Monday, February 17, 2020

Video Penampakan Cahaya Misteri UFO Di Johor Bahru!

Video Penampakan Cahaya Misteri UFO Di Johor Bahru!

Sebuah video rakaman objek tidak dikenali (UFO) yang meluncur seakan-akan bebola api yang sangat besar dipercayai di langit Johor Bahru, berjaya dirakam menerusi dashboard cam sebuah kenderaan dilihat melintasi langit negeri itu.

Cahaya misteri Johor Bahru

Objek UFO berbentuk bebola api tersebut dilihat bergerak laju sebelum meletup dan hilang sekelip mata.

Video berdurasi selama 13 saat dirakam pada jam 5 pagi pada Rabu (12/2/2020), kemudian dimuat naik di Facebook All Singapura Stuff sebelum tular di laman sosial.

Ada netizen mendakwa mereka juga melihat objek misteri yang mengeluarkan cahaya itu kira-kira jam 5 pagi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:


-Sentiasapanas.com

Sunday, February 16, 2020

Bahaya Plastik Mikro Dalam Uncang Teh Yang Anda Wajib Tahu!

Bahaya Plastik Mikro Dalam Uncang Teh Yang Anda Wajib Tahu!

Para penyelidik dari Universiti McGill di Kanada telah mendapati apabila uncang teh dimasukkan dalam cawan yang mengandungi air panas iaitu pada 95 darjah Celcius, uncang tersebut mengeluarkan 11.6 bilion zarah plastik mikro dan 3.1 bilion zarah plastik nano ke dalam cawan tersebut.

Bahaya Plastik Uncang Teh

Kita tidak dapat melihat ia dengan mata kasar tetapi zarah ini boleh dianalisis menggunakan Fourier Transform Infared spectroscopy (FTIR) dan X-ray Photoelectron microscopy (XPS).

Nilai ini adalah tinggi berbanding zarah plastik mikro yang masuk ke badan manusia dalam jangka masa setahun.

Menurut suatu kajian yang diterbitkan pada tahun 2019, individu yang normal menelan sekurang-kurangkan 50,000 zarah plastik mikro pada setiap tahun dan menyedut udara dengan jumlah kuantiti yang sama.

Menurut World Wide Fund for Nature, pada tahun 2020, dianggarkan individu normal akan menelan sebanyak 5 gram plastik setiap minggu.

Para penyelidik telah menguji empat jenis uncang teh komersial dari beberapa jenama terkenal di Montreal, Kanada.

Plastik tersebut telah dibuka dan dibasuh kemudian diletakkan dalam air panas selama 5 minit sebelum dianalisis menggunakan mikroskop elekron dan analisis spektroskopi.

Menurut kajian ini, ia terbukti bahawa uncang teh tersebut telah mengeluarkan lebih 11.6 bilion zarah mikro yang mempunyai jisim yang lebih berat berbanding makanan lain.

Mereka telah melakukan beberapa ujikaji pada beberapa sampel tambahan dan mendedahkan bahawa bahan tersebut sah diperbuat daripada PET iaitu sejenis polyster dan nylon berdasarkan struktur yang dilihat pada mikroskop.

Katanya lagi, plastik tersebut datang daripada uncang teh berkenaan dan bukannya dari teh, dan kajian ini telah diterbitkan oleh jurnal Enviromental Science & Technology.

TIDAK TAHU

Apabila pihak penyelidik menghubungi syarikat teh untuk bertanyakan tentang bahan pembuatan uncang teh, mereka mengatakan kebanyakan masyarakat tidak kisah dengan penggunaan plastik dalam pembuatan uncang teh namun dakwaan itu disangkal oleh mereka kerana hakikatnya masyarakat sebenarnya ambil peduli cuma mereka tidak tahu.

Banyak syarikat teh telah memberikan maklumat yang mengelirukan tentang bahan pembuatan uncang teh dengan mengatakan ia diperbuat daripada bahan semula jadi seperti diperbuat daripada kapas namun hakikatnya mereka menggunakan nylon.

Akhirnya, masyarat yang tidak tahu tentang perkara itu meletakkan kepercayaan mereka dengan membeli teh yang mengandungi plastik.

Cara Minum Teh Yang Selamat

Oleh itu, kaedah terbaik untuk memastikan teh yang diminum bebas dari plastik berbahaya atau bahan kimia seperti polypropylene, bancuh teh dengan kaedah tradisional menggunakan penapis.

Kaedah ini memerlukan masa untuk membuang hampas namun lebih berbaloi.

Kebanyakan uncang teh yang berada di pasaran diperbuat daripada gentian semulajadi.

Walaupun kebanyakan jenama menggunakan gentian semulajadi namun ia mengandungi plastik untuk menutup uncang berkenaan.

Ada beberapa jenama uncang teh telah bertukar daripada kantung kertas kepada uncang plastik dan plastik inilah yang dikaji oleh penyelidik di makmal.

Plastik mikro adalah sangat kecil dimana penyelidik mendefinisikan diantara 100 nanometer (nm) ke 5 milimeter (mm) yang banyak telah di kitar semula dari penguraian plastik yang terbuang.

Para penyelidik telah menemui plastik mikro di udara, tanah, sungai dan laut di kebanyakan negara di seluruh dunia termasuklah dalam botol air yang diminum dan makanan laut.

Terbaharu, mereka turut menemui plastik mikro dalam najis manusia buat pertama kalinya pada bulan Oktober 2019 yang lalu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: majalahsains

Friday, February 14, 2020

Firaun Ramses ll: Pemimpin Teragung Mesir Purba

Firaun Ramses ll: Pemimpin Teragung Mesir Purba

Dalam sejarah tamadun Mesir Purba, ada beberapa kisah firaun terkenal yang kita kenali, tetapi ada satu firaun yang bukan saja melakar kegemilangan tamadun itu tetapi dikatakan ada kaitan dengan kisah Nabi Musa a.s dan Bani Israel. Firaun yang dimaksudkan ialah Ramses II.

Mumia Firaun Ramses II
Mumia Firaun Ramses II.

Ramses II merupakan putera Seti I dan Permaisuri Tuya, yang sejak dari kecil, sentiasa dibawa mengikuti ekspedisi ketenteraan ayahandanya di Libya dan Palestin pada usia 14 tahun.

Setelah mencecah usia 22 tahun, giliran Ramses II pula menjadi panglima tentera ditemani dua puteranya, Khaemweset dan Amunhirwenemef selain dinamakan sebagai pemerintah bersama dengan Seti I.

Ketika itu, Mesir mempunyai hubungan tegang dengan kerajaan Hittite dan semakin lama dahagakan kuasa untuk mendominasi rantau berkenaan.

Bukanlah satu kejutan mengapa Seti I dan Ramses II menyimpan dendam terhadap kerjaan Hittite.

Semasa pemerintahan Raja Suppiluliuma (1344-1322 Sebelum Masihi (BC)), kebanyakan pusat dagangan penting Mesir di Syria dan Canaan (Kanaan) jatuh ke tangan kerajaan berkenaan.

Seti I berjaya merampas semula Kadesh dari penguasaan kerajaan Hittite tetapi ia tidak bertahan lama selepas ditawan semula oleh Raja Muwatalli II (1295-1272 BC).

Selepas kemangkatan Seti I dan Ramses II menaiki takhta sebagai firaun yang baharu, salah satu agendanya ialah menundukkan kekuasaan Hittite.

Pada tahun kedua pemerintahannya, Ramses II menewaskan satu kelompok yang dipanggil Orang Laut di luar perairan Delta Nil.

Berdasarkan riwayat, kelompok ini dipanggil Sherdan dan mempunyai hubungan pakatan dengan kerajaan Hittite.

Bagi mengumpan mereka, Ramses II meletakkan satu kontinjen tentera laut di muara Sungai Nil untuk mengumpan kapal mereka keluar.

Sedang kapal-kapal perang Sherdan sibuk berperang dengan kapal perang Mesir Purba, tiba-tiba mereka diserang dari segenap penjuru.

Serangan mengejut Ramses II menyebabkan banyak kapal mereka tenggelam dan mana-mana orang Sherdan yang terselamat diserap masuk ke dalam angkatan tentera firaun.

Ada juga yang diserap menjadi sebahagian daripada angkatan pengawal diraja Ramses II.

Per-Ramses

Walaupun sibuk mengatur strategi memerangi kerajaan Hittite, Ramses II tidak melupakan soal dalaman kerajaannya.

Pada satu ketika sebelum 1275 SM, Ramses II memulakan pembinaan ibu kotanya Per-Ramses (Rumah Ramses/House of Ramses) di timur Delta Nil berhampiran bandar lama Avaris.

Per-Ramses bukan saja berperanan sebagai ibu kota pentadbiran semasa era pemerintahannya, tetapi juga berperanan sebagai istana persinggahan dan tapak pelancaran operasi ketenteraan di wilayah-wilayah yang berjiran dengan Mesir.

Bandar tersebut dibina dengan begitu indah sehinggakan ia dikatakan dapat menyaingi kecantikan ibu kota purba Thebes.

Tetapi, ada sesetengah sejarawan berpandangan pembinaan Per-Ramses sebenarnya dimulakan pada era Seti I kerana ia sudah digunakan sebagai tapak operasi ketenteraan Ramses II pada tahun 1275 SM.

Dan seperti dijanjikan Ramses II, Mesir menyerang Kanaan yang berperanan sebagai ibu kota utama kerajaan Hittite.

Dalam serangan tersebut, Ramses II dan angkatannya berjaya meraih sejumlah besar rampasan perang dan ramai anggota kerabat diraja Kanaan serta Hittite dijadikan tawanan perang.

Tetapi Ramses II tidak mahu berhenti di situ saja, kerana selagi Kadesh belum lagi di bawah kawalan, kejayaannya dianggap belum sempurna.

Pada akhir tahun 1275 SM, Ramses II mempersiapkan tenteranya untuk mara ke Kadesh sambil menanti peluang sesuai untuk menyerang wilayah tersebut.

Ramses II tidak mahu bersikap terburu-buru kerana sedar jika salah percaturan, angkatannya boleh tewas dengan kekuatan tentera Hittite.

Setahun selepas itu, melihat semua perkara menyebelahinya, Ramses II mengetuai 20,000 tentera dari Per-Ramses, yang dibahagikan kepada empat divisyen sempena nama dewa-dewi Mesir Purba: Amun, Ra, Ptah dan Set.

Ramses II sendiri mengetuai Divisyen Amun dengan tentera-tentera lain mengikut dari belakang.

Perang Kadesh

Lembah Ratu-Ratu
Lembah Ratu-Ratu.

Mereka bergerak selama dua bulan sebelum akhirnya tiba di satu kawasan di mana Ramses II merasa yakin untuk menyusun formasi pertempuran menyerang Kadesh dan menunggu ketibaan tiga divisyen lain.

Sementara itu, dua perisik Hittite yang dihantar mengintip kekuatan angkatan tentera Ramses II, berjaya ditahan dan diseksa untuk mendapatkan maklumat.

Selepas diseksa selama berhari-hari, mereka mendedahkan tiada tentera Hittite yang berkubu di Kadesh.

Ramses II memutuskan untuk terus berkhemah dan menanti ketibaan tiga divisyen lain.

Tatkala mereka sibuk memasang khemah, saat itu juga digunakan tentera Hittite untuk menyerang ketumbukan tentera Ramses II. Ternyatalah dua perisik Hittite dalam tawanan mereka itu hanyalah umpan semata-mata.

Akibat serangan mengejut itu, ramai tentera Ramses II terbunuh dengan kekuatan tentera berkuda mereka hampir musnah diserang tentera infantri Hittite. Mana-mana tentera yang terselamat berusaha mencari perlindungan di khemah mereka.

Sedar berhadapan situasi genting, Ramses II berdoa kepada Dewa Amun dan kembali ke medan perang.

Sejarawan menceritakan, kehadiran baginda memberi sedikit kelegaan dan ketenangan dalam kalangan anggota divisyennya.

Dan perlahan-lahan Ramses II menyerang tentera musuh seperti mana perihal panglima tentera China Li Guang membunuh pihak musuh tatkala cuba menyertai pasukan di sebelah selatan.

Dengan bantuan saki-baki anggota tentera dan beberapa pegawai, Ramses II menaiki kereta kuda tunggangannya dan menyerang pihak musuh dari sebelah timur bagi memberi peluang mana-mana tentera yang terperangkap melarikan diri.

Dengan situasi perang mula menyebelahi Ramses II, peluangnya bertambah cerah apabila Divisyen Ptah tiba di medan perang.

Ramses II memerintahkan mereka segera mengikutinya untuk menyerang secara bertubi-tubi, memaksa tentera Hittite berundur hingga ke Sungai Orontes di mana ramai yang dibunuh atau lemas dalam cubaan menyeberanginya.

Tetapi, kegopohan Ramses II hampir memakan diri kerana itu juga menyebabkan tenteranya terperangkap antara sungai dengan orang Hittite.

Jika tidak kerana Muwatalli II enggan menggerakkan saki-baki tentera yang dimilikinya memerangi tentera Ramses II, pasti baginda juga akan menjadi mangsa tentera Hittite.

Tetapi, perkara tersebut tidak berlaku dan ini memberi peluang kepada Ramses II dan tenteranya memaksa orang Hittite berundur dari medan perang.

Perang Kadesh dianggap satu kejayaan besar bagi Mesir Purba kerana berjaya menewaskan musuh ketat empayar di medan perang. Tetapi, perang tersebut juga hampir menyebabkan kematian Ramses II di tangan musuh.

Ramses II menganggap antara sebab dia terselamat adalah kerana keberanian dan ketenangannya semasa di medan perang serta restu dewa-dewi yang membolehkannya menewaskan tentera Hittite.

Sementara bagi Muwatalli II pula, walaupun tewas di medan perang, dia juga dianggap pemenang kerana tidak kehilangan kota Kadesh.

Selepas perang Kadesh, Ramses II memeterai perjanjian damai pertama di dunia dengan pengganti Muwatalli II, Hattusili III (mangkat pada 1237 SM).

Selepas perang berakhir, Ramses II mendedikasikan hidupnya menambahbaik infrastruktur Mesir, mengukuhkan sempadan dan meluluskan pelbagai projek yang memperingati kejayaannya pada tahun 1274 SM dan pelbagai pencapaian lain.

Permaisuri Nefertari

Permaisuri Nefertari

Jika pernah berkunjung ke Mesir, pasti anda akan melihat kebanyakan monumen Mesir Purba dibina semasa era Ramses II.

Antara binaan yang dibina pada era firaun Ramses II ialah Kompleks Makam Ramesseum di Thebes, Kuil Abu Simbel dan Patung Ramses II di Memphis.

Ramai sejarawan dan pakar seni menyifatkan era baginda sebagai kemuncak kebudayaan dan kesenian Mesir Purba.

Salah satu contoh dalam aspek ini ialah Makam Permaisuri Nefertari di Lembah Ratu-Ratu. Kebanyakan gambaran Nefertari muncul di dinding-dinding kuil atau dalam bentuk patung.

Tetapi tidak ramai tahu Nefertari mangkat pada tahun-tahun awal perkahwinan mereka (berkemungkinan mati semasa melahirkan anak).

Walaupun makam Nefertari dirompak oleh penjarah makam, kesan-kesan kesenian dan kebudayaan pada makam masih terpelihara dengan baik.

Selepas kemangkatan Nefertari, kedudukannya digantikan oleh isteri kedua Ramses II, Isetnefret dan seterusnya menjadi milik anak-anak perempuan selepas kemangkatannya.

Cinta Ramses II terhadap permaisurinya itu terus kekal bertahan walaupun selepas berkahwin dengan wanita lain dan mempunyai cahaya mata yang ramai.

Jika tidak, mengapa baginda tetap mahukan imej Nefertari pada dinding kuil atau dalam bentuk patung.

Malah, Ramses II juga melayan putera-puteri baginda dengan adil dan baik walaupun mempunyai bonda berbeza-beza.

Ramses II dan Nabi Musa a.s.

Berkenaan kaitan Ramses II dan Nabi Musa a.s., ia sebenarnya sudah mencetuskan perdebatan bukan saja dikalangan ahli teologi tetapi juga dikalangan sejarawan dan pengkaji Mesir Purba.

Nama Ramses II amat popular dikaitkan dengan kisah Nabi Musa a.s. dalam Al-Quran atau dalam Book of Exodus.

Kaitan Ramses II dengan kisah ini dimulakan menerusi filem The Tenth Commandments pada tahun 1956 dan diteruskan sejak itu sehinggalah filem arahan Sir Ridley Scott, Exodus: Gods and Kings (2014).

Filem tersebut menampilkan Joel Edgerton yang memegang peranan sebagai Ramses II. Tetapi, ini yang menjadi perdebatan para cendekiawan: dakwaan ini tidak disokong oleh fakta sejarah.

Memang benar nama Per-Ramses ada disebut dalam Book of Exodus atau lebih ayat 1:11 dan 12:37 dan Book of Numbers (ayat 33:3 dan 33:5), tetapi ia sebenarnya sebahagian daripada kota-kota yang dikatakan dibina Bani Israel dan tempat mereka keluar dari Mesir.

Tiada bukti menunjukkan penghijrahan beramai-ramai itu berlaku di kota-kota yang dinyatakan dan tiada bukti yang menunjukkan Per-Ramses dibina dari tangan-tangan hamba Bani Israel.

Ini berdasarkan pelbagai penemuan dari pelbagai tapak arkeologi di Mesir terutama di Giza menunjukkan kebanyakan projek monumen sudah disiapkan semasa era Ramses II.

Dan kebanyakan projek ini turut menggunakan buruh mahir dan tidak mahir sama ada dibayar gaji atau menawarkan diri sebagai sebahagian daripada tugas sivil mereka.

Adat orang Mesir menawarkan diri bekerja untuk projek-projek raja mereka banyak direkodkan dalam sejarah.

Sehinggakan di alam akhirat, roh-roh akan dipanggil bekerja oleh Osiris, Dewa Kematian untuk projek-projek pembinaan yang dimahukannya.

Amalan meletak patung-patung shabti di makam-makam dan kubur-kubur orang yang telah tiada, memenuhi tujuan ini: patung-patung mengambil tempat orang yang mati semasa bekerja di projek-projek monumen.

Selain itu, Ramses II juga terkenal kerana suka merekodkan sejarah pencapaiannya dan akan mengubahsuai sejarah sekiranya ia tidak bertepatan dengan naratif yang dikehendakinya.

Mustahil bagi seorang firaun berlaku cuai dalam merekodkan sejarah sama ada mengikut naratifnya atau tidak berkenaan wabak yang melanda Mesir atau penghijrahan beramai-ramai Bani Israel keluar dari Mesir.

Selain dari keterangan Ramses II, orang Mesir Purba juga dikatakan menyimpan rekod bertulis yang panjang dan rekod mereka langsung tidak menunjukkan populasi besar golongan hamba Bani Israel atau penghijrahan keluar mereka dari Mesir.

Teori

Antara teori berkenaan siapa Firaun yang dimaksudkan dalam Al-Quran adalah, lambakan batu-batu bersurat yang mendakwa Ramses II sebagai Tuhan dan penemuan garam dalam mumianya oleh pasukan saintis yang diketuai Dr Maurice Bucaille.

Sementara itu, ada yang berpendapat beberapa Firaun muncul semasa hayat Nabi Musa a.s.

Kemungkinan firaun yang mengejar baginda dan Bani Israel hingga ke Laut Merah ialah Thutmose III.

Sementara Firaun yang hidup ketika baginda berhijrah dari Mesir ke Madyan ialah ayahanda Thutmose III, Thutmose II dengan Hatshepsut (berkemungkinan Asiah), yang bertanggungjawab menjadikan baginda sebagai anak angkat dan dipelihara di istana.

Sementara Firaun yang bertanggungjawab mengeluarkan perintah bunuh anak-anak Bani Israel (selepas mendapat mimpi dan kelahiran Nabi Musa a.s) ialah Amenhotep I atau Thutmose I, jika proses penghijrahan berlaku ketika baginda sudah menjangkau usia tua.

Mumia Dan Pasport

Firaun Ramses II

Mumia Ramses II ditemui para pengkaji Mesir Purba pada tahun 1881 dalam makam seorang pendeta bernama Pinedjem II yang hidup 400 tahun selepas pemerintahannya.

Mumia tersebut dipindahkan dari lokasi asal makam di Lembah Raja-Raja ke makam berkenaan selepas makam asal dirompak oleh penjarah kubur.

Tidak mahu insiden berkenaan berulang, pendeta-pendeta memutuskan untuk memindahkan mumia Ramses II ke situ untuk mengelak ia dicuri atau dirosakkan.

Semasa ditemui, mumia Ramses II masih lagi dalam keadaan baik dan ini memudahkan para pengkaji mengenalpasti mumia berdasarkan ciri muka pada patungnya.

Selepas itu, ia dipindahkan ke Muzium Mesir di Kaherah untuk tujuan kajian dan pameran.

Tetapi selepas beberapa lama, akibat beberapa faktor termasuk kelembapan, keadaan mumia Ramses II mula merosot.

Pada tahun 1970-an, mumia tersebut mula diserang bakteria dan menanti masa untuk reput. Ini mendorong pihak berkuasa Mesir berusaha mendapatkan pakar-pakar terkemuka untuk memulihara mumia berkenaan.

Dan hanya satu tempat sahaja yang mampu melakukannya: Perancis.

Tetapi, sebelum ia boleh dibawa ke Perancis, mumia Ramses II tersebut perlu mempunyai dokumen pengenalan diri.

Ini berdasarkan undang-undang Perancis yang menetapkan semua individu tanpa mengira hidup atau mati perlu mempunyai dokumen pengenalan diri untuk memasuki Perancis.

Ini memaksa Kaherah mengeluarkan satu pasport khas di bawah nama Ramses II dengan bahagian pekerjaan dinyatakan sebagai raja.

Apabila mumia tersebut tiba di Paris, ia disambut dengan adat istiadat tentera dan diberi penghormatan penuh ketenteraan.

Ini juga berdasarkan satu lagi undang-undang yang menyatakan, mana-mana raja sama ada hidup atau mati yang memasuki Perancis atas urusan rasmi layak diberi sambutan berkenaan.

Ini menjadikan Ramses II, firaun pertama yang bukan saja memegang pasport rasmi Mesir, bahkan firaun pertama mendapat penghormatan penuh tentera di Perancis.

Dan selepas dikaji dan dipulihara sebaik mungkin, mumia tersebut dikembalikan ke Muzium Mesir di Kaherah.

Dan selepas ia dipulang, mumia Ramses II diperiksa sendiri oleh Presiden Anwar Sadat dan isterinya Jehan Sadat.

Mereka mahu memastikan mumia berkenaan benar-benar dipelihara dan dipulihara seperti dijanjikan Perancis dan benar-benar berpuas hati dengan proses yang dijalankan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Virus Bacteriofaj Pembunuh Bakteria Jahat Yang Mampu Menggantikan Antibiotik Moden

Virus Bacteriofaj Pembunuh Bakteria Jahat Yang Mampu Menggantikan Antibiotik Moden

Kebarangkalian untuk anda terdedah kepada virus berbahaya seperti Ebola adalah lebih rendah daripada risiko anda untuk menerima jangkitan daripada bakteria 'biasa' yang berada di persekitaran dan mempunyai kerintangan terhadap antibiotik.

Virus Bakteriofaj

Bakteria 'biasa' yang dimaksudkan ialah spesies bakteria seperti Staphylococcus aureus yang boleh didapati hidup sebagai flora normal pada kulit anda.

Sebuah artikel dari agensi akhbar BBC melaporkan bahawa, menjelang tahun 2050 akan datang, akan lebih ramai jumlah pesakit yang akan mati akibat jangkitan bakteria yang mempunyai kerintangan terhadap antibiotik, daripada kematian pesakit akibat penyakit kanser.

Ini kerana, lebih banyak bakteria telah beradaptasi sehingga memberi kebolehan kepada bakteria-bakteria ini untuk mempunyai ketahanan atau kerintangan terhadap antibiotik.

"Superbugs to kill 'more than cancer' by 2050." -BBC

Evolusi atau adaptasi bakteria ini, telah didorong oleh penyalahgunaan antibiotik.

Sebagai contoh penyalahgunaan ialah seperti dibawah:
  • Memberi antibiotik kepada haiwan ternakan seperti khinzir supaya ia membesar dengan sihat dan tanpa penyakit.
  • Pemberian antibiotik kepada pesakit demam yang disebabkan oleh virus (cold dan flu). Anda perlu tahu bahawa antibiotik, tidak berkebolehan untuk membunuh virus!

Walau bagaimanapun, disebalik permasalahan yang timbul dan semakin menekan para saintis ini untuk menghasilkan antibiotik baharu yang lebih berkesan, alam semulajadi ciptaan Tuhan mempunyai jalan penyelesaian yang boleh dikatakan lebih 'alami'.

Dan ia adalah Bakteriofaj!

Virus sebenarnya bukanlah organisma tetapi lebih mirip kepada zarah dan tidak menunjukkan ciri hidup selain kebolehan untuk membiak dalam sistem yang hidup.

Akan tetapi, oleh kerana saiznya sangat halus (0.01 mikrometer hingga 0.5 mikrometer ) dan tidak dapat dilihat di bawah mikroskop optik, kecuali dengan mikroskop elektron, maka berasaskan saiznya, virus digolongkan sebagai mikroorganisma.

Di luar sel perumah, virus wujud sebagai hablur dan apabila terdedah kepada kelembapan, virus akan 'dihidupkan' semula

Sejenis virus

Bakteriofaj adalah sejenis virus dan apabila sebut sahaja tentang virus, umum mengetahui bahawa ia memerlukan sel hidup untuk terus membiak dan bertambah jumlah.

Virus secara umumnya tidak menjalani aktiviti metabolisme (tidak makan, tidak minum, tidak berespirasi) untuk hidup. Ia juga tidak membina sebarang protein atau subunit tubuhnya sendiri.

Virus tidak menjangkiti hos untuk sumber makanan, ia menjangkiti untuk bertambah jumlah atau menghasilkan keturunan.

Struktur Virus

Virus mempunyai bahagian 'anatomi' yang terdiri dari bahagian seperti berikut:
  • Bahan genetik DNA atau RNA, sama ada bebenang tunggal atau berganda (single strand or double strand).
  • Capsid, sejenis kot (lapisan) protein yang melindungi bahan genetik tersebut.
  • Envelop yang meliputi capsid.

Virus biasanya akan menjangkiti sel hos dengan cara memindahkan bahan genetik ke dalam sel tersebut.

Sesetengah virus seperti bakteriofaj akan menyuntik bahan genetiknya kedalam hos, manakala virus denggi membiarkan dirinya ditelan (phagocytosis) oleh sel perumah, dicerna dan melepaskan bahan genetiknya ke dalam sistem sel perumah.

Setelah berjaya memindahkan bahan genetik tersebut, kebanyakan virus akan menggunakan sistem dalam sel perumah untuk membina protein-protein yang diperlukan untuk membentuk virus baru.

Ia juga menggunakan enzim dan mekanisma sel perumah untuk mereplikasi bahan genetiknya untuk dipindahkan kepada virus-virus baru.

Kemudian, partikel-partikel ini akan disusun suai untuk membentuk virus-virus baru dalam sel perumah.

Selalunya dengan bantuan sistem sel perumah juga dan akhirnya, apabila virus-virus baharu telah lengkap dihasilkan, ia akan dilepaskan kembali keluar dari sel untuk menjangkiti sel perumah lain.

Virus bakteriofaj ini sudah lama dikenali potensinya sebagai pembunuh bakteria dan boleh dikatakan sangat efektif dan efisien kerana satu kumpulan bakteriofaj itu, akan menyerang atau menjangkiti satu spesies bakteria sahaja.

Apa maksudnya? Ia bermaksud, tidak seperti antibiotik yang turut membunuh bakteria baik di dalam badan, bakteriofaj ini sangat spesifik dan tidak mengganggu bakteria baik, kerana hanya akan menyerang bakteria penyebab jangkitan sahaja.

Seterusnya, bakteriofaj ini juga tidak diketahui menyerang sel manusia. Tidak seperti virus-virus lain penyebab penyakit berbahaya.

Bagaimana Bakteriofaj Membunuh Bakteria?

Mekanisme bakteriofaj bertindak apabila berdepan bakteria adalah dengan menyuntik DNA atau RNA nya ke dalam sel bakteria tersebut.

Genetik dari bakteriofaj tersebut akan bertindak cepat dengan memprogram semula sistem 'kawalan utama' sel bakteria.

Kemudian, dengan 'kawalan utama' sudahpun 'di-hijack', ia akan menghantar arahan kepada sel bakteria yang disuntik DNA itu tadi untuk menghasilkan struktur 'tubuh' bacteriofaj yang baru.

Ibarat bakteria ini seperti sebuah kilang penghasilan bakteriofaj.

Selepas itu, bakteriofaj yang baru dihasilkan ini akan mengeluarkan sejenis enzim bagi menembusi dinding sel bakteria untuk ia melepaskan diri keluar.

Justeru, memusnahkan struktur bakteria dari dalam, seperti bom jangka, sel bakteria tersebut akan musnah dan mati dengan sendiri.

Antara kelebihan bakteriofaj (virus) ini;
  • Ia terdapat secara semulajadi pada alam sekitar dalam kuantiti yang sangat banyak.
  • Ia mempunyai respon spesisifik, bermakna spesies bakteriofaj tertentu hanya akan menyerang dan memusnahkan spesies bakteria tertentu sahaja.
  • Ia tidak dapat memberi sebarang kesan, jangkitan atau masalah kesihatan kepada manusia. Tidak seperti antibiotik di mana bakteria baik juga turut dimusnahkan.

Dan seperti yang kita tahu, bakteria mempunyai kebolehan untuk beradaptasi/berevolusi dengan situasi.

Bagi situasi bakteria kemudian menghasilkan atau menunjukkan ketahanan terhadap bakteriofaj, bakteria terpaksa mengabaikan kebolehan ketahanan terhadap antibiotik biasa. Bermakna, antibiotik biasa boleh digunakan semula.

Kesimpulannya

Kini, bidang perubatan tidak lagi hanya perlu bergantung sepenuhnya kepada antibiotik moden sebagai pembunuh bakteria.

Selain itu, dengan alternatif ini, kerintangan bakteria terhadap antibiotik (antibiotic resistant bacteria) juga dapat dielakkan.

Justeru, ia dapat meningkatkan keberkesanan rawatan antibakteria di dalam bidang perubatan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Air BioMineral Beralkali Mencegah Penyakit Dan Mujarab Menyembuh Sakit

Air BioMineral Beralkali Mencegah Penyakit Dan Mujarab Menyembuh Sakit

Kehadiran penyakit dalam badan manusia adalah berpunca dari kelalaian menjaga kesihatan yang menyebabkan tubuh kekurangan mineral dan keadaan tubuh yang mempunyai tahap asid di dalam badan yang tinggi!

Khasiat BioMineral

Untuk terus kekal sihat, badan manusia memerlukan sekurang-kurangnya 60 jenis mineral untuk mengekalkan tahap kesihatan dan bebas dari penyakit berbahaya.

Kekurangan mineral adalah punca kepada semua penyakit, kerana dengan ketiadaan mineral, vitamin tidak mempunyai fungsi.

Ini kerana, walaupun kekurangan vitamin, sistem badan boleh menggunakan mineral, tetapi jika kekurangan mineral, vitamin tidak akan berfungsi menjaga kesihatan kita!

Biomineral

Biomineral adalah Pati Mineral Beralkali yang mampu menjadi penawar penyakit yang mujarab kepada kesihatan manusia.

Ia merupakan pilihan alternatif terbaik dan paling mudah untuk mencegah pelbagai penyakit dan masalah kesihatan dalam tubuh kita.

Bagaimana Di Hasilkan?

Biomineral merupakan pati mineral beralkali yang dihasilkan dari air laut dalam Australia (deep sea water) dengan pengiktirafan HALAL, GMP & HACCP.

Biomineral mengandungi 100% Mineral Semulajadi yang diekstrak daripada kedalaman Air Laut Dalam antara 250 hingga 1500 meter.

Biomineral mengandungi lebih daripada 90 nutrien mineral dan unsur surih termasuk magnesium (Mg), kalsium (Ca) dan kalium (K) yang berbentuk ionik.

Untuk mengekstrak produk ini, Biomineral melalui proses Evaporasi Solar secara semulajadi, di mana garam diasingkan dan hasilnya adalah mineral yang kaya dengan Magnesium, penuh dengan mineral utama dan surih yang sama seperti yang terdapat dalam air laut.

Biomineral bukanlah ubat, tetapi adalah penyembuh, penawar dan pencegah, yang sangat sesuai untuk banyak jenis penyakit yang berkaitan dengan keasidan badan yang tinggi dan masalah kekurangan mineral dalam tubuh.

GEJALA KEKURANGAN MINERAL (MAGNESIUM)

Adakah anda ada tanda-tanda Penyakit seperti ini:
  • Kaki selalu Kejang.
  • Susah tidur.
  • Otot sakit-sakit.
  • Tekanan Darah tinggi.
  • Bacaan gula dalam darah naik.
  • Selalu letih.
  • Sakit kepala, Migrain.

Kalau ada, itu tandanya badan anda kekurangan mineral utama iaitu Magnesium, merupakan mineral yang amat penting bagi tubuh badan.

Disebabkan itulah gejala kekurangan magnesium boleh menjadi satu masalah.

Menurut Norman Shealy, MD, Ph.D, seorang pakar bedah saraf dari Amerika mengatakan, "Umum mengetahui bahawa penyakit turut disebabkan oleh masalah kekurangan magnesium dan ia merupakan penawar yang hilang bagi banyak penyakit."

Bukan hanya magnesium bertindak untuk membantu proses regulasi kalsium, kalium dan natrium, bahkan juga ia sangat diperlukan bagi kesihatan sel serta komponen-komponen bagi hampir 300 fungsi biokimia di dalam badan.

Institut Linus Pauling menyokong RDA (Recommended Dietary Allowance) terkini untuk pengambilan magnesium iaitu (400-420 mg/hari untuk lelaki dan 310-320 mg/hari untuk wanita).

Ini berikutan cadangan Institut Linus Pauling untuk mengambil suplemen multivitamin, mineral harian untuk memastikan pengambilan sekurang-kurangnya 100 mg magnesium sehari.

Biomineral mengandungi 325.6mg Magnesium dalam setiap 2.5ml hidangan (40 titisan) dan 13,024mg dalam setiap 100ml.

Kandungan Nutrisi (Nutrition Facts) jumlah magnesium Biomineral telah diuji di dalam makmal.

Detox Terbaik

Biomineral berfungsi meneutralkan asid dan racun berbahaya dari dalam badan dan membekalkan semula mineral yang secukupnya kepada tubuh kita, serta memulihkan penyakit (jika ada) secara semulajadi.

Khasiat Biomineral

Antara manfaat dan kebaikan Biomineral untuk kesihatan kita adalah:
  • Meneutralkan asid dalam badan.
  • Makanan untuk sel-sel badan.
  • Melancarkan sistem saraf tubuh.
  • Membantu menstabilkan gula dalam darah.
  • Membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Menguatkan otot jantung.
  • Meremajakan badan kita.
  • Menyahtoksinkan sel dan usus.
  • Anti-oksidan yang berkesan.
  • Membina kuasa penyembuhan diri.
  • Meningkatkan kesihatan sel dan usus.
  • Meningkatkan metabolisma tubuh.
  • Melancarkan penghadaman.
  • Mengurangkan risiko kanser.
  • Mengawal sistem imun tubuh.
  • Meningkatkan memori dan penumpuan.
  • Berguna untuk gigitan serangga, luka dan kulit terbakar.
  • Penawar pelbagai jenis penyakit dalam tubuh badan kita.
  • Boleh diminum, dijadikan spray atau disapu atas kulit (dicampur dengan minyak urut).

Biomineral Untuk Semua Peringkat Umur

Apa yang menarik adalah, Biomineral sesuai untuk semua peringkat umur tidak kira apa juga tahap kesihatan anda.

Biomineral sesuai untuk bayi, kanak-kanak, orang muda, orang dewasa, warga emas, orang yang sakit dan mahu sembuh dari penyakit, lebih-lebih lagi orang sihat yang mahu mengekalkan tahap kesihatan mereka.

Biomineral ini juga sesuai untuk semua hidupan termasuk manusia, tumbuh-tumbuhan dan juga haiwan!

Cara Guna Biomineral Juga Sangat Mudah

1. Untuk Minum

Sukatannya adalah seperti berikut. Titiskan 15 titik Biomineral dalam botol air 1.5 liter kemudian isi air sehingga penuh.

Minum ketika bangun tidur pada waktu pagi dan ulang bancuhan tersebut seperti sukatan tadi.

Malah, tiada masalah jika anda boleh menghabiskan 2 botol dalam satu hari, kerana mineral akan berfungsi dengan baik dalam tubuh, memerlukan jumlah air yang mencukupi.

2. Untuk Spray

Biomineral juga boleh dicampur dengan air dalam botol spray kecil untuk dibuat semburan pada muka (masalah jerawat/jeragat), masalah kudis (di kaki, tangan dan badan), masalah lumpuh/strok, masalah kegatalan, masalah kayap, sakit otot/sendi dan pelbagai masalah penyakit yang lain.

Dapatkan botol spray yang kecil, titik 10-15 titik Biomineral kemudian dicampur air. Kemudian spray pada bahagian badan dan kulit yang bermasalah. Lakukan dengan kerap untuk kesan yang cepat dan mujarab.

3. Campur Dengan Minyak Urut

Untuk urutan badan dan tubuh yang bermasalah juga boleh disapu terus Biomineral ke bahagian tubuh yang sakit atau bermasalah tetapi, ianya akan sedikit kesat disebabkan kandungan mineral didalamnya.

Oleh itu disyorkan kepada anda mencampurkan Biomineral kedalam botol minyak urut jika ingin melakukan urutan tubuh untuk penyakit strok, sakit otot dan sebagainya.

Titiskan 15 titik Biomineral kedalam botol minyak urut untuk digunakan bersama minyak urut.

4. Dicampurkan Dalam Masakan

Biomineral boleh dicampur dalam masakan seharian kita atau untuk orang sakit, sebagai penambah perisa masakan yang enak!

Boleh juga dititis dalam minuman seperti kopi, teh dan nescafe atau juga minuman kegemaran anda.

5. Titis Dalam Mata

Sedikit pedih jika tidak dicairkan, namun sangat bermanfaat untuk pelbagai masalah yang berkaitan dengan mata!

Jangan Tunggu Sakit

Sayangilah tubuh kita. Hargailah nikmat kesihatan. Biomineral bukan untuk mereka yang sakit sahaja tetapi untuk ANDA yang sihat juga!

***
DAPATKAN DARI PEMBEKAL SAH DI MALAYSIA!

biomineral
***

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: lottepi

Ketahui Bahaya Stres Kepada Kesihatan Anda

Ketahui Bahaya Stres Kepada Kesihatan Anda

Stres adalah tindak balas emosi, fizikal dan mental akibat perubahan dalam sesuatu keadaan yang berlaku dalam kehidupan, merangkumi bebanan, tekanan, kebimbangan, keletihan, konflik, panik dan tidak bermaya.

Bahaya Stres

Masyarakat perlu memahami asas gejala mental, iaitu masalah kebimbangan melampau (anxiety), kemurungan (depression), ketegangan jiwa (stres), dan ia bukan dikategorikan sebagai gila.

Kajian Kesihatan Mental Kebangsaan 2017 sebelum ini membuktikan sekurang-kurangnya satu daripada 10 anak muda atau 10 peratus daripada 5.5 juta belia di negara ini pernah terfikir untuk membunuh diri.

JENIS-JENIS STRES

Secara umumnya, stres terbahagi kepada stres jangka pendek dan stres jangka panjang.

Stres Jangka Pendek

Stres jangka pendek merupakan tindak balas spontan tubuh terhadap apa-apa situasi yang mencabar, bahaya atau menakutkan.

Tahap stres biasanya bergantung kepada beberapa faktor seperti tempoh stres yang dialami dan bagaimana individu tersebut menangani stres tersebut.

Stres Jangka Panjang

Stres jangka panjang pula selalunya dialami oleh mereka yang menghidapi stres yang berpanjangan, selalunya disebabkan oleh penyakit berbahaya atau masalah yang berpanjangan.

PUNCA STRES

Punca utama stres seringkali dikaitkan dengan masalah kehidupan yang terjadi seperti masalah peribadi, masalah di tempat kerja dan banyak lagi.

Stres berbahaya kerana ia bukan sahaja boleh menjejaskan kualiti kehidupan kita, malah orang sekeliling seperti keluarga dan kawan rapat juga boleh terkena tempiasnya.

Stres jika tidak ditangani dengan betul boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit dan memberi kesan buruk terhadap tubuh badan kita.

Kita sering memandang ringan tentang stres namun tahukah anda ada penyakit yang akan dihidapi disebabkan oleh stres hingga boleh membawa maut?

Berikut adalah antara kesan-kesan stres terhadap fizikal dan mental jika kita tidak diurus dengan baik:

1. Pelupa dan Susah Fokus

Stres boleh menyebabkan kita sering lupa dan sering hilang fokus untuk memberi tumpuan terhadap perkara lain yang terjadi di sekeliling.

Masalah ini bukan sahaja memberi impak negatif terhadap kehidupan seharian, malah prestasi kerja juga boleh merosot jika kita tidak fokus untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan.

2. Insomnia

Insomnia adalah masalah sukar tidur pada waktu malam. Penghidap insomnia seringkali menghadapi masalah tidak dapat tidur pada waktu malam dan akan mengalami keletihan pada hari berikutnya.

Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada insomnia, namun salah satu punca insomnia adalah stres.

Apabila stres, otak manusia akan lebih aktif daripada biasa.

Mereka yang menghadapi stres tidak boleh berhenti untuk berfikir walaupun pada waktu di mana tubuh badan mereka sepatutnya rehat.

Dan apabila tubuh kurang mendapat rehat, maka ia akan menjadi lesu pada hari berikutnya.

3. Sakit Kepala

Sakit kepala yang berpunca daripada stres juga dikenali sebagai sakit kepala akibat pengecutan otot yang berlaku daripada tekanan emosi atau ketegangan fizikal.

Sakit kepala ini boleh berlaku sekali atau berulang-ulang dalam seminggu bergantung kepada tahap emosi mereka yang stres.

4. Penyakit Jantung

Hormon sangat berperanan penting untuk memastikan keremajaan dan kualiti kesihatan seseorang.

Hormon juga adalah bahan kimia yang dihasilkan oleh kelenjar endokrin yang memiliki kesan tertentu kepada aktiviti organ lain dalam tubuh.

Terdapat pelbagai kajian yang menunjukkan kaitan antara ketidakseimbangan hormon dan kanser payudara.

Bagaimanapun, ketidakseimbangan hormon boleh diatasi dengan menjaga pemakanan anda. Oleh itu, hidangan makanan perlu diiringi protein, karbohidrat dan lemak yang seimbang.

Antara amalan pemakanan yang boleh anda lakukan adalah makan ikan yang tinggi dengan lemak Omega-3 seperti salmon dan sardin, minum teh hijau yang tinggi anti-oksida dan gunakan lemak sihat seperti minyak kelapa dan minyak kelapa sawit semasa memasak.

5. Sistem Penghadaman Terganggu

Stres yang kronik boleh mengganggu sistem penghadaman manusia, dengan simptom seperti mual, perut berangin dan makanan sukar dihadam.

Sekiranya kita menghadapi simptom ini, pastinya kualiti kehidupan dan kesihatan terjejas.

6. Emosi Tidak Stabil

Emosi yang tidak stabil adalah salah satu kesan negatif yang terjadi disebabkan stres, dan mereka yang menderita akibat stres tidak mampu menyelesaikan masalah walaupun ia hanyalah masalah kecil.

Selain itu penderita juga akan sering rasa cemas dan mudah risau tentang perkara-perkara kecil.

Mereka yang menghadapi stres akan mudah berasa kecewa, cepat naik darah dan mudah marah.

Kesan ini bukan sahaja boleh memberi impak negatif dalam pekerjaan, malahan hubungan dengan rakan dan keluarga juga boleh terjejas disebabkan emosi yang tidak stabil.

Bagaimana untuk tahu, saya mengalami stres?

Fizikal:
  • Gementar.
  • Berpeluh.
  • Rasa seram sejuk.
  • Tangan dan kaki rasa sejuk.
  • Sakit kepala atau rasa mual/nak muntah.
  • Bernafas laju.
  • Kering mulut.
  • Kerap buang air kecil.
  • Kerap buang air besar.
  • Cirit birit.
  • Kurang selera makan.
  • Mudah dapat serangan penyakit: Asma, sakit belakang badan, masalah penghadaman, sakit kepala dan gatal-gatal.
  • Masalah hubungan kelamin contoh kurang minat melakukan hubungan seksual.
  • Sakit-sakit badan.
  • Cepat letih.

Psikologikal:
  • Kebimbangan.
  • Keliru dan kurang daya tumpuan.
  • Sukar kawalan diri.

Perubahan emosi:
  • Tekanan perasaan, kekecewaan, mewujudkan permusuhan, rasa tak berdaya, lemah semangat, kurang sabar dan cepat marah.
  • Susah nak tidur.
  • Mudah terpengaruh mengambil bahan yang terlarang seperti dadah dan arak.

Gangguan Fikiran:
  • Sukar membuat keputusan.
  • Kurang minat terhadap aktiviti harian.
  • Tidak merasa tercabar terhadap situasi yang sukar.
  • Pemikiran positif terganggu disebabkan sering berfikiran negatif: Kurang memberi perhatian, hilang keyakinan diri, hilang tumpuan, penurunan kekuatan mental dalam menghadapi perasaan bingung, takut, kecewa dan cepat marah.

Tingkah laku:
  • Bercakap dengan cepat dan kuat.
  • Menguap.
  • Suka gigit jari, mengetap bibir, kerap mengerakkan jari, letih.

Perasaan yang negatif:
  • Mudah tersinggung.
  • Terlalu bergantung kepada orang lain.
  • Suka memberi komen dan mengkritik orang lain.
  • Boleh bertindak ganas.
  • Bertindak secara tidak logik.
  • Bertindak keterlaluan.
  • Terlalu beremosi.

Kurang Kecekapan diri:
  • Mudah lupa.
  • Selalu membuat kesilapan.
  • Sering terlibat dalam kemalangan.
  • Kurang produktiviti kerja.
  • Menindakkan keupayaan diri sendiri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: aia

Maksud 'Undi Percaya' Dan 'Undi Tidak Percaya' Dalam Sistem Demokrasi Berparlimen

Maksud 'Undi Percaya' Dan 'Undi Tidak Percaya' Dalam Sistem Demokrasi Berparlimen

Dalam sistem demokrasi berparlimen, tidak pernah ada parti pembangkang yang membentangkan usul 'undi percaya' kepada kerajaan, kerana yang biasa berlaku ialah, parti pembangkang membentangkan usul 'undi tidak percaya'.

Undi Percaya PM

Undi tidak percaya ini dilakukan khususnya apabila kerajaan gagal melaksanakan kewajibannya atau memerintah dengan cara yang merugikan negara.

Dan jika parti pembangkang boleh membentangkan usul 'undi tidak percaya', bagaimana pula dengan kerajaan? Usul apakah yang boleh mereka lakukan?

Bagi kerajaan, biasanya mereka melakukan 'undi percaya' apabila menghadapi krisis ketidak yakinan rakyat terhadap dasar belanjawan atau lain-lain dasar mereka.

Tujuannya adalah untuk membuktikan dasar pemerintahan mereka mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.

Apakah kesannya jika 'undi percaya' ini gagal?

Di UK, jika kerajaan gagal mendapat undi percaya, mereka memiliki empat pilihan.
  1. Pertama, Ratu membubarkan Dewan dan mengadakan pilihan raya umum baharu. Hal ini memerlukan sokongan majoriti dua pertiga ahli Dewan.
  2. Kedua, kerajaan atau pembangkang membentangkan 'usul percaya' di bawah The Fixed-Term Parliament Act (FTPA), namun hal ini belum pernah berlaku.
  3. Ketiga, PM meletakkan jawatan.
  4. Keempat, kerajaan terus memerintah, namun ini bergantung kepada sama ada parti pembangkang membentangkan usul tidak percaya sekali lagi yang lebih eksplisit.

Di Malaysia, bolehkah parti pembangkang membentangkan usul 'undi percaya'?

Hal ini janggal kerana tidak pernah terjadi dimana-mana negara, tidak normal dan tidak pernah berlaku dalam sistem Parlimen Westminster.

Yang pernah berlaku hanyalah parti pembangkang membentangkan usul 'undi tidak percaya'.

Undi Percaya PAS

Pertanyaannya, apakah yang akan terjadi jika parti pembangkang membentangkan juga usul 'undi percaya' ini?

Jika ini berlaku, maka Peraturan 62(1) Standing Orders menetapkan Speakerlah yang mempunyai kuasa membenarkan atau menolak usul ini.

Dalam hal ini, sebelum membuat keputusannya, Speaker akan menilai tiga perkara berikut, iaitu usul itu mestilah perkara tertentu, melibatkan kepentingan ramai dan perlu disegerakan.

Bagaimana pula dengan 'undi tidak percaya'?

Usul ini tidak pelik kerana ia pernah dibentangkan sebelum ini, iaitu di DUN Sarawak pada tahun 1966, di Selangor pada tahun 1976, dan di Kelantan pada tahun 1977. Ketiga-tiga undi tidak percaya ini berakhir dengan KM dan MB meletakkan jawatan.

Maksudnya, jika usul 'undi tidak percaya' ini menang, maka kerajaan ada dua pilihan:
  • Pertama, Ketua Kerajaan dan seluruh kabinet meletakkan jawatan, bermaknanya kerajaan jatuh.
  • Kedua, DYMM Yang diPertuan Agong membubarkan Dewan supaya sebuah pilihan raya baharu boleh diadakan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sallehsaid

Memakai Celak Mata Sunnah Rasulullah SAW

Memakai Celak Mata Sunnah Rasulullah SAW

Para sahabat dahulu suka bercelak kerana mengikuti amalan Nabi Muhammad SAW kerana mereka memandang perbuatan memakai celak itu sebagai suatu sunnah yang penting dan besar. Riwayat ada mengatakan bahawa Rasulullah memakai celak 3 kali dibahagian mata kanan serta kiri dan mengamalkannya sebelum tidur.

Celak Mata Sunnah Nabi

Maksud di sini, pemakaian celak adalah tiga kali bergilir-gilir, dimulai dengan mata sebelah kanan, kiri dan dilakukan secara berulang kali selama tiga kali.

Setiap orang Islam baik lelaki ataupun wanita disunatkan untuk memakai celak.

Celak yang digunakan adalah jenis Itsmid iaitu sejenis serbuk yang disimpan dalam bahan logam seperti besi, iaitu bekas yang mengandungi serbuk atau minyak celak dan ada batang besi yang digunakan untuk mencelup dan menyapu celak ke mata.

Itsmid ini dapat menguatkan mata, mengencangkan urat saraf, dan menjaga kesihatannya. Ia juga dapat menghilangkan bisuk (ketuat) yang tumbuh di mata, menyembuhkannya, membersihkan kotoran-kotorannya dan mengeluarkan bisa di dalam bisul itu.

Itsmid juga boleh menghilangkan sakit kepala jika dicampur dengan madu cair dan digunakan untuk bercelak.

Itsmid adalah celak mata terbaik, terutama bagi orang-orang tua dan orang-orang yang penglihatannya lemah.

Jika celak yang digunakan bukan dari Itsmid, ia tetap boleh dipakai selagi mana namanya celak untuk kita memperolehi pahala sunnah.

Tetapi, fadilat dan hikmahnya mungkin berbeza kerana seperti yang kita tahu Itsmid telah disebut dalam hadis.

"Bercelaklah kalian dengan itsmid, kerana ia mampu mencerahkan mata dan menumbuhkan rambut." (HR. At Tirmidzi no.1679 dalam Sunan-nya bab Maa jaa-a fil iktihaal, Ahmad no.15341 dalam Musnad-nya)

“Bercelaklah memakai itsmid ketika hendak tidur, kerana ia dapat mencerahkan pandangan dan menumbuhkan rambut.” (HR. Ibnu Majah dalam Sunan-nya no.3846 bab Al Kahlu Bil Itsmid)

Dikeluarkan oleh Ibnu Majah dalam sunan-nya. Daripada Abu Hurairah r.a, katanya: "Sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda: "Barangsiapa yang bercelak mata hendaklah ia melakukannya dengan bilangan yang ganjil. Sesiapa yang bercelak dia telah melakukan kebaikan (dapat pahala) dan sesiapa yang tidak bercelak tiada kepayahan (dosa) baginya."

Kelebihan memakai celak mata:
  • Mengelakkan daripada terkena penyakit mata.
  • Menambah seri muka.
  • Boleh melebatkan bulu mata.
  • Dapat membantu mencerahkan pandangan mata.
  • Dapat menyejukkan mata.

Daripada Ibnu Abbas juga katanya:- Sabda Nabi SAW, "Sebaik-baik celak mata bagi kamu ialah yang berwarna hitam, ia mengelokkan pandangan dan menumbuhkan rambut (bulu kening)."

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Wednesday, February 12, 2020

Dysorgamia Rasa Sakit Ketika Orgasma Yang Anda Wajib Tahu

Dysorgamia Rasa Sakit Ketika Orgasma Yang Anda Wajib Tahu

Pernahkah anda mengalami rasa kejang selepas berhubungan intim dengan suami? Sebenarnya, rasa kram atau sakit selepas seks ini dikenali sebagai dysorgamia, iaitu rasa sakit yang anda rasa semasa atau selepas orgasma.

Sakit Ketika Orgasma

Dr. Christine Greves, seorang OB-GYN di Hospital Wanita dan Bayi di Winnie Palmer menyatakan,

Rasa kejang yang muncul selepas orgasma ini biasanya sama seperti sakit semasa senggugut. Rasa kejang ini biasanya anda rasa di kawasan vagina, di bawah perut atau punggung. Kram ini terjadi sejurus selepas seks dan berlanjutan sehingga beberapa jam, tambahnya.

Semasa wanita mengalami orgasma, otot pada rahim akan menegang, sama seperti apa yang berlaku pada otot selepas anda bergerak atau bersenam.

Ini kerana biasanya, anda akan merasa otot anda tegang dan tidak selesa selepas bersenam.

Selain itu, perkara ini terjadi disebabkan beberapa sebab.

Masalah kesihatan seperti radang pelvik, endometriosis, kista ovarium dan lain-lain boleh menyebabkan anda rasa sakit selepas seks.

Jika anda mempunyai masalah pada organ reproduksi, rasa sakit akan menjadi lebih parah disebabkan oleh gesekan semasa seks.

Tetapi biasanya, kejang yang dialami selepas seks tak mempunyai kaitan dengan masalah ini.

Sakit TAK BOLEH diabaikan

Seks tidak sepatutnya menyakitkan dan jika perkara ini baru pertama kali terjadi kepada anda, adalah lebih baik jika merujuk doktor secepat mungkin.

Jika anda memang tidak ada masalah kesihatan, tapi masih rasa kejap selepas berhubungan intim, anda boleh meminta ubat tahan sakit daripada doktor atau menekan bahagian pelvik anda dengan benda panas untuk mengurangkan rasa sakit.

Anda juga disarankan agar selalu memeriksa jika anda mengalami masalah pada organ reproduksi.

Biasanya, sakit yang anda rasakan merupakan tanda masalah kesihatan lain yang tersembunyi.

Tanda-tanda Isteri Puas

Banyak faktor yang mendorong ke arah kegagalan nikmat persetubuhan di mana ramai suami masih samar sama ada pasangannya sudah mengalami orgasma atau tidak.

Namun, apabila tanda-tanda berikut berlaku kepada pasangan maka sebenarnya, anda telah berjaya menemui ‘kunci’ rangsangan dalam hubungan asmara.

Antaranya ialah:
  • Keluar suara meneran yang agak kuat dan berlaku secara spontan.
  • Badan menjadi tegang.
  • Tubuh menjadi gementar.
  • Nafas kencang dengan tiba-tiba.
  • Kaki dan tangan merangkul tubuh suami dengan erat.
  • Di peringkat kemuncak, isteri akan berasa seluruh tubuhnya kaku (seolah-olah tidak sedarkan diri) kerana 99 bahagian nafsunya sudah menguasai diri.

Wanita sememangnya lambat terangsang, dan sebab itulah juga mereka memerlukan sedikit masa untuk mengendurkan semula otot-otot yang tegang selepas orgasma.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: theasianparent