Sunday, November 05, 2017

Apa Itu Bisnes AirBnb Dan Bagaimana Anda Mampu Menjana Pendapatan Dengannya?

Loading...

Industri rumah tumpangan dan homestay bukanlah benda yang baru. Sudah ramai orang di luar sana yang buat duit dengan konsep homestay tapi janganlah sebab tengok orang lain buat, korang pun melulu jugak nak buat bisnes homestay.

Apa Itu AirBnb Dan Bagaimana Anda Mampu Menjana Pendapatan Dengannya?

Ilmu kena ada dulu, kalau tak melebur je duit korang yang korang letak tu. Macam mana nak pilih lokasi yang sesuai untuk homestay?

Cara terbaik untuk tahu lokasi mana yang sesuai untuk homestay adalah tengok kat mana orang selalu buat lubuk homestay ni.

Korang boleh gunakan platform carian untuk tengok demand dekat sesuatu lokasi tu.

Ini dia list carian yang korang boleh guna untuk tengok demand dan jugak persaingan yang ada dekat dengan rumah korang.

AirBnB

AirBnB sekarang adalah di antara laman paling popular untuk orang cari rumah tumpangan.

Risau rumah rabak lepas sewakan?

Sebab AirBnB ada konsep check and balance, bermakna AirBnB memberi peluang untuk dua-dua pihak; hos dan penyewa untuk reviu pengalaman diorang.

Kalau penyewa buat taik, rosakkan rumah gila-gila maka korang boleh tinggalkan reviu yang sepatutnya untuk diorang.

Sama la juga dengan hos (korang la) kalau sediakan rumah dalam keadaan daif dan kotor akan dapat jugak reviu yang sepadan.

Dan jangan bimbang kalau takut rumah korang rosak teruk disebabkan penyewa. Sebab apa?

Pihak AirBnB ada sediakan ganti rugi yang korang boleh claim sampai RM4,447,000.

Berbalik kepada pemilihan lokasi tadi, korang taip la lokasi rumah korang dan tengok berapa orang sewakan unit yang sama dekat kawasan tu.

Dari situ jugak korang boleh kira berapa jumlah kasar dalam masa sebulan yang korang boleh dapat.

Cara anggarkan pendapatan daripada AirBnB

Contoh untuk mantapkan pemahaman korang.

Katakan korang beli satu unit studio dalam saiz 500 kaki persegi dan korang partition-kan unit tu untuk ada 2 bilik.

Korang tengok harga sekitar dalam lingkungan RM200 sehari.

Andai kata anda seorang pakar dalam menyewakan rumah ala AirBnB ni dan lokasinya hot, korang akan dapat lebih daripada 80% occupancy rate.

80/100 x 30 hari x RM200=RM4800

Itulah dia jumlah kasarnya yang korang boleh dapat.

Tapi jangan lupa, ada kos-kos lain seperti kos nak cuci rumah dan sebagainya.

Dalam game homestay ni, kita kena tahu lokasi-lokasi panas dan unit yang betul.

Baru boleh dapat untung kaw-kaw.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Panduan Menjana Pendapatan Lumayan Dengan Rumah Lelong!

sumber: gilahartanah

1 comments so far

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon