Monday, October 30, 2017

Lelaki Palembang Kahwini Dua Wanita Sekaligus Gemparkan Indonesia

Lelaki Palembang Kahwini Dua Wanita Sekaligus Gemparkan Indonesia

Undangan pernikahan seorang lelaki di Palembang bakal berkahwin dengan dua wanita sekaligus bulan depan, menggemparkan Indonesia dan tular di media sosial yang turut menyertakan kad undangan perkahwinan mereka.

Cindra

Cindra dari Kecamatan Sekayu, Muba, akan berkahwin dengan Indah Lestari pada 5 November 2017 ini dan dengan Perawati tiga hari kemudian. Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada 9 November.

Detik.com melaporkan Ketua Kampung Teluk Kijing di Las, Panser, berkata pengantin lelaki berasal dari kampung itu dan dia sendiri yang menyediakan borang pernikahan mereka.

“Iya benar, ada lelaki di kampung ini akan berkahwin dengan dua wanita.

“Seorang wanita itu ialah Indah juga penduduk kampung ini dan saya yang menyediakan dokumen pernikahan mereka,” katanya.

Menurutnya, ibu bapa dan Indah sendiri datang ke pejabatnya bagi menguruskan pernikahan itu.

“Saya bertanya Indah adakah dia yakin dan sedia untuk bermadu dan gadis itu menjawab dia sangat mencintai Cindra.

“Bagi saya tiada yang pelik dengan pernikahan mereka ini yang kami gelar belum bernikah sudah dimadu,” jelasnya.

Tribun News melaporkan, bapa saudara Cindra, Rustam, berkata mereka tidak tahu Cindra ada hubungan dengan Indah dan Perawati sehinggalah kedua-dua wanita itu datang memberitahu ingin berkahwin dengan Cindra,

“Kami tidak tahu Cindra ada dua kekasih, kerana dia pendiam dan tidak bercerita ada pacar bahkan sampai dua," kata Rustam.

Cindra, anak ketiga daripada lima beradik itu berkerja dengan PT Petronesia Benimal di Bayung Lencir atau Jambi,

Menurut Rustam, Indah yang pertama datang ke rumah Cindra bertemu ibu bapanya memberitahu mahu berkahwin dengan Cindra dan 15 hari kemudian, Perawati pula datang menyatakan hasrat yang sama.

“Namun undang-undang tidak membenarkan pernikahan sekaligus menyebabkan Indah diputuskan menjadi isteri pertama dan Perawati isteri kedua,” katanya.

Menurut Detik.com, kedua-dua wanita itu kini wajib tinggal di rumah keluarga Cindra sehingga akad nikah dengan Indah dijemput keluarga Cindra Rabu lalu, manakala Perawati tiba hari ini. Kedua-dua wanita itu terlihat akrab seperti sudah lama kenal.

Indah yang lebih muda agak malu untuk menceritakan kisahnya dengan Cindra sehingga rela dimadu selain dia baru mengenali Cindra beberapa bulan lalu.

“Saya terlebih dahulu kenal Kak Cindra daripada Indah. Indah bulan Ogos, saya sejak 2016,” kata Perawati.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 4 Kos Utama Perkahwinan Yang Anda Perlu Tahu

sumber: hmetro

Kavita Devi Penggusti WWE Wanita Pertama India

Kavita Devi Penggusti WWE Wanita Pertama India

“Bagi saya, status sebagai wanita tidak seharusnya menghalang saya untuk menjadi sesiapa pun yang saya inginkan.

Kavita

“Semasa berada di dalam gelanggang gusti, saya lupa saya merupakan seorang wanita, seorang ibu dan juga seorang isteri

"Fokus saya hanyalah terhadap perlawanan,” tutur ahli gusti wanita pertama India itu dengan nada tegas.

Kavita Devi, 34, melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai ahli gusti wanita pertama dari India yang diiktiraf oleh syarikat gusti terbesar dan paling berpengaruh di dunia, World Wrestling Entertainment (WWE).

Ia seterusnya melayakkan wanita berambut panjang itu bersaing di peringkat dunia.

Berasal daripada Haryana, India Kavita yang memiliki ketinggian 176 sentimeter itu mengakui berasa cukup gembira atas pencapaian tersebut.

“Saya kini boleh berlatih dan berpeluang cerah untuk bergelar WWE Superstar.

“Tahun lalu, saya bertanding dalam pertandingan Mae Young Classic anjuran WWE dan ia merupakan satu pengalaman yang cukup berharga,” ujarnya.

Salwaar kameez

Kavita mula menjadi perhatian dunia apabila satu video yang memaparkan aksinya sedang bergusti dengan mengenakan pakaian tradisional India, salwaar kameez menjadi tular di media sosial pada bulan September 2017 lalu.

Aksi ganas serta kehebatannya menumpaskan lawan dalam WWE Tryout 2017 di Dubai itu menjadi bualan ramai.

Menurut Naib Presiden Pembangunan Bakat WWE, Canyon Cayman, dia cukup mengagumi kekuatan serta kecergasan Kavita dan yakin bahawa penceburannya dalam WWE akan menjadikan Kavita seorang yang berjaya di dalam arena sukan tersebut.

“Kavita menunjukkan aksi yang cemerlang dalam WWE Tryout 2017 di Dubai. Dia merupakan seorang wanita yang hebat dan memiliki kekuatan yang luar biasa.

“Dia juga mempunyai minat yang mendalam terhadap sukan gusti dan saya yakin Kavita akan menunjukkan lebih banyak aksi cemerlang kelak,” ujarnya seperti dipetik portal Indian Express.

Kavita dibesarkan dalam sebuah keluarga sederhana di Haryana. Dia juga merupakan seorang pegawai polis dan mula menunjukkan minat terhadap sukan gusti sejak remaja.

“Begitu pun, selepas saya mendirikan rumah tangga dan melahirkan anak, ahli keluarga melarang saya untuk menceburkan diri dalam bidang sukan, terutamanya sukan gusti.

“Oleh itu, saya memilih kerjaya sebagai seorang pegawai polis,” ujar Kavita.

Begitu pun, minat yang mendalam mendorong Kavita untuk memujuk keluarganya supaya memberikan kebenaran untuknya kembali bergusti.

“Sebagai bukti kesungguhan, saya menghadiahkan ahli keluarga dengan pingat emas dalam acara gusti Sukan Asia Selatan 2016,” ujar Kavita.

Pegawai polis

The Great Khali

Biarpun mendapat pingat emas, Kavita merupakan seorang wanita yang cukup merendah diri dan tidak putus-putus memuji dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada idolanya, Dalip Singh Rana atau lebih dikenali sebagai The Great Khali.

“Kejayaan serta sejarah sebegini tidak mungkin dapat saya lakar tanpa bantuan Khali,” ujarnya.

Sebagai seorang guru, Khali berkata kepada portal berita India Today bahawa dia sudah melihat potensi serta bakat yang dimiliki Kavita.

“Semasa mula-mula melatih wanita berani itu, saya yakin dia akan dipilih untuk menyertai WWE satu hari nanti,” ujar Khali.

Biarpun Kavita kurang berpengalaman dalam sukan gusti, WWE yakin kekuatan fizikal wanita itu akan menjadikannya seorang ahli gusti wanita yang mampu bertahan lama dalam sukan tersebut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Bintang Gusti Paling Kaya Di Dunia!

sumber: kosmo

Cara Menanam Pokok Stevia Teknik Keratan Batang

Cara Menanam Pokok Stevia Teknik Keratan Batang

Pokok stevia boleh dibiak menggunakan pelbagai cara iaitu melalui biji benih, pembiakan hortikultur dan sistem fertigasi.

stevia

Untuk biji benih stevia, ia hanya perlu ditanam di dalam medium penanaman yang baik sebelum dipindahkan ke kawasan lebih luas.

Berikut adalah langkah-langkah mudah menanam pokok Stevia melalui batang dan dahan Stevia.

1. Pembiakan pokok stevia dengan keratan dahan
  • Keratan boleh diambil dari pokok yang sihat dan yang mempunyai kandungan‘stevioside’ yang tinggi.
  • Keratan boleh disemai mengunakan coco peat atau bahan semaian yang lain.
  • Untuk pertubuhan yang baik siram juga dengan air yang mengandungi ‘chelated iron’.
  • Apabila keratan menunjukan ciri ciri untuk hidup, keratan perlu dibajakan dengan baja untuk tanaman mengunakan keratan.

2. Jarak tanaman pokok stevia
  • 24 inci 550mm)

3. Jenis tanah untuk pokok stevia
  • Tanah yang subur dan mengandungi banyak bahan organik.
  • Sekiranya tanah berpasir, anda perlu tambah baja kompos aatau bahan organik.

4. Pengairan cahaya matahari
  • Elakkan terlalu banyak air.
  • Elak air bertakung.

5. Penghadang cahaya matahari
  • 50% chahaya matahari

Cara lain menanam pokok Stevia
  • Dalam pasu
  • Hidroponik
  • Fertigasi

Contoh bergambar cara menanam pokok Stevia menggunakan keratan dahan.

Langkah 1

1. Basahkan habuk sabut kelapa (coco peat)

Habuk sabut kelapa

2. Masukan habuk sabut kelapa kedalam baldi berisi air.

Basahkan sabut kelapa

3. Habuk sabut kelapa yang sudah basah.

Sabut kelapa basah

Langkah 2

Sabut dalam tray

Masukan habuk kelapa basah kedalam dulang tanaman.

Langkah 3


Penggalak akar

Celup keratan stevia ke dalam hormon penggalak akar.

Langkah 4

Stevia dalam tray

Semai keratan stevia ke dalam dulang semaian.

Langkah 5

stevia

Keratan stevia yang sudah disemai sedia untuk di pindahkan ke dalam tapak semaian.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Itu Stevia, Kelebihan Sebagai Pengganti Gula Dan Cara Menanamnya

sumber: agrobiosolution

10 Pasport Paling ‘Berkuasa’ Di Dunia 2017

10 Pasport Paling ‘Berkuasa’ Di Dunia 2017

Singapura kini memiliki pasport paling ‘berkuasa’ di dunia, dengan rakyatnya dibenarkan mengembara ke jumlah negara tertinggi tanpa visa, menurut laporan terbaru pada tahun 2017.

Pasport

Passport Index yang mengawasi kebolehgunaan dokumen berkenaan berkata, republik Singapura menduduki tempat tertinggi selepas Paraguay menarik balik sekatan terhadap rakyat Singapura.

Ini bererti kira-kira 5.6 juta pemegang pasport Singapura kini dibenarkan mengembara ke 159 negara, sama ada tanpa visa langsung atau dengan satu dikeluarkan sebaik tiba di destinasi.

Jerman di tempat kedua dengan rakyatnya dibenarkan melawat 158 negara tanpa visa, manakala Sweden serta Korea Selatan seri di tempat ketiga.

Pasport Amerika Syarikat (AS) di tempat keenam bersama Malaysia, Ireland dan Kanada.

Afghanistan di kedudukan terakhir dengan lawatan tanpa visa dibenarkan untuk cuma 22 negara.

Passport Index berkata, kebolehgunaan pasport AS menurun sejak Presiden Donald Trump dilantik, manakala Turki dan Republik Afrika Tengah antara negara yang terbaru tidak dibenarkan kemasukan tanpa visa.

Passport Index menarafkan pasport di seluruh negara berdasarkan akses antara sempadan pemegang dokumen berkenaan. Ia dibangunakn badan rundingan dunia berasas di Kanada, Arton Capital.

Pengarah Urusannya di Singapura, Philippe May berkata, “Buat kali pertama, sebuah negara Asia mempunyai pasport paling ‘berkuasa’ di dunia.

“Ia menunjukkan hubungan diplomatik inklusif dan dasar luar negara Singapura yang berkesan.”

Global Passport Power Rank 2017

Passport Power Rank: 1
  • Singapore (159)
Passport Power Rank: 2
  • Germany (158)
Passport Power Rank: 3
  • Sweden (157)
  • South Korea (157)
Passport Power Rank: 4
  • Denmark (156)
  • Finland (156)
  • Italy (156)
  • France (156)
  • Spain (156)
  • Norway (156)
  • Japan (156)
  • United Kingdom (156)
Passport Power Rank: 5
  • Luxembourg (155)
  • Switzerland (155)
  • Netherlands (155)
  • Belgium (155)
  • Austria (155)
  • Portugal (155)
Passport Power Rank: 6
  • Malaysia (154)
  • Ireland (154)
  • United States of America (154)
  • Canada (154)
Passport Power Rank: 7
  • Greece (153)
  • New Zealand (153)
  • Australia (153)
Passport Power Rank: 8
  • Malta (152)
  • Czechia (152)
  • Iceland (152)
Passport Power Rank: 9
  • Hungary (150)
Passport Power Rank: 10
  • Slovenia (149)
  • Slovakia (149)
  • Poland (149)
  • Lithuania (149)
  • Latvia (149)
Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Negara Paling Kurang Dikunjungi Di Dunia

sumber: hmetro | passportindex

Minyak Kayu Balabak Ilmu Pengasih Paling Ampuh

Minyak Kayu Balabak Ilmu Pengasih Paling Ampuh

Minyak pengasih memiliki banyak jenis mengikut geografi, adat, dan kebudayaan sesuatu bangsa. Jika di Sabah, minyak pengasih dikenali sebagai 'Pugai' dimana ianya terkenal sebagai ilmu untuk memikat wanita.

Pugai

Kebanyakan pengamal ilmu pengasih akan menggunakan minyak kayu Balabak untuk tujuan dijadikan sebagai minyak kayu pengasih.

Kayu Balabak amat dikenali di kepulauan Balabac Philipina dan kepulauan Bangi, Sabah sebagai bahan untuk membuat ilmu pengasih dari minyak kayu Balabak.

Minyak pengasih dijadikan oleh orang-orang tertentu sebagai, seri muka, pelaris perniagaan, membawa rezeki, ilmu penunduk, dan sebagai cara untuk memikat wanita yang disukai.

Sebelum menceritakan bahayanya ilmu pengasih kayu Balabak, kita cuba menerangkan misteri minyak pengasih setakat di ketahui.

Minyak Pengasih Kayu Belabak

Jika di Semenanjung, minyak pengasih yang terkenal adalah minyak dari suku kaum Asli iaitu minyak Cenuai. Minyak ini sukar untuk diperolehi kerana hanya kaum orang Asli sahaja yang mengenali pokok ini.

Selain itu, kaum Melayu juga memiliki warisan minyak kayu pengasih dari pokok yang dikenali sebagai Bulu Perindu, walau begitu minyak ini juga amat sukar untuk diperolehi kerana pokok ini berada di hutan belantara dan hanya orang-orang tertentu sahaja yang mengenali pokok ini.

Semasa saya tinggal di negeri Pantai Timur, seorang kawan Melayu pernah menunjukkan rupa bentuk Bulu Perindu yang ditanamnya di dalam pasu kepada saya. Melalui pengamatan saya, ianya seperti buluh biasa tetapi hanya sehalus seperti lidih kelapa. Walaubegitu, saya tidak mengetahui adakah ianya benar atau sebaliknya.

Terdapat ilmu pengasih dengan hanya menggunakan ayat tertentu sahaja, ianya sebenarnya lebih kepada sihir kerana dengan menggunakan beberapa ayat tertentu, individu yang menggunakan ilmu ini mampu memikat hati perempuan yang disukainya.

Ilmu pengasih dengan menggunakan asap rokok pula, digabungkan dengan ayat sihir untuk memikat wanita.

Jika dilihat melalui suku-suku kaum di Nusantara, terdapat pelbagai jenis ilmu pengasih yang anda. Malah, sains juga tidak dapat merungkai misteri ini kerana ianya adalah dari unsur mistik dan sukar dijelaskan dengan pemikiran normal.

Minyak pengasih yang kelihatan menakutkan adalah minyak Dagu kerana dikatakan minyak ini berasal dari mayat yang dikeringkan dan minyak yang keluar dari dagu si mati akan dijadikan sebagai minyak pengasih.

Kayu Balabak juga memiliki bahaya yang tersendiri kerana, kayu ini tidak boleh dibawah keluar dari pulau Balabac kerana jika anda membawa keluar kayu ini, akan terjadinya ribut, petir dan sebagainya.
Menurut cerita dari kaum Molbog, jika anda membawa keluar kayu balabak dari pulau tersebut, akan berlakunya ribut, dan pelbagai musibah yang berlaku keatas diri anda.

Oleh itu, untuk langkah keselamatan, kebanyakan orang yang membawa keluar minyak pengasih dari pulau tersebut dengan hanya membawa minyak dari kayu Balabak itu sahaja.

Pemakai minyak pengasih balabak mampu menawan sesiapa sahaja wanita yang  disukainya dengan hanya mencalitkan sedikit minyak di tangan dan harus meletakkan minyak tersebut ke mana-mana bahagian badan wanita.
Keampuhan minyak boleh dilihat selepas  beberapa minit sahaja selepas wanita tersebut terkena  minyak balabak.

Sebenarnya, orang yang memiliki minyak Pengasih yang asli tidak akan memberitahu kepada sesiapa pun dia memiliki minyak ini.

Wanita yang terkena  minyak Balabak seolah-olah  dipukau  dan melihat  lelaki  yang memiliki minyak ini amat tampan dan pada  masa yang  sama, akan  jatuh  cinta  dengan  lelaki  tersebut.

Wanita ini akan hilang  arah tujuan, merasa bingung, dan  tidak  mengetahui  mengapa  dia sukakan lelaki  tersebut. Perempuan ini akan menangis-nangis dan akan merayu akan mengikuti anda sehingga sanggup diperlakukan apa sahaja.

Walaupun begitu, kehebatan minyak pengasih Kayu Balabak tidak akan bertahan lama dari segi nasib kerana walaupun anda mampu memikat sesiapa sahaja wanita, nasib anda akan mengalami sial atau nasib malang kerana, rezeki dari sudut wang dan apa sahaja pekerjaan tidak akan menyebelahi anda.

Walaupun tidak diketahui kebenaran ini kerana ia hanyalah cerita dari mulut.

Kesimpulannya, penggunaan minyak pengasih tidak mendatangkan banyak kebaikan tetapi hanya mendatangkan keburukan dimasa akan datang.

Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman dan penceritaan dari masyarakat dan sekadar perkongsian ilmu pengetahuan untuk perkongsian bersama.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Sentiasa Berwuduk Mampu Menangkis Ilmu Pukau

sumber: geoffreystephen

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (30 Oktober)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (30 Oktober)

Tarikh 30 Oktober merupakan hari ke 303 (hari ke 304 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 62 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Diego Maradona

Berikut adalah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku hari ini dalam sejarah dunia.

Peristiwa

758 - Guangzhou di negeri China dijarah lanun Arab dan Parsi.

1470 - Earl Warwick Richard Neville mengembalikan Henry VI sebagai Raja England semasa Perang Bunga Ros.

1831 - Hamba Afrika Amerika Nat Turner ditangkap selepas memimpin satu pemberontakan perhambaan yang ditumpaskan dengan kejam.

1863 - Putera Denmark Vilhelm yang berumur 17 tahun tiba di Athens untuk menjadi Raja Greece George I.

1905 - Revolusi Rusia: Tsar Nikolay II dengan berat hati menandatangani "Manifesto Oktober", mewujudkan Duma Negeri sebagai badan perundangan yang dipilih dalam Empayar Rusia.

1906 - Labuan menyertai Negeri-negeri Selat.

1938 - Drama radio The War of the Worlds menakutkan ramai pendengar di Amerika Syarikat yang percaya serangan makhluk Marikh sedang berlaku.

1942 - Perang Dunia II: Kelasi British menaiki kapal selam Jerman U-559 yang sedang tenggelam dan mengambil bahan kriptografi penting bagi memecahkan kod Enigma.

1961 - Bom hidrogen Soviet Tsar Bomba diledakkan di Pulau Novaya Zemlya di Lautan Artik sebagai ujian, menjadi senjata nuklear terbesar pernah diletupkan.

2007 - Cristina Fernández de Kirchner dipilih untuk menggantikan suaminya Néstor Kirchner sebagai Presiden Argentina.

2009 - ICANN membenarkan negara dan wilayah memohon domain Internet peringkat tinggi yang ditulis dalam abjad bahasa-asli mereka.

Kelahiran

1735 - John Adams, Presiden Amerika ke-2.

1960 - Diego Maradona, Pemain bola sepak Argentina.

Kematian

1893 - John Abbott, Perdana Menteri Kanada ke-3.

1915 - Charles Tupper, Perdana Menteri Kanada ke-6.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (29 Oktober)

sumber: wikipedia

Sunday, October 29, 2017

Epal Hijau Atau Epal Merah, Yang Mana Satu Lebih Baik?

Epal Hijau Atau Epal Merah, Yang Mana Satu Lebih Baik?

Epal adalah buah paling popular dan penuh dengan nutrisi yang baik untuk kulit dan tubuh. Kaya dengan serat, antioksida dan Vitamin C, epal antara buah terbaik untuk diet. Ia membuatkan anda kenyang dan mengandungi kalori yang rendah.

Epal

Menurut laporan kesihatan daripada Amerika Syarikat, satu cawan epal hijau mengandungi 14 gram kabohidrat manakala epal merah, 15 gram kabohidrat.

Tidak banyak beza dan pakar diet mengesyorkan untuk anda mengambil 45% kalori daripada kabohidrat.

Kandungan Gula

Epal terkenal dengan khasiat yang mampu melawan penyakit diabetis. Tetapi jika dikira daripada jumlah kandungan gula, epal hijau lebih selamat untuk penghidap kencing manis.

Epal merah mengandungi kandungan gula (yang asli dan selamat, tidak seperti gula untuk minuman) yang lebih manis dan tidak masam.

Bagaimanapun, kandungan gula dan epal tidak mengandungi kalori seperti gula yang diproses.

Epal Merah atau Epal Hijau?

Epal hijau terbukti megandungi lebih banyak nutrisi terutamanya di bahagian kulit namun, tidak kisah merah atau hijau, anda disarankan untuk tidak memarut kulitnya sebelum makan.

Kedua-duanya berkhasiat apatah lagi jika anda memilih yang organik.

Apa yang penting, anda tidak digalakkan makan epal melebihi enam biji sehari kerana kadar gula dalam tubuh akan meningkat.

Jangan sesekali mengamalkan diet yang hanya makan epal setiap hari tanpa mengambil makanan lain.

Cukup hanya satu atau dua biji sehari.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Unik! Bayangkan Hutan Buah Epal Seluas 560 Hektar!

sumber: cosmopolitan

Keajaiban Bumi Negara Bhutan

Keajaiban Bumi Negara Bhutan

Negara Bhutan adalah sebuah negara yang terletak di banjaran Himalaya, selain mempunyai keindahan alam yang luarbiasa, kehidupan mereka cukup mengagumkan dari pelbagai aspek.

Bhutan

Walaupun sebuah negara terpencil dan bergunung-ganang, Bhutan juga dinobatkan sebagai penduduk yang memiliki tingkat kegembiraan tertinggi di dunia.

Dan pernahkah anda terfikir, apa yang terkandung di negara itu? Bagaimana rupa penduduk di sana, bagaimana bunyi bahasa yang mereka tuturkan, apakah cara hidup mereka dan bagaimana bentuk muka bumi di sana?

Jika anda berminat untuk melancong ke Bhutan, syarat untuk ke negara ini haruslah melalui agensi pelancongan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Bhutan.

Syarikat penerbangan Bhutan ialah Druk Air yang juga merupakan agensi pelancongan terbesar mereka.

Lapangan terbang Paro adalah antara lapangan terbang paling berbahaya di dunia untuk kapal terbang membuat pendaratan dan juruterbang Butan adalah antara yang terbaik di dunia.

Ini adalah kerana lapangan terbang di Paro sentiasa diselubungi oleh kabus gunung-ganang banjaran Himalaya.

Kuil

Salah satu tempat menarik di Bhutan adalah kuil Tiger's Nest Monastery yang terletak di Taksang dan terkenal dengan keindahannya.

Kuil ini dibina di celah-celah gunung-ganang berbatu pada ketinggian 3,000 meter altitud.

Majoriti penduduk Bhutan menganut agama Buddha dan kebanyakan mereka tidak memakan daging sepanjang hayat.

Mereka cuma memakan sayur-sayuran, nasi dan buah-buahan.

Ada diantaranya tidak memetik buah-buahan diatas pokok dan cuma akan menunggu sebelum buah-buahan tersebut jatuh ke tanah sebelum memakannya.

Haramkan rokok

Bhutan juga adalah satu-satunya negara yang mengharamkan rokok.

Kebanyakannya tidak menghisap rokok dan penjualan rokok diharamkan disemua kedai.

Pelancong yang ingin membawa rokok perlu membayar cukai bagi setiap batang rokok yang dibawa.

Nirvana

Satu kelainan yang amat ketara bagi penganut Buddha di Bhutan adalah, mereka tidak mempercayai kewujudan Tuhan.

Mereka percaya bahawa hidup dan mati adalah proses yang berulang, dimana kita akan dilahirkan semula setelah menemui ajal sehinggalah kita mencapai taraf Nirvana.

Bagi penganut Buddha, untuk mencapai taraf Nirvana adalah hampir sama dengan taraf Makrifat yang selalu dibincangkan oleh ahli sufi dalam Islam.

Bezanya, mereka mencapai satu tahap dimana tiada apa yang benar-benar wujud dan semua adalah satu kekosongan.

Dalam Islam pula percaya, tiada apa yang benar-benar wujud secara hakiki kecuali Allah Yang Maha Pencipta.

Mereka juga menghabiskan masa selama berjam-jam di sekolah untuk mempelajari agama Buddha.

Tahap Pendidikan

Selain itu, mereka juga mengambil serius pelajaran bahasa Inggeris dan rata-rata penduduk Bhutan boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik termasuklah orang-orang Nomad yang tinggal di kawasan pergunungan.

Kerajaan Bhutan juga amat mengambil berat kualiti pendidikan dan menghabiskan banyak wang untuk menaikkan taraf pendidikan di sana.

Anda pasti terkejut betapa lengkapnya peralatan sekolah di sebuah perkampungan kecil yang jauh terceruk, yang terletak di kawasan pergunungan tinggi bersempadan dengan Tibet!

Jauh beza di Malaysia, ada sekolah rendah yang lengkap dengan makmal komputer tapi tiada bekalan elektrik!

Kerajaan berhemah

Kerajaan Bhutan juga amat bijak dalam menguruskan kewangan.

Secara purata, GDP Bhutan hanyalah sebanyak USD2 bilion sahaja, tetapi negara mereka kelihatan begitu membangun.

Anda tidak akan melihat orang miskin di Bhutan. Jurang kemiskinan hampir tiada.

Jauh berbeza dengan majoriti negara Islam di seluruh dunia. Orang miskin terlalu ramai. Jurang pendapatan terlalu besar. Ditindas oleh pemimpin negara dan orang kaya.

Purata pendapatan rakyat Bhutan adalah sebanyak USD1,600 sebulan, bersamaan dengan RM6,627.00.

Jumlah ini jauh lebih tinggi berbanding kebanyakan negara di benua Eropah.

Pemimpin terbaik

Warga Bhutan bersyukur kerana memiliki seorang raja yang amat baik dan adil.

Jangan terkejut jika melihat pengembala yak yang tinggal jauh di kawasan pergunungan Himalaya mampu memiliki antena TV yang menyalurkan semua siaran TV di dunia malah ramai yang menggunakan jenama telefon terkini.

Jika haiwan peliharaan mereka mati disebabkan oleh bencana alam, mereka akan diberi pampasan bagi setiap haiwan yang terbunuh.

Pengeksport herba

Penduduk Bhutan yang tinggal di kawasan pergunungan ramai yang bekerja sebagai pemetik sejenis herba liar yang sukar didapati dan hanya tumbuh di Bhutan.

Kerajaan Bhutan akan membelinya dengan harga USD15,000 sekilogram. Herba ini kemudiannya dieksport ke negara lain seperti China dan Jepun dengan harga yang sangat mahal.

Negara paling gembira di dunia

Kerajaan Bhutan juga tidak begitu mementingkan GDP dan telah memperkenalkan satu terma baru yang digelar GNH iaitu Gross National Happiness.

GHN adalah sebagai tanda aras yang tidak mementingkan wang ringgit tetapi lebih mengutamakan kegembiraan warganegaranya.

Setiap tahun, kerajaan Bhutan akan datang melawat setiap keluarga untuk mengkaji sejauh manakah kegembiraan keluarga mereka dan akan menghulurkan apa-apa jenis bantuan yang diperlukan.

Negara paling segar

Negara Bhutan juga adalah satu-satunya negara yang bukan sahaja digelar 'carbon neutral country' tetapi juga digelar 'carbon negative country' dimana negara Bhutan tidak menyumbang peningkatan karbon di dunia malah sebaliknya.

Bhutan mengeluarkan begitu sedikit karbon dan hutan mereka mampu menyerap empat kali ganda karbon yang mereka lepaskan.

Mereka juga begitu teliti dalam mengawal pokok-pokok yang hendak ditebang.

Dan apabila raja mereka mendapat puteranya yang pertama, rakyat Bhutan meraikannya dengan menanam 100,000 pokok di seluruh Bhutan. Menakjubkan!

Identiti dan tradisi

Kini, kerajaan Bhutan sedang membina rangkaian jalan raya yang bakal menghubungkan seluruh Bhutan sehingga ke perkampungan terpencil.

Walaupun negara Bhutan bertukar maju secara mendadak hanya dalam tempoh masa yang singkat, mereka amat serius dalam mengekalkan identiti dan tradisi hidup tanpa dipengaruhi budaya asing.

Malah, tidak mustahil Bhutan bakal menyaingi negara maju seperti Korea dan Jepun dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Bandaraya Paling Berbahaya Di Dunia

-SENTIASAPANAS.COM