada jangkauan kehidupan mereka.

Pada zaman ini, semakin ramai manusia berhutang demi mencari kesenangan yang diingini. Mereka lebih mengutamakan kehendak berbanding keperluan.

Rumusan

Berdasarkan pandangan di atas, terdapat beberapa perkara utama yang menjadi tunjang kepada pemahaman harta melimpah ruah di akhir zaman.

Justeru, setiap umat Islam perlu memahami dan menghayati pesanan Nabi SAW bagi menghadapi situasi akhir zaman yang penuh cabaran.

Wallahu a'lam.

-Sentiasapanas.com

Tuesday, June 13, 2023

SBDJ Siri 191: Kubur Di Panah Petir

SBDJ Siri 191: Kubur Di Panah Petir

Saya segera melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Andi Kamarool. Dua tiga kali saya pejam celikkan kelopak mata. Saya rasa kurang yakin dengan apa yang saya lihat.

Toyol jadi-jadian

"Apa yang mereka buat Andi?"

Andi Kamarool gelengkan kepala.

"Mereka korek kubur?" Soal saya lagi.

"Barangkali," Andi Kamarool menjawab lemah.

Bau busuk terus menusuk lubang hidung. Saya jadi resah tidak menentu.

"Jangan bimbang Tamar, kita tunggu dan lihat."

Saya akur dengan saranan Andi Kamarool itu. Sepasang mata ditujukan ke arah beberapa orang lelaki yang berbadan tegap. Mereka sedang mengerumuni sebuah kubur.

Hampir dua puluh minit kami menanti tindakan selanjut dari kumpulan lelaki berbadan tegap.

Saya menghitung jumlah mereka. Enam orang semuanya, dua daripada mereka mengais-ngais tanah kubur dengan cangkul, sementara yang lain bercakap sama sendiri dalam nada suara yang perlahan.

Apakah kami wajar menunggu atau terus mendekati kumpulan lelaki tersebut? Fikir saya sendirian.

Andi Kamarool terus termenung bagaikan orang mengelamun.

"Kita jumpa saja," bisik saya pada Andi Kamarool.

"Merbahaya."

Saya terdiam seketika. Alasan Andi Kamarool memang ada kebenarannya, kalau kami terus mendekati mereka, mungkin kami dibelasah sampai setengah mati.

Tetapi, kalau kami berterusan mengintip dari jarak jauh mungkin lebih berbahaya. Seandainya kami disergap. Kami menghadapi masalah yang amat sulit.

Saya dan Andi Kamarool harus merumuskan keputusan yang jitu sebelum melakukan sesuatu. Tersilap bertindak celaka akan menimpa diri.

Di bawah rimbunan dedaun dan pokok, kami memerah otak. Setelah dikaji dengan sehalus-halusnya, kami mengambil keputusan keluar dari tempat persembunyian untuk memperkenalkan diri kepada kumpulan tersebut. Dan kami bersedia menerima apa saja risiko.

Dengan penuh keyakinan, kami melangkah keluar dari tempat persembunyian menuju ke arah kumpulan lelaki yang berbadan tegap.

Mereka menyedari kedatangan kami tetapi, berpura-pura tidak tahu. Kami terus melangkah mendekati mereka.

"Assalamualaikum," kata kami serentak.

"Mualaikum salam," jawab mereka, batang tubuh kami menjadi sasaran biji mata mereka.

Hati kecil saya merasa cemas dan Andi Kamarool nampak tenang sekali. Dan kehadiran kami tidak dipedulikan.

"Ada orang meninggal?"

Saya memberanikan diri. Mereka membisu dan saling berpandangan sama sendiri.

"Siapa yang meninggal?" Susul saya lagi.

"Huh, menyibuk pula," salah seorang daripada mereka merungut.

"Sabar, biar aku uruskan," lelaki yang berkulit agak cerah menepuk bahu kawannya dua tiga kali dan terus berdiri berdepan dengan saya.

"Tak ada orang yang meninggal," sepasang biji matanya dijegilkan ke arah saya.

Andi Kamarool segera menendang betis kiri, memberi syarat supaya saya berhati-hati.

"Kalau tak ada orang mati, kenapa kerumun kubur, bawa cangkul dan datang ke sini," cara bersahaja sekali Andi Kamarool menyoal.

Saya lihat muka lelaki yang berkulit agak cerah itu segera berubah,nampak bengis dan marah. Jelingannya cukup tajam menikam ke wajah Andi Kamarool.

Saya lihat dia menggenggam penumbuk, saya jadi cemas kalau dia melepaskan penumbuk ke muka Andi Kamarool.

"Balik saja Andi," bisik saya.

"Tunggu dulu," nada suara Andi Kamarool keras.

Saya tidak ada pilihan dan terpaksa akur dengan permintaannya. Dalam erti, kata lain, saya harus menghadapi atau menerima risiko yang akan terjadi.

"Kenapa kamu berdua sibuk urusan orang lain," cukup keras suara lelaki yang berkulit agak cerah itu.

Dia bergerak ke kiri dan ke kanan, bagaikan mencari tempat berdiri yang sesuai dan selesa untuk membuka silat.

"Kamu nak tahu ceritanya?" sergahnya.

Serentak kami anggukkan kepala.

"Aku ingat, kamu berdua orang luar."

"Iya," cepat sekali aku dan Andi Kamarool menjawab.

Dalam sekelip mata saja mereka terus mengelilingi kami. Beberapa orang daripada mereka sengaja menolak badan kami dengan bahu. Malah,ada yang cuba mengutuk dan memaki kami.

Sudah tentu perbuatan itu membuat hati jadi panas. Mujurlah saya masih ingat dapat mengawal perasaan.

PANAS

Di tengah suasana yang serba panas itu. Maki berkulit cerah bertindak menyuruh kawan-kawannya yang mengelilingi saya dan Andi Kamarool beredar.

Arahan itu segera dipatuhi, barulah hati saya merasa aman dan tenteram.

"Kamu berdua nak tahu ceritanya kenapa kami ada di sini," ujar lelaki berkulit cerah.

Wajah karni direnung penuh dengan perasaan geram.

"Iya, kami sekadar nak tahu," kata saya.

"Kubur ni dipanah petir petang semalam. Bau busuk dan hangit yang kamu berdua hidu, datangnya dari kubur ini."

"Sekurang kamu dah dengar ceritanya. Aku nasihatkan kamu berdua berhambus dari sini, jangan nak siasat, ini urusan kami, bukan urusan kamu berdua."

"Kalau kamu tak pergi, kamu berdua susah nanti."

Saya dan Andi Kamarool terlopong mendengar cerita yang agak pelik dan ganjil. Saya renung wajah lelaki yang bengis itu sejenak. Dia menjegilkan biji mata. Tidak memperlihatkan tanda-tanda persahabatan.

"Ada hubungan keluarga dengan awak?", tanya Andi Kamarool.

"Saya suruh awak berdua berambus dari sini, bukanya bertanya lagi. Fahammmmmmm..." jerit lelaki berkulit cerah.

"Maafkan kami," saya mohon.

"Pergi sekarang, sebelum batang cangkul kena kepala," lelaki itu merampas cangkul dari salah seorang kawannya lalu mengacukan ke arah kepala kami.

Setelah diusir, kami tidak ada pilihan dan terpaksa meninggalkan kawasan perkuburan.

Sebelum berangkat, kami sempat melihat keadaan permukaan tanah kubur. Di bahagian tengah kubur terdapat lubang besar akibat dipanah petir.

Tanah sekeliling lubang nampak hitam, kain kafan dan papan keranda bertaburan. Tulang dan daging si mayat yang sudah rentung kelihatan di sekitar kubur.

Batu nisan di bahagian kepala patah dua manakala bahagian kaki tidak kelihatan langsung. Kesan petir yang hebat dan kuat itu masih kelihatan.

Tanaman dan pepokok yang terdapat di kawasan perkuburan terbakar hangus. Dedahan pokok yang patah menimpa beberapa kubur lain batu nisan yang patah bergelimpangan.

"Cepatlah, jangan renung sana, jangan renung sini."

Andi Kamarool terus menarik tangan saya. Sesungguhnya, saya masih belum puas melihat keadaan sekitar.

Memang diharapkan semasa merenung itu, saya akan terlihat batu petir yang dikatakan mempunyai seribu kegunaan. Saya ingin memilikinya.

"Cepatlah Tamar, kau lihat itu," Saya segera melihat ke arah yang disebutkan oleh Andi Kamarool. Hati menjadi kecut. Kumpulan manusia yang mengerumuni kubur masih merenung ke arah kami.

Di tangan mereka tersedia dahan kayu.

"Kita lari Andi."

"Ayuh."

Dan kami pun memulakan langkah seribu. Terus berlari tanpa mahu menoleh ke arah mereka. Akibat takut, bau busuk dan hangit terus hilang.

PERHATIAN

Apa yang dialami, kami ceritakan pada datuk dan Haji Basilam. Ternyata, mereka seperti ambil peduli. Apa lagi untuk memberikan sebarang komentar.

Dan saya terus berusaha menarik perhatian mereka dengan mengulangi dan menyebut kisah tersebut berulang kali. Ternyata usaha saya itu berhasil membuka mulut datuk.

"Kamu berdua masih bernasib baik, tidak dipukul." Datuk terus sandarkan tubuh ke dinding. Kedua belah kakinya diluruskan.

Saya dan Andi Kamarool yang duduk berdepan dengannya (datuk) berbalas senyum.

Malangnya, setakat itu sahaja datuk bersuara. Kami kembali dibelenggu perasaan hampa.

Haji Basilam yang baru pulang dari warung, membeli kuih untuk sarapan pagi tersenyum melihat kami membatu di depan datuk.

Haji Basilam terus ke ruang dapur. Dan dia datang kembali menghampiri kami membawa sedulang air kopi dan kuih.

"Minum."

Dia pun meletakkan secangkir kopi di depan saya dan Andi Kamarool.

"Terima kasih, aku tak mahu kopi, bagi aku air suam." Haji Basilam mengenepikan cawan kopi dan meletakkan segelas air suam di hadapan datuk.

"Memang sudah dijangkakan, fasal tu saya buat satu cawan kopi dan segelas air suam," ujar Haji Basilam, penuh kemesraan.

"Terima kasih, sahabat yang memahami tingkah laku, perangai serta kegemaran kawan seperjuangan," balas datuk tenang bersama senyum yang memanjang di kelopak bibir.

Suasana kembali tenang seketika. Masing-masing menghirup air minuman.

Dari gerak-geri dan air mukanya, saya dapat menduga yang Andi Kamarool masih mengharapkan datuk menyambung kata-kata yang sudah terputus agak lama itu.

"Apa yang dikatakan oleh datuk kamu tu memang benar, kamu berdua sungguh bernasib baik," hujung jari-jemari Haji Basilam menggosok-gosok badan cawan perlahan-lahan.

Cawan diangkat lalu air kopi diteguk. Kerana terlalu lama duduk membuat bahagian pinggang saya terasa lenguh. Saya menggeliat dua tiga kali ke kiri dan ke kanan hingga rasa lenguh hilang.

"Kamu berdua memang bernasib baik," Haji Basilam meletakkan cawan di lantai.

Kali ini, wajah kami berdua menjadi sasaran biji matanya.

"Haji."

"Iya, ada apa sahabat," Haji Basilam renung muka datuk.

"Aku fikir eloklah kamu selesaikan perkara budak berdua ini."

"Maksud sahabat?"

"Eloklah kamu ceritakan, biar mereka tahu betapa berbahaya kerja yang mereka buat. Mengintip kerja orang lain bukan perbuatan yang baik," nada suara datuk lembut sekali.

Selesai saja dia mengakhiri kata-kata tersebut, datuk pun menarik nafas dalam-dalam. Sisa air angin dalam cawan segera dihirupnya.

Entak mengapa, tiba-tiba saja datuk menggelengkan kepalanya berkali-kali, macam ada sesuatu yang dikesalinya dan akhirnya, wajah kami menjadi sasaran biji matanya.

"Syukurlah kamu berdua tidak di apakan-apakan," ulang datuk lagi.

Sesungguhnya, saya kurang senang dengan kata-kata yang diluahkan. Hati kecil terus merumuskan yang datuk seolah-olah menyindir kami.

Saya pun melahirkan protes dengan menggenggam penumbuk serta menekankannya ke permukaan lantai.

Andi Kamarool melahirkan rasa kurang senangnya dengan merenung ke arah tingkap yang mula dimasuki sinar matahari.

Bila rasa marah mula menurun saya bersedia mendengar kata-kata yang bakal diungkapkan oleh datuk. Tidak kira sama ada ungkapan itu menggembirakan atau menyakitkan perasaan.

Ternyata datuk tidak mengungkapkan sepatah kata pun. Dia lebih banyak termenung. Sekali-kali mengedutkan dahi.

Suasana terasa agak damai. Masing-masing membatu melayani perasaan.

PECAHKAN

Haji Basilam memecahkan suasana damai dan hening. Dia sengaja melagakan punggung cawan dengan bibir piring.

Datuk tersentak dari lamunan dan segera menoleh ke arah Haji Basilam tanpa memberikan sebarang komen.

Haji Basilam segera melunjurkan kaki kiri serta memicit buah betis berkali-kali. Agaknya, dia mahu menghalau rasa lenguh yang bersarang di kaki kirinya.

"Apa yang dikatakan oleh datuk kamu tu Tamar, memang benar. Kamu berdua memang bernasib baik," Haji Basilam bersuara dengan tenang.

Datuk segera angkat muka dan senyum ke arah Haji Basilam.

"Kamu teruskan Haji."

"Saya cuba."

Dengan segera saya cubit bahu Andi Kamarool.

"Kita tunggu Tamar," bisik Andi Kamarool.

"Cakap kamu betul," saya berharap misteri kubur kena panah akan segera tersingkap.

Andi Kamarool memang ingin mengetahui mayat siapakah yang dikuburkan di situ.

"Haji."

"Ada apa hal," Haji Basilam menyoal datuk.

"Uruskan," sahut datuk sambil bangun lalu meninggalkan kami.

"Kenapa dengan dia tu, Pak Aji?" Tanya Andi Kamarool.

Dengan senyum, Haji Basilam mengangkat kedua belah sayap bahunya. Perasaan saya mula kurang tenteram, rasanya macam ada sesuatu yang t1dak kena.

Barangkali, antara datuk dengan Haji Basilam sudah terjalin permuafakatan. Segala soalan yang kami ajukan harus dijawab oleh Haji Basilam, demikian hati kecil membuat kesimpulan.

"Kerana datuk kamu suruh aku terangkan, biarlah aku terangkan," begitu bersahaja nada suara Haji Basilam.

Dan ungkapan itu, bagaikan menguatkan lagi kata hati saya. Haji Basilam bingkas dari tempat duduk. Berjalan ke arah jendela, berdiri di situ merenung pepohon dan awan di langit.

Dan apa yang dilakukan oleh Haji Basilam menimbulkan tanda tanya dalam diri saya dan mungkin juga di hati Andi Kamarool.

Tanpa diduga, secara mendadak Haji Basilam duduk bersila di depan kami. Saya dan Andi Kamarool saling berpandangan.

"Sebelum kamu berdua bercerita tentang apa yang kamu alami pada kami, perkara tu sudah ada dalam kepala kami. Semuanya kami tahu," wajah Haji Basilam nampak serius sungguh.

"Huuuuuhhh," keluh saya dan Andi Kamarool serentak dengan mulut terlopong.

Otak terus dihujani dengan seribu persoalan. Haji Basilam ketawa terkikih melihat kami agak terkejut.

"Kamu berdua terkejut?" ulangnya lagi. Kali ini, kami mengangguk serentak.

Entah kenapa secara spontan Haji Basilam menepuk bahu kami. Barangkali, dia cuba memujuk atau menenangkan perasaan kami.

"Tiga hari sebelum kamu berdua tiba, rumah ni didatangi oleh seorang lelaki yang berumur kira-kira tiga puluhan," Haji Basilam mengaru hujung hidungnya. Kedua belah tangannya didepangkan.

"Apa hal orang tu datang?" Andi Kamarool yang tidak mahu kisah itu terputus begitu saja, terus bertanya.

"Dia mengajak kami berdua datang ke rumahnya."

"Sebabnya?" Saya mencelah.

"Katanya, jirannya sakit tenat." Saya lihat haji Basilam begitu berhati-hati sekali meluahkan kata-kata.

Sepasang anak matanyamerenung liar ke kiri dan ke kanan. Dia bagaikan terasa ada sesuatu yang memerhatikan gerak gerinya.

"Kemudian bagaimana Pak Aji?" Andi Kamarool terus mendesak.

"Kami pun pergi dan sesudah melihat muka pesakit," Haji Basilam menelan air liur dan berhenti bercakap.

Lagi sekali dia bangun dan menuju ke tingkap, meninjau keadaan di luar. Dia kembali duduk bersimpuh di hadapan kami.

"Setelah muka pesakit tu direnung, datuk kamu terkejut besar dan mengucap panjang.

"Dia tidak menyangka sama sekali orang yang sakit dihadapannya, adalah orang yang di carinya selama ini," sambung Haji Basilam.

DEBAR

Penjelasan itu sungguh mendebarkan hati. Penuh misteri dengan seribu teki-teki yang sukar diramalkan jawapannya. Haji Basilam kelihatan seperti tidak mahu meneruskan cerita.

"Pak Aji, saya nak tanya satu perkara?"

"Silakan Tamar."

"Apa hubungkaitnya datuk saya dengan si pesakit tu?"

