Sunday, February 18, 2018

5 Binatang Paling Pemalas Di Dunia

5 Binatang Paling Pemalas Di Dunia

Kebanyakan bintang sememangnya sangat comel kerana itulah ramai dikalangan kita suka memeliharanya dirumah walaupun ada diantaranya memiliki harga yang sangat mahal.

Namun, tahukah pembaca sekalian bintang yang dianggap sebagai sangat pemalas di dunia?

Berikut kami senaraikan 5 haiwan paling pemalas yang akan tidur hampir sepanjang hari.

1. Koala (22 jam)

5 Binatang Paling Pemalas Di Dunia

Memang sekali tengok muka comel, tetapi tahukah anda Koala habiskan hampir 22 jam sehari semata-mata untuk tidur!

2. Sloth (20 jam)

5 Binatang Paling Pemalas Di Dunia

Sloth adalah binatang mamalia paling lambat. Sloth mengisi hidupnya dengan tidur selama 15-18 jam sehari.

Selain tidur, aktiviti lain sloth adalah makan.

3. Armadillo (19 jam)

5 Binatang Paling Pemalas Di Dunia

Armadillo hampir sama macam Tenggiling dan anak cengkerang akan menjadi pelindung bahagian dalam. Walaupun berkaki pendek, Armadillo boleh berlari dengan laju.

4. Opposum (19 jam)

5 Binatang Paling Pemalas Di Dunia

Opposum hampir serupa dengan hamster, akan tidur hampir sepanjang hari dan hanya bangun untuk mencari makanan.

5. Lemur (16 jam)

5 Binatang Paling Pemalas Di Dunia

Lemur ni kalau nak tahu berasal dari Madagaskar, binatang dalam kartun Madagascar tu la.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sajakongsi

Saturday, February 17, 2018

Sejarah Penggunaan Poskod Di Malaysia

Sejarah Penggunaan Poskod Di Malaysia

Apabila anda hendak menghantar surat atau barangan ke mana-mana lokasi di Malaysia, dalam alamat penerima yang disertakan, poskod merupakan maklumat wajib yang perlu ditulis.

Sejarah Poskod Di Malaysia

Di Malaysia, poskod adalah nombor 5 angka yang merujuk kepada sesuatu tempat yang bertujuan untuk memudahkan pengasingan surat atau barangan yang dihantar.

Di Malaysia, penggunaan poskod ini tertakluk dalam Undang-Undang Malaysia Akta 71: Akta Perkhidmatan Pos 2012.

Pengenalan Sistem Poskod

Mengikut sejarah, Kesatuan Republik Sosialis Soviet adalah negara pertama yang menggunakan sistem poskod ini pada tahun 1932 tetapi kemudiannya dibatalkan penggunaanya pada tahun 1939.

Ia kemudiannya digunapakai oleh negara-negara lain di seluruh dunia seperti Jerman, Argentina, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Kini, terdapat kira-kira 117 negara di seluruh dunia sudah menggunakan sistem poskod. Di Amerika Syarikat, poskod ini dipanggil sebagai zip code.

Di Malaysia, penggunaan poskod pada awalnya adalah hasil cadangan M. Rajasingam yang pada ketika itu merupakan Pengarah Pos Malaysia pada tahun 1976 sehingga 1986.

Pada awalnya iaitu pada tahun 1976, hanya alamat di Kuala Lumpur sahaja yang mempunyai poskod.

Hasil baktinya pada sistem pos di Malaysia, pada tahun 2014 M. Rajasingam telah dikurniakan darjah kebesaran Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran “Datuk”.

Menentukan Nombor Poskod

Sejarah Poskod Di Malaysia

Sistem poskod di Malaysia terdiri daripada susunan 5 angka, dimana 2 digit yang pertama merujuk kepada negeri.

Sebagai contoh (hanya menyebut beberapa negeri):
  • Kedah – 02xxx dan 05xxx hingga 09xxx
  • Perlis – 01xxx
  • Selangor – 40xxx hingga 48xxx dan 62xxx hingga 64xxx

Selain itu, terdapat sistem nombor khas dalam sistem poskod ini. Kediaman Menteri Besar atau Ketua Menteri akan menggunakan poskod xx502 sementara kediaman Sultan pula akan menggunakan poskod xx500.

Sebagai contoh (sekadar menyatakan beberapa contoh):
  • YAB Menteri Besar Selangor – 40502
  • YAB Ketua Menteri Sarawak – 93502
  • DYMM Sultan Kedah – 05500
  • DYMM Sultan Selangor – 40500

Mencari Nombor Poskod

Apabila anda hendak menghantar atau menerima surat/barang, pastikan anda menyertakan sekali nombor poskod.

Sekiranya anda tidak tahu nombor poskod, anda boleh melakukan pencarian di laman web poskod.com.

Penggunaannya sangat mudah. Hanya masukkan alamat atau nama kawasan anda dalam ruang carian dan kemudian ianyakan akan memaparkan nombor poskod anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

China Negara Pertama Bina Bandar Dalam Hutan

China Negara Pertama Bina Bandar Dalam Hutan

Kerajaan China sedang membangunkan bandar dalam hutan pertama di dunia dengan bangunan dilitupi tumbuh-tumbuhan dan pokok bagi mengatasi masalah pemanasan global dan pencemaran udara.

China Negara Pertama Bina Bandar Dalam Hutan

Dikenali sebagai Forest City Lizhou, bandar ini akan dihuni oleh 30,000 penduduk sebaik pembinaannya disiapkan dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Semua bangunan pejabat, rumah, hotel, hospital dan sekolah akan dilindungi oleh 40,000 batang pokok dan satu juta tumbuh-tumbuhan daripada 100 spesies.

Pokok berkenaan akan menyerap hampir 100 tan karbon dioksida dan 57 tan pencemaran setahun selain menghasilkan kira-kira 900 tan oksigen.

China Negara Pertama Bina Bandar Dalam Hutan

Bandar di Liuzhou yang terletak di kawasan pergunungan wilayah Guangxi, selatan China itu meliputi kawasan seluas 175 hektar di sepanjang sungai Liujiang.

Bandar berkenaan akan turut dihubungkan dengan landasan kereta api laju dan jalan raya bagi kenderaan elektrik.

China Negara Pertama Bina Bandar Dalam Hutan

Projek kendalian Majlis Perancangan Perbandaran Liuzhou itu direka oleh firma arkitek Stefano Boeri Architetti dan akan mula dibina pada tahun 2020.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tembok Besar Kumbhalgarh Kedua Terbesar Selepas The Great Wall of China

sumber: kosmo

Asal-usul Saka Harimau Jadian

Asal-usul Saka Harimau Jadian

Sehingga ke hari ini, masyarakat yang terbelenggu dengan amalan-amalan seperti ilmu melibatkan semangat harimau termasuk saka, harimau keramat dan harimau jadian yang merupakan amalan yang melibatkan alam ghaib.

Asal-usul Saka Harimau Jadian

Namun menurut pengamal perubatan Islam, hanya kejadian saka harimau sahaja yang lebih banyak didengari dalam masyarakat pada hari ini.

Mengikut, harimau jadian memang pernah menjadi satu amalan bagi masyarakat di Kerinchi, Sumatera suatu masa dahulu.

Apabila sebahagian masyarakat ini berhijrah ke Tanah Melayu, mereka membawa bersama ilmu dan amalan tersebut, sebahagian besarnya bertujuan sebagai perlindungan dan keselamatan.

Namun, harimau jadian sudah jarang didengari dalam masyarakat. Hanya saka harimau seringkali menjadi masalah pada hari ini.

Mengikut kajian, ada segelintir masyarakat Kerinchi di zaman dahulu menuntut ilmu harimau dengan bertapa di kawasan pergunungan di daerah itu selama 40 hari.

Dalam proses itu, seseorang itu perlu melakukan ritual seperti merenung bayangan bulan di dalam kolam di atas gunung itu selama tempoh itu.

Sesiapa yang melihat manusia yang memiliki ilmu harimau ini akan seolah-olah ternampak seekor harimau. Ini sudah tentu akan menakutkan orang ramai. Selain itu, binatang buas termasuk harimau betul juga tidak berani mengganggu pengamal ilmu harimau ini.

Amalan ilmu harimau jadian sudah jarang didengari pada hari ini dan mereka yang memiliki ilmu itu dianggap hebat dan ditakuti masyarakat.

Dalam kes saka harimau, jin yang membelenggu pesakit sebenarnya merupakan saka yang diwariskan oleh nenek moyang mereka sama ada dalam keadaan sedar atau tidak.

Apabila mereka enggan mewarisi saka itu, maka ia mengganggu kehidupan seharian mereka. Badan mereka jadi sakit-sakit dan pergerakan seharian menjadi tidak selesa.

Gangguan saka berkenaan bukan tertumpu kepada kejadian seseorang meracau, mengamuk dirasuk seperti yang sering dilihat, tetapi gangguan itu juga ada yang menyebabkan mereka mengalami masalah kesihatan fizikal seperti sakit kaki, sakit kepala, dada, sukar tidur, lenguh badan dan sendi.

Selain itu, seseorang itu juga boleh diserang rasa malas, cepat melenting, pemarah dan putus asa.

Saka harimau akan menjadikan tubuh badan seseorang mempunyai ruang yang akan dimasuki jin sebagai perumahnya. Ada kes terdapat banyak saka harimau yang telah beranak-pinak di dalam badan seorang pesakit.

Soalan biasa ketika merawat pesakit adalah seperti masalah kesihatan, makanan, mimpi, emosi dan cara tidur akan ditanya kepada pesakit. Daripada jawapan itu, perawat akan dapat mengenal pasti jenis jin saka yang mengganggu pesakit.

Biasanya, semasa rawatan, jin saka harimau akan disuruh keluar dari badan pesakit. Jika ia berdegil, proses ‘menyembelih’ saka harimau akan dilakukan.

Kemudian, pesakit akan diminta mengamalkan mandi ais batu selama tujuh hari berturut-turut dan kemudian seminggu sekali. Ia merupakan rawatan yang paling mujarab untuk melawan jin yang mengganggu manusia.

Ini kerana, api perlu dilawan dengan ais yang sejuk. Ia bagi memastikan jin-jin ini tidak memasuki lagi ruang-ruang yang terdapat di dalam badan. Ini akan berlaku sekiranya terdapat banyak jin saka harimau yang beranak-pinak itu.

Gangguan saka harimau akan memudaratkan kehidupan seseorang itu kerana ia mengganggu aktiviti harian apabila ada ketika dan waktu, seseorang yang mempunyai saka harimau akan bertindak dalam keadaan tidak sedarkan diri seperti gelisah, menjadi marah, membaling barangan atau memukul.

Kehadiran saka harimau juga akan mempengaruhi sikap seseorang seperti menjadi pemalas, degil, malas solat dan pelbagai lagi masalah kehidupan yang jika tidak dibendung atau dirawat, akan menjadi lebih parah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Asal-usul Orang Bunian, Benarkah Dari Keturunan Nabi Adam?

sumber: utusan

12 Haiwan Zodiak Dalam Kalendar Lunar Cina

12 Haiwan Zodiak Dalam Kalendar Lunar Cina

Dalam astrologi zodiak Cina, terdapat satu kitaran 12 tahun yang terdiri daripada dua belas ekor haiwan yang melambangkan dua belas jenis personaliti berbeza dan secara tradisi, zodiak ini sentiasa bermula dengan bintang Tikus.

12 zodiak cina

Terdapat juga banyak cerita mengenai asal-usul zodiak ini yang menerangkan sebab tikus menerajui zodiak.

Berikut ialah kesemua 12 haiwan zodiak dalam urutan betul serta sifat-sifatnya.

Asal-usul Zodiak Cina

Terdapat banyak legenda yang menerangkan permulaan zodiak, antaranya cerita yang diringkaskan seperti berikut:

Sang tikus ditugaskan menjemput para haiwan untuk melapor diri menghadap Maharaja Jed untuk satu jamuan dan juga pemilihan bintang zodiak. Mula-mula, sang kucing dan sang tikus berkawan baik, tetapi sang tikus memperdaya sang kucing dengan berkata bahawa jamuan diadakan pada hari kemudian. Maka sang kucing terus tidur dan terlepas majlis jamuan kerana menyangka jamuan itu diadakan pada hari kemudian. Setelah menyedari cerita sebenar, sang kucing bersumpah untuk menjadi musuh semulajadi tikus untuk selamanya.

Bagaimanapun, kucing ada mengambil tempat di zodiak Vietnam, menggantikan tempat arnab.

1. Zodiak Tikus

Unsur: Air
Tahun: 1936, 1948, 1960, 1972, 1984, 1996, 2008, 2020, 2032

Sifat baik

Terus terang, berdisiplin, sistematik, cermat, berkarisma, rajin, menawan, petah, suka bergaul dan pintar.

Sifat buruk

Memanipulasi, kejam, suka memerintah, tegar, mementingkan diri, degil, kritis, bercita-cita terlalu tinggi, tidak berhati perut, tidak bertoleransi dan licik.

Pasangan

Paling serasi: Naga, Monyet, Lembu
Sederhana serasi: Ular, Babi, Tikus, Anjing, Harimau
Tidak serasi: Arnab, Kambing, Ayam, Kuda

2. Zodiak Lembu

Unsur: Tanah
Tahun: 1937, 1949, 1961, 1973, 1985, 1997, 2009, 2021, 2033

Sifat baik

Boleh diharapkan, tenteram, berperaturan, sabar, rajin, bercita-cita, konvensional, tenang, sopan, lojik, tegas dan kuat.

Sifat buruk

Degil, berfikiran sempit, materialistik, tegar dan suka mendesak.

Pasangan

Paling serasi: Tikus, Ular, Ayam, Kuda
Sederhana serasi: Babi, Anjing, Naga, Harimau
Tidak serasi: Lembu, Monyet, Kambing, Ayam

3. Zodiak Harimau

Unsur: Kayu
Tahun: 1938, 1950, 1962, 1974, 1986, 1998, 2010, 2022, 2034

Sifat baik

Sukar diduga, suka melawan, berwarna-warni, sangat berkuasa, berkobar-kobar, berani, mengikut gerak hati, penuh bersemangat, merangsang, ikhlas, pengasih, berperikemanusiaan dan murah hati.

Sifat buruk

Mudah gelisah, semberono, tidak sabar, cepat berang, degil dan mementingkan diri.

Pasangan

Paling serasi: Kuda, Anjing
Sederhana serasi: Naga, Arnab, Harimau, Tikus, Kambing
Tidak serasi: Lembu, Ular, Ayam, Monyet, Babi

4. Zodiak Arnab

Unsur: Kayu
Tahun: 1939, 1951, 1963, 1975, 1987, 1999, 2011, 2023, 2035

Sifat baik

Baik budi, baik hati, peka, lemah lembut, ramah, berbudi bahasa, berat mulut, berwaspada, berjiwa seni, teliti, manis, yakin pada diri sendiri, panjang akal, belas kasihan dan fleksibel.

Sifat buruk

Ada angin, menyendiri, cetek pemikiran, suka mengurut nafsu, oportunis dan pemalas.

Pasangan

Paling serasi: Babi, Kambing
Sederhana serasi: Anjing, Arnab, Ular, Kuda
Tidak serasi: Naga, Tikus, Ayam, Lembu, Monyet, Harimau

5. Zodiak Naga

Unsur: Tanah
Tahun: 1940, 1952, 1964, 1976, 1988, 2000, 2012, 2024, 2036

Sifat baik

Baik hati, penuh bersemangat, kuat, yakin pada diri sendiri, megah, terus terang, penuh hasrat, bersemangat, berapi-api, berkobar-kobar, tegas, perintis, bercita-cita, murah hati dan setia.

Sifat buruk

Sombong, zalim, suka mendesak, eksentrik, dogmatik, suka menguasai orang lain, terburu-buru dan kasar.

Pasangan

Paling serasi: Tikus, Monyet, Ular, Ayam
Sederhana serasi: Naga, Babi, Lembu
Tidak serasi: Kuda, Harimau, Kambing, Arnab, Anjing

6. Zodiak Ular

Unsur: Api
Tahun: 1941, 1953, 1965, 1977, 1989, 2001, 2013, 2025, 2037

Sifat baik

Berfikir panjang, bijaksana, mistik, lemah lembut, lemah lembut, sensual, kreatif, cermat, pintar, bercita-cita, berbudi bahasa, berwaspada, bertanggungjawab, tenteram, kuat, setia dan tekad.

Sifat buruk

Penyendiri, komunikasi teruk, cemburu, hedonis, ragu diri, sentiasa menaruh kesangsian terhadap orang lain dan pendusta.

Pasangan

Paling serasi: Lembu, Ayam, Naga
Sederhana serasi: Tikus, Anjing, Kambing, ular
Tidak serasi: Arnab, Kuda, Monyet, Harimau, Babi

7. Zodiak Kuda

Unsur: Api
Tahun: 1942, 1954, 1966, 1978, 1990, 2002, 204, 2026, 2038

Sifat baik

Periang, popular, tajam akal, bertukar-tukar, biasa dan berterus terang, perseptif, suka bercakap, lincah, cerdas, kuat daya penariknya, cerdik, panjang akal, fleksibel dan berfikiran terbuka.

Sifat buruk

Tidak tetap hati, cemas, biadab, mudah terpedaya, degil, kurang stabil dan kurang tabah.

Pasangan

Paling serasi: Anjing, Harimau, Kuda, Kambing
Sederhana serasi: Ayam, Monyet, Babi, Arnab
Tidak serasi: Tikus, Lembu, Naga, Ular

8. Zodiak Kambing

Unsur: Tanah
Tahun: 1943, 1955, 1967, 1979, 1991, 2003, 2015, 2027, 2039

Sifat baik

Soleh, ikhlas, bersimpati, lemah lembut, pemalu, berjiwa seni, kreatif, lembut, belas kasihan, bertimbang rasa, keibuan, tekad, mencintai kedamaian, murah hati dan mencari perlindungan.

Sifat buruk

Ada angin, tidak tegas, terlalu pasif, perisau, pesimis, mudah tersinggung dan suka merungut.

9. Zodiak Monyet

Unsur: Logam
Tahun: 1944, 1956, 1968, 1980, 1992, 2004, 2016, 2028, 2040

Sifat baik

Pencipta, pendorong, suka mengimprovisasi, tajam akal, suka ingin tahu, fleksibel, inovatif, penyelesai masalah, yakin pada diri sendiri, suka bergaul, sopan, menimbulkan rasa hormat, suka bersaing, objektif, faktual dan intelektual.

Sifat buruk

Egoistik, angkuh, mementingkan diri, licik, iri hati dan mudah sangsi.

10. Zodiak Ayam

Unsur: Logam
Tahun: 1945, 1957, 1969, 1981, 1993, 2005, 2017, 2029, 2041

Sifat baik

Tajam, kemas, cermat, terurus, yakin pada diri sendiri, tegas, konservatif, kritis, mementingkan kesempurnaan, berjaga-jaga, bersemangat, praktis, saintifik dan bertanggungjawab.

Sifat buruk

Terlalu fanatik dan kritis, bagaikan pendakwah, egoistik, kasar dan terlalu yakin akan pendapatnya.

11. Zodiak Anjing

Unsur: Tanah
Tahun: 1946, 1958, 1972, 1982, 1994, 2006, 2018, 2030, 2042

Sifat baik

Jujur, cerdik, terus-terang, setia, penegak keadilan, menarik, ramah, tidak menunjuk-nunjuk, suka bergaul, berfikiran terbuka, idealistik, moralistik, praktis, pengasih dan gigih.

Sifat buruk

Sinis, pemalas, dingin, judgmental, pesimis, perisau, degil dan suka bergaduh.

12. Zodiak Khinzir

Unsur: Air
Tahun: 1947, 1959, 1971, 1983, 1995, 2007, 2019, 2031, 2043

Sifat baik

Jujur, sederhana, gagah berani, tegap, suka bergaul, mencintai kedamaian, sabar, setia, rajin, mudah percaya, ikhlas, tenteram, bertimbang rasa, prihatin, berkobar-kobar dan cerdik.

Sifat buruk

Naif, terlalu bergantung kepada orang lain, suka mengikut nafsu, mudah terpedaya, fatalistik dan materialistik.

ZODIAK DI NEGARA LAIN

Zodiak Cina juga digunakan di beberapa negara Asia lain yang pernah dipengaruhi budaya Cina, namun adanya haiwan zodiak yang berbeza antara negara.

Asia Timur

Zodiak Vietnam hampir seiras dengan zodiak Cina kecuali bahawa bintang kedua ialah kerbau dan bukannya lembu, dan bintang keempat ialah kucing di tempat arnab.Zodiak Jepun menempatkan babi hutan di tempat khinzir, sementara zodiak Thai pula menempatkan sejenis ular besar legenda (yang juga dipanggil "naga") di tempat naga Cina.

Orang Turki

Orang Hun Eropah memakai zodiak Cina lengkap dengan "naga", "khinzir" dan lain-lain.

Zodiak bersama Cina-Turki ini pernah digunakan di Bulgaria Balkan sebelum orang Bulgar menggunakan bahasa Slavia dan memeluk agama Kristian ortodoks.

Kazakhstan

Di Kazakhstan, satu kitaran haiwan yang serupa dengan zodiak Cina juga digunakan, tetapi naga diganti oleh siput babi dan harimau pula merupakan harimau bintang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia | sirnacintaku

Sambutan Hari Tenggiling Sedunia

Sambutan Hari Tenggiling Sedunia

Sambutan Hari Tenggiling Sedunia, World Pangolin Day disambut pada hari Sabtu ketiga bulan Februari setiap tahun oleh National Geography sejak tahun 2012 bertujuan untuk kempen kesedaran awam bagi pemuliharaan haiwan liar yang sedang diancam kepupusan ini.

World Pangolin Day

Tatkala banyak negara meraikan Hari Tenggiling Sedunia, ramai di antara kita yang masih tidak tahu betapa seriusnya ancaman yang dihadapi mamalia unik ini.

Dilaporkan lebih sejuta ekor tenggiling diperdagangkan secara haram seluruh dunia di antara tahun 2000 dan 2014, menjadikan haiwan itu antara mamalia yang paling tinggi diperdagangkan.

Menurut Dana Sedunia Alam Semula jadi (WWF), populasi tenggiling Asia telah merosot sehingga 80 peratus dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

Punca utamanya adalah permintaan yang tinggi di China dan Vietnam, yang mana daging tenggiling dianggap sebagai makanan eksotik manakala sisik haiwan tersebut digunakan dalam ubat-ubatan tradisional.

Walaupun Konvensyen Tentang Perdagangan Antarabangsa Ke Atas Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (CITES) ­telah meluluskan pengharaman penuh perdagangan tenggiling, masih terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang menangkap dan menyeludup haiwan bersisik keras tersebut.

Tenggiling sebenarnya turut dilindungi sepenuhnya di Semenanjung Malaysia dan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 menyediakan hukuman lebih tinggi bagi ­kesalahan melibatkan haiwan tersebut, iaitu denda sehingga RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya.

Bagaimanapun, haiwan tersebut tidak mendapat perlindungan yang sama di Sabah dan Sarawak dan mereka yang memburunya tanpa permit hanya boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 atau penjara setahun.

Walaupun akta baharu menyediakan hukuman lebih berat berbanding Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 sebelum ini, ia seolah-olah tidak memberi kesan kepada sesetengah pemburu haram dan penyeludup.

Dewasa ini, penggunaan media sosial dan portal perdagangan hidupan liar secara haram telah menjadi ancaman yang lebih besar kepada spesies haiwan yang hampir pupus. Kemudahan teknologi yang ada pada masa ini juga memudahkan perdagangan haram haiwan yang dilindungi.

Amat mengejutkan apabila masih terdapat restoran yang menyediakan makanan eksotik seperti daging tenggiling walaupun negara kini mempunyai undang-undang yang menyeluruh dan hukuman yang tegas.

Dilaporkan, daging tenggiling boleh mencecah sehingga ke AS$300 atau lebih RM1,000, sekilogram di pasaran ­haram dan lebih malang lagi, tenggiling bukanlah satu-satunya haiwan liar yang terancam akibat aktiviti pemburuan ­haram dan penyeludupan.

Haiwan lain yang menjadi mangsa termasuk babi hutan, beruang, ular sawa, labi-labi, harimau belang, harimau dahan, kambing gurun, musang, keluang dan juga kura-kura.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mendedahkan bahawa haiwan ini ditangkap di kawasan dilindungi dan juga hutan simpan.

Berdasarkan rekod Perhilitan, jumlah kes yang disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar adalah sebanyak 354 kes pada 2012 manakala pada 2013 terdapat 788 kes; 2014 (1,157 kes); 2015 (1,371 kes) dan 2016 (1,329 kes).

Kes-kes tersebut termasuk memiliki haiwan liar yang dilindungi serta tidak mempunyai lesen untuk memiliki haiwan tertentu. Jabatan itu juga telah mendakwa 39 suspek pada 2012 manakala pada 2013 terdapat 47 suspek; 2014 (71 suspek); 2015 (130 suspek) dan 2016 (62 suspek).

Kita seharusnya mengambil langkah proaktif untuk menyekat jual-beli hidupan liar yang hampir pupus serta anggota badan mereka melalui undang-undang dan pe­nguatkuasaan yang lebih efektif di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Kesedaran awam yang lebih tinggi, penguatkuasaan undang-undang yang lebih baik serta keazaman politik amat diperlukan untuk menyekat perdagangan haram hidupan liar serta eksploitasi berlebihan sumber asli negara. Pihak berkuasa perlu memastikan tidak ada ruang yang tertinggal dalam usaha mengatasi masalah ini.

Kita tidak boleh bertolak ansur dengan kekejaman ter­hadap haiwan dalam apa jua bentuk kerana mereka juga berhak untuk mendiami dan berkongsi tempat tinggal bersama kita di bumi ciptaan Tuhan ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Friday, February 16, 2018

Rahsia Garisan Kecil Pada Wang Kertas Malaysia

Rahsia Garisan Kecil Pada Wang Kertas Malaysia

Hari-hari guna duit tapi tak pernah pula rasa nak ambil tahu tentang duit, apa yang biasa kita buat hanyalah nak mengeluh bila tak cukup duit.

Rahsia Garisan Kecil Pada Wang Kertas Malaysia

Mesti anda semua tak perasan, tapi satu fakta baru tentang wang kertas Malaysia telah dijumpai yang mungkin ramai antara anda yang masih tidak tahu tentang ini.

Jika anda lihat pada duit satu ringgit ini, nampak seperti duit kertas biasa saja kan. Tapi jika anda lihat dengan teliti anda akan nampak satu garisan halus di sebelah kiri pada bahagian bawah duit ini.

Rahsia Garisan Kecil Pada Wang Kertas Malaysia

Pernah tak anda tertanya apakah fungsi garisan halus itu?

Rahsia Garisan Kecil Pada Wang Kertas Malaysia

Garisan itu adalah untuk membantu warga orang kurang upaya (OKU) untuk mengenalpasti nilai wang menerusi sentuhan.

Rahsia Garisan Kecil Pada Wang Kertas Malaysia

Ya, memang betul, garisan halus ini dikenali sebagai bacaan Brailles.

Bacaan Brailles ini amat penting untuk digunakan bagi memudahkan warga kurang upaya untuk menggunakan wang dan berurusan dalam hal jual beli.

Setiap nilai wang kertas ini terdapat bentuk garisan yang berbeza:
  • RM 1 - 1 garis melintang
  • RM 5 - 1 garis menegak
  • RM 10 - 2 garis melintang
  • RM 20 - 2 garis menegak
  • RM 50 - 2 bentuk diamond
  • RM100 - 3 garis menegak

Kalau anda masih tidak percaya, apa kata anda buka dompet dan check duit anda sekarang!

Jika anda jumpa garisan halus pada sebelah kiri di bahagian bawah itu, cuba rasa dan bezakan dengan nilai wang kertas yang lain.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Rahsia Kenapa Bank Kekurangan Wang Tunai Dan Bagaimana Wang 'Atas Angin' Dicipta!

sumber: says

7 Jenis Penipuan Internet Yang Pakar IT Pun Boleh Terpedaya

7 Jenis Penipuan Internet Yang Pakar IT Pun Boleh Terpedaya

Beberapa tahun dahulu, anda dikira agak hebat jika berjaya mengabaikan email putera raja Nigeria yang ingin menghantar duit wasiat jutaan dolar ke dalam akaun bank anda. Bagi anda, mungkin makcik-makcik di kampung yang kurang berpendidikan saja yang mudah tertipu dengan muslihat itu.

7 Jenis Penipuan Internet Yang Pakar IT Pun Boleh Terpedaya

Tapi teknologi telah berubah dan cara penipuan juga kini semakin canggih. Scammers pula menjadi semakin pintar menggunakan pelbagai helah untuk mendapatkan data peribadi atau wang anda.

Jika anda selama ini gagal membezakan berita sahih dengan berita palsu, anda juga mungkin tidak dapat membezakan antara scam dengan perniagaan sah.

Kami kongsikan 7 penipuan di Internet yang boleh memperdaya walaupun bagi individu celik teknologi dan cara untuk elakkan diri daripada menjadi mangsa.

1. E-mel rangkaian sosial palsu

Kaedah penipuan

Skim pancingan data (phishing) ini melibatkan penghantaran e-mel palsu yang kelihatan seperti berasal dari rangkaian sosial sebenar.

Ia mungkin mengatakan bahawa anda mempunyai permintaan rakan baru atau ada seseorang telah cuba menceroboh masuk ke akaun anda dan anda perlu log masuk segera untuk pengesahan identiti.

Sekiranya anda log masuk menggunakan pautan palsu yang diberikan dalam e-mel tersebut, penipu tersebut boleh mengakses akaun sebenar anda, mencuri identiti, menghantar mesej spam kepada kenalan anda dan menggunakan maklumat peribadi untuk memeras ugut anda.

Cara mengelakkan

Sama seperti modus operandi phishing akaun bank, anda hanya perlu mengelakkan daripada menggunakan apa-apa pautan dari dalam e-mel.

Jika anda mendapat sebarang notifikasi berkaitan akaun media sosial, layari terus laman web tersebut dengan menaip alamat menggunakan browser ataupun menggunakan aplikasi yang telah dimuat turun ke dalam telefon anda.

Jangan sesekali klik pautan yang dihantar kepada anda dan sentiasa gunakan tetapan pengesahan dua langkah bagi kesemua akaun anda.

Dengan cara ini, jika ada seseorang cuba menceroboh ke dalam akaun anda dari peranti berbeza, anda akan segera mendapat notifikasi amaran.

2. Lampiran e-mel yang tidak dijangka

Kaedah penipuan

Katakan scammer berjaya mengakses e-mel rakan anda, dia akan menghantar e-mel palsu kepada semua kenalan di dalam senarai. Kebiasaannya e-mel itu akan dilampirkan sekali pautan atau dokumen untuk dimuat turun.

Anda mungkin sangka e-mel itu benar-benar dihantar oleh rakan anda lalu anda pun memuat turun dokumen yang dihantar.

Kesudahannya, komputer anda mungkin dijangkiti virus atau malware. Lebih pedih lagi sekiranya kesemua fail anda tidak dapat diakses disebabkan ransomware yang memohon wang tebusan.

Cara mengelakkan

Jika anda menerima e-mel mengandungi dokumen yang tidak dijangka atau pautan kepada mana-mana laman web perkongsian fail, jangan terus dibuka.

Sebaliknya, cuba hubungi rakan yang menghantar itu terlebih dahulu melalui saluran lain seperti panggilan telefon atau Whatsapp untuk memastikan bahawa merekalah penghantar sebenar.

3. Permintaan menjadi rakan

Kaedah penipuan

Penipu akan membuat profail akaun fake menggunakan maklumat dan gambar rakan anda kemudian menghantar permintaan untuk menjadi rakan baru anda.

Jika anda menerima permintaan tersebut, penipu tersebut kini mempunyai maklumat peribadi anda yang boleh digunakan untuk menggodam akaun-akaun lain.

Maklumat sensitif seperti tarikh lahir, tempat tinggal, nama ibu dan ayah, nama binatang peliharaan dan sebagainya tidak patut diketahui umum.

Cara mengelakkan

Jangan terima permintaan menjadi rakan oleh orang yang tidak dikenali. Jika ada seseorang yang sudahpun berada dalam senarai rakan anda membuat permohonan menggunakan akaun baru, anda perlu cuba hubunginya melalui saluran lain (panggilan telefon, Whatsapp dan sebagainya) untuk mengesahkan yang mereka memang benar-benar mempunyai akaun kedua.

