Saturday, April 13, 2019

Gadis Turun 7 KG Sebulan Kongsi Tips Diet Paling Mudah

Gadis Turun 7 KG Sebulan Kongsi Tips Diet Paling Mudah

Masalah yang sering dihadapi oleh setiap wanita yang sentiasa mahu nampak kurus tidak kira di mana pun mereka berada adalah berat badan yang semakin naik dan ramai bingung macamana nak turunkannya.

Tips Diet

Nak kurus itu tidak salah, cuma anda perlu tahu cara yang betul dan jangan amalkan diet yang menyeksa tubuh sendiri.

Di Twitter, seorang gadis bernama Sazwani telah berkongsi 10 tips untuk menurunkan berat badan.

Lebih memeranjatkan apabila beratnya turun 7kg dalam masa sebulan lebih sahaja. Wow, memang menakjubkan!

Tidak mudah untuk turunkan berat badan jika tiada keazaman yang kuat. Apa rahsianya? Jom kita baca perkongsian gadis ini.

Tips Pertama

Jangan minum air manis. Tukar kepada air kosong. Kalau yang ini tak mampu buat, jangan baca tips kedua.

Tips Kedua

Kira kalori. Boleh download apps calorie counter di play store. Leceh sikit nak key in selalu. Kalau malas nak key in at least cek berapa banyak kalori makanan yg diambil. Boleh elak makan makanan berlebihan.

Tips Ketiga

Tukar minum petang dari goreng pisang, cempedak goreng, keria, etc kepada buah. Pilihlah buah apa kau suka, jangan durian sudahlah.

Tips Keempat

Kalau kau berjaya tukar menu petang, cuba tukar menu breakfast kepada yang rendah kalori. Kalau hari-hari menu pagi roti canai dan nasi lemak macam lambat jugalah nak turun, Tapi apapun tengok balik tips kedua.

Tips Kelima

Tukar menu makan malam kepada healthy food. Tapi apapun balik kepada tips kedua tadi. Kira kalori.

Tips Keenam

Jangan tukar tips pertama, ketiga sampai kelima tu serentak, tukar satu-satu sampai kau rasa dah biasa. Bila dah biasa baru tukar, so tak drastik. Biar sikit tapi berterusan, dari banyak tapi sekejap.

Tips Ketujuh

Baru kau start exercise. Kalau kau exercise first, tapi makan masih banyak macam bela jin, nanti tiada peningkatan dalam kurangnya berat badan lepas tu kau give up. Start jaga makan dulu, kau dah biasa, go for exercise.

Tips Kelapan

Pilih exercise yang kau suka. Kalau kau suka indoor and jenis tak cukup waktu or busy, boleh ke gym.

Tapi kalau kau suka outdoor, boleh pilih hiking. Cuma hiking consume banyak sikit waktu. Aku suka hiking, benci jogging, so aku pilih hiking.

Tips Kesembilan

Jangan timbang selalu. Timbanglah sekali ke dua kali seminggu waktu bangun tidur. Kalau kau selalu timbang nanti kau give up tengok timbang tu rosak tak turun-turun berat.

Tips Kesepuluh

Cari partner atau kawan untuk exercise yang ada sama azam nak kurus dan akan paksa kau temankan dia exercise. Jadi, bila kau malas, dia ajak kau dan terpaksa follow. Bila dia pula malas, kau pula ajak dia.

Tips ni aku tulis selepas aku turun 7 kg dalam sebulan lebih. Kalau rasa sesuai boleh ikut. Kalau tak sesuai, jangan follow.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hijabista

SBDJ Siri 41: Berkasih Dengan Langsuir

SBDJ Siri 41: Berkasih Dengan Langsuir

Datuk terus duduk di sisi saya di kaki tangga. Kami merenung suasana malam yang kelam itu. Suara lolongan anjing terus sambung menyambung, tingkah meningkah dengan suara cengkerik dan katak. Angin malam yang bertiup melanggar dedaun dan dahan-dahan pokok sekitar kawasan rumah, melahirkan bermacam-macam bunyi.

SBDJ Siri 41: Berkasih Dengan Langsuir

Sekejap terdengar semacam orang berlari, sekejap terdengar semacam suara orang mengerang kerana menahan kesakitan.

"Selalunya perbuatan ni, perbuatan syaitan”, kata datuk lalu bangun, menuju ke kawasan yang di duga tempat buah pisang muda jatuh.

Seluruh kawasan itu datuk periksa. Tidak ada buah pisang muda yang ditemui, kecuali pelepah pisang yang panjangnya kira-kira lima inci. Datuk ambil pelepah pisang itu lalu diramasnya hingga hancur.

"Mari kita pergi ke rumah batu tu”, datuk tarik tangan saya.

Kerana datuk menarik agak kasar dan kuat, saya hampir tersungkur mencium tanah.

Memang, ada ketikanya datuk kadang-kadang bersikap kasar dengan saya dan saya tidak pernah tersinggung dengan perbuatannya itu, kerana saya tahu kasih sayangnya terhadap saya tidak pernah surut dari hari nuraninya.

Kami pun berjalan dengan hati-hati. Tidak ada kesukaran yang kami hadapi kerana cahaya bulan malam tiga belas Syaaban yang mengeluarkan cahaya yang samar-samar banyak menolong kami.

Setelah berjalan kira-kira sepuluh minit, kami pun sampai di kawasan rumah batu dua tingkat itu.

Datuk membuat keputusan untuk masuk ke kawasan rumah batu itu dari bahagian belakang yang dipagari dengan pokok-pokok buluh.

Datuk mengalami kesulitan kerana bahagian sebelah dalam pokok-pokok buluh itu dilapisi dengan kawat berduri.

Dalam jarak lima atau sepuluh kaki dari pohon-pohon buluh yang di tanam itu terdapat pula pokok besar yang tumbuh merimbun bersama dengan akar-akar yang berjuntaian. Suasana di situ terasa amat menyerarnkan.

Ada bermacam-macam bunyi yang saya dengar. Dengan pertolongan cahaya bulan saya dapat melihat beberapa ekor ular, lipan dan kala jengking merayap-rayap atas daun buluh yang kemudian memanjat akar yang berjuntaian dari pokok besar.

"Bagaimana kita nak masuk tok?”, tanya saya dengan jujur.

Datuk terdiam. Matanya mula melihat bulan tiga belas Syaaban yang kian bersinar di dada langit. Ketika itu juga, saya terasa angin malam mula bertiup.

Dedaun tua dari pokok besar kelihatan melayang-Iayang dan terus jatuh di atas daun buluh. Suara lolongan anjing kian hebat.

Dalam saat-saat begitu saya terdengar suara burung hantu bersahut-sahutan di atas pokok besar.

Bunyi angin yang menyentuh dedaun dan dahan-dahan kayu amat menakutkan. Bunyinya kadang kala macam orang menangis, macam orang mengeluh.

Semua terpaksa saya hadapi dengan tenang kerana datuk tetap dengan cita-citanya untuk masuk ke dalam kawasan rumah batu dua tingkat itu.

Sayup-sayup saya terdengar bunyi lonceng jam dari rumah dua tingkat itu berbunyi sebanyak dua belas kali.

Badan saya mula menggigil akibat dijamah angin malam. Suara jeritan anjing liar bersahut-sahutan memanjang bagaikan merayu-rayu hiba.

Datuk mula berdiri kemas-kemas sambil memeluk tubuh. Datuk lalu menyuruh saya berdiri di sisinya dan berpeluk tubuh.

Datuk mula membaca sesuatu. Dalam keadaan yang tenang itu tiba-tiba badan saya dan datuk ditimpa oleh air, macam air hujan sedangkan hari tidak hujan, cuaca cukup baik, langit cerah bersama bulan yang sedang mengambang.

"Air apa tok?" saya menyoal datuk.

Pertanyaan saya tidak mendapat jawapan. Angin kian kuat bertiup, lolongan anjing dan suara burung hantu berpadu menguasai malam yang sudah berganjak ke subuh.

Air dari langit itu datang lagi, menimpa muka saya.

“Air apa tok?"

"Air kencing langsuir.”

"Ha, saya takut tok.”

"Diamlah”, pekik datuk.

Saya terdiam terus. Datuk segera mengangkat kedua belah tangannya separas dada, lurus, kemudian kedua belah tangannya itu dibengkokkannya hingga sepuluh jarinya menghala ke dada. Datuk menggerak-gerakkan ke­palanya.

Sebaik saja datuk meletakkan tapak ta­ngan kirinya ke atas bahu kanan, pokok besar ber­goyang dengan hebatnya. Ranting-ranting kering jatuh ke bumi bertalu-talu.

Bila saja pokok besar itu berhenti bergoyang, terdengar suara orang perempuan mengilai pan­jang.

Selain dari suara itu terdengar juga bunyi orang memukul pangkal peha dengan tapak tangan bertalu-talu, suara ketawa itu sambung menyambung dan bertingkah pula dengan suara anjing liar yang menyalak panjang. Lagi sekali pokok besar itu bergoyang.

Datuk masih bertenang. Dia tidak peduli dengan suara perempuan yang ketawa itu.

Datuk menarik nafas panjang, serentak dengan itu suara perempuan mengilai segera berhenti dan diganti dengan suara perempuan menangis panjang.

"Jangan perdayakan aku”, suara datuk mula meninggi.

Datuk terus melompat ke arah pokok besar. Perdu pokok besar itu dipeluknya kuat-kuat.

Dengan kekuatan yang luar biasa datuk mengegarkan pokok tersebut hingga daun dan dahan pokok itu jatuh ke tanah.

Suara perempuan mengilai dan menangis terus hilang. Suasana di sekeliling luar rumah batu dua tingkat itu terasa sunyi sekali.

Datuk masih lagi berada di bawah pokok besar. Dengan tenang datuk menikam perdu pokok besar dengan jari kelingking, saya lihat jari kelingking datuk terbenam dalam perdu pokok tersebut.

Bila jarinya dicabut, saya terdengar suara jeritan yang memanjang di atas pokok.

Datuk melompat kembali ke sisi saya. Datuk terus duduk bersila di atas tanah membaca sesuatu. Dalam keadaan yang kelam kabut itu, suara jeritan di atas pokok berhenti.

Dari perdu pokok saya lihat seorang wanita berjalan ke arah kami, wanita itu memakai kain serba putih.

Bila wanita yang memakai pakaian serba putih itu sampai di tempat saya dan datuk duduk, perempuan itu terus mengilai sambil mengibas-ngibas pakaian putihnya ke kiri dan ke kanan.

Ketika itu juga bunyi suara burung hantu bertambah kuat bersama lolongan anjing.

Perempuan yang memakai pakaian serba putih itu bagaikan terangkat dari bumi bergerak menuju ke bumbung rumah batu dua tingkat.

"Apa benda tu tok?"

"Itulah langsuir.”

"Dia nak ke mana tok?”

"Entah”, suara datuk pendek.

Saya terdiam dan tidak mahu mengemukakan pertanyaan padanya. Datuk dan saya terus berlegar-legar di tepi pagar pokok buluh.

Saya tidak tahu apakah yang akan datuk lakukan. Saya selalu saja cemas melihat ular yang menjalar di atas pokok buluh.

Datuk terus menepuk bumi tiga kali. Seluruh kawasan tempat saya berdiri jadi berasap tebal. Dua tiga kali saya terbatuk, kepala saya mula terasa pening.

Lagi sekali datuk menampar bumi, kali ini saya lihat pagar-pagar dari pokok buluh terbelah dua terbentang jalan berpasir menuju ke dalam kawasan rumah batu dua tingkat.

"Masuk”, kata datuk.

"Ya, saya ikut.”

Saya pun mengikut langkah datuk. Datuk melangkah tiga langkah ke depan. Bila langkah yang keempat dimulai, datuk merendahkan badannya ke kiri dan tumit kakinya diangkat setinggi empat inci. Sementara kaki sebelah kanan di angkat separas lutut.

Apa yang datuk lakukan saya buat dengan teliti. Datuk terus menampar tapak kaki kirinya dengan tangan kanan tiga kali berturut-turut.

Bila datuk me­letakkan ibu jari kirinya ke pangkal hidungnya, saya terdengar satu letupan kecil dan diikuti dengan kepulan asap yang tebal.

Bila kepulan asap itu hilang, pokok buluh yang terpisah tadi bercantum kembali dan kami sudah pun berada di dalam kawasan rumah batu dua tingkat.

Saya dan datuk duduk di bawah pokok Bunga Tanjung. Tingkap bilik tidur di rumah batu dua tingkat itu terbuka. Lampu masih terpasang.

"Kita tengok apa yang akan berlaku. Kau jangan tegur”, datuk mengingatkan, sambil melilitkan secebis kain hitam di pergelangan tangan kanan saya.

Angin malam, terus juga bertiup, embun jantan mula turun. Saya mula terasa kesejukan, bibir saya mengeletar.

Tiba-tiba lampu di bilik tidur dipadamkan buat beberapa minit. Bila lampu itu di hidupkan, pemuda yang dikatakan mengalami penyakit ganjil mendepakan kedua belah tangannya sambil menguap panjang.

Lepas itu dia menekan jenang tingkap. Kerana dia tidak memakai baju, bulu dadanya jelas kelihatan begitu juga dengan bulu ketiaknya.

Walaupun malam terasa amat dingin tetapi pemuda yang tinggal di rumah batu dua tingkat itu tidak terasa sejuk.

Pemuda itu merenung ke langit pada bulan yang kelihatan bersinar di dada langit.

Dengan mendadak saja pemuda itu menjerit terlolong macam anjing menyalak kucing di atas pokok.

Bila pemuda itu selesai menjerit dia terus memadamkan lampu biliknya. Dalam beberapa minit kemudian saya dapat lihat lampu di bahagian bawah menyala.

Serentak dengan itu pemuda tersebut terus membuka pintu. Sinar lampu di bahagian depan itu sampai ke kawasan pokok Bunga Tanjung.

Saya dan datuk terpaksa berlindung di balik batang pokok tersebut, dengan berbuat demikian kami harap pemuda tersebut tidak akan dapat melihat kami.

Apa yang kami harapkan memang menjadi, pemuda itu tidak merenung ke arah kami.

"Wangi”, bisik saya pada datuk.

Kerana saya terhidu bau yang wangi datuk segera menekup mulut saya dan memberitahu saya supaya jangan menegur sesuatu yang dirasakan ganjil.

Cakap datuk itu saya patuhi. Bau wangi itu terus menusuk lubang hidung saya.

Tiba-tiba pemuda yang tinggal dirumah batu dua tingkat itu muncul di muka pintu dengan pakaian yang cukup rapi.

Dia berdiri sambil menyandarkan badannya ke tiang pintu. Dia merenung ke depan sambiI menarik nafas dengan tenang. Seolah-olah dia cukup senang menyedut udara yang berbau harum itu.

Dari kejauhan saya dan datuk mula terdengar lolongan anjing yang mendayu-dayu.

Di tengah suara anjing yang mendayu-dayu itu pemuda ganjil itu menari sambil menyanyi dengan kuatnya dan matanya tetap melihat bulan yang mengambang.

Saya mengeluh panjang, dari arah jalan yang menuju ke pintu rumah batu dua tingkat itu, saya melihat seorang perempuan bergaun putih menuju ke arah tempat pemuda ganjil itu berdiri.

Angin malam yang berhembus membuat gaun perempuan berkibar-kibar, seakan-akan menari dijalan menuju ke rumah yang sepi itu.

Datuk menyuruh saya membaca beberapa potong ayat Al-Quran dengan tujuan menghalau syaitan.

Saya jadi kelam kabut, tidak ada satu ayat pun yang dapat saya ingati. Seluruh badan saya mengeletar.

Datuk segera membaca beberapa mantera peneguh semangat, kemudian datuk hembus cuping telinga sebelah kanan saya tiga kali berturut-turut.

Rasa cemas dan darah gemuruh saya mula terkawal. Saya dapat menumpukan per­hatian saya pada lelaki ganjil dan perempuan yang bergaun putih.

Saya lihat perempuan bergaun putih itu sudah berdiri di hadapan pemuda tersebut sambil menghulurkan tangannya.

Pemuda itu menyambut tangan perempuan yang bergaun putih dengan senang hati. Mereka berpeluk-pelukan.

Suara anjing terus menyalak mendayu-dayu, angin terus bertiup tenang, bau harum menguasai seluruh kawasan rumah batu dua tingkat itu.

"Perempuan itu syaitan menjadikan dirinya wanita cantik”, bisik datuk pada saya.

"Mana boleh begitu, dia manusia”, saya membantah.

"Kau baring rapatkan telinga kanan kau ke bumi dan mata kau renung ke arahnya”, ujar datuk.

Saya patuh dengan cakapnya. Bila saya sudah meniarap datuk pun memegang buku lali kaki kiri saya, dia menyuruh saya melihat ke arah perempuan yang memakai gaun puith.

Lagi sekali saya menarik nafas panjang, perempuan yang bergaun putih memang berwajah hodoh.

Matanya merah, kepalanya tanpa rambut, hidungnya panjang macam sumbu badak dari kedua belah rehangnya terjulur gigi yang panjang macam gading gajah.

"Sudah, jangan tengok lama-lama, nanti kau tak boleh tidur”, datuk terus menepuk pangkal ketiak saya.

Semua yang saya lihat hilang, perempuan bergaun putih yang sebentar tadi saya lihat dalam keadaan yang amat menakutkan, sudah kembali normal pada penglihatan macam manusia biasa.

Pemuda dan perempuan bergaun putih itu melangkah ke arah bangku yang terletak dibawah pokok Cempaka, mereka duduk di situ dan ber­cengkerama.

"Kau cantik macam kawan kau juga Mariatun”, kata pemuda itu sambil memeluk pinggang wariita yang bergaun putih.

Percakapan mereka dapat saya dengar dengan jelas, setelah datuk dan saya berkisar tempat duduk iaitu ke arah angin datang.

Datuk juga mengikat secebis kain hitam pada sebatang kayu yang dipacakkan dihadapan kami.

Memang menakjubkan, kain hitam yang sebesar dua jari itu bagaikan ada kuasa menghantar buah bicara pemuda ganjil dan perempuan bergaun putih kepada saya dan datuk.

"Jangan kau tinggalkan aku dan kawan-kawanku”, suara perempuan bergaun putih.

Si pemuda terus ketawa terkekeh mendengar cakap kekasihnya itu. Tiba-tiba pemuda itu terus mendukung perempuan bergaun putih, dibawanya ke rumah iaitu di tingkat atas.

Beberapa saat kemudian lampu dibilik tidur menyala, saya lihat perempuan bergaun putih membuka gaunnya lalu merangkul pinggang pemuda.

Kedua-duanya rebah di atas ranjang, apa yang saya dengar ialah suara ketawa pemuda dan perempuan bergaun putih penuh mesra.

Datuk terus mengajak saya pulang, saya tidak membantah. Waktu saya dan datuk keluar dari kawasan rumah batu dua tingkat itu, bau harum masih lagi berleluasa di situ, suara salakan anjing mendayu-dayu dan lampu di bilik tidur pemuda ganjil itu terus menyala.

Sebaik saja saya dan datuk sampai ke kaki tangga rumah khas, saya terdengar suara jeritan orang perempuan, lalu di ikuti oleh suara orang lelaki, cukup nyaring dan meremangkan bulu tengkuk.

Jeritan dari lelaki itu memanjang dan bergema di tengah malam yang dingin.

Suara jeritan itu berlanjutan hingga beberapa jam.

Bila bulan di langit diliputi awan dan tidak boleh mengeluarkan sinarannya, suara jeritan pemuda itu akan berhenti.

Datuk tidak menghiraukan semuanya itu. Datuk sandarkan badan ke dinding. Saya rebahkan badan di atas lantai.

Beberapa minit kemudian saya terlena, tidak ada sesuatu yang saya takutkan, bila tidur sudah menguasai diri.

Pagi itu, datuk sengaja mengajak saya pergi mandi embun berhampiran kawasan rumah batu dua tingkat itu. Kemudian datuk dan saya terus menceroboh ke kawasan rumah pemuda yang di anggap oleh orang-orang

kampung mengalami penyakit ganjil.

Saya dan datuk masuk ikut sebelah kanan bangunan tersebut. Kerana banyak pokok-pokok tumbuhan yang tumbuh di situ, kami tidak begitu sukar untuk memperolehi air embun.

Menurut datuk, kebanyakan pokok yang tumbuh di situ semuanya dari jenis daun yang ada khasiat.

Sedang saya dan datuk asyik mandi embun, tiba-tiba secara mengejut seekor kucing hitam muncul dari celah-celah rimbunan pokok buluh.

Rupa kucing itu amat ganjil sekali. Seluruh bulu di badannya berwarna hitam. Tetapi dibahagian mukanya terdapat buluh putih yang tumbuh melintang.

Kucing itu menerkam ke arah datuk dan mahu membaham ibu jari kaki kiri datuk. Cepat-cepat datuk mengelak, kucing itu segera pula melompat ke arah datuk dan bersedia untuk menggigit jari tangan kiri datuk.

Datuk menggigit bibir, dia terasa ada sesuatu yang ganjil pada kucing hitam itu. Kucing hitam itu bukan kucing sebarangan.

Matahari pagi terus bangkit dan mengeluarkan sinarnya lalu memanah ke setiap dinding rumah batu dua tingkat itu. Saya mula terasa kulit muka pedih, akibat sinaran matahari.

"Bersedia”, kata datuk.

Serentak dengan itu datuk menghentakkan tumit kaki kanannya ke bumi sebanyak tujuh kali. Kucing hitam itu mengiau.

Saya lihat kucing hitam itu sudah tidak mampu untuk bergerak tetapi dia masih mampu memperlihatkan gigi dan taringnya pada kami.

"Berambus kau”, suara datuk keras, dia lantas memetik ibu jari tangannya.

Kucing hitam itu bagaikan ditolak oleh sesuatu, tercampak ke dalam perdu buluh dan mengiau panjang di situ.

"Mari kita mandi lagi”, datuk tolak badan saya.

Saya terdorong ke hadapan. Kami sudah berada betul-betul di hadapan pintu rumah batu dua tingkat.

Datuk meneliti keadaan pintu rumah tersebut, macam mencari sesuatu. Saya dan datuk terkejut. Pintu rumah batu dua tingkat itu terbuka. Pemuda ganjil muncul di hadapan kami dengan senyum.

"Mengacau saya?"

"Tidak, kami tersesat.”

"Huh, sila masuk.”

Datuk dan saya terus menunaikan jemputan pemuda itu. Pagi itu pemuda tersebut nampak kemas, rambutnya disikat rapi lurus ke belakang.

Orangnya tinggi kurus. Wajahnya agak pucat dan kurang bermaya bila melangkah. Kelopak matanya seakan-akan mahu tertutup macam orang keletihan dan kurang tidur.

"Nak minum apa?", tanya pemuda itu pada kami.

"Tak payah, kami sudah minum.”

"Saya kurang tidur, malam tadi isteri saya datang.”

"Isteri?”

"Ya, kenapa?"

Datuk tidak menjawab pertanyaan orang muda itu. Tanpa di minta oleh datuk, pemuda itu menceritakan orang-orang kampung menyingkirkan dirinya kerana berkahwin sendirian. Datuk hanya anggukkan kepala sahaja.

Ternyata cerita pemuda itu amat berbeza dengan cerita orang tua dan orang kampung sendiri. Kemudian pemuda itu membawa saya dan datuk ke dapurnya.

Dia menunjukkan periuk dan kuali yang selalu di gunakan oleh isterinya. Pemuda itu juga menunjukkan beberapa helai rambut isterinya yang disimpan dalam botol.

Tetapi, bila datuk mahu memasukkan paku ke dalam botol yang ada rambut isterinya, pemuda itu melarangnya.

"Pesan isteri saya, jangan bawa paku bila datang ke sini, rambutnya tak boleh kena paku, nanti rumah terbakar.”

"Maafkan saya, berapa bini awak?”

“Tiga orang.”

"Bila dia datang melawat awak?"

"Sebelah malam, bila bulan mengambang mereka datang bergilir-gilir.”

Dialog yang terjadi antara datuk dengan pemuda itu amat menarik hati saya.

Dari percakapannya itu, tidak nampak pemuda itu seorang yang ganjil. Dia adalah manusia biasa.

Soalnya, kenapa dia menjerit bila bulan mengambang dan tinggal sendirian di rumah batu dua tingkat? Pertanyaan itu berlegar-Iegar dalam kepala saya.

Akhirnya, datuk meminta diri dari pemuda itu untuk pulang. Pemuda ganjil menghantar kami ke pintu pagar.

Baru tujuh tapak datuk melangkah dari pintu pagar rumah batu, dia segera memusingkan badannya menyebabkan langkah saya yang rancak terhenti.

Datuk merenung ke pintu pagar dan saya lihat pemuda ganjil melambai-Iambaikan tangan ke arahnya.

"Dia bagaikan tahu gerak-geri aku”, keluh datuk dan memusingkan badannya ke tempat asal, membelakangi pintu pagar dan rumah batu.

Datuk dan saya meneruskan perjalanan tanpa menoleh ke arah pintu pagar rumah batu.

Matahari pagi terus kembang, cahayanya jatuh ke daun-daun pokok yang dilekati air embun, sekali pandang air embun yang di panah oleh sinar matahari kelihatan berkilau-kilauan bagaikan batu berlian.

Hati saya terasa senang mendengar kicauan beburung dihujung dahan.

"Berhenti dulu”, kata datuk dan langkah saya terus kaku.

Datuk terus mengeliat sambil meramas daun ketapang dengan tangan kanan. Datuk melihat pokok-pokok ketapang yang berdaun lebat tumbuh di situ.

Tanpa memberitahu saya, datuk terus memeriksa setiap batang pokok ketapang .yang terdapat di situ.

"Apa yang tok cari?", tanya saya setelah datuk berada di samping saya. Datuk mengedutkan dahi sambil menggigit bibirnya.

"Tak ada apa-apa.”

"Kalau tak ada apa-apa, kenapa diperiksa?"

"Ah, kau ni banyak cakap sangat, jalanlah”, suara datuk agak keras.

Dia terus menolak bahu kanan saya. Walaupun saya tidak melahirkan sebarang bantahan atas tindak-tanduk datuk itu, tetapi hati saya tetap tidak puas.

Cara yang paling selamat ialah melihat tindak-tanduk datuk selanjutnya itu lebih baik dari memaksa dirinya bercerita, fikir saya dalam hati.

Saya dan datuk terus mengatur langkah, meninggalkan pokok-pokok ketapang, pokok buluh dan keduduk di belakang.

Badan saya mula berpeluh dan perut sebelah kanan saya mula terasa sakit kerana penat berjalan.

Tetapi, datuk tidak nampak letih. Langkahnya masih rancak, mukanya kelihatan merah dan berseri, macam orang muda yang baru berusia tiga puluhan.

Kami sampai ke rumah yang dikhaskan untuk kami. Datuk terus memasak air panas dan membuat kopi.

Ketika kami sedang enak menghirup kopi, saya terdengar suara orang batuk diluar. Datuk segera letakkan cawan kopi ke piring dan mata kanannya dikecilkan hingga kedua belah keningnya hampir bertemu.

Dengan perlahan-Iahan datuk meletakkan jari manis sebelah kanan atas tulang pipi. Dia bagaikan melihat sesuatu di luar rumah dengan kuasa matanya.

"Naiklah”, ujar datuk.

Seorang lelaki memakai baju Melayu cekak musang, berkain pelikat petak besar muncul di muka pintu.

Sebelum meletakkan punggungnya ke lantai lelaki itu angkat tangan pada datuk.

"Silakan duduk.”

"Terima kasih."

Lelaki itu sandarkan badan ke dinding. Datuk pun segera duduk disisinya. Wajah lelaki itu kelihatan tenang dengan rambut yang disikat rapi lurus ke belakang.

"Bagaimana dengan anak saya?"

"Sabarlah, saya sedang berusaha.”

"Malam tadi dia datang ke rumah saya, dia nak tikam emaknya dengan buluh runcing. Dia marahkan emaknya kerana awak ada di sini.”

"Malam tadi? Ah pelik benar keadaannya."

"Tidak pelik. Dia datang betul, nasib baik setelah saya pujuk dia tinggalkan rumah saya dengan aman.”

Wajah datuk saya lihat cemas sedikit setelah mendengar cerita dari ayah pemuda aneh itu.

Hati saya jadi serba salah untuk memastikan sama ada cerita itu benar atau tidak.

Sepanjang yang saya tahu dan Iihat pemuda aneh itu tidak ke mana malam tadi. Saya kira datuk mengetahui tentang kedudukan hal ini.

Datuk renung muka saya sambil menegakkan ibu jari kirinya, saya faham dengan maksud itu.

Dia mahu saya jangan campur dalam urusannya atau membuka rahsia apa yang telah dilakukan oleh datuk dan saya malam tadi.

"Saya tak tahu langsung perkara itu”, datuk membohongi ayah pemuda ganjil itu.

Secara diplomasi datuk bagaikan memaksa ayah pemuda ganjil bercerita tentang rumah batu tempat pemuda ganjil itu tinggal.

Tujuan datuk berbuat demikian bukan apa-apa atau ada maksud yang tertentu.

Saya kira dengan mengetahui asal usul sesuatu kejadian itu adalah lebih baik dan memudahkan tugasnya. Senang bertindak dan membuat keputusan.

Mungkin kerana ayah pemuda ganjil itu memang mengharapkan pertolongan datuk untuk mengubat anaknya, dia terus bercerita dengan terus terang.

Menurutnya, rumah batu itu milik arwah ayahnya yang berasal dari Muara Enim, Jambi, Sumatera Selatan, Indonesia.

Rumah itu didirikan dari hasil rompakan yang dilakukan oleh arwah ayahnya ketika disana.

Dalam rancangannya, wang yang dirompak dari orang-orang Belanda itu akan dikumpul untuk digunakan bagi menentang pen­jajah Belanda.

Kerana arwah ayahnya cekap dalam kira mengira dan dianggap amanah lalu ia dilantik sebagai penyimpan wang rompakan itu.

Tiba-tiba arwah ayahnya gelap mata lalu melarikan wang itu ke tanah Semenanjung.

Bila sampai di Semenanjung, ayahnya menukar nama dan membeli sebidang tanah lalu mendirikan rumah batu, di samping itu menjalankan pernia­gaan kayu balak dan lombong.

"Sayangnya, rumah itu tidak dapat didiami oleh arwah ayah saya kerana ada lembaga hitam yang tangannya berbulu tebal mengganggu ayah saya.

"Malah saya, menurut cakap ibu dilahirkan di rumah lain”, kata ayah pemuda ganjil itu.

Katanya lagi, di zaman pemerintahan Jepun rumah itu dijadikan markas tentera Jepun untuk memancung kepala orang-orang yang menentang mereka.

"Bila Jepun kalah rumah itu dijual pada seorang saudagar Cina, tetapi saudagar itu memulangkan kembali rumah tersebut pada warisnya.

"Bila ayah awak meninggal?" tanya datuk.

"Sebelum Jepun mendarat di Kota Sharu, Kelantan dalam tahun 1942.”

"Apa amanatnya pada awak?"

"Dia mahu anak saya atau cucunya dihantar ke Padang Panjang, Sumatera, untuk belajar agama, dia mahu cucunya jadi seorang ulama yang terkenal.”

"Awak tunaikan amanatnya?"

"Saya tunaikan.”

"Anak yang mana awak hantar ke sana?"

"Anak saya yang tinggal di rumah batu itu.”

Datuk tersentak mendengar cakap ayah pemuda ganjil itu. Saya menarik nafas panjang.

Ayah pemuda ganjil itu menggaru kulit rambutnya yang tidak gatal. Matanya merenung sayu ke wajah saya macam orang putus asa.

Datuk bangun lalu berdiri di muka tingkap melihat sinar matahari pagi yang garang menikam halaman rumah.

"Berapa lama anak awak di sana?", soal datuk.

"Baru dua tahun disana, dia tidak mahu belajar dan pulang ke sini lalu tinggal di rumah itu”, ayah pemuda ganjil memicit dahinya berkali-kali.

Datuk kembali duduk di sisinya.

Tamat siri 41/284

BACA: SBDJ Siri 40: Pemuda Menjerit Malam
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-SENTIASAPANAS.COM


Friday, April 12, 2019

Vivo Y93, 3GB RAM, Storan 32GB Berharga RM599

Vivo Y93, 3GB RAM, Storan 32GB Berharga RM599

Vivo Y93 yang dilancarkan pada November tahun 2018 lalu di China, akhirnya dijual di Malaysia bermula 13 April 2019, adalah peranti kelas permulaan bagi mereka yang hanya mahu menggunakan smartphone untuk melakukan panggilan telefon dan aplikasi pemesejan.

Harga Vivo Y93
Vivo Y93.

Vivo Y93 hadir dengan skrin 6.2-inci LCD, dilengkapi cip Snapdragon 439, memori 3GB RAM dan storan 32GB.

Ia turut menggunakan dwi-kamera belakang 13MP + 2MP, selain kamera swafoto 8-megapixel.

Melengkapkan Vivo Y93 juga adalah bateri berkapasiti 4030mAh yang dicas menggunakan mikro-USB.

Spesifikasi Vivo Y93

Terdapat juga pengimbas cap jari pada panel belakang, masih menggunakan Android 8.1 dengan pelancar ColorOS 4.5.

Di Malaysia, Vivo Y93 dijual pada harga RM599 sebuah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: amanz

Hukuman Mati Jika Selfie Di Pantai Mai Khao Thailand

Hukuman Mati Jika Selfie Di Pantai Mai Khao Thailand

Gelagat orang ramai yang suka berselfie di mana saja bukanlah asing. Ada kalanya tindakan yang dilakukan agak menjengkelkan dan berbahaya, namun mereka berdegil dan tetap melakukannya.

Mai Khao Thailand

Disebabkan kedegilan sesetengah pihaklah, pihak berkuasa terpaksa mengenakan peraturan dan undang-undang ketat bagi menghalang tindakan mementingkan diri sendiri ini daripada terus berleluasa.

Di Thailand, pelancong boleh berdepan hukuman mati jika didapati mengambil gambar atau selfie di pantai Mai Khao yang terletak berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket.

Pantai tersebut sangat popular dengan gelagat pelancong yang tidak mahu melepaskan peluang mengambil gambar dengan berlatarbelakangkan pesawat sedang berlepas, namun tindakan itu didakwa boleh mengganggu fokus juruterbang.

"Kami sedang merangka zon keselamatan yang dikategorikan sebagai kawasan larangan dan tidak dibenarkan mengambil gambar.

"Selain daripada kawasan itu, penduduk dan pelancong boleh mengambil gambar seperti biasa," kata Timbalan Pengurus Besar Lapangan Terbang, Wichit Kaewsaithiam.

Kaewsaithiam berkata jika terdapat individu melanggar peraturan itu, penalti maksimum adalah hukuman mati.

"Kami mahu kawasan itu bebas dari kemalangan dan mengutamakan keselamatan pelancong," katanya lagi.

Penalti itu mengikut Akta Penerbangan Udara 1978 dengan membawa hukuman mati atau hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Kisah Blogger Yang Menjana $17 Juta Setahun Melalui Blog

Kisah Blogger Yang Menjana $17 Juta Setahun Melalui Blog

Sesetengah orang masih meragui peluang untuk buat duit secara talian online, akibat daripada banyak kes penipuan yang dipaparkan di media elektronik, manakala segelintir masyarakat kita masih ragu-ragu sama ada mereka boleh membuat duit secara online.

Abraham Piper rich blogger

Sebenarnya, terdapat banyak cara untuk buat duit secara online antaranya melalui dropship, affiliate dan blog.

Ini kisah Abraham Piper, seorang bapa yang berasal daripada Los Angeles merupakan salah seorang pengguna internet yang berjaya membuat duit secara online.

Untuk lebih tepat, beliau berjaya membuat $17 juta setahun melalui blog sahaja dan kisah beliau ini boleh dijadikan inspirasi kepada kita.

Sebelum terjebak dengan dunia blog, beliau merupakan seorang ppemandu forklift. Selain itu, beliau juga pernah bekerja sebagai pengedar iklan (flier).

Piper sedar dia suka menulis dan ketika zaman mudanya, beliau gemar menulis lirik lagu.

Pada awalnya, beliau mempunyai sebuah blog dimana beliau gemar menulis mengenai kehidupan peribadinya.

Pada awal pembabitannya dalam dunia blog, beliau dapati kebanyakan artikel yang ditulis pemilik terlalu panjang.

Jadi, beliau mendapat idea untuk membuat satu eksperimen - beliau ingin menulis artikel yang hanya mengandungi 22 patah perkataan sahaja.

Bila ditanya bagaimanakah idea 22 patah perkataan itu diperolehi, ianya adalah tarikh 22 Februari dimana beliau mendapat idea tersebut.

Web yang dibinanya itu diberi nama 22 Words.

Abraham Piper 22 Words

Pada awalnya, beliau hanya menulis untuk keseronokan. Rasa puas apabila ada orang yang membaca tulisannya.

Ketika itu, beliau hanya menetapkan sasaran untuk memperoleh sebanyak 2500 halaman dibaca setiap hari.

Pada suatu hari, beliau tertanya-tanya, "Adakah aku boleh hidup dengan menulis blog semata-mata?"

Pada awalnya, kebanyakan artikel yang dimuatkan dalam blog tersebut adalah berkaitan hal keluarga dan peribadinya sahaja.

Dia tidak pernah terfikir sama ada apa yang ditulisnya itu boleh menjana wang atau tidak.

Antara teknik awal yang digunakan oleh Piper adalah dengan meletakkan link affiliate daripada program Amazon dimana beliau akan dibayar sekiranya terdapat dalam kalangan pembaca yang membeli produk di Amazon melalui link affiliate tersebut.

Pada tahun 2009, beliau telah berjaya menjana beberapa ribu dollar melalui program affiliate Amazon sahaja.

Beberapa tahun kemudiannya, beliau mengambil tindakan drastik untuk tidak lagi menulis mengenai perihal keluarganya di blog tersebut sebaliknya hanya memuatkan artikel tular mengenai perkara-perkara lucu yang dilakukan kana-kanak dan juga kisah-kisah inspirasi kepada orang ramai.

Ternyata keputusannya itu tepat sekali berdasarkan peningkatan trafik pengunjung ke blognya.

Pada bulan Disember 2010, blognya memperoleh 200,000 halaman dibaca dan pada bulan Mac 2011, beliau sudah memperoleh 1.3 juta halaman dibaca!

Apakah rahsia kejayaan Piper dan 22 Words?

Abraham Piper Office

1. Bangun Awal

Piper akan bangun seawal 4.30 setiap hari untuk mendapatkan isu-isu terkini untuk dimuatkan ke dalam blognya. Hal ini dilakukan bagi memastikan blognya menjadi blog pertama yang memaparkan sesuatu artikel atau isu tersebut.

2. Fokus

Piper minat menulis maka beliau menggunakan sepenuhnya minat beliau itu untuk menjana wang melalui blog.

3. Bijak membuat keputusan

Pada awalnya kemunculan 22 Words, kebanyakan artikel adalah berkisar mengenai keluarga dan pendapat peribadinya sahaja.

Walau bagaimanapun, beliau akhirnya membuat keputusan untuk beralih kepada kisah-kisah inspirasi dan lucu yang lebih mudah menarik perhatian lebih ramai pengguna internet untuk membaca.

Pada awal 2011, Piper telah mengambil keputusan untuk menjual blognya itu kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Denver, Amerika Syarikat.

Namun, beliau tetapi menulis untuk blognya itu, kerana sebelum menjual blog 22 Words, beliau telah menetapkan dalam perjanjian bahawa dia mesti dilantik sebagai penulis tetap 22 Words, membolehkan beliau menjadi seorang penulis blog sepenuh masa.

Piper bagaimanapun membeli semula 22 Words pada tahun 2013 tetapi jumlah nilainya dirahsiakan.

Selepas beberapa bulan mengambil alih semula 22 Words, blognya itu telah mencatatkan 5 juta pembaca unik setiap bulan.

Piper telah berpindah ke Los Angeles dimana beliau membuka pejabat 22 Words dan sehingga ini, beliau sudah mempunyai 25 orang staf termasuk dirinya sendiri.

Selain 22 Words, beliau juga melancarkan beberapa lagi aset digital seperti MagiQuiz, Bad Parenting Moments and Happiness Heroes yang menyasarkan pembaca berlainan latarbelakang.

22 Words dan syarikatnya, Brainjolt terus aktif membuat duit dan beliau menganggarkan akan menjana sehingga $30 juta pada tahun ini.

Semoga kisah pemuda bernama Piper ini menjadi inspirasi kepada kita semua, tidak kisahlah tahap akademik masing-masing.

Ketahui kekuatan dan minat kita kemudian gunakan sebaiknya untuk menjana pendapatan secara online.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Maksud Mimpi Melihat Tubuh Sendiri

Maksud Mimpi Melihat Tubuh Sendiri

Adakah awak ada baca apa-apa doa sebelum tidur. Mungkin ia sekadar mimpi mainan tidur atau usikan syaitan yang nak takutkan awak. Abaikan sahaja dan minta perlindungan dengan Allah daripada sebarang bahaya dan jika anda pernah bermimpi tentang tubuh dan badan sendiri, kali ini kami ingin kongsikan maksud dan tafsirannya dalam kehidupan seharian.

Mimpi Melihat Tubuh
Gambar hiasan.

Berikut adalah sebahagian dari maksud melihat sesuatu perkara berlaku kepada badan kita dalam mimpi.

Mimpi bertubuh gemuk.
Anda akan mempunyai keadaan tubuh yang kesihatannya menurun.

Mimpi badan menjadi gemuk.
Akan dimuliakan atau dijunjung tinggi oleh orang lain.

Mimpi badan kurus.
Alamat tidak baik dalam hidup, rezeki sedikit.

Mimpi badan mengeluarkan kutu.
Akan terhibur atau jika sedang sakit akan segera sembuh.

Mimpi badan berdarah-darah.
Kekayaan atau harta benda akan bertahan lama.

Mimpi badan terasa payah atau letih.
Segala usaha tidak berhasil.

Mimpi melihat perut sendiri.
Terhindar dari kesusahan yang selama ini menimpa.

Mimpi badan terikat rantai.
Akan mengalami sakit.

Mimpi badan kita bongkok.
Akan sihat dan bahagia.

Mimpi badan kita berkeringat/berpeluh.
Akan mendapat rezeki atau kebahagiaan.

Mimpi badan kita diliputi awan putih.
Akan diliputi banyak rezeki.

Mimpi seakan-akan bumi melingkari tubuh anda.
Urusan atau masalah anda akan terbengkalai atau anda akan bersusah-payah mencari rezeki seakan-akan harus melingkari/memutari bumi.

Mimpi melihat kutu di tubuh orang lain.
Anda akan ditimpa kekecewaan.

Mimpi badan tumbuh luka berdarah atau nanah, bisul atau bintik-bintik.
Anda akan mendapat harta kekayaan.

Mimpi melihat darah mengalir dari badan tanpa ada luka atau seakan-akan di tubuh ada lubang yang mengalir darah dan nanah yang berlumuran.
Anda akan mendapatkan kekayaan tetapi haram.

Mimpi tubuh anda terbakar.
Anda harus berhati-hati, terutama dalam hal kesihatan.

Mimpi di sekujur tubuh anda banyak tumanya.
Anda akan mendapat kekayaan dengan cara mendadak.

Mimpi seakan-akan bumi memiliki tubuh.
Umur anda tinggal sedikit.

Mimpi menimbang tubuh sendiri.
Akan menjadi bahan bualan orang.

Mimpi menjadi pembuat tatu dan mentato tubuh seseorang.
Kemungkinan hubungan anda dan sahabat atau keluarga akan menjadi renggang.

Mimpi kepala timbul luka-luka yang banyak.
Tandanya akan memperoleh keuntungan.

Mimpi kepala keluar tanduk.
Akan berlaku perselisihan faham.

Mimpi potong rambut.
Ada diantara keluarga yang akan jatuh sakit.

Mimpi rambut berjatuhan.
Tandanya akan tiba kesedihan atau alamat kurang baik.

Mimpi berambut putih atau berguguran.
Tandanya kegembiraan akan beralih menjadi kesedihan.

Mimpi rambut tiba-tiba menjadi lebat.
Kegembiraan akan segera tiba dan atau bila telah berumah tangga alamat akan memperoleh anak.

Mimpi rambut menutup mata.
Tandanya akan mengalami celaan secara tiba-tiba.

Mimpi menyisir rambut dan mencuci muka.
Kesengsaraan dirinya atau kesedihan akan segera berubah.

Mimpi melihat orang berambut merah.
Tandanya akan berjaya dalam perniagaan.

Mimpi berambut merah.
Akan menghadapi hati dan perasaan tidak enak.

Mimpi melihat rambut palsu.
Anda akan ditipu orang yang disangka kawan baik.

