Monday, July 15, 2013

Unik! Bayangkan Hutan Buah Epal Seluas 560 Hektar!


Info Unik Dunia. Sebelum seorang ahli botani Jerman-Estonia, Carl Frederich Von Ledebour menemui kawasan hutan epal ini, ia tidak pernah diketahui oleh masyarakat Barat.


Ia terletak di pedalaman dalam kawasan pergunungan yang kini terletak di Kazakhstan. Namun, dalam kawasan hutan itu, terdapat sebuah bandar iaitu Almaty.

Keadaan ini memberikan tempat ini kelebihan dan kekurangan kepada hutan tersebut yang mana kelebihannya kerana kawasan itu sangat hampir dengan bandar jadi ia memudahkan para saintis untuk masuk ke hutan itu dan menjalankan kajian manakala yang tidak baik pula ialah kerana hutan itu semakin diratakan untuk tujuan penempatan musim cuti di tanah tinggi bagi bandar tersebut.

Epal-epal yang ada dihutan ini terdapat dalam pelbagai saiz dan warna. Ada yang sangat kecil sehinggalah sangat besar dan warnanya pula merangkumi warna merah, kuning, warna campuran ataupun warna hijau terang.

Kulit buah epal ini pula ada yang licin tapi ada juga yang kasar namun yang istimewanya, buah-buah epal ini tidak trhindar daripada penyakit mahupun serangan serangga.


Hutan ini berkeluasan kira-kira 560 hektar!

Hebat kan..

-SENTIASAPANAS.COM

1 comment

  1. wow...gud info...maybe ladang tinggalan org dulu2 kot

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon