Monday, March 26, 2018

Siti Nurhaliza Artis Pertama Ada Aplikasi Sendiri


Siti Nurhaliza mencipta sejarah apabila menjadi selebriti tempatan pertama yang mempunyai aplikasi sendiri di telefon pintar, melancarkan aplikasi itu selepas selamat melahirkan anak pertamanya, Siti Aafiyah binti Khalid, yang dikongsi menerusi status di Instagramnya.

Siti Nurhaliza Artis Pertama Ada Aplikasi Sendiri

Siti berkata, aplikasi #Sitinurhalizaofficialapp itu menggabungkan semua platform rasmi media sosial miliknya termasuk gambar dan video eksklusif.

Peminat Siti boleh memuat turun aplikasi tersebut dalam tempoh 24 jam menerusi Google Playstore dan Apple App Store.

Assalamualaikum semua.

Hari ini saya melancarkan Siti Nurhaliza Official App bagi menggabungkan semua platform rasmi media sosial saya dan juga gambar-gambar serta video-video eksklusif saya di dalam satu aplikasi sahaja.

Dalam tempoh 24 jam bermula sekarang, ada exclusive content untuk anda di aplikasi saya ini.

Anda boleh download Siti Nurhaliza Official App di Google Playstore dan Apple App Store.

Anda akan mendapat 3000 Stars percuma untuk purchase exclusive content. 3. Sebagai peringatan, bahan-bahan yang terdapat di dalam aplikasi ini mempunyai watermark logo Selklik dan juga alamat emel pengguna (anda). Jika ada di antara anda yang berkongsi content dari Siti Nurhaliza Official App, pihak Selklik akan mengambil tindakan terhadap anda dan ini menyalahi peraturan yang ditetapkan.

Jika anda download aplikasi ini, exclusive content saya menjadi exclusive content simpanan anda juga. Boleh baca lanjut tentang aplikasi ini setelah anda download nanti.

Apa tunggu lagi, download sekarang ya. Terima kasih. #selklikmy #sitinurhalizaofficialapp #SNOA #CTapp - #regrann

Menariknya, peminat yang memuat turun aplikasi ini akan mendapat 3,000 'stars' percuma untuk pembelian bahan kandungan eksklusif.

Bagi memastikan kandungan eksklusif itu tidak disalah guna, Siti menggunakan 'watermark' logo Selklik dan alamat emel pengguna di mana tindakan boleh diambil terhadap pengguna.

Sebarang informasi lanjut mengenai aplikasi itu akan diperolehi selepas anda muat turun Siti Nurhaliza Official App.

Siti Aafiyah bayi paling popular saat ini

Siti Nurhaliza Artis Pertama Ada Aplikasi Sendiri

Sementara itu, Siti Nurhaliza dan suami Khalid Mohamad Jiwa, yang telah mengadakan majlis majlis tahnik, cukur jambul dan aqiqah sekali gus mengumumkan nama puteri mereka, Siti Aafiyah binti Khalid, nama cukup indah yang diberi membawa maksud segala yang baik-baik.

Siti dalam temu bual berkata, dia meletakkan harapan besar untuk melihat anak perempuannya membesar sebagai kanak-kanak biasa.

Bahkan, pelantun lagu Jaga Dia Untukku mengakui tidak mahu terlalu mendedahkan puterinya itu dalam dunia selebriti.

“Saya sedar dia sangat popular sekarang ini (ketawa) tapi, saya tak boleh nak buat apa dah sebab dia dilahirkan sebagai anak penyanyi.

“Secara tak langsung, dia pasti terkena tempiasnya. Namun, saya dan suami juga impikan anak kami membesar seperti kanak-kanak biasa,” katanya.

Lantaran itu, Siti Nurhaliza mengakui belum terfikir untuk mewujudkan akaun IG, Siti Aafiyah.

Katanya, buat masa ini, wajah dan apa sahaja yang membabitkan anaknya akan dikongsikan di laman IG miliknya.

“Saya tahu dah banyak akaun IG palsu yang menggunakan pelbagai nama bagi mewakili anak saya.

“Tapi, untuk akaun IG rasmi, sebetulnya saya tak terfikir lagi. Lagi pula, saya ingin lihat dia membesar seperti orang biasa.

“Jadi, dalam perkara ini, saya harap peminat faham. Apa saja perkara yang saya umumkan barulah ia sahih. Kalau ada pun nanti, ia daripada saya sendiri,” katanya.

Malah, pelantun lagu Kesilapanku, Keegoanmu ini juga menyerahkan kepada keputusan suaminya berhubung soal rezeki mahupun tawaran untuk anaknya, pada masa depan.

“Sekiranya dia ada rezeki dapat tawaran daripada mana-mana pihak, saya serahkan keputusan kepada suami.

“Tak kiralah, apa saja berkaitan anak memang saya dan suami kena berbincang dahulu. Kalau suami kata tak perlu, saya ikut,” akhirinya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon