Wednesday, July 01, 2020

Perubatan Kampo; Rawatan Berasaskan Herba Di Hospital Jepun

Perubatan Kampo; Rawatan Berasaskan Herba Di Hospital Jepun

Sesetengah kajian telah menunjukkan bahawa sebanyak 6 daripada setiap 10 orang pesakit kanser (60%) menggunakan ubat-ubatan herba sebagai salah satu terapi pelengkap dan alternatif di samping rawatan kanser konvensional.

Perubatan Kampo

Kajian pada pesakit kanser di UK pada tahun 2014 mendapati bahawa, kebanyakan pesakit menggunakan ubat-ubatan herba supaya mereka dapat berasa lebih berupaya mengawal dan mengambil tindakan terhadap kanser mereka.

Bolehkah perubatan herba membantu?

Perubatan herba menggunakan tumbuhan atau kombinasi ekstrak tumbuhan untuk merawat penyakit dan menggalakkan kesihatan.

Walaupun pengguna perubatan herba percaya bahawa kaedah rawatan ini kurang kesan sampingan, hakikatnya tumbuhan mempunyai bahan aktif yang berupaya menyebabkan kesan tertentu kepada individu. Oleh itu, pesakit kanser perlu berhati-hati dalam penggunaan ubatan herba.

Di samping itu, persoalan yang lebih penting daripada kesan sampingannya ialah, adakah perubatan herba memberikan kesan baik kepada pesakit kanser?

Kekangan utama dalam penggunaan mana-mana perubatan pelengkap dan alternatif (complementary and alternative medicines) ialah kekurangan kajian yang meyakinkan terhadap kesan penggunaannya.

Ini diburukkan lagi dengan lambakan produk komersial di pasaran yang mengandungi herba atau bahan alami lain dan diiklankan secara berlebihan sebagai 'berupaya merawat kanser', 'menyembuhkan kanser' dan 'mencegah kanser' tanpa bukti yang kukuh malah boleh memudaratkan pesakit.

Perubatan Kampo Merawat Kanser

Di Jepun yang sangat terkenal dengan ketelitian kajian sainsnya, perubatan herba dalam bentuk 'Perubatan Kampo' berjaya dikaji dengan baik dan diketengahkan dalam rawatan kanser.

Bahkan, hampir 70% daripada doktor perubatan moden di Jepun menetapkan perubatan Kampo kepada pesakit mereka untuk membantu merawat simptom-simptom kanser.

Perubatan Kampo adalah perubatan tradisional berasaskan herba dan bahan semulajadi berasal daripada China dan diolah di Jepun.

Perubatan Kampo menggunakan formulasi gabungan pelbagai bahan seperti kulit kayu manis, kulit kerang, halia dan kulit oren.

Pendekatan perubatan Kampo adalah untuk merawat dengan menekankan mekanisme pertahanan tubuh dan kekuatan penyembuhan semula jadi.

Dalam perubatan moden, tidak banyak penekanan diberikan untuk mengaktif dan menyuburkan fungsi tisu, sebaliknya fokus utama adalah untuk melawan atau menyingkirkan punca penyakit, cuma merawat dan bukan menyembuhkan penyakit.

Oleh itu, dalam rawatan kanser kemoterapi dan radioterapi berkesan membunuh sel-sel kanser, manakala perubatan Kampo membantu menangani kesan sampingan dengan cara meningkatkan keupayaan badan memulihkan diri.

Kesemua ubat-ubatan Kampo di Jepun dihasilkan oleh syarikat farmasi Jepun dan dikawal selia dengan ketat oleh agensi kerajaan.

Disebabkan kualiti dan keselamatan formulasi Kampo, kajian klinikal tentang keberkesanannya dapat dilakukan dengan lebih teratur.

Kesan penggunaan formulasi Kampo yang dilaporkan dalam kajian termasuklah mencegah kesan sampingan ubat anti kanser, mencegah sel kanser merebak dan membantu mengelakkan cachexia (penurunan berat badan dan otot) dalam pesakit kanser.

Keyakinan Terhadap Herba

Penggunaan perubatan Kampo secara meluas dalam sistem kesihatan di Jepun merupakan contoh integrasi perubatan moden dan tradisional yang mengagumkan.

Pesakit kanser di Jepun mempunyai akses kepada perubatan moden dan Kampo secara serentak apabila mereka mendapatkan rawatan di hospital biasa. Sistem insuran di Jepun turut mencakupi penggunaan perubatan Kampo.

Kajian sains sebagai kunci penerimaan

Pada tahun 2015, Professor Youyou Tu dari China dianugerahkan Hadiah Nobel dalam bidang Fisiologi atau Perubatan kerana sumbangannya kepada kajian yang membawa kepada penemuan artemisinin, ubat antimalaria.

Kajian melalui manuskrip lama perubatan Cina tersebut membawa kepada penghasilan ubat yang telah menyelamatkan berjuta-juta nyawa.

Jelasnya, perubatan herba bukanlah tidak diterima dalam dunia perubatan moden, sebaliknya memerlukan kajian teliti dan bukannya produk dengan dakwaan penyembuhan melampau tanpa sokongan kajian.

Di Malaysia, kajian mengenai perubatan tradisional masih lagi berada di tahap permulaan dan masih banyak manuskrip perubatan lama yang tidak diselenggara dan ditulis semula.

Terdapat tokoh seperti Dr Abdul Ghani Hussain, seorang doktor perubatan dengan minat mendalam pada herba yang mendokumentasikan kembali perubatan herba daripada manuskrip Melayu lama.

Meskipun masih jauh daripada hasil global, ia merupakan langkah ke arah yang betul agar kajian lanjut dapat dijalankan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hellodoktor

Bahaya Microsleep, Ketahui Punca Dan Cara Mencegahnya

Bahaya Microsleep, Ketahui Punca Dan Cara Mencegahnya

Microsleep merujuk kepada satu episod tidur singkat yang tidak dapat dikawal dan berlaku untuk tempoh beberapa saat, terjadi tanpa amaran dan kerap berlaku apabila seseorang individu yang dalam keadaan mengantuk cuba untuk melawan rasa tersebut dan kekal berjaga.

Apa itu Microsleep

Pernah tak anda mengalami situasi; sedang memandu dan tiba-tiba hilang tumpuan, atau mungkin anda terlelap dan apabila tersedar, kenderaan anda rapat dengan kereta hadapan, terhantuk stereng atau cermin tingkap kenderaan, atau mungkin anda dihon kerana memasuki lorong kenderaan sebelah? Jika anda pernah mengalaminya, keadaan itu dipanggil microsleep.

Kebiasaannya, individu yang mengalaminya tidak menyedari bahawa mereka telah tertidur dan masalah microsleep boleh mendatangkan bahaya apabila berlaku ketika sedang memandu atau sedang mengendalikan sesuatu jentera, yang berpotensi meningkatkan risiko kemalangan yang serius.

Simptom

Gejala microsleep agak sukar untuk dikenal pasti kerana anda mungkin sudah tertidur untuk menyedarinya.

Antara simptomnya adalah seperti:
  • Lambat bertindak balas terhadap sebarang maklumat.
  • Pandangan kosong, fikiran menerawang jauh.
  • Terjatuh sesuatu yang dipegang.
  • Kepala terlentuk.
  • Mata lambat berkedip.
  • Terkejut atau tersentak secara tiba-tiba (body jerk).
  • Sukar untuk mengingati apa yang berlaku 1 atau 2 minit lepas.

Masalah ini juga boleh berlaku ketika mata sedang dan masih terbuka.

Tanda amaran

Terdapat beberapa perkara yang anda lakukan ketika anda bakal menghadapi masalah microsleep adalah:
  • Tidak mampu atau terlalu sukar untuk memastikan mata sentiasa terbuka.
  • Menguap berlebihan atau kerap.
  • Tersentak secara tiba-tiba.
  • Mata berkelip lebih kerap dari biasa.

Tanda amaran ketika memandu:
  • Memandu keluar dari laluan atau lorong tanpa anda sedari dan secara berbahaya.
  • Berulang kali menguap.
  • Terlepas jalan keluar.
  • Kelopak mata memberat.

Apakah puncanya?

Microsleep biasanya disebabkan oleh rasa mengantuk yang teramat sangat dan digabungkan dengan tugas yang membosankan seperti memandu atau menonton televisyen. Semakin tinggi rasa mengantuk, semakan tinggi potensi untuk anda mengalaminya.

Kurang tidur, yang disebabkan masalah gangguan tidur seperti insomnia atau tidak mendapat kuantiti tidur yang mencukupi antara faktor utama.

Apabila kita dalam keadaan mengantuk, sebahagian otak kita sebenarnya mula tertidur walaupun secara fizikalnya kita masih terjaga namun hakikatnya otak kita tidak berfungsi sepenuhnya.

Langkah pencegahan

Cara yang paling berkesan untuk mencegah microsleep adalah dengan memastikan anda mendapat tidur yang berkualiti dan mencukupi pada waktu malam. Jumlah waktu tidur yang disyorkan untuk individu dewasa adalah antara 7 hingga 9 jam.

Lakukan beberapa perubahan dalam rutin harian juga dapat membantu memperbaiki kualiti tidur, seperti:
  • Elakkan pengambilan kafein dan alkohol terutama jika anda sudah letih.
  • Padam dan tutup lampu, televisyen, atau radio.
  • Hindari sebarang aktiviti yang boleh merangsang kecerdasan.
  • Kekal suhu bilik pada tahap yang selesa.

Jika anda terlalu mengantuk pada waktu siang, ambil sedikit masa untuk tidur, pastikan ia tidak lebih 20 minit, biasanya dikenali sebagai tidur tengahari (power nap). Ia dapat membantu menjadikan diri anda lebih segar.

Elakkan tidur melebihi 30 minit melainkan anda merancang untuk berjaga pada waktu malam. Tidur pada waktu petang yang melebihi 30 minit akan membuatkan diri kita berasa lebih mengantuk dan lesu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: majalahsains

SBDJ Siri 163: Mayat Dalam Guni

SBDJ Siri 163: Mayat Dalam Guni

Osman Garing tunduk merenung lantai. Bermacam-macam persoalan timbul dalam kotak fikirannya. Apa yang pasti, dia tetap menyesali diri sendiri kerana kurang bertanya dengan guru yang terdahulu. Kalau dia bertanya lebih terperinci, tentu dia tidak terjebak dalam ilmu yang tidak menguntungkan.

Toyol jadi-jadian

Mata mahaguru terus tertumpu ke wajah Osman Garing bersama senyum sinis. Tentu saja perbuatan itu kurang menyenangkan hati Osman Garing.

Walau bagaimanapun hati kecilnya tetap mengharap mahaguru memberi penjelasan tanpa menunggu pertanyaan darinya.

Mata mahaguru masih lagi memandang tajam ke arahnya. Osman Garing keresahan.

"Sebab dikatakan ilmu itu panas," mahaguru menyambung kembali percakapan yang terhenti.

"Kerana orang yang mengamalkan ilmu itu, tidak akan dapat mengumpulkan harta sampai ke mati. Hidupnya sentiasa dalam kesempitan, bila berbini jodoh tak panjang. Walau macam manapun ilmu itu ada kelebihannya..."

Mahaguru berhenti bercakap dan senyum panjang segera terukir di kelopak bibirnya. Senyuman itu membuatkan Osman Garing resah dan gelisah, tidak menentu.

"Apa kelebihan ilmu yang saya tuntut itu?" Osman Garing tidak sabar.

"Haa. Kamu nak tahu kelebihannya?"

"Iya, sudah tentu. Selama ini saya tidak tahu kelebihannya, saya tengok orang belajar, saya ikut belajar."

"Kelebihannya, orang perempuan mudah jatuh hati pada orang yang mengamal ilmu tu, rela jadi isteri walaupun hidup susah," sambil menggaru hujung dagu mahaguru bersuara.

Osman Garing ketawa kecil. Dia tidak menafikan kebenaran dari kata-kata itu kerana dia sendiri sudah mengalaminya.

"Ada lagi rahsia?" desak Osman Garing.

"Ada Osman, kau jangan terkejut," Mahaguru membetulkan kedudukannya.

"Apa dia mahaguru?"

"Orang yang mengamalkan ilmu ini, bila dapat anak tidak kira lelaki atau perempuan, mesti kena penyakit sawan babi.

"Biasanya si anak mati muda, kerana penyakit kurang darah," mahaguru telan air liur.

Buat beberapa saat, mahaguru melagakan gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali. Kemudian mengosok-gosok pangkal hidungnya hingga merah.

"Kenapa kurang darah tok guru?"

"Darah si anak dihisap oleh makhluk halus yang dipuja oleh tuannya. Nafsu berahi si bapa cukup ganas, tak kira anak bini orang, semuanya nak disapu.

"Kadang-kadang jadi haruan makan anak. Ilmu tu cukup panas, elok saja kamu buang," satu saranan yang baik dari mahaguru.

Osman Garing termenung panjang. Hati kecilnya mengakui nafsu seksnya cukup panas. Pantang tengok perempuan dia terus berahi. Meskipun pada saat itu dia sudah mempunyai empat isteri.

Semasa menjadi buruh ladang getah di kawasan batu Gajah dulu, dia menggoda isteri mandor Maniam yang periang.

Tidak memadai dengan itu, dia juga menggoda anak Ah Siung, peniaga kedai runcit yang terletak tidak jauh dari kawasan ladang getah tersebut.

Kebiadapannya itu dapat dikesan oleh Maniam dan Ah Siung dan Osman Garing dinasihati supaya beredar dari tempat itu sebelum sesuatu yang buruk terjadi pada dirinya.

SENYAP

Secara senyap-senyap Osman Garing menghilangkan diri (berhenti kerja) dari ladang getah tersebut.

Beberapa orang pekerja pernah terserempak dengan isteri mandor mendatangi rumah Osman Garing waktu malam.

Biasanya, isteri mandor berbuat demikian disaat suaminya (mandor) mabuk di kantin pekerja atau di kelab pekerja.

Walaupun Osman Garing ada membuat hubungan sulit dengan anak gadis Ah Siung tetapi, perbuatan mereka tidak dapat dikesan oleh para pekerja ladang kecuali Ah Siung sendiri.

Apa yang pasti, kira-kira sebulan setelah Osman Garing menghilangkan diri, anak gadis Ah Siung didapati menggantung diri di pokok getah.

"Kamu mesti buang ilmu tu Osman, ilmu tu panas," ulang mahaguru.

"Susah tok, ilmu tu dah sebati dengan saya. Maklumlah, sudah berbelas-belas tahun saya amalkan."

Jawapan yang diluahkan oleh Osman Garing itu memaksa mahaguru mengerutkan dahi. Ia termenung sebentar.

Kemudian toleh kiri dan kanan. Dongakkan wajah ke dada langit, melihat awan dan bintang.

"Aku tahu Osman," mahaguru bersuara lemah.

"Perkara itu memang susah, hanya mati saja yang boleh menceraikan kamu dengan ilmu panas tu. Tak mengapa, kamu lalui ujian ini dulu. Kalau kamu lulus ujian, dengan sendiri ilmu yang ada pada kamu tu jadi tawar," mahaguru berhenti bercakap.

"Bila ujian itu mahu diadakan tok?"

"Sekarang juga. Kamu ikut dan dengar perintah dari orang suruhan aku. Jangan bantah cakapnya. Kamu bersedia?"

"Saya bersedia."

"Aku harap kamu lulus ujian," nada suara mahaguru agak gementar.

Dia bagaikan dapat membaca sesuatu yang buruk akan berlaku ke atas anak muridnya itu.

Mahaguru angkat tangan kanan melepasi kepalanya. Perempuan suruhan faham dengan isyarat yang dibuat oleh mahaguru.

Dia pun anggukkan kepala sebagai tanda dirinya bersedia menjalankan tugas, yang dibebankan ke atas bahunya.

Perempuan suruhan segera berdiri dekat Osman Garing. Senyum sinis dihamburkan untuk orang yang bakal menjalani ujian. Senyum itu disambut oleh Osman Garing dengan rasa hambar.

"Kamu silap," kata perempuan suruhan.

"Maksud kamu?"

"Kamu manusia bodoh sombong, kenapa tidak berterus terang dengan mahaguru yang kamu ada menuntut ilmu di tempat lain.

"Kalau kamu cakap awal-awal, ilmu tu boleh dibuang dulu sebelum kamu jadi anak muridnya," perempuan suruhan mula berleter.

"Saya fikir mahaguru dapat kesan, lagi pun saya memang tidak tahu bila mahu jadi anak murid mahaguru mesti buang ilmu yang lain."

"Bukan tak tahu, kamu yang tak jujur."

"Sumpah saya tak tahu, lagi pun awak tak tanya saya,"

"Sudahlah aku tak mahu cakap apa-apa. Kamu dah tengok apa yang dibuat oleh Maziah dan Deraman. Sekarang kamu kena buat, macam dia orang buat. Apa kamu boleh buat?"

"Boleh, saya boleh buat."

"Kalau begitu mulakan sekarang."

Osman Garing pun melangkah menuju ke baldi berdarah. Gerak-geri dan tingkah lakunya terus jadi perhatian mahaguru.

Ternyata biji mata perempuan suruhan dan orang kanan mahaguru juga tertumpu kepada Osman Garing.

Keresahan dan kegelisahan terpamer di wajah mereka. Dan mereka mengharapkan, Osman Garing tidak akan membuat kesilapan semasa melakukan upacara ujian itu.

Osman Garing rapat ke baldi. Sapu darah ke muka dan kedua belah lengan. Akhirmya meneguk darah penuh selera.

"Ah..." Mahaguru mengeluh sambil menggelengkan kepala.

Osman Garing telah melakukan kesilapan. Sepatutnya dia minum darah dulu sebelum menyapu muka dan kedua belah lengan dengan darah.

Kesilapan itu juga dapat dikesan oleh orang kanan dan perempuan suruhan.

Semuanya sudah terlambat. Kesilapan yang dilakukan oleh Osman Garing tidak boleh diubah atau diperbetulkan.

Padah dari kesilapan itu, risikonya cukup tinggi. Rasa hiba, sayu dan hampa terpamer di wajah mahaguru.

Dan Osman Garing yang merasakan apa yang berlaku sudah sempurna, segera mendekati perempuan suruhan untuk mempamerkan kesan darah di muka, di mulut dan kedua belah tangan.

Semasa Osman Garing berdiri kaku di depan perempuan suruhan, orang kanan menarik keluar sebilah keris berluk tujuh dari bawah paha kirinya.

Cepat-cepat keris itu dicampak ke arah mahaguru yang bersedia menyambutnya dengan tangan kiri.

Keris ditarik dari sarungnya ditilik, ditatang dan ditimbang berkali-kali. Sepasang bibir mahaguru bergerak-gerak, macam ada sesuatu yang dikatakan kepada keris.

"Kewajipan."

Terdengar suara mahaguru meninggi serentak dengan itu keris di balingkan ke arah rusuk kiri (bahagian perut) Osman Garing.

Mata keris terbenam di situ. Darah bersemburan. Mulut Osman Garing separuh ternganga. Mukanya berkedut menahan kesakitan. Mungkin bisa keris sudah meresap ke dalam urat sarafnya.

"Jangan, biarkan dia."

Maziah yang mahu membantu Osman Garing segera membatalkan niat, akibat ditegah oleh mahaguru.

Osman Garing berjalan dalam keadaan hoyong hayang sambil mengangkat kedua belah tangannya seolah-olah minta tolong kepada rakannya Wan Deraman dan Maziah.

Apakan daya, kawan sendiri tidak berani melanggar perintah mahaguru. Dan akhirnya Osman Garing tersembam di bumi.

Kaki dan tangannya menggelitik. Dia mengeruh macam lembu kena sembelih, bergolek-golek di bumi.

Saya kira dia akan bangun kembali. Saya pun menghitung satu hingga sepuluh. Ternyata Osman Garing tidak juga bangun. Dia sudah menjadi mayat.

"Balut tubuhnya."

Orang kanan segera mencampak segumpal guni ke arah perempuan suruhan. Dalam keadaan yang tergesa-gesa kain guni pun disambung dan mayat Osman Garing pun dibungkus dengan kain tersebut.

Orang kanan segera melangkah mayat Osman Garing sebanyak tiga kali berturut-turut sebelum berdiri di hujung kepala mayat.

"Kamu berdiri di situ."

MAYAT

Orang kanan menyuruh perempuan suruhan berdiri di hujung kaki mayat. Perintah itu segera dipatuhi. Suara burung hantu bersahut-sahutan, bagaikan berdendang keriangan.

"Kita letakkan mayat ini, atas kayu mayat. Suruh Maziah lapah perutnya macam melapah perut lembu.

"Kamu bagi tahu dia apa yang mesti diambil dari perut mayat itu. Beritahu betul-betul, jangan silap bagitahu, silap ambil buruk padahnya," orang kanan terus luahkan petunjuk. Dia terus membongkok.

"Aku angkat kepala, kamu angkat kaki," kata orang kanan.

"Baik," jawap perempuan suruhan.

Mereka pun mengangkat dan mengusung mayat Osman Garing, lalu diletakkan atas batang kayu yang dipanggil 'Kayu Mayat'.

"Buka kainnya?" tanya perempuan suruhan.

"Nanti dulu, tunggu perintah aku. Jangan pandai sendiri!"

"Maafkan saya."

"Hum..."

Suara burung hantu terus bergema. Angin terus bertiup lembut. Sesekali terdengar ngauman harimau sayup-sayup.

Darah dari mayat Osman Garing terus meleleh atas kayu mayat dan menitik ke atas bumi.

Orang kanan kembali duduk ke tempat asalnya, begitu juga dengan perempuan suruhan.

Mahaguru kelihatan resah ditempatnya, renung kiri, renung kanan. Renung langit dan bumi. Mahaguru menggigit bibir sambil menarik nafas dalam-dalam.

"Semuanya mesti di selesaikan dengan segera," bisik batin mahaguru.

Tanpa membuang masa dia terus tepuk tangan tiga kali berturut-turut. Tergesa-gesa perempuan suruhan mendekati mahaguru.

"Apa yang patut saya buat?"

"Kamu ambil kapak, gergaji, parang dan serahkan barang-barang itu kepada mereka," jari telunjuk mahaguru menghala kepada batang tubuh Maziah dan Deraman yang berdiri kaku macam patung.

"Baik."

Perempuan suruhan pun bergerak ke kanan. Dalam cahaya lampu minyak tanah yang samar-samar itu, sekujur tubuh perempuan suruhan hilang dari pandangan saya.

Mahaguru dan orang kanannya terus membisu, masing-masing termenung. Barangkali, sedang melayani perasaan yang berbunga di hati.

Perempuan suruhan muncul kembali di hadapan mahaguru dengan gergaji dan kapak di tangan.

"Kapak untuk lelaki," tutur mahaguru.

Kapak pun diserahkan kepada Deraman. Orang kanan mahaguru melagakan gigi atas dengan gigi bawah dua tiga kali.

"Gergaji berikan pada si perempuan. Parang kau pegang sendiri. Faham."

"Saya faham."

Perempuan suruhan pun menghulurkan gergaji kepada Maziah. Parang panjang ditangannya. Perempuan suruhan segera cacakkan parang ke bumi.

Maziah dan Deraman terpinga-pinga. Mereka tidak tahu untuk apa barang-barang itu diserahkan kepada mereka.

Orang kanan bangun dan terus melangkah menghampiri mayat Osman Garing yang berada diatas kayu mayat.

"Bawakan kepada aku perasap, cepat," orang kanan tenung wajah perempuan suruhan.

"Tempat perasap yang baru atau yang lama?"

"Yang baru, taruh bara dan kemenyannya sekali. Pergi cepat, jangan banyak tanya lagi."

"Baik."

Perempuan suruhan menyelinap ke sebelah kiri saya. Kalau saya tidak mengelak pasti saya dilanggarnya.

Kira-kira lima minit kemudian, perempuan suruhan muncul di sisi orang kanan. Dupa yang mengeluarkan asap kemenyan segera diserahkan kepada orang kanan.

Bau kemenyan menguasai seluruh ruang. Dupa terus ditatang. Dibawa bergerak ke kiri dan kanan.

Dari mulut orang kanan keluar jampi mantera dalam bahasa yang tidak saya fahami.

Sebaik saja berhenti membaca mantera, mayat Osman Garing segera diperasap oleh orang kanan, bermula dari hujung kaki hingga ke hujung kepala.

Perbuatan sedemikian dilakukan sebanyak tujuh kali berturut-turut.

Saya kira perbuatan orang kanan yang aneh itu, bukan sahaja menjadi perhatian saya malah mungkin mencolek perasaan Wan Deraman dan Maziah.

Tiba-tiba secara mengejut orang kanan merentap kain guni yang membalut mayat Osman Garing dengan kasar sekali.

Kain guni itu dihumban ke sebelah kanan dinding buluh, pada saat itu, watak orang kanan sungguh berbeza sekali.

Gerak-gerinya kasar, macam orang lelaki. Rambutnya menggerbang menutup wajah, nampak kasar dan mempunyai dua warna.

Sebelah kiri berwarna kuning-kekuningan manakala sebelah kiri berwarna putih macam kapas.

Bila rambut menutup wajah itu ditolak ke kiri dan ke kanan, kelihatan sepasang mata yang bulat dan besar memancarkan cahaya kemerah-merahan dengan gigi yang menyeringai. Macam gigi kucing hutan.

Orang kanan itu melompat sambil mengeluarkaan suara seperti suara harimau menderam untuk menangkap sesuatu.

Setiap muka yang berada di ruang itu ditatapnya.

MENGGIGIL

Saya menggigil bila sepasang mata besarnya tertumpu ke wajah saya. Dia menjelirkan lidahnya dengan wajah yang menakutkan.

Dia sudah kemasukan syaitan, cara kebetulan pula pada masa itu saya terdengar suara asing berlegar-legar di udara, iaitu suara perempuan mengilai dan ketawa, seiring dengan terdengar lolongan anjing sayu dan memanjang.

Burung hantu yang tadinya berehat, kembali aktif, bersahut-sahutan dengan pelbagai gaya dan nada yang boleh meremangkan bulu tengkok.

"Ya Allah," kata saya, bila melihat orang kanan dengan lidah terjelir menjilat seluruh muka Osman Garing yang sudah menjadi mayat itu.

Dengan tidak semena-mena dia terus menjerit dan rebah ke bumi terus tidak sedarkan diri.

Pelik sungguh, perempuan suruhan yang berada dekatnya tidak bertindak. Malah melihat sahaja orang kanan yang terbujur kaku di situ.

Suara perempuan menjerit dan ketawa di udara terus hilang. Tetapi lolongan anjing masih berterusan. Suara burung hantu mula mengendur.

Darah sudah pun berhenti keluar dari mayat Osman Garing.

Kerana menyedari orang kanannya terbaring agak lama, mahaguru segera bangun dan mendekatinya.

Dengan belakang tangan kiri mahaguru menepuk belakang orang kanannya dengan sekuat hati.

Orang kanan segera sedar dan seperti kilat pula di bangun lalu menggamit Maziah dan Deraman mendekatinya.

Sebaik sahaja Maziah dan Deraman berdiri di depannya, mereka terus ditampar oleh orang kanan dengan kuat.

Berpandukan dari orang kanan itu menampar, ternyata bukan tampar sebarangan tetapi, tampar yang berbuah.

Maksudnya, bahana dari kena penampar tersebut, boleh membuat seseorang itu jadi bodoh atau terus lena (tidur sambil berdiri) paling kurang boleh buat orang itu gagap seumur hidup.

Andaian saya tepat sekali, tampar yang dilepaskan oleh orang kanan itu berbuahkan PUKAU.

Buat beberapa minit selepas ditampar, Maziah dan Deraman terhoyong hayang, macam orang khayalan. Setelah itu barulah mereka berdiri dengan betul. Tegak kaku macam tunggul kayu.

Bagi menguji PUKAU yang dilepaskan (tampar) tadi menjadi atau tidak, orang kanan segera menjalankan ujian dengan menyuruh Maziah dan Deraman duduk bertinggung, kemudian disuruh makan tanah. Ternyata arahan itu dipatuhi.

"Menjadi," beritahu orang kanan kepada mahaguru.

"Mulakanlah, keluarkan perintah."

"Baik."

Orang kanan mendekati perempuan suruhan. Berbisik sesuatu dan perempuan suruhan anggukkan kepala.

Orang kanan segera mendekati mahaguru. Bercakap sesuatu sambil berjalan menuju ke tempat duduk.

Saya terbongkok macam patung tetap mengikuti setiap peristiwa dengan teliti di samping mencari kesempatan untuk melarikan diri.

Apa yang pasti peluang sedemikian sukar untuk diperolehi. Dan saya harus terus bersabar.

"Hei, kamu berdua. Gunakan apa yang ada ditangan kamu, potong mayat tu," jerit perempuan suruhan.

Maziah dan Deraman anggukkan kepala.

"Kerat lapan tau."

SENYUM

Macam tadi juga, Maziah dan Deraman terus anggukkan kepala. Tidak berani bersuara. Sentiasa tunduk renung bumi. Tidak berani tatap wajah perempuan suruhan.

Mahaguru dan orang kanannya tetap mengikuti perkembangan yang berlaku dengan penuh sopan. Sesekali mereka berbalas senyum. Seolah-olah puas dengan apa yang terjadi.

"Mulakan sekarang."

Tanpa bertangguh-tangguh, Maziah dan Deraman meluru kearah mayat Osman Garing diatas kayu mayat.

Tugas mereka pun bermula dan saya tak sanggup melihat mereka mengerat-ngerat tubuh Osman Garing, macam memotong ayam. Tidak sampai dua jam, kerja-kerja itu selesai seperti yang dihajati.

Bahagian tubuh yang sudah dipotong-potong dimasukkan ke dalam guni beras oleh perempuan suruhan lalu diikat dengan tali rapia.

Dibiarkan di atas kayu mayat, perempuan suruhan ambil sebatang kayu sepanjang lima kaki dan ukuran bulatnya sebesar lengan kanak-kanak berusia dua tahun.

Di kedua belah bahagian hujung kayu ditajamkan. Dengan hujung kayu itu, perempuan suruhan membuat garisan empat segi di tanah.

"Sekarang kamu Deraman, korek lubang ikut tanda yang aku buat, faham?"

"Faham!"

"Mulakan."

Perempuan suruhan menyerahkan cangkul dan pencebak (alat penggali lubang) kepada Deraman.

Lelaki yang sudah bodoh, akibat dipukau itu pun memulakan tugasnya.

"Kamu Maziah, pergi bancuh simen. Semua barang-barang sudah disediakan, faham?"

"Saya faham."

"Kalau dah faham mulakan, jangan berhenti selagi belum dapat perintah."

Maziah anggukkan kepala dan memulakan tugas yang sebelumnya tidak pernah dilakukan. Kerana perintah terpaksa juga dibuat.

Dalam waktu yang tidak sampai satu jam lubang sedalam enam kaki dan lebarnya lebih kurang empat kaki siap digali oleh Deraman.

Perempuan suruhan segera membuat pemeriksaan, bagi memastikan sama ada lubang itu dikorek mengikut tanda yang ditetapkan atau sebaliknya.

Semuanya beres dan perempuan suruhan angkat tangan kiri ke arah orang kanan, memberitahu acara selanjutnya boleh dimulakan.

Orang kanan pun angun berjalan menuju ke arah mayat dalam guni di atas kayu mayat. Dia pun mengheret mayat dalam guni ke bibir lubang.

Mahaguru bangun dari tempat duduknya mengawasi setiap kerja yang dilakukan oleh orang kanannya.

Mahaguru tidak ingin melihat sebarang kesilapan yang kecil atau besar. Semuanya mesti berjalan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Mahaguru menuju ke bibir lubang. Berdiri di sebelah orang kanannya yang masih memegang muncung guni beras.

"Tanam sekarang," tanya orang kanan.

"Nanti dulu," balas mahaguru sambil mengangkat tangan kiri serta mengembangkan lima jarinya.

Matanya tertumbuk ke wajah perempuan suruhan yang berada disebelah lubang (sebelah kanan).

"Sudah kamu ambil darahnya untuk disimpan dalam baldi," pertanyaan untuk perempuan suruhan.

"Sudah tok guru."

"Sudah kamu asingkan kulit dan sebahagian anggota tubuhnya untuk kamu dan orang kanan aku? Mungkin juga untuk perempuan yang baru ditauliahkan?"

Sudah."

"Termasuk jantung, hati dan bahagian dalam anunya?"

"Sudah tok guru."

"Bagus."

Buat beberapa ketika mahaguru termenung panjang. Kemudian mundar-mandir ditepi lubang, macam ada sesuatu yang difikirkannya.

Bila dia berhenti melangkah, sepasang biji matanya menghala ke arah Maziah dan Deraman.

"Sudah kamu minum darah kawan kamu?"

Pertanyaan itu tidak dijawab oleh Maziah dan Deraman.

Mahaguru renung muka orang kanannya dengan renungan yang tajam dan penuh tanda tanya.

Ketika itu terdengar bunyi gemersik angin menyetuh dedaun di luar kawasan pagar buluh. Juga terdengar bunyi suara kucing mengiau yang dituruti dengan bunyi tapak kaki orang berlari.

Pagar buluh bergoyang sendiri dan ada imbasan seperti kain batik berlegar-legar diudara. Semuanya tidak berapa jelas.

Sayup-sayup kedengaran lolongan anjing liar entah dari mana datangnya, tidak dapat dipastikan.

"Jangan bimbang, semuanya aku uruskan," begitulah dalam keadaan suasana serba seram, orang kanan mahaguru memberikan jawapan.

"Bila?"

Darah untuk diminum sudah ada, selesai semua kerja ini, aku suruhlah dia orang minum. Jangan bimbang, ini kerja aku, ini tugas aku," lantang sekali suara orang kanan penuh keyakinan.

Mahaguru anggukkan kepala sambil tersenyum lebar. Timbunan tanah di kiri kanan lubang di jelingnya.

TIMBUS

"Tanam mayat dalam guni ni cepat-cepat, timbus dan simen rata-rata. Biar orang tak dapat kesan dibawah simen ini ada kubur," satu perintah dalam nada suara yang kasar dan keras dari mahaguru untuk orang kanan dan perempuan suruhan.

"Buat dengan cepat, sebelum awan yang bergerak tu menutup bulan, kerja ni mesti selesai," mahaguru luruskan jari telunjuk ke arah gumpalan awan hitam yang berarak perlahan menuju ke bulan.

"Kalau kamu gagal kita semua ditimpa celaka, jangan berlengah-lengah," sambung mahaguru.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 163/284

BACA: SBDJ Siri 162: Senafas Dengan Guru
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

5 Cara Penjagaan Kucing Siam

5 Cara Penjagaan Kucing Siam

Kucing Siam juga dikenali sebagai Kucing Siam eksotik berasal dari Thailand, mula dikenali pada lewat 1880, apabila Kerajaan Siam (kini dikenali sebagai negara Thailand) menghadiahkannya kepada Duta England di sana, kemudian dibawa pulang ke England.

Cara Jaga Kucing Siam

Bermula daripada situ, Kucing Siam mula mendapat perhatian dan diperkenalkan di pameran kucing di England dan Amerika, seterusnya ke serata dunia.

Kucing Siam mudah dikenali melalui matanya yang berwarna biru dan tompokan gelap pada bahagian telinga, muka, ekor dan kaki yang memberikan tarikan kerana berlawanan terhadap tubuhnya yang berwarna cerah.

Ciri-Ciri Kucing Siam
  • Bulu pendek, berkilat, halus, lembut, padat dan sesuai dengan badan. Siamese dikenali dengan skema warna khas yang tajam.
  • Tarikan warna kontra pada bahagian kepala, mata yang kebiruan dan kaki yang “berstokin”.
  • Bersaiz kecil hingga sederhana, tubuh yang ramping serta susuk dan leher yang panjang.
  • Kucing Siam cenderung mendapat perhatian ramai atau akan menangis jika anda mengabaikannya.
  • Kucing Siam merupakan kucing yang peramah dan berkomunikasi melalui suaranya terutama dengan pemiliknya.
  • Suka ditemani dan menghabiskan masa dengan pemiliknya serta gemar duduk diriba manusia.
  • Warna tumpuan adalah coklat, ungu mudah dan keputih-putihan. Warna keputih-putihan adalah yang paling terkenal sekali.
  • Mempunyai mata yang mempesonakan.
  • Matanya yang berbentuk badan, berwarna biru dan kedudukan condong yang menawan.

Tips Penjagaan Kucing Siam

Kucing Siam memerlukan rawatan bulu secara rutin di samping menjaga kebersihan mata dan telinganya.

Untungnya, Kucing Siam memiliki bulu yang pendek dan memudahkan anda untuk menjaganya.

1. Menyikat Bulu

Sikat bulu Kucing Siam dengan lembut, biarkan bulu yang lepas terjatuh.

Jika menggunakan berus, pilih berus yang lembut agar tidak terlalu banyak bulu yang gugur. Berus yang terlalu kasar juga boleh membuat kucing anda merasa tidak selesa.

2. Merapikan Bulu

Gunakan tangan untuk merapikan bulu Kucing Siam. Basahkan kedua telapak tangan dan usapkan dengan lembut ke seluruh tubuh kucing. Bulu yang gugur akan melekat pada telapak tangan yang lembab.

3. Membersihkan Mata

Jika perlu, usap mata kucing Siam anda dengan kain kecil yang sudah dibasahkan untuk menjaganya tetap bersih.

Gunakan satu tangan apabila membersihkan mata agar satu tangan yang lain boleh menjaga kucing agar tetap tenang.

4. Memotong Kuku

Potong hujung kuku untuk mencegah kecederaan dan bahaya pada Kucing Siam anda. Penyepit kuku manusia juga boleh digunakan untuk memotong kuku kucing. Hati-hati agar jangan terpotong urat pembuluh darah di bahagian kuku.

5. Membersihkan Telinga

Bersihkan bahagian dalam telinga kucing Siam anda dengan bola kapas untuk menghilangkan debu dan kotoran lain yang terkumpul di telinga kucing kesayangan anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wom

Tuesday, June 30, 2020

Maksud Mimpi Melihat Ular

Maksud Mimpi Melihat Ular

Mimpi melihat ular terkadang menjadi sesuatu yang membuatkan kita takut dan was-was, apatah lagi jika memang fobia terhadap ular, namun sebenarnya erti mimpi ular mempunyai banyak maksud sesuai dengan cara hidup kita.

Mimpi Melihat Ular

Mimpi ular mungkin mempunyai nilai positif mahupun negatif, akan tetapi pada kenyataannya, sama ada bererti buruk atau baik semuanya mempunyai pesanan-pesanan tertentu.

Setiap mimpi mempunyai maksud yang akan memberikan isyarat agar kita bersedia untuk menghadapinya.

Berikut kami kongsikan kepada anda beberapa maksud dan tafsir berkaitan mimpi melihat ular.

1. Maksud Mimpi Digigit (dipatuk) Ular
  • Mimpi digigit ular merupakan mimpi yang sering terjadi dan sedikit membawa ketakutan namun ternyata, mimpi digigit ular justeru mempunyai erti yang menyenangkan.
  • Erti dari mimpi ini adalah, anda akan mendapat pasangan jika masih single (bujang) atau belum mempunyai pasangan.
  • Namun, jika anda sudah berkahwin, mimpi ini bererti anda akan mendapat kemakmuran dan kebahagiaan dalam hidup.

2. Maksud Mimpi Melihat Ular
  • Jika anda mimpi melihat ular, itu bererti anda akan mendapat rezeki, namun tafsir lain juga menyatakan, melihat ular juga boleh mendatangkan bencana.
  • Untuk menghadapi erti mimpi ini, sebaik-baiknya anda mendekatkan diri kepada Allah dan memohon agar diberikan yang terbaik, serta berdoa agar dijauhkan dari sebarang bahaya.

3. Maksud Mimpi Dikejar Ular
  • Mimpi dikejar ular biasanya akan berdampak pada anda keesokan harinya, namun erti sesungguhnya dari mimpi ini merupakan perkara yang membahagiakan, terlebih lagi jika anda adalah orang yang berstatus single (bujang).
  • Maksud mimpi ini adalah, anda akan mendapat pasangan atau ada orang yang menyukai anda, namun perlu berhati-hati agar tidak berlebihan.
  • Sama ada suka atau duka, ia juga merupakan sebahagiaan dari cubaan Allah.

4. Maksud Mimpi Membunuh Ular
  • Maksud mimpi ular ini juga merupakan khabar baik, dan jika anda mempunyai musuh, maka mimpi ini bererti anda telah berjaya mengalahkannya.
  • Namun, mimpi ini menyimpan pesanan agar jangan sombong dan tetap menjalin tali silaturahim jika perlu.
  • Agama tidak mengajar kita untuk menyombongkan diri di atas musuh, malah dianjurkan untuk berdamai dan saling memaafkan.

5. Maksud Mimpi Melihat Ular Besar
  • Maksud mimpi ini akan membuat anda bahagia kerana akan mendapat keuntungan yang besar.

6. Maksud Mimpi Ular Masuk Rumah
  • Maksud mimpi ular masuk ke dalam rumah juga bermaksud anda akan mendapat kebahagiaan.
  • Anda akan didatangi seorang tetamu yang menyenangkan dan membawa khabar baik.
  • Mimpi ini juga boleh menjadi peringatan untuk anda mempersiapkan diri menyambut tamu yang bakal bertandang.

7. Maksud Mimpi Menangkap Ular
  • Erti mimpi menangkap ular juga merupakan sebuah khabar baik, yang bererti anda akan mendapat harta.
  • Namun pada dasarnya, harta merupakan rezeki sekaligus cubaan. Oleh itu, anda harus berhati-hati dalam membelanjakan harta.
  • Tetaplah rendah hati, tidak riyak serta disarankan untuk bersedekah walaupun sedikit kerana ia adalah perbuatan yang terpuji.

8. Maksud Mimpi Melihat Banyak Ular
  • Mimpi melihat banyak ular mempunyai erti bahawa anda akan panjang umur.

Kesimpulan

Sekali lagi diingatkan, setiap mimpi membawa pesanan khusus, namun yang terpenting adalah bagaimana kita menghadapi maksud mimpi tersebut dengan pemikiran yang positif dan sabar.

Wallahu a'lam.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Syarikat AirBnB Antara 100 Syarikat Penyokong Kuat Israel Menjajah Palestin

Syarikat AirBnB Antara 100 Syarikat Penyokong Kuat Israel Menjajah Palestin

Persatuan Bangsa-Bangsa bersatu dalam satu laporan terbaharu pada awal tahun 2020 menyatakan bahawa firma dari Amerika Syarikat, Airbnb antara yang menyokong kuat usaha pengganas Yahudi di Israel menjajah tanah rakyat Palestin.

Boikot AirBnB

Laporan ini menyenaraikan lebih 100 syarikat yang terlibat di dalam kegiatan melanggar hak asasi manusia di Tebing Barat dengan enam syarikat datangnya dari AS.

Enam firma AS terbabit adalah AirBnb, Expedia, Bookings Holding, General Mills, Motorola Solution dan TripAdvisor.

Tiga daripada enam syarikat ini mempunyai tujuan perniagaan yang sama dengan pelancongan menjadi watak utama mereka.

Airbnb ditubuhkan di San Fransico, California dan laporan yang dikaitkan dengan Airbnb ini mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan, manakala kaji selidik dilakukan dengan mengambil kira sebesar mana kerjasama dalam membantu Israel di Palestin.

Syarikat-syarikat ini akan menyediakan peralatan untuk memusnahkan rumah, kedai dan kebun buat Israel bagi membangun serta meluaskan wilayah jajahan, mahupun taman turut disediakan oleh syarikat ini.

Gerakan Boycott, Divest, and Sanctions (BDS) – aktivis dalam menuntut pembebasan Palestin – menyebut laporan ini tidak mengejutkan mereka kerana percaya ia masih 'belum lengkap'. Mereka turut menyeru agar orang ramai memboikot syarikat ini.

Laporan ini akan diperbaharui setiap tahun dan jika syarikat mahu keluar dari senarai yang bertanggungjawab membantu kezaliman Israel di Palestin, mereka perlu menghentikan segala kerjasama dan menarik balik peralatan yang telah disediakan.

Untuk rekod, PBB juga mengeluarkan laporan kemajuan tahun 2018 dengan merujuk bagaimana syarikat-syarikat ini untung besar hasil daripada kerjasama dengan Israel untuk membangunkan sesuatu kawasan.

Gara-Gara COVID-19, Airbnb 'Tumbang' Dalam Masa 6 Minggu

AirBnB Covid-19

Sejak pandemik COVID-19 melanda dunia, kita dipaparkan dengan beberapa kisah perniagaan yang menemui jalan penghujung.

Ada yang terpaksa menutup perniagaan, ada yang terpaksa membuang pekerja dan ada juga yang menunggu nasib di hujung tanduk.

Itulah yang berlaku kepada Airbnb, sebuah syarikat dari sektor pelancongan yang menawarkan perkhidmatan tempat tinggal buat kaki travel di seluruh dunia.

Dalam satu kenyataan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Airbnb, Brian Chesky, dia sendiri tidak menduga bahawa pandemik COVID-19 akan memberi kesan yang besar kepada perniagaan yang dibina sejak 12 tahun lalu.

"Kami mengambil masa 12 tahun untuk membina Airbnb, dan kehilangan hampir semuanya dalam empat hingga enam minggu," kata Brian dalam wawancara di CNBC.

Brian menambah bahawa Airbnb menghadapi cabaran besar pada masa depan yang tidak menentu disebabkan ketakutan umum terhadap wabak yang sudah mengambil hampir 500,000 nyawa di seluruh dunia.

"Pelancongan yang kita tahu, sudah berakhir. Saya tidak mahu mengatakan bahawa perjalanan sudah berakhir, tetapi model pelancongan yang kita tahu sudah mati dan tidak akan kembali," katanya seperti dipetik dari Entrepreneur.

Untuk rekod, perkhidmatan Airbnb di Amerika Syarikat sudah mula pulih, tetapi bagi Chesky, dia tidak mahu mempunyai harapan palsu bahawa syarikatnya sudah benar-benar pulih daripada kesan pandemik COVID-19.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Pelombong Jadi Jutawan Selepas Terjumpa Batu Permata Tanzanite Terbesar Di Dunia

Pelombong Jadi Jutawan Selepas Terjumpa Batu Permata Tanzanite Terbesar Di Dunia

Seorang pelombong kecil di Tanzania, Saniniu Kuryan Laizer, 52, bergelar jutawan selepas berjaya menemui dua biji batu permata Tanzanite terbesar di negara itu dan kemudian menjualnya kepada pihak kerajaan.

Batu Permata Tanzanite

Batu permata itu, masing-masing seberat 9.27 kilogram (kg) dan 5.1 kg di utara Bukit Mirerani, sebuah kawasan yang dipagar oleh Presiden John Magufuli pada 2018 bagi menghentikan penyeludupan permata.

Beliau menjual batu berwarna ungu kebiruan itu kepada kerajaan pada harga $3.3 juta (RM14.1 juta).

Tanzanite pertama kali ditemui di kaki bukit Kalimanjaro pada 1967 serta wilayah utara Tanzania, Manyara, dan dipercayai tidak wujud di mana-mana tempat lain di dunia, sekali gus menjadi dambaan untuk dijadikan perhiasan.

Dalam satu majlis meraikan penemuan itu di Manyara, Menteri Perlombangan, Dotto Biteko, berkata ia batu paling besar pernah ditemui di negara itu.

"Saniniu kini seorang jutawan dan kita akan pastikan beliau selamat.

"Kita sekarang ini beralih dari keadaan di mana pelombong kecil yang sebelum ini menyeludup tanzanite, kini mengikuti prosedur dan membayar cukai kerajaan serta royalti," katanya.

Menurut Saniniu, beliau akan memanfaatkan wang yang diperoleh bagi membangunkan masyarakat setempat.

"Saya bercadang untuk membina sebuah pusat membeli-belah di Arusha dan sebuah sekolah berdekatan rumah saya.

"Saya berterima kasih kepada tuhan atas apa yang saya kecapi kerana ini kali pertama mendapat saiz sebegini besar.

"Apabila menjumpainya, saya memaklumkan kepada pegawai kerajaan yang menilai batu berkenaan dan hari ini mereka panggil saya untuk bayaran," katanya.

Berdasarkan kenyataan yang dimuat naik di akaun Twitter kerajaan, batu berkenaan akan diletakkan di muzium negara itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

Monday, June 29, 2020

19 Petua Merawat Penyakit Dengan Kurma

19 Petua Merawat Penyakit Dengan Kurma

Khasiat buah kurma sememangnya diakui diseluruh dunia dan buah kecil ini memang sangat dianjurkan untuk dimakan sebelum berbuka puasa bagi umat Islam untuk mengekalkan tenaga sepanjang hari berpuasa.

Khasiat Kurma

Tak kisahlah buah Kurma yang mahal atau murah, apa yang penting sebelum jamah kena kopek dulu. Bimbang ada serangga kecil di dalamnya.

Berikut adalah 19 petua amalan tradisi ketika memakan buah kurma yang dipercayai dapat menyembuhkan penyakit. Insya-Allah hasilnya berkesan.

1. Denggi berdarah

Ambil 500 gm kurma dan 5 gelas air. Kisar sehingga hancur. Kemudian minum segelas setiap satu jam selama sehari.

2. Cirit birit

Celur beberapa biji kurma dengan sedikit air mendidih. Lumatkan dengan cara menekannya menggunakan sudu. Campurkan sedikit madu kemudian minum tiga kali sehari.

3. Insomnia (Sukar tidur malam)

Buat jus kurma kemudian minum setiap kali sebelum tidur.

4. Meningkatkan stamina

Celur kurma dalam segelas air sehingga mendidih. Kemudian tambahkan susu dan madu secukup rasa. Minum setiap kali hendak tidur.

5. Menghilangkan rasa mual

Cincang atau lumatkan buah kurma. Rebus dalam air mendidih. Kemudian minum air tersebut ketika masih panas.

6. Mengelakkan cacing dalam perut

Makan beberapa biji kurma pada waktu pagi ketika perut masih kosong.

7. Radang usus

Ambil Sembilan biji kurma gred A dan buang bijinya. Rendam dalam air panas. Kemudian kisar dengan 500 ml susu berkalsium tinggi dan diminum. Amalkannya sehingga sembuh.

8. Sakit perut

Rebus beberapa biji kurma. Kemudian hancurkan dan campur dengan susu kambing atau susu lembu asli segar. Minum dua kali sehari.

9. Sembelit

Rendam beberapa biji kurma semalaman. Kemudian minum air rendaman itu pada waktu pagi.

10. Bengkak kaki

Tumbuk kurma beserta bijinya. Kemudian campurkan resin sehingga menjadi seperti pes. Sapukan pada kaki bengkak.

11. Batuk pada kanak-kanak

Hancurkan kurma kering. Kemudian campurkan dengan susu dan beri minum kepada kanak-kanak.

12. Bersin

Sapukan jus kurma pada hidung.

13. Lemah tenaga batin

Tiga kurma dimakan dengan madu dua jam sebelum tidur. Lakukan selalu.

14. Badan letih

Buah kurma dicampurkan susu kambing asli atau susu lembu asli, lalu diminum.

15. Angin dalam perut

Hancurkan beberapa biji kurma kemudian gaulkan dengan biji Habbatus Sauda yang ditumbuk hancur. Amalkan setiap hari.

16. Sukar bersalin

Rebus beberapa biji buah kurma bersama daun zaitun sehingga mendidih. Kemudian minum air rebusan tersebut.

17. Mendapatkan tenaga sebelum bersalin

Makan beberapa biji buah kurma (sebaik-baiknya bilangan ganjil). Kemudian minum segelas air kosong.

18. Selepas bersalin

Ambil sekurangnya-kurangnya tujuh biji kurma kemudian rebus dengan tiga gelas air. Biarkan sehingga menjadi segelas atau segelas setengah. Amalkan meminumnya sekurang-kurangnya dua gelas sehari.

19. Dispepsia (sakit seolah-olah terdapat gas, sakit dan terbakar di bahagian perut)

Makan bawang merah dengan kurma, kacang dhal, Habbatus Sauda, thyme dan keju.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hijabista

SBDJ Siri 162: Senafas Dengan Guru

SBDJ Siri 162: Senafas Dengan Guru

Maziah hanya mendengar saja apa yang diungkapkan oleh mahaguru dengan penuh khusyuk. Kelopak matanya yang pejam celik, setiap kali mahaguru merenung ke arahnya. Ada keresahan dan kecemasan yang bermain di hatinya.

SBDJ siri 139

Maziah terus menanam sebuah keyakinan dalam hatinya bahawa apa yang diucapkan oleh mahaguru adalah benar dan mesti dihormati.

Mahaguru dengan wajah yang tenang meletakkan telapak tangan kirinya ke atas tulang bahu kiri perempuan itu.

Mahaguru merapatkan mukanya ke muka Maziah, hampir berlaga batang hidung. Mahaguru tarik nafas dalam-dalam, kemudian menghembuskan nafasnya ke dalam lubang hidung Maziah dan nafas itu (nafas mahaguru) segera disedut oleh Maziah.

Perkara itu diulang sebanyak tiga kali berturut-turut. Maziah hanya mengikut sahaja.

"Bagus."

Mahaguru menjauhkan mukanya dari muka Maziah dalam jarak antara tiga hingga empat kaki. Maziah hanya senyum sambil menggigit bibir dan menarik nafas.

Dari raut wajahnya seolah-olah membayangkan yang dirinya sudah memiliki kekuatan yang tidak boleh diganggu-gugat oleh sesiapa pun.

"Mulai saat ini, abadikan dalam mata hati kamu yang aku ini sentiasa di samping kamu. Jangan sekali-kali cuba melupakan muka aku dari ingatan kamu.

"Dimana-mana kamu berada, fikirkan tentang aku. Bila mahu tidur cuba berusaha supaya kamu mimpikan aku.

"Bila kamu dapat buat semuanya ini, kamu selamat dunia akhirat, kamu faham tak?

"Saya faham."

"Bagus, cubalah jadi murid yang baik."

Maziah yang sedang menjalani proses menerima tauliah hanya anggukkan kepala.

Malah, dia tidak marah bila mahaguru angkat tangan kiri dan meletakkan ke atas bahu kanannya (Maziah).

Dari situ tapak tangan mahaguru menjalar ke pangkal payu dara kanan. Berhenti disitu untuk beberapa detik.

"Huuhhh keterlaluan," orang kanan bersuara.

Perbuatan mahaguru yang terkeluar dari batas itu dapat dikesannya. Sebelum menjadi lebih buruk, orang kanan berhak menyedarkannya.

Bagaikan ada kuasa ghaib, mahaguru terus mengangkat tangannya secepat kilat dari bahu Maziah.

Tiga tapak mahaguru undur kebelakang lalu memalingkan muka ke arah orang kanannya. Mahaguru tunduk kepala seolah-olah minta maaf atas keterlanjurannya.

Gelagat mahaguru dan orang kanannya sunguh melucukan. Antara mereka tersembunyi sebuah rahsia. Mereka saling curiga-mencurigai antara satu dengan lain.

Dan mahaguru memang manusia yang tidak jujur, suka mencari kesempatan terutama terhadap anak murid perempuan.

Itulah kesimpulan yang saya buat setelah meneliti dengan terperinci watak mahaguru dan orang kanannya.

Begitu juga dengan perempuan suruhan, memang tidak boleh diharap. Sentiasa mencari peluang untuk mengenakan orang.

"Sekarang kamu duduk bersila di depan lubang. Kedua belah tapak tangan kamu mesti berada atas dua tempurung lutut.

"Pejamkan mata dan bayangkan diri aku dalam hati dan diri kamu."

Perempuan yang mahu menjalani ujian segera akur dengan arahan mahaguru. Dengan ekor mata mahaguru menjeling ke arah perempuan suruhan.

Jelingan itu segera difahami oleh perempuan suruhan. Dia segera mendekati mahaguru. Berdiri di sebelah kanan.

LARUT

Dan malam kian larut, rasa dingin menguasai sekujur tubuh. Di langit, wajah bulan mula dilindungi awan.

Suara burung hantu beransur kurang tetapi lolongan anjung liar kian rancak. Suara cengkerik tetap macam tadi, masih hebat berbunyi. Dua tiga kali saya menguap.

Bulu roma saya tegak berdiri, bila suara burung hantu bertukar menjadi seperti perempuan menjerit dan mengilai.

Keinginan yang kuat untuk menyaksikan peristiwa selanjutnya membuatkan saya jadi berani dan keras hati.

Mahaguru pun duduk bersila di depan lubang. Tangan kirinya masih berada di atas bahu Maziah yang sudah pun merapatkan kedua belah kelopak matanya serta mencantumkan telapak tangannya atas tempurung lutut kiri dan kanan.

Gelas yang berisi rambut, darah dan air limau tetap berada di tangan kanan mahaguru.

Kalau tadi gelas itu sentiasa berada di sebelah kanan, kini mula berubah tempat, berada di tengah-tengah lubang yang digali.

Jarak antara punggung gelas yang dibalut dengan kain kuning dengan permukaan lubang lebih kurang setengah kaki.

"Mulakan."

Sebaik sahaja mahaguru mengakhiri kata-kata tersebut, perempuan suruhan segera mengelilingi belakang mahaguru dan Maziah sebanyak tiga kali berturut-turut.

Langkah pertama dimulakan dengan kaki kiri dan diakhiri juga dengan kaki kiri.

Semasa perempuan suruhan mengelilingi Maziah dan mahaguru, bermacam-macam suara ganjil muncul dari kiri kanan dinding buluh.

Akhirnya saya terdengar suara harimau mengaum cukup kuat sekali. Serentak dengan itu perempuan suruhan terus duduk bersila menghadapi lubang yang digalinya.

"Sekarang hulurkan tangan kanan kamu, kembangkan jari-jarinya. Bila belakang tangan kamu bertemu dengan kain atau punggung gelas, jangan elakkan," perempuan suruhan terus mencuit bahu Maziah yang terpejam.

Maziah segera hulurkan tangan dan mahaguru segera mengenakan punggung gelas dengan belakang tangan Maziah itu. Keadaan itu berlanjutan hampir lima minit.

"Dengar sini Maziah anak Jariah, sepatutnya kamu orang terakhir atau orang ketiga menjalani ujian tetapi kamu dipilih menjadi orang pertama oleh mahaguru kerana beberapa sebab," perempuan suruhan berhenti bercakap.

Dia renung orang kanan dan muka mahaguru. Saya lihat mahaguru anggukkan kepala menyuruh dia meneruskan percakapan.

"Sekarang kau dengar ini baik-baik wahai Maziah anak Jariah. Mulai saat ini kau telah ditauliahkan untuk gelang kuning..." perempuan suruhan tidak meneruskan kata-kata.

Dia memberikan kesempatan kepada orang kanan mahaguru memasukkan gelang yang dibuat dari rotan dan dibalut dengan kain kuning ke lengan Maziah.

Gelang kuning itu ditolak hingga ke pangkal ketiak kanan. Bila lengan baju dijatuhkan gelang itu tidak akan kelihatan.

Selesai sahaja orang kanan menjalankan peranannya, perempuan suruhan menyambung kembali tugas yang terhenti.

"Dengar sini Maziah anak Jariah. Darah kamu akan ditanam bersama gelas berbalut kain kuning. Selagi gelas, rambut dan lain-lain barang yang ditanam tidak reput, selama itulah ilmu kamu tidak akan musnah.

"Sesungguhnya diri kamu jadi musnah kerana ilmu dunia. Kamu mesti berjaga-jaga dan berhati-hati dari perbuatan manusia.

"Demi kesejahteraan hidup kamu, turutilah atau patuhi syarat yang ditetapkan pada setiap malam atau Muharram, kamu mesti minum darah segar satu gelas.

"Lepas tu lumurkan muka dan lengan kamu dengan darah. Sebaik-baiknya darah manusia yang kamu bunuh sendiri, tidak kira orang dewasa atau kanak-kanak.

"Paling baik darah kanak-kanak yang berusia antara dua hingga lima tahun. Jika kamu tidak menunaikan syarat-syarat yang ditetapkan, kamu akan menderita sakit yang sukar dikesan dan payah sembuh.

"Pada mulanya kamu tidak selera makan, kamu jadi kurus kering, muka kamu nampak tua dari usia kamu sebenar.

"Kesudahannya, kamu di panah petir atau jatuh dari tempat tinggi. Itu saja yang dapat diterangkan kepada kamu," perempuan suruhan pun mengakhiri ungkapan amanat untuk Maziah.

CAKAR

Mahaguru melepaskan gelas dari tangannya, jatuh atas tangan Maziah sebelum jatuh ke mulut lubang yang ternganga.

Bila sudah dipasti yang gelas sudah berada dalam lubang, perempuan suruhan segera menimbus gelas dengan tanah sehingga rata.

Macam tadi, perempuan suruhan menggunakan tangannya untuk mencakar tanah.

"Buka mata dan bangun," kata mahaguru. Maziah pun membuka mata dan bangun. Perempuan suruhan dan orang kanan hulurkan telapak tangan pada Maziah. Mereka berjabat tangan penuh kemesraan.

"Kamu sudah tamat," mahaguru tepuk bahu Maziah dengan penuh mesra.

Mahaguru dan orang kanannya kembali duduk di tempat asal. Perempuan suruhan memerintahkan Maziah supaya duduk di sebelah kanan orang kanan mahaguru.

Satu penghormatan untuk Maziah yang baru ditauliahkan.

Setakat ini, belum ada yang lulus ujian dan menerima tauliah disuruh duduk sebaris dengan orang kanan mahaguru.

Saya lihat wajah mahaguru cukup ceria, barangkali dia sudah bertemu dengan murid atau pengikut yang dicarinya selama ini.

Mahaguru memetik ibu jarinya sambil merenung tajam ke arah perempuan suruhan.

"Teruskan."

"Baik," perempuan suruhan bersuara lembut.

Mahaguru membetulkan duduknya, biar selesa. Dengan jari telunjuk mahaguru meraba hujung misai sebelah kanan.

"Kamu."

Perempuan suruhan menuding jari telunjuknya ke arah lelaki yang ditendangnya tadi supaya mara untuk menjalani ujian. Lelaki itu disuruh melakukan seperti yang dilakukan oleh Maziah.

"Sekarang kamu mesti melangkah dengan membelakangi mahaguru."

Lelaki itu segera menganggukan kepala.

"Jalan sekarang," jerkah perempuan suruhan.

Tanpa membuang masa lelaki itu pun melangkah dan saya melihat mahaguru dengan sebilah kapak di tangan terus meluru ke arah lelaki tersebut. Belakang lelaki itu dikapak dengan sekuat hati.

Ternyata mata kapak tidak dapat melukakan kulit belakang lelaki itu. Cuma bajunya sahaja yang terkoyak.

"Kamu lulus ujian, sekarang kamu terangkan kepada aku siapa kamu yang sebenar," soal mahaguru sambil menyerahkan kapak kepada perempuan suruhan. Mahaguru kembali ke tempat duduknya.

"Nama saya Wan Deraman, berasal dari Pengkalan Kubur, Kelantan. Umur baru dua puluh lima tahun. Masih bujang, tak ada kerja tetap.

"Kadang-kadang ambil upah seludup beras dari Siam ke Kelantan. Kadang-kadang buat kerja tarik kereta, kadang-kadang ambil upah bunuh orang.

"Kerja bunuh orang saya buat di kawasan Siam terutama di Golok. Dua kali saya ditangkap polis Siam dan Malaysia, saya berjaya melarikan diri."

"Siapa ajak kamu kemari?"

Lelaki itu segera menudingkan hujung telunjuknya ke arah Maziah yang duduk bersimpuh di sisi orang kanan mahaguru.

"Tujuan kamu kemari untuk apa?" perempuan suruhan pula menyoal.

Ada rasa keresahan di wajah Wan Deraman. Mungkin dia tidak menduga sama sekali yang perempuan suruhan itu mahu mengemukakan soalan sedemikian.

"Jawab pertanyaannya, dia bertanya atas perintah aku," kata-kata dari mahaguru membunuh keraguan yang berputik dalam dada Wan Deraman.

"Menuntut ilmu untuk mencari kekayaan. Saya tak sanggup hidup susah. Orang susah selalu dipandang rendah, orang kaya selalu dihormati."

Mahaguru tersentak mendengar jawapan dari Wan Deraman. Wajah anak muda itu direnungnya sejenak.

Barangkali dia mahu membaca rahsia hati anak muda di wajah yang resah.

"Untuk kekayaan dan kemewahan, kamu sanggup minum darah dan hempedu perempuan yang mengandung tujuh bulan?" Mahaguru menyoal.

"Sanggup."

"Bagus. Aku harap bila balik ke Kelantan, kamu kembangkan ilmu ini. Caranya kamu mesti menjadikan diri kamu ulama berdakwah. Di samping itu, kamu tanamkan ajaran yang kamu dapat ini pada pengikut kamu."

"Baik mahaguru, semuanya akan saya cuba."

"Bagus, ambil tempat kamu di sana," di wajah mahaguru terukir senyuman. Dua tiga kali dia mengurut batang lehernya.

Perempuan suruhan pun menyuruh Wan Deraman duduk berhampiran dinding buluh sebelah kanan.

Wan Deraman disuruh duduk bersila, berpeluk tubuh, jangan bercakap sepatah pun. Kalau dilihat apa-apa ganjil jangan ditegur.

"Tarik peti hitam dekat Wan Deraman dan buka didepannya. Kalau dia lari kamu tikam dengan lembing ini," orang kanan keluarkan arahan kepada perempuan suruhan.

Kerana perempuan suruhan agak lambat bertindak, orang kanan naik darah.

"Cepatlah binatang."

"Baik."

Perempuan suruhan segera menuju ke peti hitam yang terletak di suatu sudut yang samar. Dengan tali belati, peti hitam ditarik ke depan Wan Deraman.

Perempuan suruhan terus mahu membuka tetapi dia dihalang oleh orang kanan mahaguru.

"Kenapa?" perempuan suruhan menoleh ke arah orang kanan.

"Kamu ambil ini."

Orang kanan segera membaling lembing ke arah perempuan suruhan. Bagaikan kilat perempuan suruhan mengelak dan menyambar lembing yang menuju ke dadanya.

Kalau dia lambat bertindak, sudah pasti mata lembing terbenam ke dadanya.

"Teruskan."

Dengan tangan kiri perempuan suruhan membuka peti hitam. Di tangan kanannya tersedia lembing yang matanya menghala ke bahagian perut Wan Deraman.

Dia sudah diberitahu dibahagian mana tubuh Wan Deraman boleh ditembusi senjata. Selain dari bahagian tersebut tubuh Wan Deraman tidak mampan oleh sebarang senjata.

SEKELIP

Sebaik saja peti hitam dibuka, seekor ular sawa sebesar pokok pinang bergerak keluar secara perlahan-lahan menuju ke arah Wan Deraman yang duduk bersila.

Lidah ular yang bercabang dan panjang itu menjilat-jilat seluruh tubuh Wan Deraman.

Kepalanya menyondol-nyondol celah kangkang Wan Deraman menyebabkan tubuh Wan Deraman terangkat sedikit.

Dalam sekelip mata sahaja tubuh Wan Deraman terus di lingkaran ular sawa tersebut kecuali bahagian leher dan kepala.

Peliknya, sebahagian dari badan ular masih berada dalam peti hitam. Kerana itu saya tidak dapat mengagak berapa panjang badan ular itu.

Kepala ular dan kepala Wan Deraman berdekatan, sekali pandang kelihatan seperti kepala ular berkembarkan kepala manusia.

Lidah ular terus menjilat hidung dan mengucup bibir Wan Deraman yang kelihatan kaku dan pucat.

"Biarkan dia di situ, teruskan upacara ini,"

Mahaguru bersuara lantang.

Perempuan suruhan meninggalkan Wan Deraman yang tubuhnya tenggelam dalam belitan ular sawa. Perempuan suruhan mendekati orang terakhir untuk menjalani ujian.

"Kamu pula."

Orang yang dimaksudkan oleh perempuan suruhan melompat ke depan. Dia berdiri kaku dan tundukkan kepala beri hormat kepada mahaguru yang sedang meneliti susuk tubuh lelaki yang berkulit hitam, rambut kering.

Di samping bentuk tubuh yang besar dan tinggi, lelaki itu memiliki raut muka yang keras. Misai lebat yang tumbuh liar menambahkan wajahnya kelihatan garang semacam.

Kedua belah keningnya bebulu lebat. Terdapat parut melintang di pipi kiri yang bermula dari hujung dagu membawa ke pelipis.

Mahaguru terus menatap tubuh lelaki itu dari bawah ke atas. Dan dari atas ke bawah.

Perkara itu dilakukannya berulang kali, macam ada sesuatu yang dicarinya disebalik tubuh lelaki yang tegap dan sasa itu.

Rupa-rupanya orang kanan mahaguru juga turut kagum dengan bentuk tubuh lelaki itu. Dia bagaikan tidak sabar untuk melihat lelaki itu menjalani ujian.

"Siapa kamu?" Mahaguru ajukan soalan sambil memperkemaskan silanya. Orang kanannya tersenyum.

Dari bawah pehanya orang kanan mengeluarkan ekor pari yang hujungnya disalut dengan serbuk kaca yang sudah ditumbuk halus.

Dia seperti bersedia mahu menyebat tubuh lelaki itu hingga pecah berdarah. Kemudian dia mahu lelaki itu mengeluh dan mendengus kesakitan.

Semakin lama tubuh itu direnung, semakin resah dia ditempat duduk. Ada perasaan lain yang bertandang dalam kolam hatinya.

Rasa geramnya bertukar menjadi ghairah dan berahi. Dia menggigit bibir dan menahan air liur.

Mukanya menjadi merah padam dan sinar matanya membayangkan rasa ghairah yang bergelora dalam sanubarinya.

Lelaki berbadan besar berkulit hitam secara tidak langsung terangsang oleh tindak tanduk orang kanan mahaguru.

Dalam diam-diam lelaki itu menyorot gerak-geri orang kanan mahaguru dengan ekor mata kirinya. Lelaki itu terlupa untuk menjawap pertanyaan yang diajukan oleh mahaguru kepdanya.

"Siapa kamu, kenapa tak jawab pertanyaan aku tadi?" Mahaguru segera melenting sambil menggenggamkan penumbuk.

Pada saat itu juga orang kanannya melompat lalu meyebat tubuh lelaki itu dengan ekor pari. Lelaki itu mengerang kesakitan.

Orang kanan mahaguru terkhayal dan merasai kepuasan yang tiada taranya akibat mendengar suara lelaki itu merintih.

Bila dia mahu menyebat tubuh lelaki itu untuk kali kedua, mahaguru segera bangun dan merampas ekor pari dari tangan orang kanannya.

"Maafkan orang kanan aku," lelaki itu anggukkan kepala.

Dari bajunya yang rabak, dapat dilihat kesan ekor pari yang membirat biru di tubuhnya.

"Sekarang terangkan siapa kamu yang sebenar," mahaguru mengemukan pertanyaan.

Nada suaranya lembut dan ada unsur kesal.

Orang kanan kembali duduk di tempatnya. Dia tidak mahu merenung muka lelaki itu. Mungkin dia merasa malu kerana tidak dapat mengawal perasaannya.

"Nama saya Osman Garing, anak jati Kampung Sungai Tukang Sidin dekat Teluk Anson (Teluk Intan).

"Waktu umur enam tahun dibawa oleh orang tua ke Kampung Balun Bidai, dekat Kampung Gajah. Emak saya nama Lijah Langsat. Bapa saya namanya Ali Duku," lelaki berkulit hitam berbadan tegap membuka rahsia dirinya.

"Sudah menikah?"

"Sudah. Saya pernah menikah sebanyak 35 kali."

"Ertinya, kamu ada 35 orang bini," mahaguru tercengang.

"Iya, semuanya saya ceraikan. Ada yang cerai hidup, ada yang cerai mati."

"Ah!!" mulut mahaguru terlopong.

Rasa kagumnya terhadap Osman garing terbayang di wajahnya. Dua tiga kali mahaguru picit hujung dagunya.

KOSONG

"Kamu memang hebat, Osman," puji mahaguru.

"Ceritalah lagi, aku memang senang dengan kehebatan kamu," sambung mahaguru sambil menggigit bibir.

Keningnya dikedutkan dan matanya merenung kosong ke depan, macam ada sesuatu yang bermain dalam kepalanya.

"Saya pernah tidur sebilik dengan empat orang isteri saya. Malah dalam satu masa saya pernah akad dengan dua wanita sekali gus. Saya boleh melayani empat bini semalam," ujar Osman Garing. Mahaguru gelengkan kepala.

"Biasanya saya membuat peraturan, bila saya mempunyai empat isteri dalam satu masa, dua isteri saya terdiri dari janda, manakala dua lagi anak dara. Selalunya saya simpan tak lama. Lima enam bulan saya ceraikan."

"Lepas itu kawin lagi?"

"Iya, saya kawin lagi."

"Pelik."

"Tak pelik mahaguru, caranya mudah saja."

"Mudah macam mana, cuba kamu ceritakan?"

"Begini. Pukul sebelas pagi saya dengan A di kampungnya. Pukul dua petang saya kahwin dengan B di tempatnya. Pukul lima petang nikah dengan C dirumah orang tuanya dan pada sebelah malamnya saya nikah pula dengan si D.

"Semua ke empat-empat isteri itu saya bawa pulang ke rumah setelah seminggu bernikah."

"Terus bermalam dengan mereka," mahaguru terus ketawa semahu-mahunya, hingga matanya berair. Orang kanan dan perempuan suruhan hanya pasang telinga saja.

"Saya tak bohong mahaguru, setiap malam saya bersama mereka," beritahu Osman Garing, setelah ketawa mahaguru berakhir.

"Kamu memang hebat tetapi, pada hemat aku, kamu ni bukan kosong. Kalau nak harapkan paras rupa, tak ada betina yang tertarik," dengan senyum mahaguru membuat andaian.

"Benar mahaguru."

"Apa ilmu yang kamu pakai?"

"Penyeri sendi paku buana."

"Hum..." suara mahaguru terkulum.

Dengan tenang mahaguru menarik nafas. Fikirannya berputar dengan kata-kata yang diucapkan oleh Osman Garing.

Ilmu Penyeri Sendi Paku Buana, bukanlah perkara asing bagi mahaguru.

Ilmu itu sering diamalkan oleh pahlawan-pahlawan di kepulauan Melayu yang berhasrat mahu menikah dengan puteri-puteri raja atau anak dara orang kenamaan.

Biasanya, pahlawan yang berjaya menawan puteri raja akan membawa puteri lari ke tempat lain.

Dalam waktu tertentu dia akan datang semula ke istana lalu merampas kuasa. Puteri yang dikahwininya dijadikan ketua pemerintah.

Ilmu ini berasal dari benua kecil India dibawa datang ke Nusantara oleh pengembang-pengembang agama Hindu.

Ilmu ini bertapak kuat di Bali dan Taroja dan dari situ berkembang ke Jawa, Sumatera dan Tanah Melayu.

Bagi menyatukan ilmu ini dengan pengamalnya, setiap hari, terutama waktu matahari naik, pengamalnya harus duduk bertafakur di atas batu besar di tepi muara sambil menghadapkan wajah ke arah matahari naik.

Bila cahaya matahari memanah muka hingga terpancar peluh, barulah muka dibasuh dengan air tujuh jenis bunga yang sudah diperam semalaman dalam batil.

Selain dari itu, pengamal ilmu ini terpaksa melakukan pemujaan dalam bilik kecil yang tidak diketahui oleh sesiapa pun.

Antara yang dipuja ialah teras kayu yang ditemui dalam sungai atau lombong. Teras kayu itu mestilah menyerupai tubuh manusia yang kedua belah tangannya lurus ke atas.

Bila waktu senja, teras kayu itu diusap dengan asap kemenyan sambil pengamalnya membaca mentera dalam bahasa sanskrit.

Pengamalnya harus mengusap tubuh dengan asap kemenyan. Caranya, dupa diletakkan di bawah punggung.

Bila sudah yakin yang bau kemenyan sudah sebati dengan bau tubuh barulah si pengamal itu keluar dari bilik rahasianya.

"Ilmu itu panas," kata mahaguru.

Osman Garing jolok lubang hidung kiri dengan tangan kanan. Kata-kata yang diluahkan oleh mahaguru sekali gus membunuh ingatan yang berkembang dalam tempurung kepalanya.

"Maksud mahaguru?"

"Kamu yang menuntut ilmu, tentulah kamu tahu pantang larangnya. Kamu mesti tahu tentang kelebihan dan kekurangan ilmu yang kamu pelajari. Mustahil guru kamu tak menceritakan semuanya pada kamu."

"Perkara itu, tidak pula diceritakan kepada saya."

"Eh, kamu ni. Kenapa berguru kepalang ajar."

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 162/284

BACA: SBDJ Siri 161: Baldi Berdarah
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com