"Tak ada apa-apa hubungan, saudara dekat pun tidak, saudara jauh pun bukan tapi," Haji Basilam berhenti bercakap.

"Tapi, apa pula Pak Aji?"

Agak tinggi nada suara Andi Kamarool yang tidak dapat menahan perasaan ingin tahu.

"Suaminya," wajah saya mula direnung dengan tajam oleh Haji Basilam. Bibirnya nampak bergerak-gerak.

"Arwah suaminya dulu kenalan rapat datuk kamu Tamar. Anak jati Kampung Tualang Sekah dekat Malim Nawar. Datuk neneknya berasal dari Tanah Kerinchi.

"Semasa hayatnya arwah semasa hidupnya bertugas sebagai imegrisen beribu Pejabat di Pulau Pinang," Haji Basilam mula menyingkap masa lampau yang penuh misteri.

Saya dan Andi Kamarool terus pasang telinga dan berdoa semoga Haji Basilam akan meneruskan ceritanya hingga tamat. Tidak setakat separuh jalan sahaja.

"Bila bersara, dia dilantik oleh pihak istana menjadi orang bergelar. Semuanya itu, kerana mengenangkan jasanya yang banyak pada pemerintah," sambung Haji Basilam dengan wajah yang berseri.

Kali ini, dia kelihatan tidak takut-takut atau cerhas lagi.

"Bila dah jadi orang bergelar, mesti banyak benda dan wang ringgit," Andi Kamarool mencelah.

Haji Basilam anggukkan kepala, membenarkan kata-kata Andi Kamarool.

"Masa dalam kerja lagi, dia terkenal sebagai pegawai kerajaan yang rajin membuat harta. Kata orang, dia memang hidup mewah, macam orang kaya.

"Tidak mengambarkan yang dirinya itu seorang pegawai kerajaan, dia layak dipanggil jutawan."

"Dia tak ada anak ke Pak Aji?" Saya cuba merisik.

Haji Basilam mengedutkan dahinya, merenung permukaan lantai. Kemudian menarik nafas dalam-dalam. Macam ada sesuatu yang menyentuh hati nuraninya.

"Itulah malangnya," suara Haji Basilam amat perlahan sekali.

"Seorang anak lelakinya di hantar ke Australia, belajar di sana. Bila tamat pengajian, tidak mahu balik, menetap terus di sana. Akhirnya, mati kemalangan jalanraya," kepiluan tergambar diwajah Haji Basilam. Buat beberapa detik dia diam terharu.

"Itu saja anaknya?" tanya Andi Kamarool setelah melihat Haji Basilam dapat mengawal emosinya.

"Ada seorang lagi, anak perempuannya di hantar belajar ke England. Kahwin dengan orang putih beranak cucu disana, tidak mahu balik ke Tanah Semenanjung.

"Mungkin kerana kecewa berdepan dengan keadaan yang tidak menyenangkan itu, orang bergelar jatuh sakit, puas berubat ke mana-mana sakitnya tidak juga sembuh," Haji Basilam berhenti lagi dan kembali termenung.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 191/284

BACA: SBDJ Siri 190: Ayah Perkosa Anak Kandung
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Friday, May 12, 2023

100 Tahun Kemunculan Mujaddid, Pemimpin Besar Islam Akan Muncul Pada 2024

100 Tahun Kemunculan Mujaddid, Pemimpin Besar Islam Akan Muncul Pada 2024

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya, "Sesungguhnya Allah SWT mengutuskan untuk umat ini setiap seratus tahun orang-orang yang akan memperbaharui agama ini (daripada segala penyimpangan)."

Apa Maksud Mujaddid

Riwayat Abu Daud (3740) dalam Kitab al-Malahim, Bab Apa yang Disebut pada Kurun ke-100 dan al-Hakim (4:522) dalam al-Mustadrak. Hadis ini dinilai sahih oleh al-Albani (599) dalam Silsilah-nya.

KESAHIHAN

Daripada hadis ini, kita memahami bahawa Allah SWT akan mengutuskan kepada umat ini setiap seratus tahun orang-orang yang akan membantu masyarakat agar mereka tidak tersesat dan terpesong daripada agama ini dan dalam masa yang sama akan menjaga kesucian agama ini daripada unsur-unsur yang boleh mencemarkan ketulenan agama Islam.

Oleh itu, setiap orang muslim yang mengaku beriman perlu mempercayai hadis ini.

BAGAIMANA MUJADDID DITENTUKAN?

Walaupun Al Quran dan Hadis tidak menyebutnya tetapi ulama-ulama telah pun menetap dan menentukan siapa mereka itu.

Namun, terdapat khilaf ulama dalam menentukan mujaddid setiap kurun, hanya mereka sepakat terhadap mujaddid kurun pertama - Saiyidina Umar bin Abd. Aziz, mujaddid kurun kedua - Imam Syafie dan mujaddid kurun kelima - Imam Ghazali.

Walaupun perjuangan mereka berbeza waktunya satu dengan yang lain tetapi mempunyai syarat atau faktor penentu kemenangan (taqwa) dan ciri perjuangan yang sama.

Sejak Rasulullah SAW, sudah tiga belas kurun berlalu yang bemakna tiga belas mujaddid sudah berlalu. Ini mesti kita yakini sebab ianya sudah disabdakan oleh Rasulullah SAW.

Jadi, ulama-ulama telah menentukan siapa mereka itu.

Berdasarkan pendapat mereka seramai tiga belas mujaddid telah berlalu untuk tiga belas kurun.

Di antara mereka adalah:

Mujaddid kurun 1: Khalifah Umar bin Abdul Aziz
Mujaddid kurun 2: Imam Syafie
Mujaddid kurun 3: Abul Hassan As-Syaari, Ibnu Suraij A1 Iraqi
Mujaddid kurun 4: Imam Al Baihaqi, Syeikh Abu Hamid Isfaraini As Shafie
Mujaddid kurun 5: Imam Al Ghazali
Mujaddid kurun 6: Imam Fakhrurrazi
Mujaddid kurun 7: Ibnu Daqiqi’Id
Mujaddid kurun 8: Albalqini
Mujaddid kurun 9: Imam As Sayuti
Mujaddid kurun 10: Imam Muhammad Ar Ramli
Mujaddid kurun 11: Abdullah Salim Al Basri
Mujaddid kurun 12: Ad Dardiri
Mujaddid kurun 13: Al-Syarqawi
Mujaddid kurun 14: -
Mujaddid kurun 15: -

Mujaddid kurun ini belum disebut dalam kitab sewaktu ditulis.

Biasanya yang menentukan siapa mujaddid setiap 100 tahun adalah ulama yang sezaman dengannya, memandangkan dia mempunyai kelebihan-kelebihan dibandingkan dengan ulama-ulama yang lain terutamanya dari segi perjuangannya, keberaniannya, ketaqwaannya dan kepemimpinannya, sehingga orang dapat taat dengan kepemimpinannya dan memberi kesan besar kepada masyarakat.

Tetapi ada juga di kalangan mereka sendiri yang mengaku dirinya sebagai mujaddid, diantaranya ada dua orang iaitu Imam Ghazali dan Imam Sayuti.

Imam Sayuti pernah memberitahu, "Saya rasa di kurun ini sayalah mujaddidnya."

Imam Ghazali juga pernah mengaku.

Apakah mereka ini salah? Tidak salah! Kalau realitinya memang begitu.

Ada dua cara mengapa mereka menentukan diri mereka sendiri mujaddid di zamannya.

Pertama, mereka layak untuk berijtihad sendiri, bila dibandingkan dengan ulama-ulama yang sezaman dan mereka merasakan ALLAH telah memberi mereka kelebihan berbanding orang lain. Maka merekapun mengisytiharkannya.

Kedua, secara kerohanian atau secara ilham mereka mendapat pengesahan dari Rasulullah SAW, bahawa merekalah mujaddid di kurun tersebut.

Ini tidak hairan kerana Imam Sayuti mengaku telah bertemu dengan Rasulullah secara yakazah (jaga) sebanyak 75 kali.

Begitu juga dengan Imam Al Ghazali sewaktu ingin mengarang kitab, Rasulullah SAW selalu berada di samping kanannya.

Mereka berijtihad, mengaku dan mengisytiharkan dirinya sebagai mujaddid. Mereka tidak dikatakan sombong dan takabur. Mengapa? Sebab tidak bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAW.

KURUN KE 14-15

Kita sekarang ini berada di kurun ke-15. Mengapa tiada mujaddid yang muncul pada kurun ke-14? Bukankah ini satu petunjuk tentang mujaddid yang akan muncul pada kurun ke-15 ini?

Petunjuknya ialah akan muncul mujaddid secara berkembar pada kurun ke-15. Perkara ini telah berlaku pada masa dahulu sewaktu zaman Nabi Musa. Beliau telah muncul bersama Nabi Harun. Kisah Nabi Musa ini diceritakan dalam Al-Quran dalam surah TaHa.

Persoalannya, siapakah mujaddid berkembar yang akan muncul pada kurun ke-15? Kedua-dua orang mujaddid ini telah diberitahu oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya 1400 tahun dahulu.

Mereka ialah Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim.

3 MAC 1924 KEJATUHAN KERAJAAN ISLAM TERAKHIR

Tahun 2024, maka genaplah satu abad umat Islam hidup tanpa naungan khalifah, berpunca daripada peristiwa yang berlaku lebih 100 tahun yang lalu dalam peristiwa Al-Thawra Al-Arabiyya Al-Kubra atau "The Great Arab Revolt."

Sekitar Oktober 1916, Kapten T.E. Lawrence atau "Lawrence of Arabia" tiba di Madinah dan bertemu dengan Amir Faisal, putera sulung kepada Sharif Hussein, pemerintah Haramain (Penjaga Dua Kota Suci lantikan Khalifah) yang berketurunan Banu Hashim.

Misi Lawrence sebagai wakil Empayar Britain adalah untuk merancang strategi bersama keluarga Sharif untuk menyerang kubu Madinah yang dipertahankan oleh Fakhri Pasha, seorang jeneral Khilafah Turki Uthmaniyyah (Ottoman) yang handal.

Kehadiran Lawrence menyusuli persetujuan Sharif Hussein dan Henry McMahon, Pesuruhjaya Tinggi Britain di Mesir, untuk bersama-sama menentang Khilafah Uthmaniyyah.

Ketika itu Perang Dunia Pertama (WW1) telah berlangsung dua tahun lebih di antara Pakatan Britain-Perancis-Rusia dan Pakatan Jerman-Austria.

Kerajaan Khilafah Turki Uthmaniyyah yang ketika itu dikuasai oleh Tiga Pasha (Talaat Pasha, Enver Pasha, Djemal Pasha) telah menyertai pakatan Jerman, walaupun tidak dipersetujui oleh Khalifah Mahmud V (Mehmed V).

Keluarga Sharif yang telah lama tidak berpuas hati dengan pemerintahan Turki, membuat keputusan untuk berpakat dengan Britain demi membebaskan bangsa Arab daripada pemerintahan Turki (sebenarnya, tidak ramai pun Arab yang menyokong keluarga Sharif).

Britain telah memberi janji yang lumayan bahawa mereka akan menyokong Sharif untuk menjadi khalifah kepada dunia Arab.

Namun, apa yang tidak diketahui oleh Sharif ialah perjanjian rahsia di antara Britain dan Perancis iaitu Perjanjian Sykes-Picot.

Menurut perjanjian tersebut, wilayah Uthmaniyah selepas perang akan dibahagikan di antara Britain dan Perancis.

Setahun kemudian (1917), Britain juga mengadakan Perjanjian Balfour dengan keluarga Rothschild, penaja gerakan Zionisme bahawa Britain akan mewujudkan sebuah negara Yahudi (Jewish national home) di Palestin.

Selepas tamatnya WW1, wilayah Turki Uthmaniyyah dibelah bahagi menurut Perjanjian Sykes-Picot.

Perancis mendapat Syria dan Lebanon; Britain mendapat Palestin, Jordan dan Iraq.

Malangnya, Britain tidak mengotakan janji McMahon terhadap Sharif, malah Britain telah memberikan bantuan senjata kepada musuh Banu Hashim iaitu Bani As-Saud untuk memerangi Sharif.

Sebelum sempat Sharif menubuhkan khilafah, keluarga As-Saud telah pun menawan Mekah dan Madinah pada tahun 1924, lalu terpaksalah keluarga Sharif meninggalkan Haramain. Keluarga As-Saud kemudiannya menubuhkan kerajaan bernama Arab Saudi.

Manakala di Turki, para pemenang WW1 (Britain, Itali, Greece) cuba menguasai Turki, namun Mustafa Kemal telah bangkit menentang penceroboh-penceroboh asing.

Mustafa Kemal menubuhkan Republik Turki dan dihormati sebagai Ataturk (Bapa Bangsa Turki). Pada 3 Mac 1924, Khilafah dimansuhkan. Khalifah ke-101, Sultan Abdul Majid II (Abdul Mecid II) dibuang negeri.

PENGAJARAN (IBRAH) DISEBALIK SEJARAH KELAM

Kedua-dua Turki Uthmaniyyah dan keluarga Sharif dan umat Islam secara keseluruhan ialah mangsa geopolitik oleh percaturan kuasa-kuasa besar dunia.

Britain sebenarnya hanya menganggap keluarga Sharif sebagai satu anak catur untuk menjatuhkan Uthmaniyyah dan membolehkan Britain menguasai Mashriq (kawasan di antara Laut Mediterranean dan Sungai Euphrates) yang strategik.

Begitu juga dengan Jerman yang membuat pakatan dengan Turki kerana ada musuh yang sama iaitu Rusia; dan kerana mahu mencari titik pivot di Teluk Parsi untuk melancarkan kuasa (projecting power) ke Lautan Hindi yang dikuasai Britain.

Begitu juga dengan Hitler semasa Perang Dunia Kedua, bukannya Hitler anti Yahudi yang menyokong perjuangan Palestin, tetapi hanya menggunakan anti-Semitisme untuk mencari sokongan di kalangan negara-negara Arab.

LIMA PERINGKAT PEMERINTAHAN SEJAK DARI ZAMAN RASULULLAH SAW

Seorang mujaddid tentunya orang yang sangat berpengaruh pada masanya, ia mesti memiliki syarat khusus sebagaimana yang disebutkan Ibnu Ziyâd dalam kitab Ghayah Talkhis al-Murâd fî Fatawa Ibn Ziyâd, iaitu:

"Di antara syarat-syarat seorang mujaddid iaitu melampaui seratus tahun, menolong sunnah serta kalamnya, menguasai seluruh fann ilmu dan dia tunggal sebagaimana pendapat yang masyhur dalam hadis menurut jumhur ulama."

Hadis di atas yang menyebut tentang tempoh seratus tahun boleh di kaitkan dengan hadis lima peringkat pemerintahan yang pernah disabdakan baginda Rasulullah SAW yang maksudnya:

"Telah berlaku zaman pemerintahan Nubuwwah ke atas kamu, maka berlakulah zaman pemerintahan nubuwwah sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu seperti yang Dia kehendaki. Kemudian belakulah zaman pemerintahan Khulafa Ar Rasyidin yang berjalan sepertimana zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (Zaman Fitnah - keamiran/beraja/zaman kesultanan). Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan zaman penzaliman (Zaman pemerintahan diktator dan demokrasi) dan berlakulah zaman itu seperti mana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa as) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian. Kemudian Rasulullah SAW pun diam... (Kiamat)."

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal r.a. dari sahabat Rasulullah SAW, Nuaman bin Basyir r.a. dari Huzaifah r.a. di dalam kitabnya Musnad Al Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273. Juga terdapat dalam kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1,hadis nombor 5)

Pemerintahan Pertama Hingga Ke 3

Dalam hadis di atas memaklumkan bahawa tiga pemerintahan telahpun berlalu, iaitu pemerintahan nubuwwah, pemerintahan Khulafa Ar Rasyidin dan pemerintahaan yang menggigit.

Pemerintahan Nubuwwah bermaksud pemerintahan baginda Rasulullah SAW yang berakhir dengan kewafatan baginda pada tahun 11 Hijrah.

Pemerintahan ke 2 ialah pemerintahan sahabat yang empat, iaitu Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Usman dan berakhir dengan Khalifah Ali r.a.

Pemerintahan ke 3, ialah pemerintahan yang menggigit, bermaksud pemerintah-pemerintah di peringkat ini masih lagi memerintah negara masing-masing dengan undang-undang al Quran. Tempohnya hingga jatuhnya kerajaan Uthmaniyah pada tahun 1924.

Pemerintahan Keempat & Kelima

Pemerintahan keempat yang digelar dalam hadis tersebut pemerintahan yang menyombong.

Digelar dengan gelaran tersebut kerana pemerintah-pemerintah peringkat ini meninggalkan perlaksanaan hukum-hukum Al Quran dan As Sunnah. Peringkat keempat ini sedang berlangsung sekarang.

Ramai juga ulama yang mengatakan peringkat keempat ini bermula dari jatuhnya Khilafah Uthmaniah di Turki iaitu dari tahun 1924.

Jika dikaitkan dengan hadis 100 tahun di atas, maka jumlahnya tahun 2024.

Berdasarkan hadis 100 tahun di atas menunjukkan bahawa tempoh pemerintahan ke 5 sudah sangat hampir yang memberi kita satu fahaman bahawa Mujaddid bagi hujung 100 tahun ketika zaman ini bakal muncul dalam masa terdekat dan kemungkinan mujaddid tersebut ialah Imam Mahdi.

Wallahu a'lam.

-Sentiasapanas.com

Wednesday, April 26, 2023

Tanda Dijangkiti Arcturus Covid, Mata Merah Jambu Dan Melekit

Tanda Dijangkiti Arcturus Covid, Mata Merah Jambu Dan Melekit

Penularan wabak strain Arcturus Covid yang baharu di seluruh dunia telah mengakibatkan lima individu meninggal dunia di United Kingdom dan difahamkan telah merebak di semua wilayah England selain Timur Laut, malah mereka yang mengalaminya dilaporkan mempunyai simptom baharu.

Arcturus Covid

Menurut taklimat teknikal terkini daripada Agensi Kesihatan dan Keselamatan UK (UKHSA), terdapat sekurang-kurangnya 135 kes Arcturus, Omicron XBB.1.16, di UK.

Ini kebanyakannya tertumpu di England, di mana terdapat 120 kes subvarian, tetapi Wales mempunyai lapan kes, Scotland mempunyai lima dan Ireland Utara mempunyai dua.

Pada awal bulan April 2023, Arcturus hadir di sekurang-kurangnya 28 negara, dengan majoriti kes tersebut, lebih 2,000, di India.

Di samping itu, Amerika Syarikat dilaporkan mempunyai 357 kes setakat 14 April, manakala Singapura dan Australia juga mempunyai lebih 100 kes.

Seperti yang berlaku, amaran bahawa tiada bukti yang menunjukkan subvarian baharu itu lebih teruk daripada yang terdahulu telah diberikan.

Walau bagaimanapun, wabak baharu itu nampaknya telah membawa simptom unik yang tidak pernah dilihat dalam strain Covid.

Laporan daripada doktor di India, di mana ketegangan itu berleluasa, mengatakan mereka melihat lebih ramai kanak-kanak dan remaja dengan subvarian mengalami konjunktivitis atau mata merah jambu.

Selain itu, ujar pakar kanak-kanak India, Vipn M. Vashishtha, yang juga ahli program Jaring Keselamatan Vaksin WHO, anak-anak muda mengalami demam panas, selsema, batuk dan 'konjunktivitis gatal' dengan 'mata melekit'.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

Tuesday, April 25, 2023

2 Jenama Mi Segera Mengandungi Bahan Mendorong Kanser!

2 Jenama Mi Segera Mengandungi Bahan Mendorong Kanser!

Menurut Jabatan Kesihatan Taipei, dua jenis mi segera buatan jenama dari Malaysia dan Indonesia dikesan mengandungi bahan yang mendorong penyakit kanser, hasil pemeriksaan dilakukan terhadap mi segera yang terdapat dalam pasaran di Taipei, pada tahun 2023.

Mi Beracun

Menurut jabatan itu dalam satu kenyataan, pihaknya mendapati satu kumpulan mi segera berjenama 'Ah Lai White Curry Noodles' dari Malaysia dan satu lagi kumpulan mi segera berjenama 'Indomie: Special Chicken Flavour' buatan Indonesia, mengandungi etilena oksida yang juga sebatian kimia dikaitkan dengan penyakit limfoma dan leukemia.

Jabatan itu berkata, ujian dijalankan berjaya mengesan etilena oksida dalam kedua-dua mi dan peket perencah produk Malaysia terbabit, manakala produk Indonesia berkenaan pula hanya terkandung dalam peket perencah.

Peruncit, yang sampel mi segera berkenaan diambil tetapi tidak didedahkan, telah diarahkan untuk menarik balik penjualan kedua-dua produk terbabit dan pengimportnya pula akan didenda antara NT$60,000 (kira-kira RM8,600) hingga NT$200 juta (kira-kira RM28.87 juta), menurut jabatan itu.

Berdasarkan maklumat dalam laman sesawang Biro Bahan Kimia dan Toksik bahawa Pentadbiran Perlindungan Alam Sekitar peringkat Kabinet, etilena oksida adalah beracun apabila dimakan atau dihidu.

Selain mendorong penyakit limfoma serta leukemia, etilena oksida juga boleh mengakibatkan kerengsaan pada kulit dan mata yang terkena bahan terbabit, malah ia berisiko menyebabkan kecacatan kelahiran serta keturunan.

Ketua Bahagian Makanan dan Ubat-Ubatan, Jabatan Kesihatan Taipei, Chen Yi-ting, berkata pemeriksaan mi segera dilakukan dengan memilih secara rawak 30 produk dari pasar raya, kedai serbaneka, pasar raya besar, pasar basah tradisional, kedai makanan Asia Tenggara dan pengimport borong di bandar itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

Thursday, April 06, 2023

Aplikasi KLIKSENS Untuk Bakal Jutawan Yang MALAS BEKERJA!

Aplikasi KLIKSENS Untuk Bakal Jutawan Yang MALAS BEKERJA!

Jika anda rajin bekerja setiap hari dari jam 8 pagi ke 7 malam, maka aplikasi telefon bimbit ajaib ini tidak sesuai langsung untuk orang-orang yang rajin bekerja seperti anda. Jika anda malas bekerja dan tiada modal satu sen pun, maka aplikasi telefon bimbit memang sangat-sangat sesuai untuk orang seperti anda!

DUIT KlikSens

Kepada Pencari Kehidupan Senang! (Lebih tepat lagi kepada sesiapa yang mahu duit senang atas angin tetapi malas untuk bekerja lagi!)

Rahsia Jutawan Segera Aplikasi Ajaib Smartphone!

Saya Akan Membocorkan Rahsia SEKARANG Bagaimana Anda Boleh Menjadi Seorang Jutawan Segera Dengan Menggunakan Sebuah Aplikasi Telefon Bimbit Yang Cukup Ajaib!

Bagaimana ia berfungsi?

Sebaik sahaja anda pasang aplikasi telefon bimbit KLIKSENS melalui Google Playstore saya ini ke dalam telefon bimbit anda, ia akan menghasilkan serta-merta transaksi ajaib antara RM100 ke RM200 setiap beberapa minit sehingga jumlah melebihi RM10,000 sehari!

Ingat ya.. Ini adalah serta-merta sebaik anda install app ke telefon bimbit anda.

Hanya install dengan Google Playstore dan ia akan jalan sendiri. Tanpa perlu klik-klik apa-apa lagi. Anda tidak perlu klik setiap hari atau lakukan apa-apa lagi dah selepas itu.

AMARAN!

Anda perlu pasang aplikasi telefon bimbit ini SEKARANG juga. Keadaan ekonomi yang tidak menentu dengan harga barangan yang semakin menjunam naik dari hari ke hari akan mengancam kedudukan kewangan anda dan keluarga!

Adakah anda mahu terjerumus dan lemas dalam belenggu hutang keliling pinggang ATAU hidup mewah melihat duit tak henti-henti masuk ke akaun bank anda sementara orang lain sekeliling anda bertungkus-lumus kais pagi makan pagi, kais petang makan petang setiap hari.

Jika pilihan KEDUA yang anda ingini, muat turun terus sekarang melalui Google Playstore tanpa berfikir panjang lagi.

Tetapi sebelum saya bercerita panjang lagi, anda mungkin akan seronok untuk mendengar bahawa aplikasi telefon bimbit luar biasa saya ini BUKAN mengenai..

Google Adwords

Tidak ada kena mengena dengan sebarang PPC seperti Adwords atau lain-lain. Tidak perlu belanja duit untuk jana duit dalam 10 minit lagi..

Google Adsense

Cara untuk menjana wang melalui Adsense hanya jika anda mempunyai beribu-ribu blog dalam Bahasa Inggeris menggunakan keyword-keyword seperti "legal", "DUI lawyer" dan lain-lain.

Kaedah SEO

Tak payah teruk-teruk nak mencuba bagi halaman blog anda keluar nombor satu (PR Ranking) di Google. Buang masa dan buang beras aje!

Affiliate Marketing

Kalau anda pernah cuba memasuki mana-mana program affiliate dan cuba email kawan-kawan anda? Tak payah buang masa, terus terang saya cakap anda gerenti gagal! Takde kawan-kawan anda yang akan masuk punya.

Skim Pelaburan

Ini bukan sebarang program yang anda perlu labur apa-apa duit dan tunggu dapat pulangan sampai 25% ke atas. Bukan skim pelaburan sama sekali.

Skim Piramid/MLM

Jika anda ingat sekadar ada AJL tu maknanya pendapatan anda terjamin? Hello.. 99% orang yang join MLM akan gagal. Ini realiti! Bukan salah siapa, ia sekadar matematik sahaja!

Teknik Pelaburan Saham

Bukan skim tak hensem takpe asalkan kaya. Ia adalah hanya sebuah aplikasi luar biasa yang anda perlu pasang di telefon bimbit anda sahaja.

Bitcoin/Cryptocurreny

Aplikasi ini tidak ada kena mengena dengan semua itu yang teknikal dan begitu sukar di fahami sekali.

Skim Emas/Gold

Aplikasi ini tidak ada kena mengena dengan sebarang logam yang berkilat menyala atau simpanan emas virtual yang sewaktu dengannya.

Bukan Forex dan lain-lain. Bukan, bukan, bukan, bukan seperti yang anda pernah dengar sebelum ini!

Jika anda pernah dengar janji-janji manis seperti di atas ini, ya saya mengaku saya juga pernah terbeli dan terbaca banyak salesletter seperti ini di Internet sebelum ini dan sedikit sebanyak terpengaruh juga TETAPI aplikasi telefon bimbit ini saya benar-benar telah gunakan untuk menjana wang yang melampau-lampau gilanya.

Siapa Saya?

Tetapi, saya tahu anda mungkin kurang yakin kerana tidak mengenali siapa saya. Saya faham sekali dengan kebimbangan anda. Kerana di Malaysia hari ini sudah terlalu banyak orang-orang, sindiket-sindiket atau guru-guru atau program-program skim cepat kaya yang menjanjikan segala-segalanya semata-mata untuk dapatkan wang hasil kerja anda siang malam selama ini tetapi hasil tak nampak-nampak sehingga hari ini.

Jadi, biar saya perkenalkan diri saya kepada anda supaya anda tahu bagaimana saya hasilkan surat personal saya ini kepada anda.

Kisah Hidup Saya Sebagai Iktibar..

Nama saya ialah Arif. Umur baru sahaja memasuki 35 tahun. Terlebih dahulu – biar saya terus terang jelaskan bahawa saya adalah seorang yang malas buat apa-apa.

Saya tidak malu untuk mengakui hakikat ini kerana sebenarnya rahsia untuk sesiapa menjadi kaya di dunia ini ialah dengan menjadi seorang kurang bekerja tetapi duit tetap banyak.

Tetapi bukankah anda sering dengar – orang yang pandai sahaja akan menjadi kaya raya dan berkuasa di dunia ini. Tidak!

Saya akan buktikan kepada anda mengapa cara untuk menjadi kaya di dunia ini adalah dengan tidak mengeluarkan setitik peluh dalam badan anda atau dalam erti kata lain, tiada sebarang usaha dan mengambil apa-apa risiko yang perlu dilakukan.

Tetapi sebelum itu, baik saya teruskan cerita mengenai diri saya. Cerita ini adalah cerita lama yang hanya diketahui oleh keluarga dan beberapa rakan karib saya sahaja.

Jadi, jika anda mendapat surat ini bermakna anda antara yang pertama membacanya.

Teringat Kembali Kehidupan Saya Yang Lalu..

Memang gila, pendapatan saya dalam sehari sekarang adalah jauh lebih berganda dari gaji tetap isteri saya seorang guru dalam setahun!

Tetapi jangan fikir saya telah dilahirkan begini, saya berasal dari keluarga yang hidup mencari pendapatan kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Saya masih teringat dahulunya, hendak bayar sewa apartmen murah saya pun tidak mampu, inikan pula membayar pinjaman bulanan kereta Proton buruk saya.

Ketika itu, saya masih teringat - saya hanya mampu makan burger Ramly siang dan malam. Kehidupan saya memang cukup berbeza hari ini.

Jadi kenapa anda perlu dengar dari saya?

Kerana saya juga sama seperti anda. Sebelum ini, saya tiada sebarang ilmu komputer dan pengalaman untuk melakukan apa-apa kerja.

Bagaimanapun, berkat kesabaran menunggu untuk mendapat ilham dari Tuhan, saya telah menjumpai satu aplikasi telefon bimbit yang cukup mudah untuk menjana pendapatan bulanan di Internet yang jauh melebihi kebanyakan eksekutif syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Malaysia!

Dengan hanya bermodalkan RM400 sahaja..

Saya menjumpai sebuah aplikasi telefon bimbit yang agak luar biasa sekali. Apa yang di minta adalah untuk melakukan 2 langkah sahaja dan duit RM400 untuk mencuba aplikasi telefon bimbit luar biasa ini.

CERITANYA BEGINI..

Memperkenalkan KLIKSENS

Satu hari saya mendengar dering terima SMS dengan menjemput saya untuk mencuba mendalami sebuah rahsia yang hebat sekali. Sebaik saya tekan klik dari link dari SMS tersebut, alangkah terpegunnya saya melihat peluang luar biasa ini.

Mula-mula saya agak berhati-hati dan tidak mahu kehilangan RM400 ini semata-mata terjumpa aplikasi telefon bimbit mana entah. Kemudian saya terfikir, bodoh sangatkah saya ini untuk sekadar hanya mencuba.

Bukannya macam kehilangan RM400 ini akan menyebabkan saya kehilangan segala-galanya dalam hidup saya ketika itu. Hanya RM400 sahaja dan mungkin duit RM400 akan berduyun-duyun meluru masuk ke akaun Maybank saya tak henti-henti.

Orang putih kata what is there to lose when you have nothing to begin with anyway! (Dalam Bahasa Melayu, apa nak risau untuk hilang apa-apa kalau harta simpanan apa pun takde untuk hilang kan?)

Betul ke ni? Ahhh... cuba sahaja lah! Mana tau?

DAN memang betul sekali seperti apa yang SMS yang saya terima itu cerita. RM250 masuk tak henti-henti setiap beberapa minit, sebaik saya cuba menggunakan aplikasi telefon bimbit ini!

Dan lebih menyeronokkan, ia hanya mengambil masa hanya dalam 10 minit sehari untuk menjana dalam RM20,000 ke RM30,000 (mungkin lebih lagi) sebulan!

Tak percaya? Dengar pengakuan rasmi seorang lagi pengguna aplikasi KLIKSENS hebat ini.

JUTAWAN KlikSens

Mereka ini semua sudah bebas kewangan. Tiada lagi bos, tidak perlu kerja lagi, tiada kerisauan lagi.

Anda juga boleh menjadi seperti mereka!

Pendapatan dengan aplikasi KLIKSENS ini memang cukup berbeza sekali dengan cara mencari pendapatan lain:
  • Anda boleh kerja dari mana-mana di dunia ini dengan aplikasi KLIKSENS ini.
  • Pendapatan KLIKSENS anda tiada had: Anda boleh mencapai pendapatan beribu-ribu dengan hanya satu klik, memang cukup ajaib sekali!
  • Tak banyak modal. Bayangkan hanya kurang dari RM400 untuk membina empire KLIKSENS anda serata dunia.
  • Margin keuntungan anda memang cukup melampau, tambahan pula tidak perlu kedai, pekerja-pekerja, tiada sebarang aset, tidak perlu meminta apa-apa lesen dari sesiapa. Hanya keuntungan bersih masuk poket. Bayar sekali, duit berganda-ganda sampai bila-bila.
  • Anda boleh kerja pada bila-bila masa sesuka hati anda. Tiada jam loceng, tidak perlu melalui kesesakan lalulintas, tiada bos, tiada masa pejabat. Dengan pendapatan tinggi yang meningkat dari hari ke hari, anda akan bekerja makin kurang dan kurang. Bukan seperti di alam pejabat hari ini, lagi naik pangkat, lagi banyak kerja pula.

Mengapa Saya Bocorkan Rahsia Ini Semua?

Ini pertanyaan yang biasa saya dapat. Mengapa pula saya cerita semua ini kepada anda? Jika saya sudah buat duit yang banyak dan boleh terus buat duit lagi selepas ini sampai bila-bila, mengapa pula saya ingin bersusah payah bocorkan rahsia ini kepada anda pula?

Jawapannya mudah. Kerana saya hendak menjana duit yang lebih banyak lagi!

Saya tidak risau jika lubang aplikasi telefon bimbit KLIKSENS ini terbocor kepada anda kerana saya tetap masih dapat gunakan ia untuk terus menjana pendapatan yang gila-gila setiap minit dari telefon bimbit saya sampai bila-bila.

Bagaimanapun, saya ingin membina team yang POWER bersama-sama saya untuk menjana pendapatan lebih lagi. Saya ingin menjemput anda menjadi PARTNER saya.

Sebenarnya, bila anda dapat duit nanti, saya juga akan dapat lagi banyak duit dari kekayaan yang terhasil dari aplikasi KLIKSENS anda nanti.

Kita sama-sama akan buat duit, sama-sama kaya sampai bila-bila. Semua untung bersama selama-lamanya.

Tiba Masa Untuk Anda Pula

Sebelum itu, saya perlu luahkan beberapa perkara. Ini BUKAN skim cepat kaya. Memang benar salah seorang pelanggan yang telah menempah aplikasi telefon bimbit KLIKSENS saya ini terus melihat duit masuk ke akaun bank dia dalam masa 10 minit sahaja tetapi ada setengah pelanggan terpaksa menunggu sehingga 24 jam ke 48 jam untuk merasai duit pertama melalui telefon bimbit mereka.

Ini bukan magik dan memang sah duit tidak akan jatuh dari langit ke riba anda, anda perlu lakukan SATU atau DUA langkah sebelum dapat menjana pendapatan melalui aplikasi telefon bimbit ini.

Walau bagaimanapun, langkah-langkah ini cukup mudah dan sesiapa sahaja dapat melakukannya saya jamin.

Kebanyakan orang yang memperolehi aplikasi telefon bombit KLIKSENS ini telah meletakkan lebih dari 2 jam setiap hari pada permulaan dan lama-lama hanya perlu memberi masa antara 5 ke 15 minit sehari untuk terus menjana pendapatan 5 angka sebulan.

Saya pasti anda akan menjana wang yang banyak tetapi saya pasti anda tidak akan dapat memandu BMW 5 series dalam sebulan dua selepas menggunakan teknik saya ini.

Inilah realiti sebenar dan saya perlu luahkan sekarang kepada sesiapa yang ingat akan terpacak BMW di depan rumah mereka dalam masa 5 minit lagi.

Sekarang dengan penafian yang saya berikan di atas, saya cukup selesa untuk menjemput anda menyertai KLIKSENS. KLIK SINI..

Kehidupan Anda Pula Selepas Ini...

Duit KLIKSENS

Saya hendak meminta anda mimpi berangan di siang hari sekejap dan membayangkan bagaimana kehidupan anda selepas ini setelah menerima aplikasi telefon bimbit KLIKSENS yang cukup ajaib ini.

Anda boleh bangun lewat pagi tanpa perlu jam loceng dan tanpa perlu risau untuk kejar masa mangharung segala kesesakan lalu-lintas.

Pagi-pagi anda buka handphone dan lihat berapa duit anda telah dapat jana semalaman. Kemudian, pastikan aplikasi KLIKSENS berjalan dengan lancar. Pastikan segala settings semua okay.

Kemudian, anda keluar sarapan pagi ke kedai mamak menikmati roti canai dan segelas teh tarik. Anda boleh lepak-lepak bersama-sama kawan berborak-borak selamba tanpa risau kena pergi kerja sepanjang pagi.

Selepas puas berborak, boleh pula pergi berjalan-jalan ke shopping mall dan beli apa-apa yang diingini dengan duit yang terhasil dari aplikasi KLIKSENS semalam.

Tiba waktu makan tengah hari boleh pergi mana-mana restoran mewah dan memilih apa-apa sahaja yang diingini dari menu restoran tersebut.

Petang pula, anda balik ke rumah dan tidur sahaja sepanjang petang tanpa perlu risau tentang kerja, segala bil dan lain-lain.

Sebelum makan malam, anda buka kembali aplikasi KLIKSENS dan lihat duit berjaya masuk lagi. Anda periksa di Maybank2u dan lihat duit memang dah masuk seperti dalam notifikasi app.

Kemudian, pada waktu malam masuk ke Netflix/Apple+/Disney+ menonton rancangan kegemaran anda atau boleh sahaja pergi panggung wayang juga menonton filem Box-Office terkini.

Apabila masuk cuti sekolah pula, anda boleh terbang ke serata dunia melancong bersama keluarga.

Duit anda terlalu banyak hingga boleh bawak semua adik-beradik, ipar dan sahabat handai melawat Eropah, pergi ke London, Disneyland Paris, pergi membeli-belah di kedai LV Paris dan lain-lain sepanjang percutian sekolah nanti.

Begitulah kehidupan ajaib anda selepas ini. Anda tak perlu risau tentang apa-apa dan boleh bersuka ria sampai bila-bila selepas ini.

Tunggu Apa Lagi? Pesan Untuk Muat Turun Serta-Merta. Saya Ingin..

TEMPAH SEKARANG!

SAYA DOAKAN Semoga kita semua BERJAYA dengan cemerlang.

Amiin.

-Sentiasapanas.com

Friday, March 24, 2023

Meninggal Di Bulan Ramadhan Di Masukkan Ke Dalam Syurga?

Meninggal Di Bulan Ramadhan Di Masukkan Ke Dalam Syurga?

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Meninggal Di Bulan Ramadhan

Di antara kelebihan bulan Ramadhan sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab-kitab hadith yang sahih adalah seperti yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW yang maksudnya, "Apabila datangnya Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan." [Riwayat Muslim (1079)]

Syeikh al-Izz bin Abd al-Salam di dalam kitabnya Maqasid al-Saum menyatakan makna hadith ini adalah dibuka pintu syurga adalah disebabkan banyaknya amalan ketaatan dilakukan pada malam ini.

Adapun ditutup pintu neraka pula adalah disebabkan kurangnya orang-orang yang melakukan maksiat pada bulan tersebut dan dibelenggu syaitan pula adalah bebasnya manusia daripada gangguan syaitan.

Berdasarkan soalan di atas, kami tidak mendapati hadith-hadith yang sahih berkaitan kelebihan mati pada bulan Ramadhan.

Adapun berkaitan orang yang mati pada bulan Ramadhan akan dimasukkan ke dalam syurga pula, secara asasnya seseorang itu akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah serta amalan kebaikan yang dilakukan ketika di dunia dahulu.

Ini dijelaskan di dalam al-Quran. Firman Allah SWT dalam surah al-Nahl:32 yang maksudnya, "Masuklah kamu ke dalam Syurga disebabkan amal kebaikan yang telah kamu kerjakan."

Syeikh al-Sya’rawi ketika menafsirkan ayat ini mengatakan, ayat ini menjelaskan bahawa Allah SWT akan memberikan syurga sebagai balasan kepada setiap hamba-Nya yang telah melakukan amal soleh ketika di dunia dahulu serta disebabkan hamba tersebut telah mengikut manhaj atau jalan yang benar. [Lihat: Tafsir al-Sya’rawi, 7897/13]

Untuk itu, masuknya seseorang itu ke dalam syurga dengan amalan yang dilakukan. Bulan Ramadhan merupakan musim beramal. Semoga kematiannya dalam bulan Ramadhan menjadi suatu kelebihan buatnya oleh Allah SWT kerana keadaannya yang sedang beramal.

Ia sebagaimana sabda Rasulullah SAW: "Dan sesiapa yang berpuasa sehari kerana mencari keredhaan Allah, yang ia mengakhiri hidupnya dengan amal tersebut, ia masuk syurga." [Riwayat Ahmad (23324)]

Ini menunjukkan bahawa orang yang mati pada bulan Ramadhan itu, tetap dimasukkan ke dalam syurga bergantung kepada amalannya.

Tambahan pula, jika seseorang itu ditakdirkan oleh Allah SWT bahawa ajalnya pada bulan Ramadhan atau pada waktu-waktu mulia yang lain seperti hari Jumaat, atau pada tempat-tempat mulia yang lain seperti di Tanah Haram, maka ia boleh dikategorikan sebagai salah satu tanda husn al-khatimah (pengakhiran hidup yang baik).

Selain itu, tugas kita sebagai seorang hamba adalah dengan sentiasa memperbanyakkan amalan soleh serta sentiasa beristiqamah mempersiapkan diri untuk bertemu Allah SWT pada bila-bila masa sahaja.

Sifat Rahmat dan keampunan Allah SWT amat luas dan ia tidak terhad pada tempat atau waktu-waktu tertentu.

Penutup

Kesimpulannya, kita tidak mempunyai kuasa untuk menentukan tempat atau waktu kematian kerana ia merupakan hak Allah SWT.

Kita hanya dituntut untuk sentiasa bersedia dengan memperbanyakkan amalan soleh di dunia ini supaya dengan amalan tersebut akan membawa kita ke dalam syurga Allah SWT.

Semoga Allah SWT mengurniakan kita pengakhiran hidup yang baik. Amin.

Wallahu a'lam.

sumber: (1)

-Sentiasapanas.com

Tuesday, March 21, 2023

Boikot Kurma Medjoul Keluaran Israel, Beli Kurma Dari Palestin!

Boikot Kurma Medjoul Keluaran Israel, Beli Kurma Dari Palestin!

Umat Islam di seluruh dunia digesa menyemak label pada produk buah-buahan bagi mengelakkan daripada membeli kurma keluaran negara haram Israel.

Penganjur boikot, Friends of Al-Aqsa (FOA - foa.org.uk) – yang berpangkalan di UK – berkata, langkah itu sebagai usaha menentang jenayah apartheid pengganas Israel ke atas Palestin.

Boycott-israeli-dates-2023

Dengan cara tidak membeli kurma Israel, masyarakat Islam boleh menghantar mesej jelas mengecam pendudukan haram Israel dan apartheid di Palestin.

Israel ialah pengeluar kurma Medjoul terbesar di dunia, dengan 50 peratus kurma Israel dieksport ke Eropah, yang dijual di pasaraya utama serta kedai tempatan di seluruh benua, kata FOA dalam satu kenyataan.

SENARAI SYARIKAT ISRAEL PENGELUAR KURMA
*Setakat yang diketahui.

MEHADRIN

Mehadrin_medjoul_israel

Jenama: Mehadrin
Laman web: mehadrin.co.il

GALILEE

Galilee_dates_israel

Jenama: Galilee
Laman web: galilee-export.com

HADIKLAIM

hadiklaim_king_solomon_dates_israel

Jenama: King Solomon Dates
Laman web: hadiklaim.com

MEDJOOLPLUS

medjoolplus_dates_israel

Jenama: MedjoolPlusMp
Laman web: medjoolplus.com

AGRIFOOD-MARKETING

agrifood-marketing_israel_dates

Jenama: Star Dates
Laman web: agrifood-marketing.com

JORDAN RIVER-DATES

jordan_river_israel_dates

Jenama: Jordan River Dates
Laman web: jordanriver-dates.com

CARMEL AGREXCO

Jenama: King Medjoul Dates
Laman web: agrexco.com

URBAN PLATTER

urban_platter-israeli_dates

Jenama: Urban Platter
Laman web: urbanplatter.in

NAVAFRESH

NAVAFRESH - King Solomon Dates

Jenama: King Solomon Dates -Medjoul Natural Dates
Laman web: navafresh.com

NEGARA EROPAH PENGIMPORT KURMA PENGGANAS ISRAEL

KURMA TESCO ISRAEL
Menurut FOA, United Kingdom (UK), Belanda, Perancis, Sepanyol dan Itali antara yang mengimport buah kering dalam kuantiti banyak.

Pada tahun 2020, UK mengimport lebih 3,000 tan kurma dari Israel bernilai AS$8.9 juta.

Atas dasar itu, FOA mendesak boikot berkenaan dilancarkan berikutan tindakan kejam Israel membunuh sekurang-kurangnya 62 rakyat Palestin termasuk 13 kanak-kanak setakat tahun ini.

Kerajaan Israel meningkatkan perobohan rumah pada kadar yang membimbangkan dan berjanji untuk mengembangkan penempatan haramnya, katanya.

FOA menegaskan, organisasi hak asasi manusia antarabangsa termasuk Amnesty International dan Human Rights Watch menyatakan bahawa Israel melakukan jenayah apartheid, namun negara Eropah gagal mengenakan sekatan ke atas Tel Aviv atau menegakkan undang-undang antarabangsa.

KEMPEN BELI KURMA MEDJOUL DAN PRODUK PALESTIN

BELI KURMA PRODUK PALESTIN

Kurma Medjoul Palestin

Berikut adalah kenyataan dan fakta ARIHA bagi menjawab persoalan-persoalan berkaitan Kurma Medjoul ARIHA dari Palestin.

1. Objektif ARIHA

Objektif utama ARIHA ialah untuk membantu meningkatkan ekonomi dan pendapatan para peladang, pekerja dan peniaga Palestin untuk menjamin 'sustainability' rakyat Palestin di Tebing Barat yang situasinya berlainan dari Gaza.

Projek pertanian Palestin terutamanya kurma sudah terbukti membantu rakyat Palestin dan bukannya memberi mudarat (contoh oleh Palestinian Agricultural Relief Committees, PARC seperti di bawah).

ARIHA turut menyalurkan bantuan kewangan hasil keuntungan jualan ke Palestin.

Pek media PARC: https://zaytoun.uk/frequently-asked-questions/

2. Sumber kurma Medjoul ARIHA

Kurma Medjoul ARIHA diambil dari ladang kurma di daerah Ariha (Jericho) yang berada dibawah pentadbiran kerajaan Palestinian Authority (boleh rujuk Oslo Accord 1993).

ARIHA mempunyai 'Certificate of Origin' dari Palestinian Authority yang membuktikan produk kurma ARIHA adalah hasil rakyat Palestin.

ARIHA juga mempunyai rakan kongsi yang memeriksa sendiri ladang-ladang kurma dan kilang pembungkusan untuk memastikan setiap biji kurma ARIHA adalah hasil tulen rakyat Palestin.

3. 100% hasil keluaran rakyat Palestin

Ladang kurma di ARIHA dimiliki sepenuhnya oleh peladang kurma Palestin dan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Israel.

Malah, peladang kurma Palestin bersaing dengan peladang Israel yang menerima subsidi pertanian dari kerajaan Israel.

ARIHA berharap pembeli kurma sentiasa berhati-hati dan memeriksa label, jenama kurma untuk memastikan kurma yang dibeli adalah produk tulen rakyat Palestin (lawati https://www.foa.org.uk/campaigns).

4. Tiada 'cukai export' oleh Israel

Tiada sebarang 'cukai export' dikenakan oleh Israel ke atas semua produk Palestin yang diexport.

Malangnya, semua pintu masuk/keluar Tebing Barat dikawal oleh Israel, oleh itu peniaga Palestin terpaksa menghantar export mereka melalui pelabuhan yang dikendalikan oleh Israel.

Semua rakyat Israel dan Palestin hanya perlu membayar yuran yang sangat minima (yuran pemeriksaan, dsb) untuk menggunakan kemudahan pelabuhan.

5. Kapal/kontena

Kurma ARIHA dihantar oleh pembekal Palestin menggunakan kapal/kontena milik Jepun/Taiwan/Singapura dan TIDAK dihantar menggunakan kapal/kontena syarikat Israel.

6. ARIHA dan Aqsa Syarif

ARIHA bertanggungjawab sepenuhnya terhadap import dan pengurusan kurma Medjoul Palestin.

Aqsa Syarif Berhad tidak mengeluarkan modal dan tenaga kerja serta tidak terlibat dalam pengurusan.

ARIHA memberikan hasil keuntungan jualan ke Aqsa Syarif untuk disalurkan ke projek-projek perladangan Palestin.

ARIHA mengharapkan agar semua pihak tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak tepat atau meragukan yang boleh menutup pintu rezeki rakyat Palestin.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

Monday, March 20, 2023

6 Resipi Roti Bakar Ketika Sahur, Cepat Dan Mengenyangkan!

6 Resipi Roti Bakar Ketika Sahur, Cepat Dan Mengenyangkan!

Selain berkhasiat, sesuatu makanan itu juga haruslah ringkas serta mudah disediakan kerana di pagi hari ramai yang kelang-kabut untuk bersiap ke tempat kerja.

Pencipta kandungan masakan, Linda Safar ada berkongsi resepi roti bakar yang bukan sahaja sesuai untuk sarapan malah boleh dicuba ketika bersahur nanti disepanjang bulan Ramadhan.

Ayuh kita cuba sendiri di rumah dan rasai kelazatannya!

1. Roti bakar telur goyang

Roti bakar telur goyang

Bahan-bahan:
  • Roti, cheese, telur.

Cara penyediaan:
  • Lenyek bulat di bahagian tengah roti.
  • Tabur cheese di sekeliling bahagian roti.
  • Letak telur di tengah roti dan set suhu ketuhar untuk 180’c selama 17 minit.

2. Roti jagung cheese

Roti jagung cheese

Bahan-bahan:
  • Roti, hirisan chicken ham, jagung, cheese.

Cara penyediaan:
  • Campur dan sebatikan chicken ham dengan jagung dan mayonis.
  • Lenyek bahagian tengah roti.
  • Ratakan bahan tadi ke atas roti, lapis cheese di atas.
  • Set suhu ketuhar kepada 180’C selama 15 minit.

3. Roti bakar gula

Roti bakar gula

Bahan-bahan:
  • Roti, mentega, gula.

Cara penyediaan:
  • Hiris hiris bahagian atas roti dalam bentuk kotak seperti gambar di atas.
  • Tuang mentega (dicairkan) ke atas keseluruhan permukaan roti.
  • Tabur gula di atas, bakar dalam ketuhar 180’C selama 10 minit.

4. Roti bakar blueberry

Roti bakar blueberry

Bahan-bahan:
  • Roti, blueberry, yogurt, telur kuning.

Cara penyediaan:
  • Yogurt dan telur kuning digaul sekata di atas roti.
  • Lenyek bahagian tengah roti supaya jadi tenggelam sedikit dan ada ruang.
  • Tuang bancuhan tadi.
  • Susun blueberry.
  • Set suhu kepada 180’C selama15 minit.

5. Roti telur udang

Roti telur udang

Bahan-bahan:
  • Udang, telur, roti, susu, timun.

Cara penyediaan:
  • Campurkan telur, susu, garam.
  • Masak udang guna sedikit minyak.
  • Buat telur dadar dengan sedikit minyak.
  • Susun timun dengan potongan memanjang.
  • Susun telur dan udang di atas roti, kemudian letak sos jika suka.

6. Roti sosej cheese

Roti sosej cheese

Bahan-bahan:
  • Roti, sosej dan bawang, cheese parut.

Cara penyediaan:
  • Ratakan mayo dan sos tomato.
  • Tabur sedikit cheese.
  • Susun sosej.
  • Tabur daun bawang, cheese dan mayo.
  • Bakar suhu 180'c dalam ketuhar selama 15 minit.

Selamat mencuba!

BACA INI JUGA:
sumber: (1)