Monday, January 15, 2018

Benarkah Hadis 'Tidur Selepas Asar Hilang Akal'?

Benarkah Hadis 'Tidur Selepas Asar Hilang Akal'?

Apakah status hadis, “Sesiapa yang tidur selepas Asar lalu hilang akalnya, maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri.”

Benarkah Hadis 'Tidur Selepas Asar Hilang Akal'?

Jawapan: Sesungguhnya ALLAH SWT menjadikan setiap insan atau tubuh badan manusia itu memerlukan kepada rehat secukupnya. Tidur merupakan salah satu cara untuk seseorang itu merehatkan badannya.

Hal ini telah dikhabarkan oleh ALLAH SWT di dalam kitab- Nya yang suci, “Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat. (al-Naba’: 9)

Kata Imam Ibnu Kathir ketika mentafsirkan ayat ini, tidur itu adalah memutuskan pergerakan bagi tujuan merehatkan diri daripada banyak bergerak dan berjalan pada urusan kehidupan bagi menempuh waktu siang. (Lihat: Tafir Ibn Kathir, 307/8)

Berdasarkan soalan di atas, di sini kami sertakan beberapa pendapat para ulama dalam menentukan status hadis ini.

Imam Ibn Hibban mengatakan di dalam sanad hadis ini terdapat Khalid bin al-Qasim dan dia menyambung riwayat-riwayat yang terputus, menrafa’kan riwayat-riwayat yang mursal dan juga menyambung riwayat-riwayat yang mawquf maka tidak boleh menulis riwayatnya.

(Lihat: al-Majruhin, 334/1) Imam Ibn al-Jauzi menghukum hadis ini sebagai tidak sahih. (Lihat: al-Mawdhu’at, 252/2) Imam al-Zahabi mengatakan di dalam sanad hadis ini terdapat Khalid bin al-Qasim yang dituduh berdusta. (Lihat: Tartib al- Mawdhua’at, 239) Imam al-Haithami mengatakan perawi bernama Amr bin al- Husain seorang yang matruk. (Majma’ al-Zawaid, 119/5) Imam al-Syaukani mengatakan bahawa di dalam sanad hadis ini terdapat perawi yang berdusta. (Lihat: al-Fawaid al-Majmu’ah, 216) Syeikh al-Albani menilai hadis ini sebagai dhaif. (Silsilah al- Ahadith al-Dhaifah, 112/1)

Berdasarkan beberapa pendapat para ulama di atas, kita memahami bahawa sebahagian pendapat ulama mendhaifkan hadis ini dan sebahagian yang lain mengatakan hadis ini palsu.

Maka dengan itu, kami berpandangan bahawa hadis tersebut adalah teramat lemah kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yang dituduh berdusta.

Maka dengan itu, kami nyatakan bahawa tiada hadis sahih yang melarang tidur selepas asar.

Akan tetapi, jika dikatakan tidur pada waktu ini boleh menghilangkan akal berdasarkan kepada tajrubah dan ia boleh membawa kepada mudarat maka ia sebaiknya perbuatan ini mestilah dijauhi kerana setiap insan itu mesti menjauhkan dirinya daripada perkara yang boleh memudaratkan dirinya.

Di samping itu, jika seseorang itu memerlukan atau berhajat untuk tidur pada waktu tersebut maka ia dibolehkan.

Kesimpulan

ALLAH SWT menjadikan tidur untuk kita berehat kerana pada waktu siang manusia sibuk bekerja untuk mencari rezeki.

Maka tidur pada waktu malam dapat mengembalikan tenaga untuk bekerja pada keesokan harinya dan begitulah sebaliknya bagi yang bekerja pada waktu malam.

Ini kerana, tanpa tidur yang secukupnya maka akan tergendalalah segala usaha yang ingin dilakukan pada hari-hari yang berikutnya.

Akhir sekali, semoga ALLAH SWT menjadikan kita daripada kalangan hamba-hamba-Nya yang sihat rohani dan jasmani agar kehidupan dapat diteruskan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kenapa Hadis Palsu Dicipta?

sumber: sinarharian

Manfaat Dan Mudarat Daun Ketum

Manfaat Dan Mudarat Daun Ketum

Pokok ketum (Malaysia) ataupun Kratom (Thailand) merupakan pokok berdaun hijau yang sangat mudah tumbuh di dalam iklim tropika. Nama saintifik untuk ketum adalah Mitragyna speciose, salah satu ahli di dalam keluarga tumbuhan yang dikenali sebagai Rubiaceae di mana pokok kopi dan gardenia adalah juga di dalam keluarga yang sama.

Manfaat Dan Mudarat Daun Ketum

Pokok ketum pertama kali dikenal pasti pada tahun 1839 oleh pakar botani Belanda, Pieter Korthalsdan dan penulisan tentang tumbuhan ini telah disiarkan semenjak tahun 1897.

Pokok ketum selalunya boleh tumbuh sehingga ketinggian 12-30 kaki, malah ada yang boleh mencapai ketinggian sehingga 60 kaki.

Batang pokok ketum boleh membesar sehingga 15 kaki dan daunnya boleh membesar sehingga 7 inci panjang dan 4 inci lebar.

Daun ketum digunakan untuk banyak tujuan termasuk untuk tujuan pengubatan dan terdapat lebih 40 jenis compound ataupun bahan kimia yang terdapat di dalam daun ketum termasuk alkaloid seperti mitragynine, mitraphylline, 7-hydroxymitragynine dan mitragynine pseudoindoxyl. Lain-lain bahan kimia aktif adalah raubasine, yohimbe, rhynchophylline dan sebagainya.

Alkaloid adalah sekumpulan bahan kimia yang mempunyai atom nitrogen dan terdapat banyak jenis alkaloid yang mempunyai pelbagai fungsi termasuk untuk tujuan perubatan, menghilangkan sakit, merawat batuk, membunuh kuman, demam, antimalaria, penyakit arythmia, cirit-birit dan tidak kurang juga yang mempunyai kesan psikotropik.

Psikotropik bermaksud bahan kimia yang boleh merubah fungsi otak dan menyebabkan perubahan kepada persepsi, mood dan juga kesedaran seseorang.

Sebab itu ianya seringkali digunakan untuk tujuan menghilangkan stress dan untuk tujuan berkhayal. Pendek kata di dalam daun ketum ini terdapat banyak bahan kimia yang boleh memberi kesan yang pelbagai daripada kesan fizikal hinggalah kesan psikologi termasuk ketagihan dan kebergantungan (dependency).

Salah satu compound penting dalam daun ketum yang dikategorikan sebagai alkaloid adalah mitragynine.

Ia adalah salah satu bahan alkaloid yang paling banyak terdapat di dalam daun ketum. Dipercayai bahan inilah yang menjadi sebab ramai penggemar ketum mengambil daun ketum.

Apa yang menarik adalah kepekatan mitragynine di dalam daun ketum bergantung kepada banyak faktor, salah satu faktor paling penting adalah tempat di mana pokok ketum ini membiak.

Pokok ketum yang tumbuh di negara-negara Asia Tenggara mempunyai kandungan mitragynine yang tinggi, manakala jika tumbuh di tempat lain dan di bawah rumah hijau, kepekatannya menjadi rendah.

Mitragynine ini dikatakan 13 kali lebih poten dari morfin. Ia bertindak ke atas reseptor mu dan delta-opioid, reseptor serotonin di otak serta reseptor noradrenergic di saraf tunjang.

Kajian analisis LC-ESI-MS menunjukkan bahawa peratusan kandungan mitragynine di dalam daun ketum adalah pada tahap 1-6%.

Di dalam dos rendah, daun ketum boleh memberi kesan ransangan (stimulant) sehingga seseorang itu merasa bertenaga, lebih ceria dan mesra tetapi di dalam dos yang tinggi, ia boleh memberi kesan mengantuk dan kesan narkotik termasuk depresi sistem saraf pusat.

Dos rendah ketum adalah daun seberat 1-5 gram manakala dos tinggi pula adalah dari 5-15 gram.

Jika diambil pada dos melebihi 15 gram, seseorang akan mengalami kesan sedatif yang melampau (mengantuk dan lali), malah boleh menjadi stupor (hampir tidak sedar diri).

Terdapat juga laporan kejadian sawan selepas mengambil daun ketum melebihi 15 gram.

Sehelai daun ketum yang segar seberat 2 gram boleh mengandungi 79 mg (0.078 gram) mitragynine.

KEGUNAAN

Hampir kesemua manfaat yang dikaitkan dengan pengambilan daun ketum ini adalah berasaskan kepada dakwaan pengamalnya kerana daun ketum tidak digunakan oleh perubatan moden.

Malah, kesan farmakologi daun ketum ke atas tubuh badan manusia juga tidak dikaji dengan mendalam dan tidak ada maklumat terperinci mengenainya.

Secara tradisionalnya, daun ketum diambil dengan mengunyah daunnya di dalam bentuk mentah seperti yang diamalkan oleh penduduk selatan Thailand dan juga utara Malaysia.

Ada juga yang menjadikan ia seperti minuman teh, merebus serta diambil airnya dan menghisap asap daun ketum (merokok).

Jika diambil seperti minuman teh, jus limau dicampurkan supaya ia dapat mengekstrak bahan alkaloid, gula dan madu dicampurkan untuk menghilangkan rasa pahit.

Ia seringkali diambil oleh pekerja-pekerja untuk tujuan mengurangkan keletihan, meningkatkan mood serta mengurangkan kesakitan dan anti keradangan (inflammatory).

Lain-lain kegunaan adalah seperti dinyatakan di atas yang dikaitkan dengan kegunaan kompoun alkaloid.

Ada juga yang menggunakannya untuk tujuan mengurangkan ketagihan dan kebergantungan kepada dadah seperti opiod.

Kajian ke atas haiwan menunjukkan bahawa kesan menghentikan batuk oleh mitragynine ini hampir sama dengan kodein, manakala 7-hydroxymiragynine ini pula dikatakan mempunyai kesan mengurangkan sakit yang lebih poten dari morfin.

Pada asalnya pengambilan daun ketum dianggap sebagai budaya orang kampung dan diamalkan oleh semua golongan sehingga ianya dianggap bukan kesalahan dan baik untuk kesihatan.

Sehelai daun ketum yang segar seberat 2 gram boleh mengandungi 79mg (0.078 gram) mitragynine.

Di samping dalam bentuk daun mentah, produk daun ketum ada juga dihasilkan di dalam bentuk serbuk, kapsul, resin dan pes (paste).

Banyak produk daun ketum ini dapat dibeli dengan mudah dari internet, malahan ianya sangat mudah ditanam di sekitar rumah.

Di selatan Thailand, cocktail daun ketum ais yang dihasilkan di rumah pernah popular satu masa dahulu, ia dikenali sebagai “4X100”, dikatakan memberi kesan seakan-akan arak.

Cocktail ini terdiri dari daun ketum, minuman ringan yang mengandungi kafein (contoh: coca cola) dan ubat batuk yang dicampurkan dengan kiub ais, ubat penenang, ubat antidepresi ataupun ubat penahan sakit.

KESAN SAMPINGAN

Seperti yang dinyatakan tadi, daun ketum mengandungi banyak jenis bahan kimia ataupun phytochemicals (fitokimia) yang mempunyai nisbah berbeza sehingga sukar untuk dibuat kajian.

Secara umumnya, kesan pengambilan daun ketum ke atas manusia bergantung kepada berapa banyak ianya diambil ataupun “dose-dependent”.

Pada kadar dos yang rendah, ia boleh meransang seperti pengambilan kokain, manakala di dalam dos yang tinggi ia boleh memberi kesan mengantuk dan khayal seperti morfin.

Selepas mengambil beberapa gram daun ketum kering, kesan khayal dan keseronokan mula dialami dalam masa 10 minit dan kesannya boleh berakhir sehingga 1-1.5 jam.

Pengamal daun ketum mendakwa lebih bertenaga, lebih bersedia dan ada juga yang mengatakan nafsu seks meningkat.

Kajian ke atas sebilangan kecil manusia yang mengambil 50 mg mitragynine menunjukkan rangsangan otot, diikuti dengan pening, hilang keseimbangan badan dan mengeletar. Mekanisma aktiviti rangsangan ini masih tidak dapat diterangkan dengan jelas.

Daun ketum kering yang diambil sebanyak 10-25 gram pada peringkat awalnya boleh menyebabkan berpeluh, pening, loya dan perasaan tidak selesa.

Kemudian, kesan ini akan bertukar menjadi tenang, seronok dan seperti bermimpi yang boleh mengambil masa sehingga 6 jam.

Kesan-kesan ini disebabkan oleh dua jenis alkaloid yang disebutkan tadi iaitu mitragynine dan 7-hydroxymitragynine.

Pengambilan daun ketum secara tetap boleh menyebabkan ketagihan dan kebergantungan (dependence). Kesan withdrawal ke atas manusia adalah ringan dan seringkali akan hilang di dalam masa satu minggu.

Ketagihan, lemah badan, risau, gelisah, berhingus, lemah otot, loya, berpeluh, kejang otot, gangguan tidur dan halusinasi boleh berlaku.

Lain-lain kesan sampingan yang dikesan ke atas pengamal daun ketum yang kronik adalah hipotiroidism (kurang hormon tiroksin) dan kerosakan hati.

Terdapat kes kematian akibat pengambilan ketum dalam dos yang terlalu tinggi dan ujian post-mortem menunjukkan kandungan mitragynine di dalam darah sehingga 1.20 mg/l.

Jika daun ketum digabungkan dengan bahan-bahan lain seperti ubat-ubatan tertentu boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius.

Kes kematian telah dilaporkan ke atas seorang penagih daun ketum yang mencampurkan pati daun ketum dengan ubat fentanyl, ubat batuk, kopi dan morfin (ianya dijual sebagai ubat herba).

Satu kajian "case series" kematian akibat pengambilan daun ketum telah dijalankan di Sweden yang melibatkan 9 kematian dalam satu tahun akibat mengambil daun ketum yang dicampurkan dengan ubat tramadol (ubat kategori opioid untuk melegakan kesakitan), campuran ini dikenali sebagai “Krypton”.

Untuk mendapat rasa bersemangat dan seronok atau khayal, 1 hingga 3 helai daun ketum segar dikunyah serentak. Selepas mengunyah dan menelan, pengamal akan meminum air suam ataupun kopi. Penagih daun ketum akan mengunyah 3 hingga 10 kali di dalam satu hari.

Kesan sosial pengambilan daun ketum adalah membimbangkan. Walaupun ketagihan daun ketum tidak seberat ketagihan dadah yang lebih kuat seperti heroin dan ganja, tetapi kesan sosialnya tidak boleh dipandang ringan kerana pengambilan daun ketum dianggap sudah menjadi budaya dalam kalangan masyarakat tertentu.

Ianya juga diamalkan oleh golongan-golongan agamawan yang akan menjadi tauladan kepada ahli-ahli masyarakat.

Dengan berumpankan kesan positif terhadap tenaga, boleh merawat kesakitan, cirit-birit dan lain-lain dakwaan yang mungkin sengaja ditokok tambah, individu yang mengambil daun ketum ini lama kelamaan akan mula mengalami ketagihan dan kebergantungan sama seperti ketagihan dadah berbahaya dan ubat batuk.

Daun ketum juga boleh menjadi alternatif (pilihan) lain kepada penagih morfin,heroin dan lain-lain yang kurang berkemampuan kerana harganya yang murah dan mudah diperolehi.

Dengan kelonggaran peraturan dan undang-undang berkaitan dengan penggambilan daun ketum, kita tidak boleh bayangkan apakah kesan jangka panjang terhadap masyarakat jika budaya ini dibiarkan berkembang.

Tidak hairan mengapa ia bakal memberi kesan sosial yang lebih serius dari penyalahgunaan dadah-dadah yang lain.

UNDANG-UNDANG PENGAMBILAN DAUN KETUM

Tidak ada alkaloid yang diambil dari tumbuhan termasuk mitragynine yang tersenarai di dalam mana-mana jadual ubat di dalam United Nations Drug Conventions.

Daun ketum, dan atau mitragynine dan atau 7-hydroxymitragynine adalah bahan terkawal di banyak negara Eropah seperti Denmark, Latvia, Lithuania, Poland, Romania dan Sweden.

Lain-lain negara yang mengawal penggunaan daun ketum di bawah undang-undang narkotik adalah Australia, Myanmar dan Thailand.

Di negara Thai, kerajaan Thailand telah meluluskan Kratom Act 2486 di mana ianya mengharamkan penanaman pokok ketum.

Di New Zealand, daun ketum dan mitragynine diletakkan di bawah Medicines Amendment Regulations.

Walau bagaimanapun di Amerika, daun ketum tidak dikawal tetapi dianggap sebagai “drug of concern”.

Pada bulan Jun 2015, FDA telah membuat pengumuman amaran pengimpotan produk daun ketum disebabkan oleh kebimbangan terhadap keselamatan penggunaan produk ini, FDA membuat kenyataan bahawa “Pengambilan daun ketum boleh menyebabkan beberapa kesan masalah kesihatan termasuk depresi sistem pernafasan, perasaan takut, agresif, agitasi, gangguan tidur, halusinasi, delusi, menggigil, hilang nafsu seks, sembelit, hiper pigmentasi kulit, loya, muntah dan gejala withdrawal yang berat“.

Disebabkan ketum tidak pernah diterima penggunaannya dari sudut undang-undang, ia tidak pernah mendapat pengiktirafan sebagai bahan pengubatan oleh perubatan moden.

Di Malaysia, daun ketum dan Mitragynine disenaraikan dalam jadual ketiga (Section 30) Psychotropic Substances Akta Racun 1952.

Sesiapa yang mengimport, mengekspot, mengilang, membekal, menjual dan memiliki ataupun menggunakan bahan psikotropik secara haram (tanpa dibenarkan mengikut undang-undang) adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Sabit kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM10,000 ataupun penjara 4 tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdapat ura-ura untuk meminda akta ini kepada akta dadah berbahaya 1952 yang sabit kesalahan akan dipenjara seumur hidup dan sebatan 6 kali ataupun hukuman mati mandatori.

Sehingga rencana ini ditulis, daun ketum masih lagi di bawah Akta racun 1952.

KESIMPULAN

Daun ketum mengandungi lebih 40 jenis bahan kimia dan di antaranya terdapat beberapa jenis bahan yang dikategorikan sebagai alkaloid.

Bahan alkaloid yang paling utama adalah Mitragynine yang mempunyai ciri-ciri Psikotropik bermaksud bahan kimia yang boleh merubah fungsi otak dan menyebabkan perubahan kepada persepsi, mood dan juga kesedaran seseorang.

Disebabkan oleh terlalu banyak bahan kimia yang terdapat di dalam daun ketum, kesan pengambilan daun ketum dalam bentuk mentah samada basah ataupun kering boleh menyebabkan pelbagai kesan kepada fizikal dan juga mental seseorang.

Walaupun ianya mempunyai kesan-kesan pengubatan tetapi kesan sampingan yang dibawa olehnya tidak boleh dipandang ringan terutamanya yang berkaitan dengan kesan ke atas otak ataupun psikotropik sehingga pengamal mengalami masalah ketagihan, kesan withdrawal dan berpotensi mengancam nyawa jika daun ketum ini dicampurkan dengan bahan-bahan lain.

Daun ketum ini bolehlah diumpamakan sejenis daun yang di dalamnya mengandungi bahan-bahan kimia untuk merawat beberapa jenis penyakit tetapi juga ada racun tersembunyi yang boleh memudaratkan pengamalnya di dalam jangkamasa panjang.

Malahan, jika pengamalnya mengambil pada dos yang tinggi ataupun mencampurkannya dengan bahan-bahan kimia yang lain termasuk ubat-ubat dari kategori opioid, boleh menyebabkan kesan sampingan serius jangkamasa pendek termasuk kematian.

Jika ianya hendak digunakan untuk tujuan pengubatan, maka ahli sains perlu mengambil ataupun mengekstrak bahan-bahan ubatan tersebut satu persatu dan ditentukan dos serta kaedah pengambilan yang sesuai, sama seperti ubat-ubatan moden yang lain.

Kesimpulannya, pengambilan daun ketum tanpa kawalan boleh berpotensi menyebabkan bermacam masalah kesihatan fizikal, ketagihan dan masalah sosial dalam kalangan masyarakat.

Ketagihan daun ketum boleh menjadi tapak permulaan kepada ketagihan dadah-dadah lain yang lebih kuat dan memudaratkan.

Daun ketum jelas mengandungi bahan kimia yang memudaratkan jika dimakan secara mentah tanpa melalui proses pengubahsuaian.

Kita berharap ahli-ahli sains akan membuat kajian saintifik yang lebih mendalam ke atas potensi manfaat dan mudarat daun ketum di masa hadapan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Khasiat Daun Ketum Untuk Kesihatan

sumber: faktasains

Perbezaan Nafsu Intim Lelaki Dan Wanita

Perbezaan Nafsu Intim Lelaki Dan Wanita

Kebanyakan dan majority lelaki di bawah umur 60 tahun cenderung terdedah memikirkan mengenai seks dan nafsu terangsang sekitar 1 atau 2 kali sehari daripada pelbagai laporan yang dinilai , dan manakala bagi wanita pula ialah satu perempat sahaja.

Nafsu Seks Lelaki Dan Wanita

Kenyataanya lelaki dan wanita berumur sudah kurang untuk memikirkan tentang nafsu seksual tetapi bagi lelaki ia berangan tentang nafsu lelaki dua kali ganda daripada wanita. Inilah hakikatnya.

Roy Baumeister iaitu salah seorang Ahli Psikologi Sosial di Florida State University, dalam kaji selidiknya yang komprihensif berkata bahawa di antara pemacu seks lelaki dan wanita mendapati bahawa lelaki membangkitkan nafsu seksualnya lebih spontan dan mempunyai fantasi yang lebih kerap serta berdaya kreatif.

Jelas di sini menunjukkan nafsu lelaki adalah ‘pemula’ bagi kebanyakkan aktiviti seksual yang berlaku secara langsung.

Disebabkan nafsu lelaki mempunyai daya kreatif, pelbagai fantasi dan imaginasi boleh dihasilkan apabila melihat wanita terdedah tubuh badannya atau dalam keadaan berpasangan antara lelaki dan wanita berduaan baik dalam keadaan halal atau haram mengikut islam.

Jelas di sini, lelaki perlulah memelihara nafsu lelaki nya dengan betul agar dapat mengelakkan berlakunya ‘pemula’ yang tidak dingini berlaku pada keadaan yang tidak sepatutnya.

Berlainan pula bagi lelaki yang telah berkahwin dan telah bergelar suami, sifat nafsu lelaki ini haruslah difokuskan dan ditumpukan pada nafkah batin isteri.

Sebab itu, seorang remaja, belia lelaki harus memelihara padangan dan gejola nafsu lelaki nya dengan betul bagi kebahagiaan rumah tangga selepas perkahwinan.

Lelaki Cenderung Lebih Kerap Mencari Seks

Selain itu juga, Baumesiter menyatakan dan menyimpulkan lelaki berkehendakan seks lebih kerap berbanding wanita pada permulaan hubungan, pada titik tengah dan selepas bertahun-tahun.

Di barat, golongan gay tiada bezanya dengan lelaki biasa dari segi nafsu di mana ferkuensi seks golongan ini lebih tinggi dari lesbian iaitu hakikatnya nafsu azali wanita itu sendiri rendah berbanding lelaki.

Selanjutnya, lelaki juga lebih cenderung untuk mencari dan mendapatkan hubungna seks sama ada secara disukai atau secara haram dan di antaranya yang mana kira-kira dua pertiga lelaki melakukan onai atau melancap walaupun sebahagian daripadanya mengaku menyesal serta rasa serba salah dalam melakukannya.

Bagi wanita, hanya 40% daripada mereka yang melakukan kekerapan atau melancap adalah lebih kecil berbanding lelaki. Sebab itu, dari zaman dahulu lagi nafsu lelaki sering dilepaskan kepada wanita upahan nafsu (pelacur) untuk kecenderungan ini.

Fenomena pelacuran telah mempengaruhi segolongan lelaki melakukan hubungan seks dengan jalan yang haram ini dan merisikokan diri mereka dengan pelbagai penyakit berbahaya seperti AIDS, HIV dan Sifilis.

Wanita Cenderung Mengikut Faktor Sosial dan Persekitaran

Baumeister juga mendapati hasil dari kajiannya, menunjukkan sikap seksual wanita adalah pelbagai, di mana amalan dan keinginan nafsu wanita adalah dipengaruhi oleh persekitaran berbanding kaum lelaki.

Sikap wanita terhadap dan kesediaanya adalah pelbagai dalam amalan seks yang mana lebih mudah daripada lelaki kepada perubahan dari masa ke masa.

Sikap permisif mengenai seks dalam diri wanita berkemungkinan berkurangan jika sekiranya sering menghadiri majlis ilmu dan ceramah agama manakala lelaki tidak menunjukkan perubahan dengan kehadiran di antara bahagian agama dan sikap dalam seks.

Jelasnya wanita lebih dipengaruhi oleh sikap dalam kumpulan rakan sebaya mereka dalam keputusan mereka mengenai seks.

Wanita adalah lebih cenderung berbanding lelaki untuk menunjukkan percanggahan di antara nilai-nilai mereka menyatakan tentang aktiviti seks seperti seks sebelum kahwin dan tingkah laku sebenar mereka.

Mengapa seks wanita wujud seolah-olah lemah dan lebih terdedah hanya kepada pengaruh? Ada teori yang berkaitan dengan kuasa yang lebih besar dalam masyarakat, atau yang berbeza jangkaan seksual lelaki berbanding wanita.

Laumann lebih suka penjelasan yang lebih berkait rapat dengan dunia Sosio-biologi.

Lelaki mempunyai banyak insentif untuk melakukan hubungan seks untuk selaras bersama-sama bahan genetik mereka dan sebaliknya, wanita mungkin berfikiran untuk memilih pasangan mereka dengan berhati-hati, kerana mereka adalah orang-orang yang boleh hamil dan yang akan menjaga anak.

Mereka mungkin akan lebih biasa dengan sistem hubungan berkualiti kerana mereka mahu rakan kongsi yang akan tinggal untuk menjaga anak-anak kelahiran hasil dari hubungan mereka.

Mereka juga lebih cenderung untuk memilih seorang lelaki dengan sumber-sumber zahir kerana kemampuan yang lebih besar untuk menyara anak-anak.

Perdebatan Bailey disokong oleh kajian yang menunjukkan bahawa homo-seksualiti adalah sebuah Institusi yang lebih “bendalir” di kalangan wanita berbanding lelaki.

Dalam kajian lain yang lebih lanjut Baumeister mendapati banyak lagi lesbian dilaporkan melakukan seks terkini dengan lelaki, jika dibandingkan dengan laporan lelaki gay melakukan seks dengan wanita.

Wanita juga lebih berkemungkinan daripada lelaki untuk memanggil mereka biseksual dan laporan orientasi seksual mereka sebagai perkara pilihan.

Wanita Mengambil Jalan Berbeza untuk Kepuasan Seksual

Lelaki dan wanita adalah di dalam laluan yang sedikit berbeza untuk tiba pada keinginan seks.

Keinginan seks wanita lebih konteks, lebih subjektif, lebih berlapisan pada emosi dan lelaki sebaliknya, tidak perlu mempunyai imaginasi yang hampir sama banyak, kerana seks lebih mudah dan lebih jelas dan mudah bagi mereka.

Ini tidak bermakna bahawa lelaki tidak mencari keintiman, kasih sayang, dan berkaitan di dalam suatu hubungan, sama seperti wanita.

Mereka hanya melihat peranan daripada jantina yang berbeza dimana wanita mahu berbual mesra terlebih dahulu, iaitu langkah pertama dan seterusnya, kemudian melakukan hubungan seks.

Wanita Mengalami Kepuasan Seks Berbeza Daripada Lelaki

Walaupun penyelidik mendapati ia rumit untuk cuba mengukur isu-isu seperti kualiti yang berbeza kepuasan seks antara lelaki dan wanita, mereka mempunyai data mengenai berapa lama yang diperlukan lelaki dan wanita untuk sampai ke tahap tersebut, iaitu titik intim.

Lelaki secara purata, mengambil masa empat minit dari titik kemasukan sehingga ejakulasi, menurut Laumann. Wanita biasanya mengambil masa kira-kira 10 hingga 11 minit untuk mencapai orgasm – klimaks jika mereka berbuat demikian.

Itulah satu lagi perbezaan antara jantina dan berapa kerap mereka telah orgasm – klimaks ketika melakukan hubungan seks.

75% lelaki mengatakan bahawa mereka mencapai orgasma, berbanding hanya 26% bagi wanita.

Dan bukan sahaja ada perbezaan dalam realiti, ia adalah salah satu dalam persepsi juga.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: lelaki

Suami Cerai Isteri Tidak Mandi Setahun!

Suami Cerai Isteri Tidak Mandi Setahun!

Seorang lelaki di Taiwan nekad menceraikan isterinya ekoran tabiat buruk pasangannya yang hanya akan mandi sekali dalam setahun.

Suami Cerai Isteri Tidak Mandi Setahun!
Gambar hiasan.

Memetik laporan Shanghaiist, tabiat buruk isterinya itu telah menyebabkan mereka tidak lagi melakukan hubungan intim bersama lantas membatalkan hasrat mereka untuk memiliki anak.

Sebelum melangsungkan perkahwinan, lelaki itu mendakwa isterinya akan mandi sekurang-kurangnya sekali seminggu, namun keadaan semakin parah setelah mereka berkahwin.

Selepas 10 tahun, isterinya hanya mandi sekali dalam setahun dan akan menghabiskan masa hampir enam jam bagi membersihkan dirinya setelah setahun tidak mandi.

Selain malas mandi, wanita tersebut turut memaksa suaminya untuk tidak bekerja dan menjaga bapanya yang sakit.

Ini menyebabkan mereka tidak mempunyai sumber kewangan tetap dan terpaksa bergantung kepada ibu mertuanya.

Bagaimanapun, pada tahun 2015, lelaki ini nekad untuk berpindah keluar dari rumah tersebut dan bekerja di Hsinchu di utara Taiwan tanpa pengetahuan isterinya.

Walau bagaimanapun, selepas isterinya tahu dia bekerja, isteri tersebut memaksa suaminya itu berhenti dan pulang semula ke rumah.

Susulan kejadian itu, lelaki ini akhirnya nekad pulang ke rumah dan memfailkan penceraian terhadap isterinya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Bolehkah Isteri Minta Cerai Jika Tidak Puas Seks?

sumber: astroawani

Keajaiban Dan Keistimewaan Penciptaan Unta

Keajaiban Dan Keistimewaan Penciptaan Unta

Cuaca ekstrem gurun bukan sahaja dapat membuatkan tubuh menjadi kacau tetapi ada kalanya boleh mematikan, namun paling mengagumkan unta telah dicpta dengan kemampuan menentang fenomena luarbiasa itu.

Keajaiban Dan Keistimewaan Penciptaan Unta

Dalam surah Al-Ghotsiyah ayat 17-20 Allah SWT memerintahkan kepada kita agar memerhatikan 4 ciptaan besarnya, iaitu unta, langit, gunung dan bumi.

Mengapa unta disebut paling pertama sebelum ciptaan-Nya yang lain dan mengapa pula Allah SWT memilih unta?

Kesan pertama yang muncul kali pertama apabila kita melihat unta di padang pasir adalah rasa takjub.

Perarakan unta yang berjalan di tengah padang pasir gersang nan tandus merupakan pemandangan indah yang sangat menakjubkan. Tergambar cita yang tinggi dari maha karya Sang Pencipta.

Berbanding haiwan-haiwan lain, unta merupakan binatang yang sangat mudah di sembelih. Tidak perlu diikat kakinya terlebih dahulu kerana ia tidak meronta, tidak mengamuk atau melarikan diri.

Unta juga adalah binatang yang paling selesa untuk ditunggang.

Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya binatang-binatang ternak, benar-benar terdapat pelajaran penting bagi kamu, Kami memberi minum kalian dari air susu yang ada dalam perutnya, dan (juga) pada binatang-binatang ternak itu terdapat faedah yang banyak untuk kamu, dan sebahagian daripadanya kamu makan, dan di atas punggung binatang-binatang ternak itu dan (juga) di atas perahu-perahu kamu diangkat.” (QS. Al-Mukminun: 21-22)

Lihatlah kalimat terakhir dari ayat di atas, Allah SWT mensejajarkan binatang ternak seperti unta dengan bahtera (perahu) di laut, maka dari itu banyak yang menyebut unta adalah bahtera daratan.

Ini disebabkan cara jalan unta yang sangat unik iaitu kaki depan kanan dan kaki belakang kanan dilangkahkan secara bersamaan.

Begitu juga dengan kaki kiri sehingga membuatkan penunggangnya seperti berada di atas bahtera, bergelombang dan berayun.

Unta dari genus Camelus diklasifikasikan kepada dua iaitu Camelus Dromedarius Berbonggol Satu dan Camelus Bactrianus Berbonggol Dua.

Kedua-duanya hidup di kawasan gurun di Asia dan Afrika Utara namun, unta langsung tidak terpengaruh meskipun hidup dalam persekitaran yang panas dan ekstrem.

Hasil kajian sebelum ini menunjukkan ada banyak perkara yang membuatkan unta mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sangat panas.

Salah satu ialah bonggolnya, tempat dimana unta menyimpan sumber makanan dan minumannya.

Ramai menyangka bonggol dibelakang unta hanya berfungsi untuk menyimpan air tetapi sebenarnya bonggol dibelakang unta hanya berisi lemak.

Lemak dibelakang unta ini boleh diubah menjadi air dengan bantuan oksigen melalui proses respirasi.

Satu gram lemak yang ada pada bonggol unta boleh diubah menjadi satu gram air.

Dengan sistem ini, unta boleh hidup selama lapan hari dibawah suhu 50 darjah selsius tanpa makan dan minum, sambil membawa bebanan ratus kilogram dibelakangnya.

Unta mampu membawa beban sehingga 500 kilogram, sambil menempuh perjalanan sejauh 80 kilometer sehari sambil menahan lapar dan haus.

Unta juga memiliki bibir yang sangat kuat dan elastik seperti getah sehingga memudahkannya mengunyah semua jenis tanaman termasuklah tumbuh-tumbuhan berduri tajam seperti kaktus.

Perut dan usus unta juga direka dengan memiliki ketahanan yang cukup luarbiasa untuk mencerna apa saja termasuk piring plastik dan buluh.

Unta juga mampu makan dan minum dengan sangat cepat. Menurut Adnan Oktar (Harun Yahya), seorang ilmuwan terkemuka dari Turki, unta mampu minum air sehingga 50-100 liter sekali hirup.

Unta juga mampu melahap sekitar 30-50 kilogram makanan dalam sekali makan. Air dan makanan tersebut kemudian disimpan sebagai persediaan dalam bentuk lemak dan air di bonggolnya. Sungguh luar biasa bukan?

Apabila ribut pasir melanda, bulu mata unta yang sangat panjang secara automatik akan menghalang pasir daripada masuk ke dalam matanya.

Haiwan yang memiliki nama sebutan paling banyak di dunia adalah unta, yang menurut catatan sebahagian ahli bahasa mengumpulkan lebih kurang sekitar 6,000 kata dalam bahasa Arab yang merujuk kepada unta.

Selain mata, seluruh badannya juga diliputi bulu yang bukan hanya menjadi pelindung dari panas terik matahari dan sejuk melampau, tetapi juga mengelakkan tubuhnya daripada kehilangan air.

Dengan menggunakan bulu badannya, unta berupaya menahan peluh dengan cara menaikkan suhu badannya sehingga mencapai 41 darjah selsius, sekaligus dapat mengelakkan kehilangan air badan dalam keadaan cuaca yang sangat panas.

Unta juga berupaya menurunkan suhu badan sehingga 30 darjah selsius pada waktu malam yang dingin.

Unta mampu bertahan hidup pada suhu paling ekstrem sehingga 51 darjah selsius ketika musim panas dan -51 darjah selsius pada musim sejuk.

Kaki Unta Yang Luarbiasa

Ciri-ciri pada bahagian kaki unta juga disifatkan sebagai sangat luarbiasa dan unik.

Dua batang jari kaki unta yang saling bercantum dan sangat fleksible, tapak kakinya yang keras serta lebar berfungsi sebagai kasut yang melindungi kakinya dari cuaca panas dan menahan tubuhnya dari terperosok ke dalam pasir, sekalipun ia membawa muatan seberat ratusan kilogram.

Kaki unta yang panjang juga dapat menjauhkan badannya daripada permukaan pasir yang panas membahang.

Manakala lututnya pula dilindungi oleh struktur yang disebut sebagai 'Callus', iaitu kulit keras dan tebal seperti tanduk.

Callus ini melindunginya daripada kecederaan akibat suhu yang sangat panas ketika duduk di atas hamparan pasir.

Firman Allah SWT yang bermaksud, "Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana ia diciptakan?" (Surah Al-Ghaasyiyah ayat 17).

Sesungguhnya, unta dicipta dengan beberapa kelebihan sebagai satu tanda kesempurnaan, kekuasaan dan kebesaran-Nya.

Paling mengagumkan, meskipun dikurniakan kekuatan dan keistimewaan berbanding makhluk yang lain, unta tetap tunduk dengan membawa beban yang berat dan menuruti tuannya dengan begitu tertib.

Begitulah kebesaran Allah meliputi segala sesuatu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: LUAR BIASA! Di Peluk UNTA Yang Kerinduan Selepas Lama Tidak Bertemu!

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, January 14, 2018

Mengapa Dajjal Disebut Al-Masih?

Mengapa Dajjal Disebut Al-Masih?

Sebenarnya, jika orang mahu berfikir sejenak saja, pasti akan menemui kebenaran, mengapa Dajjal disebut Masihid-Dajjal. Mengapa Dajjal disebut al-Masih?

Mengapa Dajjal Disebut Al-Masih?

Kerana Dajjal selalu menunaikan tugasnya atas nama “al-Masih”, yang julukan ini diberikan oleh Allah SWT kepada Nabi Isa a.s. berdasarkan wahyu-Nya.

Diberikannya julukan al-Masih kepada Dajjal menunjukkan bahawa Dajjal akan melakukan kejahatannya atas nama suci Nabi Isa a.s. dan inilah sebenarnya yang menyebabkan dia disebut Dajjal atau penipu, kerana ia menggunakan nama “al-Masih”, seorang Nabi dan hamba Allah yang tulus, tetapi Dajjal berbuat sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ajaran beliau.

Al-Masih Isa a.s. mengajarkan bahawa Allah itu Esa, dan tidak ada Tuhan selain Allah yang wajib disembah, tetapi Dajjal mengangkat Nabi Isa a.s. itu sendiri sebagai Tuhan.

Selanjutnya, al-Masih Isa mengajarkan bahawa semua Nabi adalah hamba Allah yang tulus, tetapi Dajjal mengutuk semua Nabi yang suci sebagai orang berdosa. Mengapa demikian?

Kerana jika para Nabi Utusan Allah ini tidak dikutuk sebagai orang berdosa, maka tidak perlu timbul Putera Allah yang tidak berdosa, untuk menebus dosa sekalian manusia.

Selanjutnya, al-Masih Isa mengajarkan bahawa setiap orang akan mendapat ganjaran atau hukuman sesuai perbuatan yang ia lakukan, tetapi Dajjal mengajarkan bahawa Putera Allah sudah cukup untuk menebus dosa umat manusia.

Al-Masih Isa mengajarkan bahawa orang kaya tidak dapat masuk dalam kerajaan Syurga, tetapi Dajjal yang mengaku sebagai al-Masih mengajarkan supaya manusia mengumpul kekayaan.

Kesimpulannya, kitab-kitab hadis menggunakan julukan “Al-Masihid Dajjal” hanyalah untuk menggambarkan penipuan Dajjal.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: "Dajjal Tidak Akan Muncul Sehinggalah Manusia Melupakannya"

-Sentiasapanas.com

Kenali Keunikan Kimono Jepun

Kenali Keunikan Kimono Jepun

Rekod sejarah mengatakan bahawa Kimono sebenarnya berasal daripada Dinasti Han. Prototype Kimono Jepun hari ini berasal dari pakaian tradisional masyarakat cina Han. Perlu diketahui bahawa pakaian tradisional di China berbeza dan berubah berdasarkan dinasti.

Kenali Keunikan Kimono Jepun

Ini tidaklah menghairankan kerana mengadaptasian budaya Cina ke dalam masyarakat Jepun lalu disesuaikan dengan lokal genius tempatan memang berlaku sejak abad kelima lagi.

Namun, rekod sejarah mencatatkan bahawa permulaan pemakaian Kimono moden seperti hari ini adalah bermula pada Fasa Heian yang berlangsung pada (749-1192).

Selepas zaman berzaman, pemakaian Kimono di Jepun menjadi tradisi dan mula bertukar menjadi fesyen semasa. Maka, kimono yang asalnya tidaklah berwarna-warni dan penuh dengan corak-corak mula berubah.

Ketika fasa Kamakura (1192-1338) dan Muromachi (1338-1573) di Jepun, kimono berwarna cerah mula dipakai.

Pada Fasa Edo (1603-1868), setiap wilayah di Jepun dikuasai oleh bangsawan. Setiap samurai pula akan memakai pakaian kimono masing-masing yang corak-corak dan warna pada pakaian mereka melambangkan setiap wilayah mereka berkhidmat dan berasal.

Namun, tradisi pemakaian Kimono ini mula ditinggalkan dalam kehidupan seharian rakyat Jepun apabila pada pemerintahan Maharaja Meiji, ketika era budaya dari barat begitu menguasai orang Jepun.

Ketika itu, pakaian-pakaian yang datang dari barat begitu ditekankan. Bahkan pegawal kerajaan dicatatkan ketika itu diwajibkan memakai pakaian barat. Lantas, pakaian yang bagi saya sangat indah ini mula dilupakan oleh orang Jepun.

Hari ini, kita sangat jarang untuk melihat orang Jepun memakai Kimono, tidak kira dari kaum lelaki atau perempuan. Hanya pada festival dan keraian tertentu sahaja kita dapat melihat rakyat Jepun memakai pakaian indah ini.

Sedikit Perihal Kimono

Tahukah anda untuk memahirkan diri memakai Kimono anda harus menghadiri kusus tertentu? Ya, di Jepun siap ada kurus cara memakai kimono yang betul kerana pakaian ini bukan sebarang pakaian.

Kimono tidak dijual dalam keadaan yang sudah siap, sebaliknya ianya dalam bentuk kain yang dipanggil Tanmono. Dan anda tidak boleh menjahit kimono menggunakan mesin sebaliknya harus dalam proses tradisional menggunakan tangan!

Kimono biasanya dibuat dari sutera Jepun yang dicetak dengan teknik yang dipanggil sebagai Yuzen”. Yuzen membawa maksud teknik cetakan berulang.

Selalu terjadi salah faham di mana orang menyangka bahawa corak yang dipakaikan pada kimono itu dilukis.

Pada zaman dahulu, ketika seseorang mahu mencuci kimono mereka, maka mereka perlu membuka setiap helaian kain yang sudah dijahit sebelum disambung kembali untuk dipakai. Tetapi peredaran zaman telah membuatkan tradisi ini ditelan masa.

Kimono Kaum Lelaki Dan Wanita

Kimono lelaki ada pelbagai jenis. Montsuki adalah paling formal di kalangan kaum lelaki. Untuk pengetahuan semua, terdapat lambang keluarga yang dipanggil sebagai Kamon di bahagian punggung pemakai.

Kimono ini biasanya dalam warna biru tua dan hitam. Ki Nagashi pula ialah pakaian Kimono yang dipakai secara santai hari-hari oleh setiap lelaki pada hari yang tidak rasmi.

Berbeza dengan kaum lelaki, kimono yang disarungkan oleh kaum wanita lebih kompleks. Terdapat pelbagai jenis kimono yang dipakaikan ikut individu dan keraian tertentu.

Senarainya ada di bawah.

1. Tomesode

Tomosode adalah Kimono yang paling formal dan dipakai oleh wanita yang sudah berkahwin. Seperti mana Montsuke, terdapat lambang keluarga pada bahagian tertentu Kimoni ini.

Ciri khas Tomesode adalah motif yang indah pada ”Suso” (bagian bawah sekitar kaki). Tomesode dipakai ketika menghadiri resepsi perkahwinan, pesta dan upacara yang rasmi.

2. Furisode

Kalau Tomesode dipakai oleh golongan wanita yang sudah berkahwin, berbeza pula dengan Furisode yang dipakai gadis yang belum berkahwin lagi.

Ciri khas Furisode adalah pada bahagian lengannya yang terjuntai ke bawa dan sangat lebar. Kimono ini adalah dalam warna-warni yang sangat cerah dan bercorak yang mampu menangkap mata memandang.

Furisode selalu dipakai pada waktu menghadiri upacara Seijin Shiki iaitu Hari Menjadi Dewasa, menghadiri resepsi perkahwinan rakan-rakan, dan melakukan kunjungan ke kuil Shinto di hari-hari awal Tahun Baru, Hatsumode.

3. Homongi

Homongi adalah Kimono formal untuk wanita yang sudah berkahwin atau andartu. Biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan, festival rasmi, Tahun Baru, dan upacara minum teh.

4. Iromuji

Iromuji adalah jenis Kimono semiformal yang boleh Kimono formal jika mempunyai lambang keluarga yang terdapat pada bahagian tertentu kimono ini.

Kimono jenis Iromuji umumnya tidak bermotif dan berwarna merah jambu, biru muda, kuning muda atau warna-warna lembut. Iromuji dipakai pada waktu menghadiri majlis perkahwinan atau upacara minum teh.

5. Tsukesage

Tsukesage adalah Kimono semiformal untuk wanita yang sudah/belum menikah. Menurut tingkatan formalitinya, Tsukesage hanya satu paras dibawah Homongi.

Kimono ini dipakai ketika menghadiri majlis perkahwinan, festival rasmi Tahun Baru, dan upacara minum teh yang tidaklah terlalu formal.

6. Komon

Komon adalah Kimono santai untuk wanita yang sudah/belum berkahwin. Ciri khasnya adalah motif sederhana kecil yang berulang-ulang.

Dikenakan pada waktu menghadiri majlis alumni, makan malam, bertemu dengan teman, dan menonton pertunjukan.

7. Yukata

Yutaka dipakai pada perayaan-perayaan pada musim panas. Yutaka mempunyai warna yang cerah dan reka bentuk yang mudah.

Berbanding dengan kimono yang lain, Yutaka adalah lebih mudah untuk dipakai dan senang dijaga. Yang paling penting, kimono ini murah berbanding jenis-jenis Kimono yang lain.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Cara Masyarakat Jepun Mendidik Kanak-kanak Dan Pelajar Yang Luarbiasa!

sumber: thepatriots

16 Fakta Menarik Tentang Sabun Mandi

16 Fakta Menarik Tentang Sabun Mandi

Pengguna sabun sememangnya boleh melindungi diri daripada bakteria dengan mencuci tangan bersama kemudian lap dengan tuala bersih, selain mencuci permainan kanak-kanak dengan kerap serta mendidik anak mengenai cara mencuci tangan dengan betul.

16 Fakta Menarik Tentang Sabun Mandi

Berikut kami kongsikan buat pembaca beberapa fakta yang sangat menarik tentang sabun mandi.

1. Perkataan 'soap' atau sabun diambil dari bahasa latin iaitu 'sapo' yang merupakan nama sebuah gunung dalam mitos romawi kuno.

2. Pada tahun 2008, Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu menetapkan bahawa 15 Oktober setiap tahun sebagai Hari Mencuci Tangan Sedunia.

3. Pada tahun 1688, King Louis XIV dari Perancis telah menandatangani perjanjian dengan pengusaha sabun yang dikenali dengan nama 'Colbert's Edict'. Dalam perjanjian tersebut menyatakan bahawa pembuat sabun mesti menghasilkan sabun dengan minyak zaitun asli sahaja.

4. King Louis XIV juga pernah menghukum mati tiga orang pembuat sabun kerana membuatkan kulitnya menggelupas. Takut ditimpa nasib malang yang sama, beberapa pembuat sabun berusaha lebih serius untuk mencipta sabun berkualiti baik.

5. Ada tiga cara proses pembuatan sabun. Pertama, proses pemanasan, proses pendinginan dan yang terakhir adalah proses pelelehan.

Proses pelelehan sabun juga disebut sebagai proses penuangan kemudian dicetak ke dalam bentuk tertentu.

Setiap proses melibatkan beberapa jenis sabun dalam pembuatannya. Inilah yang membezakan antara produk sabun buatan sendiri dan sabun buatan makmal di kilang.

6. Proses pembuatan sabun dikenal sebagai ‘saponifikasi’. Proses ini merupakan penyampuran minyak tumbuhan dan lemak sebagai bahan dasar. Campuran tersebut kemudian ditambahkan ke dalam garam asam lemak.

7. Terdapat perbezaan yang signifikan pada bahan yang digunakan dalam sabun komersial dan sabun buatan sendiri.

Dalam pembuatannya, sabun komersial menggunakan haiwan dan minyak keras. Manakala sabun buatan sendiri biasanya dibuat menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti gliserin.

Maka tidak hairanlah jika sabun buatan sendiri jauh lebih lembut di kulit jika dibandingkan dengan sabun komersial atau buatan kilang.

8. Kenapa sabun berbuih? Ini kerana sabun memiliki kandungan sulfat atau sulfit. Jika sabun tertentu memiliki lebih sulfat, maka sabun tersebut berbuih lebih banyak.

9. Sabun tersedia dalam pelbagai bentuk untuk kegunaan harian. Sabun biasanya dikemas dalam bentuk gel, cecair, krim dan buku.

10. Ada dua alasan penting mengapa sabun boleh menyebabkan mata iritasi atau terbakar. Biasanya, sabun yang mengandungi dua bahan kimia yang menyebabkan terbakar.

Yang pertama adalah Lye iaitu sejenis bahan kimia yang menyebabkan mata iritasi. Dan yang kedua adalah molekul lemak yang menyebabkan sensasi terbakar di mata.

11. Penggunaan sabun biasanya bergantung pada jenis sabun yang anda gunakan. Jika kulit berminyak atau sensitif, gunakanlah jenis sabun khas.

12. Sabun pertama kali digunakan dalam industri tekstil. Dalam perkembangannya, sabun kemudian digunakan dalam industri perubatan. Secara perlahan-lahan sabun mula diterima oleh masyarakat.

13. Sabun gliserin sangat popular digunakan untuk mandi namun, tahukah anda bahawa nama ini berasal dari proses kimia yang menggunakan alkohol untuk tujuan proses penjernihan.

14. Sabun biasa sebenarnya sudah cukup bagus untuk membunuh pelbagai jenis virus. Sedangkan mitos yang berkembang menyatakan bahawa sabun antibakteria hanya diperlukan untuk membunuh kuman. Padahal, sabun juga mampu mencegah penyebaran virus.

15. Sabun yang digunakan untuk mencuci tangan boleh membantu mencegah demam dan flu.

16. Sabun Buku buatan kilang sebenarnya merupakan deterjen sintetik. Berhati-hatilah ketika anda membeli sabun jenis ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Wanita Mengandung Mengidam Makan Sabun

-SENTIASAPANAS.COM