Dan yang paling penting, jangan sesekali kongsi maklumat peribadi yang boleh menjawab soalan keselamatan akaun lain.

4. Wifi percuma

Kaedah penipuan

Penjenayah akan membuka hotspot Wifi dengan akses terbuka di kawasan tumpuan ramai seperti kedai kopi atau lapangan terbang.

Wifi 'percuma' ini dihubungkan ke komputer riba mereka yang akan mencedok segala data dan maklumat daripada telefon atau komputer anda setelah internet berjaya disambung.

Cara mengelakkan

Pastikan tetapan Wifi peranti anda tidak akan menyambung secara automatik kepada mana-mana rangkaian Wifi dengan akses terbuka.

Pilih tetapan "Ask to join networks" dan sentiasa padam butang Wi-Fi jika tidak digunakan. Apabila berada di tempat yang menawarkan Wi-Fi percuma, pastikan anda bertanya kepada pekerja kedai nama rasmi rangkaian tersebut.

Jangan sesekali membuat sebarang transaksi perbankan melalui rangkaian percuma.

5. Pop-ups yang menakut-nakutkan

Kaedah penipuan

Apabila melayari web, satu jendela timbul (pop-up window) akan muncul memberikan amaran yang peranti anda telah dijangkiti virus dan malware.

Kemudian anda diminta menekan butang untuk membuat imbasan menggunakan perisian antivirus untuk memadam virus itu dengan mengenakan bayaran yang murah.

Jika anda menekan butang muat turun, anda mungkin telah memasukkan perisian yang berniat jahat. dan boleh mendapatkan maklumat peribadi seperti nombor kad kredit.

Cara mengelakkan

Pastikan peranti anda telah dipasang program antivirus yang sentiasa dikemaskini. Jangan klik pada mana-mana iklan timbul semasa melayari Internet dan tutup semua tetingkap sekiranya iklan 'virus' itu muncul dengan banyak.

Pasang pop-up blockers pada pelayar untuk mengelakkan penipuan seperti ini muncul tanpa diundang.

6. Cari jodoh

Kaedah penipuan

Kaki tipu akan membuat satu profail cari jodoh yang palsu dengan gambar dan maklumat daripada orang sebenar.

Kebiasaannya gambar dengan wajah jejaka kacak dan gadis yang cantik menjadi pilihan pemangsa.

Mereka kemudian akan mencari mangsa untuk berkenalan dengan lebih rapat melalui mesej, gambar dan panggilan telefon.

Tapi mereka sering menolak apabila diminta membuat panggilan video atau bersemuka secara depan-depan.

Apabila hubungan anda berdua sudah semakin intim, penipu tadi akan mula menceritakan masalah kewangan mereka dan meminta anda menghulurkan bantuan.

Jika anda termakan pujuk dan membuat pindahan wang, mereka mungkin akan terus lesap melarikan diri atau berterusan memohon simpati anda untuk meminta wang dengan lebih banyak.

Cara mengelakkan: Percaya dengan naluri anda. Jika orang yang dikenali dalam talian enggan berjumpa untuk bersua muka, pasti ada sesuatu yang dia ingin sembunyikan.

Jangan sesekali menghantar wang kepada sesiapa sahaja yang anda baru kenali dalam alam maya.

7. Perlukan simpati dan bantuan

Kaedah penipuan

Scammer akan membuat satu post, halaman crowd funding ataupun laman kerja amal berkaitan berita yang sedang viral.

Berita ini kebiasaannya seperti ditimpa bencana alam, menyamar mempunyai anak kecil yang sedang sakit tenat atau keluarga yang hidup dalam keadaan daif.

Penipu kemudian akan meyakinkan orang ramai agar menghebahkan post/halaman tersebut ke media sosial.

Ada penipu yang meletakkan nombor akaun sendiri/dipinjam untuk menerima dana daripada orang ramai, ada juga penipu yang meletakkan pautan untuk anda menderma menggunakan akaun bank dalam talian.

Cara mengelakkan

Jangan klik pautan yang anda terima melalui e-mel ataupun melayari alamat web yang mencurigakan.

Jika anda ingin menderma, cari organisasi yang betul atau orang yang dipercayai.

Jika anda ingin membuat pindahan wang derma secara dalam talian, pastikan URL memaparkan "https://" di bahagian permulaan alamat.

Kesimpulan

Walaupun anda seorang yang berhati-hati, scammer, penggodam dan pencuri identiti akan sentiasa berusaha untuk mendapatkan wang dan maklumat peribadi anda.

Jadi, jangan mudah percaya apa yang anda lihat dan semak terlebih dahulu sebelum anda terpedaya.

Jadilah pengguna Internet yang bijak dan sentiasa berwaspada!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Itu Macau Scam Dan Bagaimana Untuk Mengelak Dari Ditipu!

sumber: iluminasi