Monday, March 26, 2018

Siti Nurhaliza Artis Pertama Ada Aplikasi Sendiri

Siti Nurhaliza Artis Pertama Ada Aplikasi Sendiri

Siti Nurhaliza mencipta sejarah apabila menjadi selebriti tempatan pertama yang mempunyai aplikasi sendiri di telefon pintar, melancarkan aplikasi itu selepas selamat melahirkan anak pertamanya, Siti Aafiyah binti Khalid, yang dikongsi menerusi status di Instagramnya.

Siti Nurhaliza Artis Pertama Ada Aplikasi Sendiri

Siti berkata, aplikasi #Sitinurhalizaofficialapp itu menggabungkan semua platform rasmi media sosial miliknya termasuk gambar dan video eksklusif.

Peminat Siti boleh memuat turun aplikasi tersebut dalam tempoh 24 jam menerusi Google Playstore dan Apple App Store.

Assalamualaikum semua.

Hari ini saya melancarkan Siti Nurhaliza Official App bagi menggabungkan semua platform rasmi media sosial saya dan juga gambar-gambar serta video-video eksklusif saya di dalam satu aplikasi sahaja.

Dalam tempoh 24 jam bermula sekarang, ada exclusive content untuk anda di aplikasi saya ini.

Anda boleh download Siti Nurhaliza Official App di Google Playstore dan Apple App Store.

Anda akan mendapat 3000 Stars percuma untuk purchase exclusive content. 3. Sebagai peringatan, bahan-bahan yang terdapat di dalam aplikasi ini mempunyai watermark logo Selklik dan juga alamat emel pengguna (anda). Jika ada di antara anda yang berkongsi content dari Siti Nurhaliza Official App, pihak Selklik akan mengambil tindakan terhadap anda dan ini menyalahi peraturan yang ditetapkan.

Jika anda download aplikasi ini, exclusive content saya menjadi exclusive content simpanan anda juga. Boleh baca lanjut tentang aplikasi ini setelah anda download nanti.

Apa tunggu lagi, download sekarang ya. Terima kasih. #selklikmy #sitinurhalizaofficialapp #SNOA #CTapp - #regrann

Menariknya, peminat yang memuat turun aplikasi ini akan mendapat 3,000 'stars' percuma untuk pembelian bahan kandungan eksklusif.

Bagi memastikan kandungan eksklusif itu tidak disalah guna, Siti menggunakan 'watermark' logo Selklik dan alamat emel pengguna di mana tindakan boleh diambil terhadap pengguna.

Sebarang informasi lanjut mengenai aplikasi itu akan diperolehi selepas anda muat turun Siti Nurhaliza Official App.

Siti Aafiyah bayi paling popular saat ini

Siti Nurhaliza Artis Pertama Ada Aplikasi Sendiri

Sementara itu, Siti Nurhaliza dan suami Khalid Mohamad Jiwa, yang telah mengadakan majlis majlis tahnik, cukur jambul dan aqiqah sekali gus mengumumkan nama puteri mereka, Siti Aafiyah binti Khalid, nama cukup indah yang diberi membawa maksud segala yang baik-baik.

Siti dalam temu bual berkata, dia meletakkan harapan besar untuk melihat anak perempuannya membesar sebagai kanak-kanak biasa.

Bahkan, pelantun lagu Jaga Dia Untukku mengakui tidak mahu terlalu mendedahkan puterinya itu dalam dunia selebriti.

“Saya sedar dia sangat popular sekarang ini (ketawa) tapi, saya tak boleh nak buat apa dah sebab dia dilahirkan sebagai anak penyanyi.

“Secara tak langsung, dia pasti terkena tempiasnya. Namun, saya dan suami juga impikan anak kami membesar seperti kanak-kanak biasa,” katanya.

Lantaran itu, Siti Nurhaliza mengakui belum terfikir untuk mewujudkan akaun IG, Siti Aafiyah.

Katanya, buat masa ini, wajah dan apa sahaja yang membabitkan anaknya akan dikongsikan di laman IG miliknya.

“Saya tahu dah banyak akaun IG palsu yang menggunakan pelbagai nama bagi mewakili anak saya.

“Tapi, untuk akaun IG rasmi, sebetulnya saya tak terfikir lagi. Lagi pula, saya ingin lihat dia membesar seperti orang biasa.

“Jadi, dalam perkara ini, saya harap peminat faham. Apa saja perkara yang saya umumkan barulah ia sahih. Kalau ada pun nanti, ia daripada saya sendiri,” katanya.

Malah, pelantun lagu Kesilapanku, Keegoanmu ini juga menyerahkan kepada keputusan suaminya berhubung soal rezeki mahupun tawaran untuk anaknya, pada masa depan.

“Sekiranya dia ada rezeki dapat tawaran daripada mana-mana pihak, saya serahkan keputusan kepada suami.

“Tak kiralah, apa saja berkaitan anak memang saya dan suami kena berbincang dahulu. Kalau suami kata tak perlu, saya ikut,” akhirinya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

5 Cara Merawat Lemah Tenaga Batin Secara Semulajadi

5 Cara Merawat Lemah Tenaga Batin Secara Semulajadi

Kegagalan ereksi atau "Erectile Dysfunction" adalah antara masalah yang menyebabkan kerisauan yang tinggi dalam diri para lelaki, bukanlah masalah baru dikalangan lelaki yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya masalah kesihatan, ketidakstabilan emosi atau masalah perhubungan, ubat-ubatan, pengambilan alkohol dan dadah, serta merokok.

Terdapat pelbagai cara untuk merawat masalah ini termasuklah ubatan dan pembedahan, tetapi masih ada rawatan yang tidak sampai ke tahap pembedahan, yang boleh membantu masalah ini.

Satu kajian daripada saintis Australia yang diterbitkan pada May 2014 dalam The Journal of Sexual Medicine menemui bahawa sesetengah lelaki boleh membantu merawat masalah ini dengan mengubah gaya hidup.

Kajian itu juga mencadangkan walaupun mereka yang mengalami masalah ini memerlukan ubatan, ia akan menjadi lebih efektif jika mereka melaksanakan perubahan pada hidup mereka.

Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda cara untuk merawat masalah lelaki ini dengan mengubah gaya hidup seharian.

1. Kurangkan pengambilan gula

5 Cara Merawat Lemah Tenaga Batin Secara Semulajadi

Selepas anda makan atau minum minuman bergula, ia akan mengurangkan tahap testosteron dalam badan kerana gula menyebabkan pertambahan kadar insulin dalam badan dan merupakan faktor yang menyebabkan kurangnya testosterone.

Menurut USDA , purata pengambilan gula yang diperlukan oleh lelaki adalah sebanyak 9 sudu kecil sehari.

Pengambilan gula seharian mempengaruhi masalah ini, jadi kurangkanlah pengambilan mengikut apa yang disyorkan.

2. Kawal tekanan

5 Cara Merawat Lemah Tenaga Batin Secara Semulajadi

Dalam hidup yang serba mencabar ini, tekanan daripada kerja atau perhubungan sukar dielakkan. Namun, anda perlu bijak mengawal tekanan.

Tekanan pada diri akan menyebabkan badan anda merembeskan hormon kortisol yang menghalang keberkesanan testosteron.

Jadi, jika kehidupan seharian anda menyebabkan anda terlalu tertekan, mungkin sudah sampai masanya anda membuat sedikit perubahan dalam hidup anda.

3. Makan diet seimbang

5 Cara Merawat Lemah Tenaga Batin Secara Semulajadi

Menurut Dr. Zachary, masalah ini juga boleh berpunca daripada diet yang tidak seimbang. Risiko untuk mengalami masalah ini boleh dikurangkan dengan mengamalkan diet yang mengandungi lebih buah-buahan, sayura, bijirin penuh, ikan dan sedikit daging merah.

Makanan ini yang mengandungi Zinc yang tinggi adalah penting untuk penghasilan hormon testosterone. Jangan lupa makan lemak-lemak baik seperti badam, salmon, avocado dan minyak zaitun.

Bukan itu sahaja, jika anda mengamalkan diet seimbang, secara tak langsung badan anda akan menjadi lebih fit.

Ini sangat penting kerana lelaki yang mempunyai saiz pinggang 42-inci adalah berisiko mengalami masalah ini dua kali ganda daripada lelaki pinggang bersaiz 32-inci.

Obesiti juga akan meningkatkan risiko masalah pembuluh dara dan diabetes, dua faktor yang menyumbang kepada masalah erectile dysfunction.

4. Kurangkan atau berhenti merokok

5 Cara Merawat Lemah Tenaga Batin Secara Semulajadi

Masalah ejakulasi pra-matang ini mungkin terjadi hasil daripada masalah pembuluh darah (vaskular) yang terjadi apabila bekalan darah ke zakar terhad disebabkan oleh arteri tersumbat atau sempit.

Walaupun anda merokok tanpa tembakau juga boleh menyempitkan saluran darah yang penting dan mencetuskan masalah yang sama.

5. Mula bersenam

5 Cara Merawat Lemah Tenaga Batin Secara Semulajadi

Bila sebut bersenam, pasti ramai yang nak putus asa walaupun belum mula. Relax. Anda perlu faham apa itu senaman.

Berjalan kaki itu sudah dikira sebagai senaman, apatah lagi jogging atau berenang.

Dengan bersenam, ia akan melancarkan perjalanan darah anda, yang amat penting untuk ejakulasi yang padu.

Ia juga dapat memperbaiki tekanan darah dengan meningkatkan nitrik oksida dalam salur darah, sebagaimana Viagra berfungsi dalam badan, kata Dr. Zachary Mucher, pakar urologi.

Senaman menggunakan berat beban atau weight-training dapat membantu penghasilan hormon testosterone secara semula jadi yang menjadi faktor penting dalam mempengaruhi kekuatan ereksi serta nafsu untuk bersama.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Sunday, March 25, 2018

Salvator Mundi Potret Nabi Isa Lukisan Paling Mahal Di Dunia Berharga RM1.84 Bilion

Salvator Mundi Potret Nabi Isa Lukisan Paling Mahal Di Dunia Berharga RM1.84 Bilion

Sebuah lukisan yang diberi nama "Salvator Mundi" hasil karya pelukis agong Leonardo da Vinci yang ditemui semula kurang sedekad lalu mengungguli carta lukisan paling mahal di dunia yang pernah dijual, sebelum itu merupakan milik Dmitry Rybolovlev, seorang ahli perniagaan dari Rusia.

Salvator Mundi Potret Nabi Isa Lukisan Paling Mahal Di Dunia Berharga RM1.84 Bilion

Salvator Mundi dijual pada harga RM1.837 billion (RM1.631 bilion untuk lukisan, RM205.2 juta untuk yuran) melalui lelongan oleh Christie's di New York pada 15 November 2017 dan dibeli oleh Putera Bader bin Abdullah, Jabatan Kebudayaan & Pelancongan Abu Dhabi.

Nilai itu dikatakan lebih 3 kali ganda apa yang diramalkan oleh kebanyakan pakar, iaitu RM490 juta.

Salvator Mundi adalah perkataan dalam bahasa Latin yang bermaksud Penyelamat Dunia. Ia menggambarkan Jesus Christ atau Nabi Isa yang berpakaian zaman Renaissance, sedang memberi rahmat melalui tangan kanannya sambil memegang batu kristal di tangan kirinya, melambangkan peranannya sebagai penyelamat dunia dan tuhan kosmos.

Ia juga mewakili "sfera kristal" dari syurga seperti yang dilihat pada zaman Renaissance. Ia merupakan salah satu daripada 20 karya Leonardo yang diketahui umum, dan merupakan satu-satunya karya yang kekal sebagai hak milik peribadi.

Salvator Mundi dikatakan dilukis oleh Leonardo da Vinci untuk Louis XII (Raja Perancis dari 1498 hingga 1515) dan isterinya, Anne dari Brittany, sekitar tahun 1500 sejurus selepas penaklukan wilayah Milan dan mengambil alih Genoa pada Perang Itali Kedua.

Ketika itu, Leonardo berpindah dari Milan ke Florence.

Lukisan ini berpindah milik beberapa kali dalam tempoh 500 tahun, dan juga pernah hilang daripada rekod.

Dan pada tahun 2005, lukisan ini dijual dengan harga RM40,500 oleh sebuah konsortium dalam sebuah lelongan di New Orleans, Amerika Syarikat.

Proses pemulihan Salvator Mundi

Ketika itu, lukisan ini kelihatan sangat teruk serta digambarkan sebagai gelap dan suram. Sebelum dipulihkan, ia dianggap sebagai salinan lukisan sebenar.

Namun, konsortium tersebut juga percaya ada kemungkinan lukisan tersebut merupakan lukisan asli Leonardo da Vinci.

Dianne Dwyer Modestini menghabiskan beberapa tahun memulihkan lukisan ini di Universiti New York dan ia disahkan sebagai karya Leonardo.

Lukisan terakhir yang disahkan hasil karya Leonardo adalah Benois Madonna, dijumpai pada tahun 1909.

Pada tahun 2013, Yves Bouvier dari Switzerland telah membeli lukisan ini dengan harga RM306 juta dan kemudiannya dijual kepada Dmitry Rybolovlev dengan harga RM520 juta.

Ia kemudiannya dipamerkan di San Francisco, London, New York dan Hong Kong pada tahun 2017 sebelum dijual pada November 2017.

Wall Street Journal melaporkan pembeli sebenar Salvator Mundi adalah Tengku Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman, yang berwakilkan Putera Bader.

Lukisan Salvator Mundi ini bakal dipamerkan kepada orang awam di muzium The Louvre Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

5 Aplikasi Android Paling Mahal Di Dunia

5 Aplikasi Android Paling Mahal Di Dunia

Dalam ratusan ribu aplikasi Android yang disenaraikan dalam Google Play, pernahkah anda tertanya-tanya apakah aplikasi termahal yang dijual di Google Play?

Kali ini, kami ingin berkongsi senarai 5 aplikasi paling mahal yang dijual di Google Play.

1. Abu Moo Collection
Harga: $400 ($2400)


5 Aplikasi Android Paling Mahal Di Dunia

Aplikasi termahal yang dijual di Google Play adalah aplikasi Abu Moon Collection. Penciptanya telah mencipta 6 siri aplikasi ini dimana setiap satunya berharga $400, menjadikan jumlah keseluruhannya $2400.

Setiap satu aplikasi dalam siri ini hanya memaparkan sebuah ikon batu pertama di telefon pintar anda.

Apakah kegunaan aplikasi ini? Tiada. Hanya untuk menunjuk-nunjuk anda seorang yang kaya dan mampu membeli aplikasi ini.

2. The Most Expensive App
Harga: $400

5 Aplikasi Android Paling Mahal Di Dunia

Kegunaan dan fungsinya? Tiada. Ia hanya sebuah app semata-mata di mana apabila anda membukanya, ia akan memaparkan sebuah skrin hitam yang memaparkan tulisan “You’ll see a shiny diamond here" yang bermaksud, "Anda akan melihat sebuah berlian yang berkilat disini".

Rasanya, ia hanyalah prank bagi pengguna yang menggunakan kata kunci "The most expensive app" di Google Play.

3. Im Rich$
Harga: $384.99

5 Aplikasi Android Paling Mahal Di Dunia

Aplikasi yang tiada fungsi, sebaliknya hanya memaparkan gambar berlian yang memenuhi skrin telefon pintar anda.

Walau bagaimanapun, aplikasi ini tetap dimasukkan dalam senarai ini memandangkan ianya sebuah aplikasi yang sah dan dijual di platform Google Play.

4. Zollinger’s Atlas of Surgery
Harga: $249

5 Aplikasi Android Paling Mahal Di Dunia

Aplikasi yang berharga $249 ini mungkin aplikasi paling bermanfaat dalam banyak-banyak aplikasi yang ada dalam senarai ini.

Ianya adalah sebuah panduan perubatan yang menyenaraikan lebih 230 prosedur pembedahan sebenar.

Isi kandungannya diambil daripada buku Zolliger’s Atlas of Surgical Operations edisi ke-9 keluaran McGraw-Hill.

Aplikasi ini adalah untuk kegunaan para doktor membuat rujukan dan bukanlah untuk kegunaan orang awam.

5. Super Color Runner
Harga: $200

5 Aplikasi Android Paling Mahal Di Dunia

Aplikasi ini berharga $200 dan merupakan aplikasi permainan termahal. Ianya adalah sebuah permainan mudah dimana karakter dalam permainan tersebut akan berlari tanpa henti sambil mengelak halangan dan mengutip barangan yang ada.

Walau bagaimanapun, membelanjakan $200 untuk permainan sebegini sememangnya satu pembaziran.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Aplikasi Wajib Peranti Android Anda

sumber: iluminasi

Berapa Pendapatan 15 Orang Terkaya Dunia Dalam Sehari?

Berapa Pendapatan 15 Orang Terkaya Dunia Dalam Sehari?

Tahun 2017 menyaksikan keuntungan bersih manusia paling kaya, Jeff Bezos, yang meningkat sebanyak AS$39.2 bilion, peningkatan terbesar dalam tempoh satu tahun dalam senarai Billionaires abad ini.

Berapa Pendapatan 15 Orang Terkaya Dunia Dalam Sehari?

Angka itu diperolehi dari senarai orang terkaya di dunia 2017 dan 2018 Forbes, yang mana Business Insider digunakan untuk membuat kiraan peningkatan nilai keuntungan bersih harian orang-orang terkaya di dunia ini.

Business Insider mendapat perbezaan antara nilai bersih 2017 dan 2018 yang diterbitkan oleh Forbes pada Mac setiap tahun dan membahagikan angka itu dengan 365 untuk mewakili bilangan hari dalam setahun.

Perlu dijelaskan, jutawan-jutawan ini bukanlah memperoleh jumlah keuntungan yang sama setiap hari pada tahun 2017, memandangkan banyak nilai bersih keuntungan mereka datangnya dari nilai saham yang turun naik.

Untuk tujuan pengiraan ini, setiap hari dikira sama, sama ada hari yang baik atau hari malang, yang mana jutawan-jutawan ini kerugian berjuta-juta dolar.

Jadi, angka yang dikeluarkan hanya sekadar anggaran.

Berikut senarai 15 orang paling kaya di dunia dengan anggaran keuntungan bersih yang diperolehi mereka dalam sehari pada 2017:

1. Jeff Bezos: AS$107.4 juta sehari

2. Bernard Arnault: AS$83.6 juta sehari

3. Mark Zuckerberg: AS$41.1 juta sehari

4. Carlos Slim: AS$34.8 juta sehari

5 & 6. Charles dan David Koch: AS$32.1 juta sehari

7. Jack Ma: AS$29.3 juta sehari

8. Warren Buffett: AS$23 juta sehari

9. Steve Ballmer: AS$23 juta sehari

10. Larry Page: AS$22.2 juta sehari

11. Jim Walton: AS$21.9 juta sehari

12. Larry Ellison: AS$17.3 juta sehari

13. Bill Gates: AS$11 juta sehari

14. Michael Bloomberg: AS$6.8 juta sehari

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Individu Paling Kaya Di Dunia Forbes 2018

sumber: mstar

Video Cahaya Misteri Terkam Teksi Sehingga Terbabas!

Video Cahaya Misteri Terkam Teksi Sehingga Terbabas!

Satu rakaman video yang dikatakan 'hantu' telah menerkam sebuah teksi sehingga menyebabkan kereta itu merempuh sebatang pokok tular di media sosial.

Cahaya Misteri Serang Teksi

Video itu dilaporkan dirakam di Hong Kong pada 9 Februari 2018 lalu oleh kamera papan pemuka (dash cam) kenderaan lain yang berada di belakang teksi tersebut.

Teksi itu pada mulanya dilihat dipandu di jalan yang agak gelap.

Tiba-tiba, sebaik tiba di satu selekoh, satu cahaya putih muncul dari arah tepi jalan dan dengan pantas menerkam teksi tersebut.

Kejadian yang menyeramkan itu telah membuatkan pemandunya takut dan tidak dapat mengawal kenderaan.

Teksi itu dilihat terbabas jalan bertentang dan merempuh sebatang pokok. Sebaik sahaja kemalangan itu berlaku, terdapat cahaya putih di dalam kenderaan terbabit.

Ada penonton mendakwa ia adalah serangan syaitan.

Video tersebut dimuat naik di YouTube oleh satu saluran bernama The Hidden Underbelly 2.0.

Klip video itu telah ditonton lebih dari 252,000 tontonan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Video Hantu Terakam Dalam Video Di Thailand!?



sumber: mstar

Saturday, March 24, 2018

17 Ciri Dan Tanda Anda Seorang Genius

17 Ciri Dan Tanda Anda Seorang Genius

Jika anda suka menghabiskan seharian tanpa melakukan sesuatu, anda secara rasminya seorang yang pemalas jika mengikut tafsiran rakan, ibu bapa dan seluruh dunia.

17 Ciri Dan Tanda Anda Seorang Genius

Namun, kekurangan anda rupanya untuk memotivasikan diri dan tingkah laku lembap menjadikan anda seorang yang sangat pintar, genius atau kreatif.

Jadi, anda mungkin bukan seorang pemalas tetapi sebenarnya memiliki ciri dan tanda-tanda seorang yang genius.

1. Suka membaca

Adakah anda suka membaca buku, surat khabar, jurnal dan sebagainya? Jangan bimbang jika orang menggelar anda ulat buku, penyendiri atau tidak bersosial.

Anda sebenarnya berminda bijak kerana selain sebagai sumber informasi, membaca dapat membantu anda meneroka pelbagai kemahiran kreatif yang baru.

2. Suka tidur lewat malam

Semakin tinggi tahap IQ seseorang, semakin banyak kawasan di otak mereka yang aktif dan sekaligus membuatkan mereka mengalami kesukaran untuk tidur pada waktu malam.

3. Bercakap dengan diri sendiri

Jika sering tertangkap kerana tabiat bercakap dengan diri sendiri, anda mungkin berasa malu.

Tetapi kajian mendapati bercakap dengan diri sendiri merupakan cara terbaik untuk meningkatkan keyakinan diri.

Malah, seseorang yang sering bercakap dengan dirinya sendiri lebih faham kekuatan dan kelemahan dirinya.

4. Tahap keyakinan tinggi

Sekiranya diperhatikan, orang yang ber-IQ tinggi lebih suka untuk memakai sesuatu yang simple dan mudah.

Puncanya bukanlah disebabkan mereka tidak memiliki citarasa fesyen yang tinggi, sebaliknya ini disebabkan oleh confident level mereka yang tinggi.

5. Lebih selesa menulis

Adakah anda lebih selesa menyampaikan pendapat atau perasaan anda melalui penulisan?

Genius lebih selesa menggunakan medium penulisan untuk membentangkan apa-apa yang berada di dalam fikirannya kerana kaedah itu memberinya ruang untuk menjadi lebih kreatif, lebih teliti dan lebih jelas.

6. Sentiasa berfikir dan berasa bimbang

Kita selalu diberitahu supaya jangan bimbang dan tenangkan diri bagaimanapun, jika anda sentiasa berfikir dan berasa bimbang serta mengambil berat walaupun terhadap perkara kecil, ia sebenarnya antara tanda-tanda seorang genius.

7. Suka berjaga malam

Adakah anda tidak gemar tidur di waktu lapang? Adakah anda suka berjaga malam? Jika ya, anda seorang yang bijak.

Banyak kajian yang telah dilakukan mendapati orang yang suka berjaga malam untuk melakukan sesuatu kerja adalah lebih bijak dan berfikiran kreatif.

8. Kidal

Saintis telah membuktikan orang kidal mempunyai otak yang lebih aktif, mmemiliki IQ lebih tinggi, begitu juga kemampuan ingatannya.

Jika anda seorang kidal, anda lebih bijak mengolah pendekatan untuk menyelesaikan masalah.

9. Bakat dan minat yang berbeza

Jika anda mempunyai bakat, minat atau hobi atau penampilan yang berbeza dari kebanyakan orang lain, jangan bimbang untuk meneruskannya.

Apa yang kelihatan pelik kepada kebanyakan orang merupakan suatu peluang menyeronokan untuk diterokai oleh orang-orang yang berfikiran genius.

10. Sukar menghargai orang lain

Antara ‘masalah’ lain untuk mereka yang ber-IQ tinggi adalah perasaan kurang untuk menghargai orang lain. Mungkin disebabkan oleh perasaan diri mereka yang sentiasa betul dan benar, manakala orang lain sentiasa salah.

11. Pendiam

Orang-orang genius yang kelihatan kurang bersosial dan mungkin kurang sopan biasanya kurang bercakap.

Ini bukan bermakna mereka tidak ada sesuatu untuk diperkatakan tetapi mereka lebih gemar melibatkan diri dalam perbincangan yang bersifat ilmiah.

Membuat pemerhatian dan analisa mengukuhkan personaliti mereka.

12. Sukar dipengaruhi

Mereka yang ber-IQ tinggi sangat sukar dipengaruhi oleh orang lain. Sekali mereka sudah tetapkan keputusan, ianya selalu akan kekal tanpa apa-apa perubahan.

13. Tidak ramai kawan

Individu yang kurang berinteraksi lebih sikit tekanan dan kebimbangan kerana lebih banyak masa menumpukan kepada kesejahteraan diri dan matlamat.

14. Serabut

Kerana sikap malas seseorang, berkemungkinan dalam bab kebersihan diri mereka sendiri tak terjaga. Kacau bilau membolehkan anda untuk keluar daripada tradisi dan menemui perkara baru, cara-cara yang tidak konvensional untuk melakukan sesuatu. Memang genius.

15. Mudah berasa bosan

Salah satu ‘keburukan’ memiliki tahap IQ yang tinggi adalah mudah untuk berasa bosan. Puncanya kerana mereka ini mudah untuk menyelesaikan masalah, teka-teki dan lain-lain.

16. Tidak suka jadi terkenal

Orang ber-IQ tinggi jumlahnya kecil dan tidak ramai. Ketinggian tahap IQ membuatkan mereka sukar untuk bergaul dengan orang ramai dan sekaligus membuatkan mereka tidak dikenali ramai.

17. Kelihatan pelik

Sering dilihat aneh ataupun dipanggil freak adalah ciri-ciri mereka yang ber-IQ tinggi dan ini sekaligus membuatkan mereka sukar untuk diterima oleh masyarakat sekeliling mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: senihias

Bagaimana Sistem Pilihan Raya Di Malaysia Berlangsung?

Bagaimana Sistem Pilihan Raya Di Malaysia Berlangsung?

Tujuan utama parti-parti politik ini bertanding ialah untuk memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat Malaysia) atau Dewan Undangan Negeri supaya boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri.

Sistem Pilihan Raya Di Malaysia

Calon-calon yang memperoleh majoriti undi di bahagian yang mereka bertanding akan diisytihar menang.

Pilihan raya umum Malaysia diadakan secara berkala bagi melantik wakil-wakil rakyat ini. Dan sekiranya berlaku kekosongan di antara tempoh pilihan raya umum, pilihan raya kecil boleh diadakan bagi mengisi kekosongan tersebut.

Sistem pemilihan yang biasa diamalkan boleh dikenal pasti mengikut kategori berikut:
  1. Sistem proportional
  2. Sistem mudah (simple first-past-the-post) atau single member territorial representation

Malaysia mengamalkan pemilihan sistem simple first-past- the-post yang menerusi sistem ini, calon yang menang ialah calon yang mendapat undi terbanyak (walaupun dengan kelebihan satu undi sahaja).

Sistem ini digunakan sejak pilihan raya umum pertama diadakan pada tahun 1959.

Undang-undang Pilihan Raya:
  • Perlembagaan Persekutuan.
  • Perlembagaan Negeri.
  • Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1957.
  • Akta Pilihan Raya 1958.
  • Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
  • Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.
  • Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.
  • Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

Undang-undang Lain Berkaitan:
  • Akta Polis 1967.
  • Akta Pendaftaran Negara 1959.
  • Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
  • Akta Rahsia Rasmi 1972.
  • Kanun Keseksaan 1997.
  • Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
  • Undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan.

Elemen pilihan raya

Elemen-elemen penting pilihan raya adalah:-
  • Bahagian Pilihan Raya.
  • Pemilih.
  • Calon.
  • Proses Pilihan Raya.

SEJARAH PILIHAN RAYA DI MALAYSIA
(Jumlah Pengundi dan Jumlah Kerusi)
  • PRU1 - 1959 - 2,171,097 - 104
  • PRU2 - 1964 - 2,763,077 - 126
  • PRU3 - 1969 - 3,843,782 - 128
  • PRU4 - 1974 - 4,132,032 - 154
  • PRU5 - 1978 - 5,059,689 -154
  • PRU6 - 1982 - 6,081,628 - 177
  • PRU7 - 1986 - 6,964,960 - 177
  • PRU8 - 1990 - 7,968,640 - 180
  • PRU9 - 1995 - 9,012,173 - 192
  • PRU10 - 1999 - 9,564,071 - 193
  • PRU11 - 2004 - 10,284,591 - 219
  • PRU12 - 2008 - 10,922,139 - 222
  • PRU13 - 2013 - 13,000,000 - 222

TERMA DAN ISTILAH
  • Bahagian pilihan raya.
  • Ejen pilihan raya.
  • Hakim pilihan raya.
  • Hari mengundi.
  • Pasukan penguat kuasa.
  • Pegawai pengurus.
  • Pilihan raya.
  • Tempoh berkempen.
  • Deposit.
  • Suruhanjaya Pilihan Raya.
  • Petisyen pilihan raya.
  • Penamaan calon.
  • Calon.
  • Ejen.
  • Pencadang.
  • Penyokong.
  • Dewan Rakyat.
  • Dewan Undangan Negeri.
  • Parlimen.
  • Kerusi, bahagian Parlimen/Dewan Undangan Negeri.
  • Daftar pemilih.
  • Daftar pemilih semasa.
  • Tempoh berkempen.
  • Permit/lesen yang diperlukan dalam kempen.
  • Pondok calon.
  • Barung.
  • Proses pengundian.
  • Membuang undi.
  • Mengundi.
  • Kertas undi.
  • Penindik.
  • Undi rosak.
  • Undi ditolak.
  • Kerani tempat mengundi.
  • Undi pos.
  • Pengiraan undi di tempat mengundi.
  • Pengiraan undi secara berkelompok.
  • Pengiraan semula.
  • Pusat penjumlahan.
  • Pusat penamaan calon.
  • Penjumlahan undi.
  • Penyata perbelanjaan pilihan raya.
  • Warta keputusan.
  • Hilang deposit.
  • Dakwat kekal.
  • Pengundian biasa melibatkan pemilih-pemilih biasa yang akan mengundi pada hari yang ditetapkan sebagai hari mengundi.
  • Pengundian awal bagi anggota tentera dan pasangan serta anggota Polis dan pasangan Pasukan Gerakan Am (PGA).
  • Pengundian pos melibatkan pengundi tidak hadir.

Kelayakan Jadi Calon Dewan Rakyat:
  • Warganegara Malaysia.
  • 21 tahun ke atas pada hari penamaan calon.
  • Bermastautin tetap di Malaysia.
  • Tidak disahkan sebagai seorang tidak sempurna akal.
  • Bukan seorang muflis/bankrap, yang belum dilepaskan.
  • Bukan seorang pemegang “jawatan berpendapatan” (khususnya pegawai kerajaan).
  • Bukan seorang yang telah gagal untuk mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya lepas.
  • Bukan orang yang telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau didenda tidak kurang daripada RM2,000 dan belum menerima pengampunan.
  • Telah tidak menjadi warganegara negara lain atau menikmati keistimewaan yang didapati oleh warganegara dalam mana-mana negara.

Kelayakan Jadi Calon Dun:
  • Warganegara Malaysia.
  • 21 tahun ke atas pada hari penamaan calon.
  • Bermastautin dalam negeri yang berkenaan.
  • Tidak disahkan sebagai seorang tidak sempurna akal.
  • Bukan seorang muflis/bankrap, yang belum dilepaskan.
  • Bukan seorang pemegang “jawatan berpendapatan” (khususnya pegawai kerajaan).
  • Bukan seorang yang telah gagal untuk mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya lepas.
  • Bukan orang yang telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau didenda tidak kurang daripada RM2,000 dan belum menerima pengampunan.
  • Telah tidak menjadi warganegara negara lain atau menikmati keistimewaan yang didapati oleh warganegara dalam mana-mana negara.

Wang Deposit Pilihan Raya

Jumlah deposit seperti berikut:
  • RM10,000 untuk deposit calon Parlimen.
  • RM5,000 untuk deposit bahan kempen.

Parlimen
  • RM5,000 untuk deposit calon Dun.
  • RM3,000 untuk deposit bahan kempen Dun.

Persempadanan semula bahagian pilihan raya

Sebagai sebahagian daripada fungsi utamanya, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bertanggungjawab untuk mengkaji semula sempadan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri.

Seperti yang tertera di dalam Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu menjalankan kajian ini setiap tidak kurang daripada 8 tahun.

Bagaimanapun, ia boleh ditangguhkan sekiranya terdapat peristiwa besar, seperti pilihan raya umum.

Pendaftaran pemilih

Satu elemen penting dalam sistem pilihan raya ialah seseorang pemilih itu mestilah mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum dia boleh mengundi dalam pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

Di Malaysia, seseorang itu layak untuk mendaftar jika dia:-
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan;
  • Seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia; dan
  • Tidak hilang kelayakan.

Hilang kelayakan

Seseorang pemilih akan hilang kelayakan jika:-
  • Pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara; atau
  • Sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara untuk tempoh lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan; atau
  • Telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954; atau
  • Telah memperoleh kerakyatan asing.

Semakan daftar pemilih

Semakan daftar pemilih dijalankan di sepanjang tahun, seperti yang diperuntukkan di dalam undang-undang.

Pengundi boleh mendaftar di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya, Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri, Pejabat-Pejabat Pos atau melalui unit-unit bergerak Suruhanjaya.

Daftar-daftar pemilih baru disediakan setiap 3 bulan sekali dan ia dipamerkan selama 7 hari bagi tujuan urusan tuntutan dan bantahan.

Selepas mempertimbangkan tuntutan dan bantahan melalui siasatan awam, daftar pemilih untuk tahun berkenaan akan disahkan oleh Suruhanjaya di dalam tempoh sebulan.

Semasa semakan daftar induk, nama-nama pemilih yang sudah meninggal dunia dan yang sudah hilang kelayakan mengikut undang-undang akan dikeluarkan daripada daftar berkenaan.

Tempoh pilihan raya

Pilihan Raya untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, seperti yang ditetapkan oleh undang-undang, diadakan sekali di dalam tempoh 5 tahun kecuali jika dewan dibubarkan lebih awal.

Pilihan Raya Umum diadakan di dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran.

Pilihan Raya Kecil juga diadakan di dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan, sama ada disebabkan kematian, peletakan jawatan atau seseorang Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri itu hilang kelayakan.

Dalam hal ini tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh Suruhanjaya.

Proses pilihan raya

Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil bermula dengan pengeluaran writ pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Pegawai Pengurus.

Pada masa yang sama satu notis akan diwartakan, menetapkan tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi.

Hari penamaan calon

Hari penamaan calon merujuk kepada hari yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bagi calon-calon mengemukakan kertas-kertas penamaan untuk bertanding dalam pilihan raya kepada Pegawai Pengurus.

Kertas-kertas penamaan boleh dikemukakan oleh calon, pencadang dan penyokong atau salah seorang daripada mereka.

Kertas-kertas penamaan mestilah dikemukakan di antara pukul 9.00 pagi hingga 10.00 pagi pada hari penamaan.

Kertas-kertas penamaan akan dipamerkan dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk diteliti dan bantahan.

Dalam kes di mana seorang calon sahaja yang dicadangkan, Pegawai Pengurus akan mengisytiharkan calon itu menang tanpa bertanding.

Pertaruhan

Pertaruhan berjumlah RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi Negeri perlu diserahkan kepada Pegawai Pengurus sebelum atau pada hari penamaan calon.

Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 atau 12.5% undi daripada jumlah keseluruhan pengundi yang keluar mengundi pada hari pengundian di kawasan tersebut.

Penggunaan simbol

Seseorang calon yang mewakili sesuatu parti politik boleh menggunakan simbol parti jika dia mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan.

Calon-calon bebas perlu memilih mana-mana simbol yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, untuk dicetak pada kertas-kertas undi.

Kempen

Suruhanjaya Pilihan Raya telah merangka peraturan-peraturan khas untuk berkempen, seperti yang tertera di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002.

Kempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi.

Bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar Suruhanjaya mempunyai kuasa di bawah perkara 3(5) Akta Pilihan Raya 1958 dan perkara 27A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk melantik Pegawai Penguat Kuasa dan membentuk satu atau lebih Pasukan-pasukan Penguat Kuasa di setiap bahagian pilihan raya Parlimen, jika difikirkan perlu.

Unit ini dianggotai oleh Pegawai Penguat Kuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, seorang wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah, seorang wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan dan seorang wakil tiap-tiap parti/calon yang bertanding.

Pegawai Penguat Kuasa bertanggungjawab kepada Pegawai Pengurus dan tugas pasukan ini ialah untuk memantau bahan-bahan kempen, ceramah-ceramah pilihan raya dan perhimpunan umum, bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan raya tidak dilanggar.

Suruhanjaya Pilihan Raya juga akan menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat Pusat/Negeri/bahagian-bahagian pilihan raya bagi memberikan penerangan kepada parti-parti politik, calon-calon atau ejen-ejen dan petugas-petugas parti mengenai undang-undang dan peraturan pilihan raya.

Senarai perkara yang mesti dipatuhi dan dilarang semasa pilihan raya disediakan dan ini perlu diambil ingatan oleh calon-calon dan petugas-petugas parti.

Hari mengundi

Hari mengundi adalah merujuk kepada hari pemilih-pemilih membuang undi yang secara rasmi hari mengundi bermula dari selepas 12.00 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman keputusan pilihan raya.

Namun demikian, waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di seluruh Malaysia.

Bagi kawasan-kawasan pedalaman, unit-unit bergerak digunakan bagi memastikan kelancaran membuang undi.

Selain dari itu, waktu membuang undi mungkin berbeza antara daerah-daerah.

Suruhanjaya Pilihan Raya biasanya akan mengeluarkan notis untuk memaklumkan orang ramai tentang perkara-perkara pilihan raya seperti:-
  • Tarikh mengundi;
  • Lokasi tempat mengundi;
  • Waktu mengundi di semua tempat mengundi;
  • Lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi.

Di petak mengundi, pengundi dikehendaki membuat satu tanda yang menunjukkan pilihan mereka pada setiap kertas undi.

Tanda ini, seperti tanda 'X', tanda semak ataupun titik, perlu dibuat pada lajur calon yang dipilih sahaja.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Memahami Sistem Rumit Pilihan Raya Amerika Syarikat

sumber: sinarharian | wikipedia