Mimpi berambut putih.
Anda akan mendapat untung dalam usaha dan berumur panjang.

Mimpi mencuci rambut.
Harus berhati-hati kerana akan bergaduh dengan seseorang.

Mimpi memotong rambut orang lain.
Berhati-hatilah terhadap perancangan yang akan datang.

Mimpi muka keluar hitam.
Alamat kurang baik dalam sehari dua akan datang.

Mimpi muka terlalu bahagia.
Khabar baik bagi anda dan sahabat.

Mimpi muka masam.
Anda akan mengalami kerugian.

Mimpi muka cantik molek terutama wanita.
Hubungan percintaan akan bahagia (jika sedang bercinta cinta).

Mimpi bercermin muka.
Dalam suatu tindakan yang anda jalankan harus berhati hati.

Mimpi hidung berdarah.
Akan mengalami suatu keuntungan walaupun sekadarnya.

Mimpi gigi tanggal atau jatuh.
Akan berduka cita. Jika yang tanggal gigi atas maka besar kemungkinan yang tertimpa masalah adalah orang tua dan kalau jatuh gigi bawah, maka yang tertimpa malapetaka iaitu isteri (keluarga anak, cucu jika sudah berkeluarga).

Mimpi melihat perut sendiri.
Terhindar dari kesusahan yang selama ini menimpa.

Mimpi badan terikat rantai.
Akan mengalami sakit.

Mimpi tangan atau kaki putus.
Alamat sangat buruk atau akan datang kesusahan kepada hartanya.

Mimpi kaki dan tangan terkena kotoran.
Dalam usaha yang akan dijalankan mendapat keuntungan walaupun sedikit.

Mimpi kakinya mengeluarkan air.
Akan menjadi penghulu.

Mimpi melihat tangan yang elok.
Akan mempunyai bakat seni.

Mimpi tangan yang kuat.
Sukses dalam politik, sukan atau industri.

Mimpi kemaluan lelaki berubah menjadi kemaluan perempuan atau sebaliknya.
Akan dikurniakan anak dan harta kekayaan.

Mimpi kemaluannya terlepas.
Akan menderita kesusahaan yang besar.

Mimpi melihat zakar kambing.
Akan hilang susahnya dan jika sedang sakit maka akan sembuh.

Mimpi seorang lelaki atau wanita melihat bibir orang berlainan jantina.
Akan memperoleh pasangan hidup yang serasi dalam perkawinan.

Wanita bermimpi melihat bibirnya sendiri.
Akan berjaya cita-citanya dalam artis.

Lelaki bermimpi melihat bibirnya sendiri.
Dia harus berhati-hati dalam menjalankan usaha dan kata-katanya.

Mimpi rambut botak.
Akan menerima khabar buruk.

Mimpi bisu.
Setiap perkataan anda tidak dipercayai oleh rakan-rakan.

Mimpi melihat orang buta.
Ada saudara atau sahabat meminta pertolongan dan jika mimpi itu anda sendiri yang buta, berhati-hatilah dengan kedudukan anda, kesalahan sedikit boleh menjadi besar.

Mimpi demam.
Anda akan menerima surat dari kenalan atau kekasih.

Mimpi berduka-cita.
Anda akan bersuka ria dan kesihatan terjamin.

Mimpi anda gila.
Akan mendapat kejayaan dalam perniagaan dan hidup bahagia.

Mimpi melihat orang gila.
Anda akan mengalami kesibukan.

Mimpi melihat hati dan gambar hati.
Untuk lelaki bujang akan segera berkawin dan yang sudah berkawin akan bahagia.

Mimpi diserang penyakit hati.
Anda akan sihat walafiat.

Mimpi mendengar suara denyutan jantung.
nda akn mendapat khabar baik.

Mimpi melihat kuku atau paku.
Anda akan mendapat harta warisan.

Seorang wanita mimpi jatuh cinta pada seorang yang bermisai.
Anda dalam perkawinan apa saja akan bahagia.

Mimpi mata seseorang memandang tajam.
Anda kurang disenangi oleh orang-orang disekeliling.

Mimpi mata biru.
Anda akan dicintai seorang yang selama ini selalu diingati.

Mimpi mengimpikan mata tajam.
Anda sedang jatuh cinta kepda orang yang pernah diidam-idamkan.

Mimpi mati.
Anda berati anda sihat walafiat.

Mimpi berbicara dengan orang yang sudah mati.
Anda dapat menempuh hidup sukses.

Mimpi sukar bernafas.
Anda akan mendapat nasihat jangan terlalu bekerja keras.

Mimpi kaki pincang.
Anda akan segera pergi atau berpindah ketempat lain.

Mimpi sakit.
Godaan besar akan datang kepada anda.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

SBDJ Siri 40: Pemuda Menjerit Malam

SBDJ Siri 40: Pemuda Menjerit Malam

Setelah selesai menari kera itu akan membawa tempurung menemui orang yang melihatnya. Orang ramai akan mencampakkan wang ke dalam tempurung. Bila bertemu dengan budak perempuan yang comel kera itu akan menarik baju atau memeluk pinggang gadis comel sebagai tanda persahabatan.

SBDJ Siri 40: Pemuda Menjerit Malam

Tarian kera ini pada mulanya diperkenalkan oleh orang-orang India yang datang dari Madras. Orang Melayu juga ada menjalankan pertunjukan ini dengan tujuan mencari wang.

Kalau kera itu bertuankan orang-orang India, tarian yang dipersembahkan tetap berunsurkan tarian India, kalau orang Melayu yang jadi tuannya, kera itu pandai menari joget atau inang.

Kalau kera betina akan dinamakan Minah dan kera jantan dinamakan Mulung atau Meletik.

Kata orang, tarian kera ini ada unsur-unsur sihir yang dapat menarik perhatian orang ramai serta rasa simpati untuk menghulurkan bantuan, sejauh manakah kebenaran kata-kata itu tidak dapat dipastikan oleh sesiapa pun.

Akhirnya, lelaki berbaju putih itu pun pulang. Rambutnya kelihatan kusut masai dan matanya merah serta berair. Isterinya terus bertanya:

"Mana keranya bang?"

"Ada di luar."

"Bawa masuk”, tingkah datuk sambil bangun.

Beberapa saat kemudian kera dan tuannya muncul di muka pintu. Datuk mempersilakan tuan punya kera duduk disisinya.

Setelah bercakap sebentar dengannya, datuk sudah dapat mengetahui serba sedikit tentang latar belakang tuan punya kera itu.

"Saya nak ambil sehelai bulu tengkuk kera ini”, ujar datuk.

Saya jadi hairan mendengar cakap datuk itu. Kalau hanya memerlukan sehelai bulu tengkuk kera, tidak wajar tuan punya kera itu di bawa bersama.

Suruh saja lelaki berbaju putih itu mencabut sehelai saja bulu kera tersebut. Ini lebih mudah dan tidak menyusahkan tuan punya kera.

Kadang-kadang saya jadi bodoh dengan sikap datuk. Tuan punya kera tidak membantah dengan hasrat yang disuarakan oleh datuk.

Dia pun menolak kera ke depan datuk. Dengan tenang datuk mencabut bulu kera tersebut. Isteri lelaki berbaju putih nampak resah.

"Bulu kera ini saya rendam dalam gelas kira-kira setengah jam, kemudian air diminumkan pada anak awak, dengan izin Allah setelah air diminum anak awak akan sembuh. Saya yakin anak awak ni kena sihir bulu kera dan inilah ubatnya.”

Lelaki berbaju putih dan isterinya mendengar cakap datuk dengan teliti. Tuan punya kera yang berbadan tegap itu terus melurut-Iurut badan keranya.

Dia macam buat tidak kisah dengan apa yang terjadi di depan matanya. Dia sanggup menanti di situ hingga ke pagi asalkan diberi wang.

Masa terus berlalu, semuanya menanti waktu yang di janjikan dengan dada yang berdebar.

Gadis comel itu sudah dua kali menjerit sekuat hati. Datuk masih lagi bertahan. Dia tidak akan melakukan sesuatu selagi belum sampai waktu setengah jam. Saya melihat ke gelas, tempat merendam bulu kera.

Sementara itu tuan punya kera terus bercerita tentang pengalaman manis dan pahit sepanjang waktu dia menjaja tarian kera, merantau dari satu tempat ke satu tempat.

Dia berasal dari Burma dan menetap bertahun-tahun di India sebelum datang ke Tanah Melayu.

Dia tidak menganut sebarang fahaman agama. Namanya juga sering berubah-ubah mengikut keadaan.

"Bila masuk ke pekan yang banyak orang Melayu, saya jadi Melayu, kalau masuk estate saya jadi India, kalau pergi ke tempat Cina saya jadi Cina, nama saya ada tiga, saya tidur tidak kira di mana-mana, kadang-kadang di masjid, kadang-kadang dikuil atau tokong Cina”, demikian tuan punya kera menceritakan perihal dirinya penuh bangga dalam bahasa Melayu pasar yang tonggang langgang tapi boleh difahami.

"Sekarang sudah sampai masanya”, tekanan suara nada datuk penuh yakin.

Dia lalu mengambil gelas yang berisi air dan bulu kera. Dengan sedikit paksaan datuk berjaya memaksa gadis comel itu minum air bulu kera.

"Kita tunggu setengah jam lagi, kalau dia tidak menjerit bererti anak encik sudah sembuh.

"Tetapi, kalau dia tidak sembuh atau akan maut kerana sa­kitnya ini, kera ini terpaksa disembelih, darahnya di beri pada anak encik untuk di minum”, semua yang ada disitu bertambah kecut mendengar pen­jelasan datuk. Lebih-Iebih tuan punya kera.

Lelaki berbaju putih dan isterinya mula didatangi butir-butir peluh di dahi, mereka sering kali melihat jam di dinding.

Gadis comel terbujur di atas lantai pucat lesi. Masa terus berlalu, kedinginan kian kuat terasa menyapa tubuh badan saya.

"Limat minit lagi”, kata datuk.

Isteri lelaki berbaju putih anggukkan kepala. Empat minit, tiga minit, dua minit dan akhirnya tepat setengah jam.

Gadis comel itu tidak menjerit, dia bangun dari tempat baringnya. Datuk menyuruh gadis comel itu membaca Al-Fatihah dan mengucap dua kalimah syahadah.

Gadis itu dapat melakukan segala-galanya dengan lancar dan teratur. Datuk gembira.

Tetapi, kegembiraan hanya berlaku sebentar saja. Lelaki berbaju putih dan tuan punya kera bertengkar. Tuan punya kera itu tidak patuh dengan janjinya.

"Waktu saya ajak datang tadi dia mengenakan bayaran sepuluh ringgit, sekarang dia mahu dua puluh ringgit”, keluh lelaki berbaju putih.

Isterinya pula mula membuka gelang dan kalung di leher untuk diserahkan pada tuan punya kera. Perbuatan itu segera ditegah oleh datuk.

Cepat-cepat datuk menepuk bahu tuan punya kera dan terus mengambil wang sepuluh ringgit dari lelaki berbaju putih, lalu diserahkan pada tuan punya kera yang bagaikan terkena pukau, menerima dan mendengar cakap datuk.

Datuk, saya dan tuan punya kera meninggalkan rumah lelaki berbaju putih. Bila sampai di luar kawasan balai polis, datuk terus memegang bahu tuan punya kera.

Tiba-tiba kera yang didukung oleh tuan punya menyerang datuk dengan menggigit lengan datuk. Ternyata gigi kera yang tajam itu tidak mampu menembus kulit lengan datuk.

Dalam malam yang dingin itu, saya lihat muka tuan punya kera berubah, dari wajah seorang yang agak bodoh dan tolol menjadi bengis dan garang.

Dia mengarahkan keranya menyerang dimana-mana bahagian tubuh datuk. Datuk terus bertahan.

Tiba-tiba badan saya menggeletar, bukan kerana rasa sejuk yang di bawa oleh angin subuh, tetapi, kerana kera yang saya lihat kecil itu berubah jadi besar.

Lebih tinggi dari datuk, kera itu membuka mulutnya dengan luas, kedua-dua taring yang panjang dan tajam itu menyeringai.

Datuk masih bertenang, dia mengelak bila kera itu menyerang. Tuan punya kera terus mengeluarkan arahan.

Tiba-tiba datuk berjaya menangkap ekor kera itu. Dalam beberapa saat saja kera itu kembali kepada keadaan asalnya.

Tuan punya kera pula mula me­nyerang dari sebelah kanan. Datuk mengelak setapak, kemudian memukul pangkal leher tuan punya kera hingga tersungkur.

Ketika itu, beberapa orang anggota polis yang dapat melihat keadaan di luar balai segera keluar.

Masa anggota polis itu sampai ke situ, datuk sudah pun membangunkan tuan punya kera.

Dengan nada suara yang merayu-rayu tuan punya kera minta datuk jangan mengapa-apakan dirinya.

"Awak jahat. Awak sengaja menggunakan ilmu halus awak untuk memperdayakan orang. Saya tahu, awak sengaja kenakan pada budak perempauan itu.

"Bila dia sakit awak tahu menawarnya dan awak kenakan bayaran yang tinggi, ini kerja awak”, kata datuk sambil memulas tangan tuan punya kera.

"Saya cari makan tuan.”

"Bukan cara ini awak cari makan, lagi sekali awak buat kerja ni, awak mati tahu?”, ugut datuk sambiI memeriksa badan tuan punya kera.

Datuk menemui sekeping kulit kera yang sudah kering yang dibalut dengan beberapa rajah serta tulisan Burma.

Datuk bakar kulit keras dan pembalutnya, datuk tidak peduli dengan rayuan dari tuan punya yang menyembah-nyembah kakinya.

"Awak balik”, kata datuk.

Tanpa banyak cakap tuan punya kera beredar dari situ dengan wajah yang muram.

Pada anggota polis yang berada di tempat tersebut ,datuk menasihatkan mereka supaya jangan membenarkan anak-anak perempuan mereka melihat tarian kera dalam jarak dekat, apa lagi membiarkan kera memanjat atau memeluk badan anak-anak mereka.

"Tarian tu selalu digunakan oleh tuan punya menyerapkan semangat kera. Tetapi, tidak semua pula tuan punya tarian kera berperangai begitu.

"Kita harus berjaga-jaga. Tarian itu ada unsur-unsur pemujaan roh ghaib”, datuk membuka rahsia di sebalik tarian kera.

Kemudian kami terus ke masjid. Tidak lama lepas itu waktu subuh sudah tiba, kami pun bersem­bahyang subuh dengan orang-orang yang datang ke masjid tersebut.

Kerana memikirkan saya dan datuk orang musafir yang menumpang tidur di masjid, tidak banyak yang mahu bercakap dengan kami, walaupun kami bersikap ramah pada mereka.

Mereka datang ke masjid hanya untuk sembahyang saja dan melupakan ajaran agama yang menyuruh pengikutnya menjalin persahabatan dan kemesraan dengan orang yang seagama dengan mereka.

Lebih kurang pukul lapan pagi kami pun keluar dari masjid menuju ke kedai tempat kami makan malam tadi.

Sepanjang jalan ke kedai datuk terus merungut kerana dia tidak melakukan kebiasaannya mandi embun.

Kedatangan kami di sambut oleh tuan punya kedai makan ramah sekali malah, dia turut makan semeja dengan kami. Banyak perkara yang ditanyakannya pada datuk.

Saya kira tuan punya kedai itu seorang yang bijak kerana sambil bercakap itu dia sebenarnya mengemukakan pertanyaan yang tidak begitu ketara terhadap diri datuk.

Secara tidak langsung datuk sendiri membuka rahsia tujuan sebenarnya mahu mengubati lelaki yang dikatakan mengidap penyakit aneh itu.

"Sebenarnya, lelaki tu ada hubungan keluarga dengan saya. Tetapi, saya tidak begitu yakin berubat cara tradisional ni“, kata tuan punya kedai sambil menghirup air kopi.

Datuk pandang muka saya seolah-olah datuk memberitahu bahawa, dirinya terperangkap dalam kemanisan budi dan tutur bicara tuan punya kedai.

"Kenapa awak tidak berterus terang dengan saya sejak semalam?”, datuk melahirkan rasa kurang senangnya.

Tuan punya kedai terdiam. Datuk hirup kopi dengan tenang. Beberapa orang pelanggan terus keluar dan masuk.

"Minta maaf, kalau saya katakan kebanyakan orang-orang kita ni terutama yang mendakwa dirinya bomoh dan pawang, selalunya cari kesempatan, kebolehan tidak setinggi mana cakap saja yang melambung”, tuan punya kedai meluahkan apa yang tersirat dalam hatinya.

Datuk tersenyum sambil menjentik badan cawan dengan jari manisnya. Tuan punya kedai menyepitkan sebatang rokok cap tembak (Rough Rider) ke bibirnya.

Hujung rokok itu di bakarnya dan disedutnya panjang-panjang. Asap rokok yang diluahkannya berlegar-Iegar dalam ruang kedai sebelum hilang di bawa angin pergi.

"Hubungan keluarga macam mana tu?", datuk menyoal tuan punya kedai sambil menghabiskan sisa-sisa kopi yang ada di dalam cawan.

"Pangkat dua pupu dengan saya.”

"Awak kenal dengan Kiai Muslih?"

"Kenal tu tidak, saya cuma kenal pada namanya saja. Kiai itu juga pemah mengubatnya. Tapi, tidak juga mahu sembuh.”

"Apa pendapat awak tentangnya?"

"Dia tu saya rasa jujur orangnya.”

"Awak tahu dia dah meninggal?"

"Saya tak tahu, bila dia meninggal?", tuan punya kedai terkejut.

Datuk terus menerangkan pada tuan punya tentang kedudukan yang sebenarnya.

Wajah tuan punya kedai kelihatan cemas sedikit, bila datuk menyatakan kedatangannya ke situ adalah untuk menunaikan amanat Kiai Muslih.

"Kita sekadar mahu menunaikan permintaan kawan, itu pun kalau kaum keluarga si pemuda tu setuju.

"Kita sekadar mahu menolong dan kita bukannya pawang atau dukun. Kita tidak mencari makan atas nama pawang atau bomoh”, cukup tentang datuk berkata.

Tuan punya kedai terdiam. Datuk pun bangun untuk membayar harga makanan serta bersedia mahu meninggalkan kedai tersebut.

"Nanti dulu, maafkan saya kalau tersinggung.”

"Saya tak tersinggung, itu hak awak.”

"Saya tahu itu hak saya tapi, perbuatan itu kurang baik. Lagi sekali saya minta maaf. Sebab zaman sekarang, banyak orang menyamar jadi bomoh.”

"Selalunya yang asli tetap asli, jarang mahu menunjuk kebolehan.”

"Saya setuju."

Bila datuk mahu membayar harga minuman dan makanan, tuan kedai itu tidak menerimanya.

Malah tuan punya kedai itu membawa saya dan datuk ke sebuah bilik khas di bahagian belakang kedainya.

Tuan punya kedai itu memberitahu pada datuk yang saudaranya (Ielaki berpenyakit ganjil) berusia lebih kurang tiga puluh lapan tahun. Tidak suka menerima tetamu datang ke rumah walaupun ibubapanya.

“Hati-hatilah awak bila ke sana. Banyak orang yang cuba mengubati dikejar dengan parang panjang, kecuali Kiai Muslih”, tuan punya kedai mengingatkan datuk.

"Aneh juga perangainya”, balas datuk.

"Dia bukan sakit tapi kemasukan syaitan.”

"Barangkali”, jawab datuk pendek.

Datuk terus memberitahu tuan punya kedai yang dirinya tidak dapat pergi dengan segera ke rumah lelaki aneh itu.

Paling cepat dua hari lagi. Datuk perlu membuat beberapa persiapan tertentu. Dan datuk tetap memilih masjid sebagai tempat menginap sementara menanti masa yang di tunggu itu tiba.

Sejak menginap di masjid datuk terus menjalin persahabatan dengan anggota-anggota polis disitu.

Dan datuk sudah pun mendapat kebenaran untuk berjalan pada setiap subuh di kawasan pinggir pekan Tanjung Malim yang terdapat pokok-pokok tumbuhan.

Sebelum pergi ke tempat tersebut datuk dikehendaki melaporkan diri kepada pihak berkuasa di balai polis, walaupun tujuan datuk pergi ke kawasan hutan tersebut untuk mandi embun.

Tarikh yang dijanjikan pun tiba. Datuk dijemput oleh tuan punya kedai dengan kereta menuju ke kawasan perkampungan Melayu yang terletak ke selatan bandar Tanjung Malim.

Bila sampai ke kawasan tersebut datuk pun diperkenalkan dengan kaum kerabat pemuda yang malang itu.

Saya dengan datuk sampai di kampung tersebut pada sebelah pagi dan pada sebelah petangnya saya dan datuk sudahpun mengetahui kedudukan rumah batu tempat pemuda aneh itu tinggaI.

Kawasan sekeliling rumah batu itu ditumbuhi pohon-pohon besar. Halaman rumahnya lapang dengan pokok-pokok bunga raya. Dibelakang rumah terdapat kolam besar.

Petang itu juga datuk menghampiri rumah batu tersebut. Dari jauh lagi pemuda ganjil melambai-Iambaikan tangan pada datuk. Datuk terus masuk ke kawasan rumah tersebut. Pemuda ganjil mendekatinya.

"Apa hajat kemari?" tanya pemuda ganjil.

Wajahnya cengkung. Matanya merah, misai dan janggut serta jambang tumbuh liar di wajahnya. Datuk cuba tersenyum kepadanya.

"Saya nak memancing ikan”, datuk berbohong.

"Pergilah ke tempat lain. Kawasan ni kawasan saya dan tuan puteri”, ujarnya serius.

"Minta maaf, saya tak tahu”, kata datuk.

Pemuda ganjil itu tersenyum dan terus menghalau datuk dari kawasan rumahnya dengan maki hamun.

Datuk terus menemui ke dua orang tua lelaki ganjil itu. Datuk memberitahu mereka segala usaha akan diikhtiarkan pada waktu malam hari Selasa ketika bulan mengambang.

Sebelum usaha itu dilancarkan, datuk perlu mengetahui gerak-gerinya. Datuk merasa senang hati kerana kedua orang tua lelaki ganjil itu sanggup membantu datuk.

Sementara menanti musim bulan mengambang, saya dan datuk perlu tinggal di kampung tersebut selama dua hari lagi.

"Malam ni tiga belas Syaaban, malam esok empat belas dan malam lusa baru lima belas”, kata datuk pada saya sambil menggigit ibu jarinya.

Saya anggukkan kepala dengan harapan datuk akan terus duduk di tebing sungai itu.

Saya sudah tidak sanggup lagi untuk berjalan di kawasan yang penuh semak samun itu.

Selain dari itu, hati saya sentiasa bimbang dan cemas. Manalah tahu, tiba-tiba pemuda yang tinggal di rumah batu akan keluar membawa parang untuk memotong leher saya dan datuk. Dan bermacam-macam perkara bermain dalam kepala saya.

"Memang elok, malam Jumaat”, tambah datuk lagi sambil merenung ke arah rumah batu yang sudah jauh tertinggal di belakang.

Saya terus menggigit bibir sambiI merenung ke langit. Saya lihat awan petang itu cukup bersih.

Datuk berhenti melangkah. Dengan teliti dia meletakkan punggungnya atas batu besar yang terdampar di bibir Sungai Bernam.

Tidak jauh dari batu besar itu terdapat sepohon pokok ara yang akarnya terjuntai ke dalam air sungai. Perdu pokok ara itu cukup besar, kira-kira dua pemeluk.

Air Sungai Bernam yang mengalir itu seakan-akan berpusing-pusing di bahagian akar pokok ara itu sebelum mengalir ke selatan.

Kerana air Sungai Bernam yang mengalir itu cukup jernih, pasir dan batu-batu yang terdapat di dasarnya boleh dilihat dengan jelas.

Datuk saya lihat merenung air sungai yang seakan-akan berpusing berhampiran dengan akar ara yang terjuntai itu.

Datuk macam mencari sesuatu. Dahinya saya lihat berkedut bersama bintit-bintit peluh yang tumbuh di kiri kanan pipinya.

Saya merasa hairan dan takjub dengan sikap datuk yang tiba-tiba berubah itu.

"Kita harus mencari akar-akar kayu, pucuk-pucuk kayu dan batu-batu yang terdapat dalam sungai ni Tamar”, ujar datuk sambil merenung muka saya.

Macam ada sesuatu yang timbul dalam diri saya untuk menentang apa yang datuk cakapkan.

Apa perlunya batu dan akar kayu itu? Apakah datuk tidak tahu hari sudah petang? Apakah dia tidak terfikir pemuda yang berada di rumah batu itu akan sampai ke tempat saya dan datuk duduk sekarang? Saya mengeluh dalam hati.

"Semuanya ada guna untuk kita Tamar. Aku tahu apa yang kau fikirkan dan kau jangan cuba membantah cakap aku.”

Mendengar suara datuk itu, muka saya segera berubah. Saya malu pada diri saya sendiri. Datuk sudah tahu apa yang tersirat dalam hati saya. Datuk renung muka saya sebentar.

Kemudian dengan tenang datuk Iipatkan kedua belah kaki seluarnya hingga separas kepala lutut.

Datuk terus turun ke dalam sungai. Meranduk air sungai dengan tenang sambil membongkokkan badan mengutip batu-batu yang berada betul-betul di tengah sungai.

Kebanyakan batu yang dikutip itu berbentuk leper dan bersegi tiga. Datuk masukkan batu-batu itu ke dalam saku bajunya.

Jumlah batu yang dikutip oleh datuk lebih kurang tiga puluh tiga biji. Datuk memanjat tebing sungai dan terus menghampiri saya.

"Mari kita ke sana”, ujar datuk sambil menuding jarinya ke arah matahari terbit.

Saya pun segera bangun dan mengeliat dua tiga kali. Datuk terus langkah. Saya tidak ada pilihan lain dan terpaksa mengikutnya saja.

Matahari petang kian condong, bebayang pokok memanjang di tanah. Awan saya lihat tetap berarak tenang.

Kami masuk ke kawasan hutan kecil yang bersambung dengan kaki sebuah bukit. Pokok-pokok yang tumbuh di kaki bukit itu agak subur.

Dengan menggunakan tangannya datuk pun mematahkan beberapa dahan kayu yang berdaun lebat.

Kami kian jauh mara ke dalam hutan dipinggir bukit itu, matahari kian mengecil membuat suasana di sekitar kawasan tersebut agak muram.

Dan datuk dengan menggunakan kekuatannya berjaya mencabut beberapa akar kayu hutan.

"Balik”, kata datuk.

Kepalang gembiranya hati saya mendengar cakap datuk itu. Kami berpatah balik menuju ke tebing sungai, tempat kami mula bergerak tadi.

Sebaik saja sampai di bawah pokok ara tempat saya dan datuk duduk tadi, terdapat kesan-kesan darah pada akar pokok tersebut. Datuk melihat kesan darah itu dengan teliti.

"Darah apa agaknya?", rungut datuk sambil merenung muka saya.

Cepat-cepat saya gelengkan kepala. Ketika itu saya lihat di kaki langit, cahaya merah dan kekuningan mula bangkit, menandakan tidak lama lagi waktu Maghrib akan tiba.

Tanpa banyak cakap, datuk pun menutup kesan darah di akar kayu ara dengan daun kering.

Tiba-tiba saya Iihat wajah datuk berubah. Ekor matanya menjeling tajam ke kiri dan ke kanan, macam kucing mengamati langkah mangsanya.

Saya segera menggigit bibir, bila melihat ada titisan darah jatuh dari dahan pokok ara. Darah itu menitik atas lengan datuk dan mengalir perlahan-Iahan menuju ke hujung jarinya.

"Ambilkan daun keladi dan sapukan darah di lengan ini”, kata datuk.

Saya pun segera mematuhi perintahnya. Sebaik saja darah di lengan itu saya sapukan dengan daun keladi, datuk pun mengambil daun keladi dari saya lalu diletakkan atas tanah dengan keadaan yang terlentang.

Macam kilat datuk melompat lalu membuka silat langkah pertama sambil melepaskan buah silat kiri dan kanan.

Pergerakan datuk cukup cepat dan tangkas. Bila datuk mematikan langkahnya, saya lihat daun keladi yang diletakkan dalam keadaan terlentang hancur.

Akhirnya datuk dongakkan kepala dan sepasang matanya merenung tajam ke arah salah satu dahan ara.

Urat-urat di mata datuk kelihatan seakan-akan timbul dan berwarna merah. Dari kedua-dua belah bibir matanya, saya lihat keluar asap yang nipis macam kabus.

Dahi datuk berpeluh begitu juga kulit pipinya, dagu datuk bergerak-gerak. Datuk terus menenung dahan ara itu. Tiba-tiba dahan yang ditenungnya patah dan jatuh ke bumi.

"Selesai”, kata datuk lalu menarik tangan saya ke arah kesan kena bakar.

Daun yang terdapat di dahan itu semuanya layu dan kecut.

Datuk tidak menceritakan apa-apa pun berhubung dengan dahan yang patah dan darah yang menitis pada lengannya. Kami pun meninggalkan kawasan tersebut.

Hari sudah beransur gelap. Kerana kami ditempatkan di sebuah rumah khas oleh keluarga pemuda ganjil itu membuat saya dan datuk terasa agak selesa dan bebas bergerak.

Malam itu, datuk membuat keputusan yang amat menakjubkan. Dia mahu meninjau keadaan kawasan sekitar rumah batu. Dia mahu melihat apa yang dilakukan oleh pemuda itu ketika bulan menggambang.

"Siapkan keris kecil untuk aku”, datuk mengeluarkan perintah.

Sebaik saja dia selesai menunaikan sembahyang Isyak, saya segera mengeluarkan keris kecil dari tempatnya dan terus menyerahkan pada datuk.

Datuk gulung keris itu dengan kain hitam dan terus diselitkan ke pinggangnya.

Sebelum meninggalkan rumah khas tempat kami menginap, datuk terlebih dahulu duduk bersila di muka pintu sambil membaca sesuatu.

Saya di suruhnya melihat bulan di langit. Saya berdiri dimuka tingkap melihat langit dan awan. Datuk terus bertafakur, kepalanya sudahpun dililit dengan kain merah.

"Malam ni baru 13 Syaaban, bulan tidak begitu besar”, ujar datuk sambil menepuk lantai tiga kali.

Dia terus mundar-mandir di ruang rumah. Saya biarkan datuk dengan keadaannya. Saya tidak mahu campur dalam urusannya.

Saya tersenyum, di langit bulan mula timbul, awan nipis yang melitupinya mula bergerak, terpisah dengan bulan yang sebesar buah kelapa sulung itu. Datuk segera menghampiri dan berdiri dekat muka tingkap. Wajahnya kelihatan berseri-seri.

"Malam ni mulakan dulu”, kata datuk.

"Terlalu cepat datuk bertindak?"

"Apa salahnya, menguji dulu sebelum masuk gelanggang.”

"Saya takut kerja datuk jadi kerja yang sia-sia?"

"Kita sekadar mencuba”, jawab datuk.

Tiba-tiba datuk dan saya terdengar lolongan anjing sayup-sayup. Bulan di langit kian menyerlah. Awan kian bersih dan bergerak-gerak perlahan-Iahan mengikut arah angin.

Suara lolongan anjing kian kuat dan menyeramkan. Pokok-pokok sekitar kawasan rumah tempat kami menginap mula bergerak-gerak disentuh angin.

"Aku dengar bunyi suara orang menjerit”, bisik datuk ke telinga saya.

Dan datuk menyuruh saya mengamati arah mana suara orang menjerit itu datang. Saya pun pasang telinga dengan teliti. Dada saya mulai berdebar.

"Dari arah rumah batu tok.”

"Aku rasa pun begitu juga.”

"Apa yang patut kita buat tok?"

"Kita pergi kesana, meninjau.”

Saya menarik nafas panjang bila mendengar cakap datuk itu. Suara lolongan anjing kian kuat, angin juga mula bertiup agak kencang.

Saya merasa hairan, kenapa hal itu terjadi dengan mendadak. Bila dilihat keadaan hari, memang tidak wajar angin boleh bertiup begitu kencang.

Suara orang menjerit kian galak, bersambung-sambung dalam lolongan yang memanjang.

Datuk menyuruh saya turun dahulu. Dia mahu mengunci daun pintu. Saya terus turun. Bila kaki saya memijak bumi, dada saya terasa berdebar-debar.

Dalam keadaan yang resah itu, sebiji pisang muda macam dibaling orang tertentu mengenai dahi saya.

Pandangan saya jadi berpinar-pinar. Badan saya terhuyung-hayang. Dalam keadaan yang tidak keruan itu datuk terus memeluk saya.

Datuk dudukkan saya atas anak tangga. Dengan perlahan-lahan datuk menepuk dahi saya tiga kali berturut-turut.

Pandangan saya kembali normal dan badan saya tidak lagi terhuyung-hayang.

Tamat siri 40/284

BACA: SBDJ Siri 39: Dendam Orang Sabar
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, April 11, 2019

Putus Tunang Akibat Jahil Solat Istikharah

Putus Tunang Akibat Jahil Solat Istikharah

"Gadis putus tunang nampak wanita lain dalam mimpi istikharah." Aku baca tajuk berita dalam group whatsapp. Kebetulan kawanku di sebelah terdengarnya. Dia lantas berkata, "Itulah akibatnya bila orang jahil kononnya tiba-tiba jadi bijaksana setelah istikharah. Dia rasa itulah petunjuk dari Allah. Sedangkan dia terbelit hasutan syaitan."

Ujian Bertunang

Dia mengeluh. "Apa maksud kau? Macam buku sastera SPM pula ayat kau." Aku tanya sambil membalas mesej-mesej di whatsappku.

"Boleh tak kau berhenti whatsapp sekejap?" Kawan suruh. "Okay. Okay." Aku berhenti balas.

"Tengok. Kau boleh saja berhenti balas mesej para gadis di whatsapp tanpa perlu lakukan istikharah. Sebab kau tahu tiada manfaatnya kau balas ataupun tidak. Tiada beza. Tiada apa yang berubah.

"Para gadis tu takkan jadi isteri kau selagi kau tak lamar dan meminang mereka dari wali mereka pun. Betul tak?

"Ayat manis, ayat janji, ayat nak nikah semuanya kosong tanpa kesungguhan dan tekad serta keizinan dari Allah." Kawan beranalogi.

Aku terpanah petir sekejap. "Ya, engkau bagus. Aku tak bagus." Aku buat muka merajuk.

Kawan menyambung. "Baiklah, aku nak kau tahu, ada athar yang berbunyi, 'Tidak akan kecewa orang yang melakukan istikharah dan tidak akan menyesal orang yang bermesyuarat dengan orang lain...'

Maksudnya, tidak ada masalah nak buat istikharah. Buatlah kalau nak. Solatnya pun mudah. Solat sunat dua rakaat dengan niat solat sunat istikharah kerana Allah Ta'ala. Afdhal dilakukan di sebelah malam sebab Allah 'turun' ke langit dunia di sepertiga malam.

Namun, boleh juga dilakukan di masa-masa yang lain ikut kesesuaian. Istikharah tu bagus. Tapi, orang yang beristikharah itu yang kurang bagus etikanya.

Kau tahu tak kesilapan yang mereka lakukan bila beristikharah?" Aku geleng kepala. "Dengar ni, antara kesilapannya adalah;

1. Istikharah nak pilih pasangan misalnya, dalam keadaan kau dah rasa sayang kepada pasangannya tu. Kalau dah sayang, masuk meminang saja.

Yakin dan jangan was-was lagi. Kalau ada dua pilihan, hati dah tahu sayang lebih pada siapa. Pilih yang kau sayang lebih tu lah. Tapi yang terbaik pilih ikut anjuran agama.

Kadangkala apa yang kita suka tu tak semestinya baik pada kita. Rujuk surah Al-Baqarah ayat 216. Terus terang saja pada calon-calon segala keputusan tanpa simpati.

2. Istikharah dan tidur. Malam tu mimpi, keluar muka orang lain. Terus buat keputusan terburu-buru. Contoh macam kes dah tunang, nak putus tunang. Eh, mana lagi utama? Mimpi atau rasional.

Rasionalnya kau akan malukan kedua-dua keluarga terutama keluarga perempuan. Kau nak pilih yang kabur atau yang jelas?

Tunang kau jelas di mata, sedangkan bayangan dalam mimpi tu kabur, tiada ikatan dengan kau pun. Jangan tertipu. Itu mainan syaitan.

Lainlah kalau kau dah istikharah 3-4 bulan lamanya, jawapan tetap sama. Ni kau istikharah sehari dua. Orang lain waras, kau yang gila.

3. Istikharah dalam masa pendek, kemudian hati berubah. Kau anggap itulah petunjuk dari Allah. Ini salah. Sebab hati sifatnya berbolak-balik ikut mood. Itu namanya ikut hati. Bukan ikut jawapan Allah.

4. Istikharah kemudian tidak bawa berbincang dengan orang lain. Contohnya, kau istikharah sekian-sekian lepas tu dapat keputusan kau terus buat keputusan.

Nanti dulu. Tanyalah pendapat ibu-bapa. Tanya pendapat alim ulama. Tanya pendapat kawan boleh percaya.

Apakah alasan kukuh untuk tolak dan terima? Adakah tolak sebab orang itu tak baik? Atau terima sebab orang itu cantik dan kacak semata? Atau kerana agamanya?

Ibnu Hajj Al-Maaliki sebut dalam kitab Al-Madkhal, Nabi SAW menyuruh kita beristikharah, berbincang minta pendapat orang lain dan bukan bergantung pada mimpi.

5. Istikharah tapi solat fardhu kau abaikan. Sah-sah istikharah kau tu tak berhasil. Sebab kau pentingkan yang sunat dari yang wajib. Allah marah tau tak? Kalau Dia murka, mana Dia nak beri petunjuk pada kau?

6. Istikharah dalam keadaan kau buat maksiat. Puasalah maksiat kalau nak Allah reda. Ikhtiar, usaha dan berfikir dengan waras adalah lebih utama. Allah bagi kita pilihan berusaha sungguh-sungguh.

Istikharah ibarat penyedap dalam makanan saja. Nasi dah ada lauk ayam masak berempah, tambah daging bakar dan budu jadi makin sedap. Faham tak?

Aku siap meniarap dengar kawanku bagi huraian. Sambil komen, "Panjangnya."

Oh. Pendek kata, yang wajib adalah usaha sungguh-sungguh dan yakin. Jangan banyak sangat pilih orang itu dan ini. Tetapkan pada satu hati. Yakinkan ibubapa dengan satu pilihan itu.

Istikharah cuma sunat. Doa berterusan Allah permudahkan segala urusan kita dunia dan akhirat itu lebih utama.

Baca Al-Quran sentiasa supaya hati tak was-was diganggu syaitan. Jangan jadikan yang sunat itu wajib.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: votalist

Pokok Rhu, Potensi Tanaman Kayu Ini Sebagai Bisnes Lumayan

Pokok Rhu, Potensi Tanaman Kayu Ini Sebagai Bisnes Lumayan

Pokok Ru juga dipanggil sebagai Pokok Rhu, Rhu Laut, Aru (Malaysia), Ku; Son thala (Thai), ai samara; aru; cemara; eru (Indonesia), beach she-oak; casuarina, sea oaks (English), phi laong ; duong (Vietnam), jangli saru; jungli (Hindi) dan sebagainya, adalah sejenis tumbuhan dari keluarga Casuarinaceae yang banyak terdapat di kawasan pantai di Malaysia.

Manfaat Pokok Rhu

Kita mudah mengenali pokok ini kerana ia ditanam di kawasan pantai, tepi jalan dan juga didalam kawasan taman bunga sebagai pokok hiasan, penghadang angin (wind breaker) dan tumbuh subur di kawasan tropika.

Spesies Pokok Rhu

Ada dua spesies pokok Ru jenis tropika iaitu, Casuarina equisetifolia subspecies equisetifolia dan satu lagi adalah Casuarina equisetifolia subspecies incana.

Jenis pertama yang banyak dinegara kita adalah pokok ru bersaiz besar (mencecah ketinggian sehingga 35 meter) sementara jenis kedua adalah bersaiz kecil sedikit dengan ketinggian sekitar 12 meter sahaja.

Kayu Keras

Biji Pokok Rhu
Biji Pokok Rhu.

Kayu pokok Ru merupakan jenis kayu keras dan sesuai untuk digunakan untuk pelbagai tujuan yang berasaskan kayu keras, terutamanya dalam pembinaan rumah papan sebagai beruti, tiang dan dinding.

Pokok Ru mempunyai daun yang keras seperti jarum yang tajam (pine-needle- like leaves). Daun Ru berwarna hijau dan amat tahan dalam banyak keadaan sama ada air masin, hujan lebat dan tiupan angin serta musim kemarau.

Paling unik mengenai pokok Ru adalah buahnya yang berbentuk kon seperti jenis pokok conifers.

Pokok ini mempunyai banyak dahan yang kukuh dan tidak mudah patah walaupun berlaku tiupan angin kencang terutamanya jika ditanam di tepi pantai.

Akar tunjang yang jauh masuk ke dalam tanah juga mampu menahan pokok daripada tumbang dan kehebatannya dalam mengawal hakisan pantai.

Menanam Pokok Ru

Biji Pokok Rhu Matang
Biji Pokok Rhu Matang.

Pokok Ru mudah ditanam daripada biji benih yang disemai didalam tapak semaian atau didalam polibeg.

Biji Ru yang jatuh ke dalam air laut masin juga mempunyai ketahanan sehingga 5 tahun terapung dan apabila sampai dipantai, ianya boleh tumbuh sendiri.

Jarak penanaman pokok Ru yang disyorkan di Malaysia adalah pada jarak 3mx3m (padat) atau 4mx4m (sesuai).

Kadar pertumbuhan pokok Ru adalah cepat dimana ia mencecah ketinggian 3 meter (10 kaki) dalam masa setahun dan setinggi 7-8 meter (25 kaki) selepas 4 tahun dengan garis pusat batang sebesar 13-17 cm (5-7 inci).

Pokok Ru cepat matang dimana ia akan berbunga sepanjang tahun dan buah akan matang 18-20 minggu selepas proses 'Anthesis'.

Dalam beberapa percubaan penanaman pokok Ru secara komersil, hasil kajian mendapati pokok Ru sesuai ditebang untuk dijadikan produk kayu (timber) dalam masa 7-15 tahun selepas ditanam.

Hasil kayuan sebanyak 37,000 - 74,000 kg (40-80 metrik tan) kayu dihasilkan dari kawasan seluas satu hektar.

Kegunaan Pokok Ru

Kayu Ru sangat sesuai dijadikan beruti, dinding, tiang rumah dan kegunaan industri perabot bagaimanapun, Ru kurang sesuai untuk tujuan kraftangan berasaskan ukiran kerana kualiti kayunya yang keras, namun sangat baik untuk perusahaan yang memerlukan kayu keras.

Kayu pokok Ru juga merupakan bahan bakar terutamanya sebagai arang yang baik kerana kurang mengeluarkan asap dan amat tahan lama dibakar selain bahang panas yang tinggi.

Pendapatan Lumayan Tanam Pokok Ru

Jadi, jika anda berhasrat untuk membina rumah papan tanpa perlu berbelanja besar untuk membeli bahan yang sangat mahal, menanam beberapa batang pokok Ru dari sekarang adalah langkah paling bijak.

Jika anda memiliki kebun sendiri, 10-20 pokok Ru sudah memadai untuk keperluan 10-20 tahun akan datang terutamanya untuk kegunaan anak cucu.

Malah, dengan harga kayu sebagai papan dan beruti yang sangat mahal juga menjadikan potensi tanaman pokok Ru sebagai pendapatan lumayan jika ditanam dalam skala yang banyak.

Benarkah Pokok Gharqad Adalah Rhu?

Ramai yang keliru tentang bagaimanakah rupanya pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok krismas, pokok rhu dan ada juga yang menyatakan bahawa ia adalah pokok kaktus dan sebagainya.

Pokok Gharqad yang bakal digunakan oleh puak Yahudi untuk bersembunyi nanti, bukanlah di bawah pokok saka yang ketinggiannya boleh mencapai sehingga 30 kaki tetapi di dalam rimbunan anak-anak pokok di bawah 7 kaki yang penuh duri.

Foto yang dipapar berikut, diharap dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad.

Pokok Gharqad
African Boxthorn atau pokok Gharqad.

Pokok Gharqad dengan nama saintifiknya ‘Nitraria retusa’ dan sebahagian berpendapat ianya pokok ‘African Boxthorn’ dari keluarga ‘Solanaceae’ adalah sejenis pokok berduri dan mempunyai dahan yang berjalin-jalin.

Daunnya berwarna hijau muda. Bunganya kecil dan berwarna putih dengan tompok-tompok ungu.

Dikategorikan sebagai beracun dan buahnya seperti buah tomato, tetapi kecil dan hanya berdiameter 1cm.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM