Wednesday, October 18, 2017

4 Perang Terbesar Dalam Sejarah Manusia

4 Perang Terbesar Dalam Sejarah Manusia

Peperangan adalah satu perkara yang lebih baik dielakkan daripada dibiarkan berlaku. Jika terdapat perselisihan faham atau perbalahan antara negara, peperangan adalah jalan terakhir yang boleh diambil bagi menyelesaikan masalah.

Namun, peperangan juga berlaku atas beberapa sebab termasuklah ketamakan dan ego manusia untuk mengawal dunia. Lebih buruk, kebanyakan nyawa yang terbunuh adalah terdiri daripada orang awam.

Kami kongsikan kepada pembaca 4 peperangan terbesar yang pernah berlaku dalam sejarah manusia yang mengorbankan jutaan nyawa.

1. Perang Dunia Kedua

Perang Dunia Kedua

Perang terbesar dan juga yang menyebabkan terkorbannya nyawa tertinggi dalam sejarah manusia adalah Perang Dunia Kedua yang berlaku di antara tahun 1939 hingga 1945.

Perang ini berlaku di antara Pakatan Allies yang diketuai oleh Soviet Union, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Republik China menentang Pakatan Axis diketuai oleh Nazi Jerman, Empayar Jepun dan Kerajaan Itali.

Ia bermula apabila Adolf Hitler mengarahkan tentera Nazi Jerman untuk menceroboh Poland pada 1 September 1939.

Disebabkan tindakan pencerobohan itu, Britain dan Perancis telah mengisytiharkan perang terhadap Jerman dua hari kemudian. Perang yang berlangsung selama 6 tahun dan 1 hari ini telah dimenangi oleh Pakatan Allied apabila Empayar Jepun akhirnya menyerah kalah pada 15 Ogos 1945.

Walaupun Pakatan Allied memenangi peperangan ini, namun kematian yang dicatatkan oleh mereka adalah sebanyak 61 juta nyawa, yang mana 45 juta daripadanya adalah orang awam.

Bagi Pakatan Axis pula, jumlah kematian adalah sebanyak 12 juta, 8 juta daripadanya adalah orang awam.

Jumlah kematian keseluruhan mencapai 83 juta nyawa dan 59% daripadanya adalah orang awam yang tak bersalah.

2. Pemberontakan Taiping

Pemberontakan Taiping

"Taiping Rebellion" atau Pemberontakan Taiping adalah perang yang berlaku di China bermula tahun 1850 dan berakhir pada tahun 1864 yang telah mengubah Dinasti Qing selama-lamanya.

Peperangan ini berlaku di antara Dinasti Qing yang diterajui oleh Manchu dengan pergerakan Kristian oleh Heavenly Kingdom of Peace.

Pemberontakan ini berlaku dibawah kepimpinan Hong Xiuquan yang dipengaruhi oleh ajaran Kristian dan mempercayai bahawa beliau adalah anak Tuhan dan adik kepada Nabi Isa yang dihantar untuk membuat pembaharuan kepada China.

Rakan Hong iaitu Feng Yunshan menggunakan kepercayaan Hong untuk menubuhkan sebuah kumpulan agama baru iaitu "God Worshippers' Society". Kumpulan ini kemudiannya disertai oleh petani miskin di wilayah Guangxi.

Permusuhan berlaku pada 1 Januari 1851 apabila tentera Dinasti Qing melancarkan serangan ke atas God Worshipping Society di bandar Jintian, Guangi.

Ketika itu, Hong Xiauquan telah menggelarkan dirinya sebagai Heavenly King dalam Heavenly Kingdom of Peace atau Taiping Heavenly Kingdom.

Mereka yang tidak berpuas hati dengan pemerintah telah melancarkan propaganda terhadap kerajaan Manchu yang diperintah oleh orang asing.

Peperangan selama 14 tahun ini dikatakan telah mengorbankan sebanyak 44,721,360 nyawa.

3. Peperangan Tiga Kerajaan

Peperangan Tiga Kerajaan

Peperangan di antara 3 kerajaan ini berlaku di China yang telah memecahkan China kepada 3 wilayah yang berperang antara satu sama lain.

Ia berlangsung selama 60 tahun di antara tempoh Dinasti Han dan Dinasti Jin, iaitu pada tahun 220 AD sehingga tahun 280 AD.

Perang ini dikatakan bermula lebih awal apabila takhta telah diambil oleh maharaja yang muda selepas kematian Maharaja Han.

Maharaja baru tidak disenangi oleh ramai general dan kecewa dengan pengaruh yang dimiliki sesama peranan dalam kerajaan. Maharaja baru ini kemudian digulingkan dan menyebabkan ketegangan politik mula meningkat.

Ia kemudiannya mencetuskan perang saudara yang memecahkan China kepada 3 kerajaan iaitu Kerajaan Wei, Kerajaan Shu dan Kerajaan Wu.

Jumlah kematian disebabkan oleh perang saudara dianggarkan sebanyak 37.9 juta nyawa dan anggaran maksimum adalah 40 juta.

4. Penaklukan Mongol (1206–1368)

Penaklukan Mongol

Berlaku pada abad ke-13, pencerohohan dan penaklukan Mongol telah menghasilkan satu empayar Mongol yang sangat besar.

Menjelang tahun 1300, empayar ini meliputi sebahagian besar Asian dan Timur Eropah, iaitu keseluruhan China, Mongolia, Korea, Iran, Pakistan, Afghanistan, Turkistan, Uzbekistan, Tajikistan, Armenia, beberapa bahagian Rusia, India, Hungary, Burma, Vietnam, Thailand, Kemboja dan beberapa negara moden yang lain.

Genghis Khan adalah pemimpin Mongol yang bertanggungjawab atas kematian kira-kira 5% daripada populasi dunia ketika itu, iaitu hampir 40 juta nyawa.

Jumlah ini tidak termasuk jumlah kematian "Black Death" seramai 200 juta nyawa yang dikatakan ada kaitan dengan penaklukan Mongol.

Penaklukan ini juga dikatakan menyebabkan perpindahan populasi dunia terbesar dalam sejarah manusia yang tak pernah berlaku sebelum ini terutamanya di Asia Tengah dan Eropah Timur.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Empayar-empayar Terbesar Sepanjang Sejarah Dunia

sumber: iluminasi

Fungsi MyIPO Melindungi Jenama Peniaga Wajib Tahu!

Fungsi MyIPO Melindungi Jenama Peniaga Wajib Tahu!

Kesedaran mengenai pentingnya pemilikan terhadap nama perniagaan atau disebut juga sebagai harta intelek amat penting dan wajib diketahui oleh peniaga.

MyIPO
Gambar hiasan.

Di Malaysia, tugas itu digalas oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), yang merupakan agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Untuk makluman, perlindungan sedemikian memberi hak eksklusif kepada pemiliknya untuk dapat mengawal dan mengeksploitasi harta intelek mereka termasuklah hak membuat, mengguna, mengedar, menjual dan mengimport.

Mereka juga boleh mengambil tindakan mahkamah ke atas pihak yang didapati melanggar hak tersebut kerana ia dilindungi di bawah undang-undang paten, cap dagangan, hakcipta, reka bentuk perindustrian dan sebagainya.

Namun masih ramai pengguna yang kurang tahu mengenai hak harta intelek dan juga tidak menyedari kewujudan MyIPO sebagai sebuah organisasi bertanggungjawab dalam memberi perlindungan sedemikian di Malaysia.

Untuk rekod, harta intelek merujuk kepada hasil daripada idea atau minda seperti ciptaan, karya seni, simbol, jenama, imej dan reka bentuk yang digunakan dalam perniagaan di mana hak eksklusifnya diakui di bawah undang-undang berkaitan.

Hak eksklusif pula bermaksud hak memiliki dan mengeksploitasi sesuatu harta intelek tanpa sebarang ancaman daripada pihak lain seperti cetak rompak, barangan tiruan, penyalahgunaan tanpa kebenaran dan sebagainya.

Malah ia merupakan salah satu komponen penting dalam aspek pembangunan ekonomi negara.

Penghasilan harta intelek yang aktif berterusan dari semasa ke semasa akan meningkatkan aktiviti pelaburan dan perdagangan.

Antara sebab kenapa isu ini menjadi penting sekarang ialah kerana ada banyak kes peniruan produk industri yang dihasilkan tetapi faedahnya tidak dinikmati oleh pereka asal malah cuma menguntungkan pihak peniru itu sahaja.

Contoh mudah seperti jam, beg tangan, seluar jean dan kasut dengan jenama terkenal di pasaran. Penjualan produk ini boleh hakis sumber pendapatan si pengeluar asal yang memiliki cap dagangan sah ke atas barangan tersebut.

Menyedari betapa penting perkara ini, KPDNKK memperbadankan MyIPO pada 2003 yang sebelum itu dikenali sebagai Pejabat Cap Dagangan dan Paten dan kemudian Bahagian Harta Intelek pada 1990; bagi mengawal selia isu ini susulan penggubalan Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002.

MyIPO berfungsi sebagai badan pemantau pelaksanaan undang-undang berkaitan harta intelek tempatan selain juga memberi nasihat dalam semakan semula dan mengemas kini perundangan berkaitan dengan harta intelek.

Pun begitu, individu atau syarikat perlu ada inisiatif untuk tampil daftar harta intelek dengan MyIPO kerana ia bukanlah wajib tetapi penting jika ada pihak ketiga cuba tiru produk sekali gus menjejaskan bisnes pihak asal.

Bayangkan kualiti barangan diciplak tersebut tidak sama seperti yang original, ia boleh menjejaskan kepercayaan pelanggan serta memberi kesan besar ke atas hasil perniagaan mereka sah pula dalam jangka masa panjang.

Di bawah undang-undang di Malaysia, antara harta intelek itu ialah paten iaitu hak eksklusif yang diberi terhadap suatu rekacipta, sama ada produk atau proses penghasilan cara baharu bagi membuat sesuatu perkara tertentu.

Ada juga harta intelek berbentuk cap dagangan yang boleh membezakan barangan atau perkhidmatan dikeluarkan oleh pihak lain seperti penggunaan perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi tersebut.

Jangan lupa ada harta intelek berupa reka bentuk perindustrian iaitu ciri bentuk, tatarajah, corak atau hiasan pada sesuatu barang melalui apa-apa proses pada barang siap yang menarik dan dinilaikan dengan pandangan mata.

Manakala petunjuk geografi adalah tanda harta intelek yang lazim digunakan ke atas sesuatu produk kerana ia mempunyai kualiti unik dan reputasi eksklusif tersendiri sehingga boleh dikaitkan dengan kawasan berkenaan.

Bagi karya seperti muzik, filem, sastera dan seni pula, ia boleh dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987 yang melibatkan kepentingan penulis, pemilik hak cipta dan pelaku.

Sesungguhnya banyak faedah boleh diperoleh oleh peniaga apabila mereka berdaftar dengan MyIPO kerana status perlindungan akan diberikan kepada mereka mengikut kategori harta intelek masing-masing tertakluk di bawah Akta Hak Cipta 1987.

Bagi mereka yang ingin mencari maklumat lanjut mengenai MyIPO, bolehlah melayari laman sesawang rasmi www.myipo.gov.my atau akaun Facebook rasmi di www.facebook.com/ipmalaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Bekas Penyanyi Pussycat Dolls Dakwa Hidup Dalam Kumpulan Pelacur!

Bekas Penyanyi Pussycat Dolls Dakwa Hidup Dalam Kumpulan Pelacur!

Bekas penyanyi kumpulan Pussycat Dolls menyuarakan tuduhan terhadap kumpulan pop itu, mendakwa mereka hidup sebagai satu kumpulan pelacur.

Kaya Jones

Penyanyi, Kaya Jones, 33, keluar dari kumpulan pop Pussycat Dolls pada tahun 2005, sejurus selepas itu debut lagu mereka Don’t Cha mejadi hit, sekaligus merekodkan 54 juta jualan.

Berikut adalah rentetan Jones menerusi Twitter miliknya, “Sejujurnya, saya bukanlah dalam kumpulan penyanyi. Saya dalam kumpulan pelacur. Dan secara kebetulan, kami menyanyi dan terkenal. Sementara orang sekeliling yang menguruskan kami meraih keuntungan.

“Kenapa kami tidak melaporkannya? Kerana kami didera!

"Secara peribadi, saya sendiri telah diugut untuk tidak memberitahu atau karier saya akan dimusnahkan,” katanya.

Pussycat Dolls

Dalam satu kenyataan, Kaya Jones mengesahkan bahawa apa yang diluahkan di laman sosial miliknya itu adalah benar.

Sementara itu, pengasas Pussycat Dolls, Robin Antin, yang juga bertindak sebagai koreografer, menafikan perkara itu dan menyifatkan dakwaan Kaya Jones tersebut suatu penipuan yang jelik dan mengarut.

Menurutnya, Jones sengaja berbuat demikian untuk mencari publisiti murahan gara-gara dia tidak pernah menjadi ahli rasmi Pussycat Dolls.

Pussycat Dolls memulakan kerjaya sebagai kumpulan penari burlesque pada tahun 1995, sebelum mereka menandatangani kontrak sebagai artis rakaman pada 2003.

Selepas Kaya Jones meninggalkan kumpulan berkenaan, Pussycat Dolls meneruskan karier selama lima tahun sebelum mengumumkan pembubaran pada 2010.

BACA INI JUGA: 'Harga' Payu Dara Nikita Mirzani RM266,000!

sumber: astroawani

Kurang Hormon Testosterone Punca Lelaki Mati Pucuk

Kurang Hormon Testosterone Punca Lelaki Mati Pucuk

Lelaki sebenarnya tidak akan mengalami masalah kehabisan hormon seperti kaum wanita atau menopaus. Apa yang berlaku ialah penurunan paras hormon testosterone dan ia boleh bermula seawal usia 35 tahun.

Kebaikan Testosterone

Akibat daripada penurunan hormon Testosterone ini, akan berlaku perubahan dalam badan lelaki membabitkan komposisi lemak dan penurunan kepadatan mineral pada tulang.

Turut berlaku ialah penurunan tahap kecekapan sel-sel otak. Keadaan ini membawa kepada tanda-tanda seperti gangguan ingatan, cepat marah, mood tidak menentu, tidak dapat menumpukan perhatian, gangguan tidur, emosi, sering keletihan dan rasa tidak bertenaga, tidak ada nafsu melakukan hubungan seks dan gangguan ereksi zakar (mati pucuk).

Lelaki yang mengalami sindrom ini bukan sahaja akan merasakan kemerosotan kualiti hidup malah mengganggu fungsi seksual dan penurunan tahap kecergasan mental atau kemurungan.

Malah, mereka juga akan mempunyai risiko tinggi menghadapi masalah seperti osteoporosis, penyakit kencing manis, penyakit jantung dan risiko diserang sindrom metabolik.

Kajian yang dikendalikan di tiga lokasi iaitu Petaling Jaya, Subang jaya dan Kelana jaya di Selangor menunjukkan masalah sindrom kekurangan hormon testosterone melanda sekurang-kurangnya 20 peratus lelaki berusia 40 tahun ke atas.

Osteoporosis dan masalah keretakan tulang pinggul bukan saja berlaku pada wanita, malah boleh melanda lelaki. Masalah ini berkait rapat dengan penurunan paras testosterone. Kajian menunjukkan 30 peratus daripada masalah keretakan tulang pinggul alami lelaki.

Sindrom metabolik pula merujuk kepada masalah yang mula melanda golongan lelaki di Malaysia.

Penghidap sindrom ini adalah mereka yang dijangkiti kencing manis, darah tinggi, tahap kolesterol tinggi dan mempunyai perut buncit (ukur lilit pinggang 40 inci ke atas).

Di Subang Jaya dan Kelana Jaya saja, satu pertiga daripada 1,046 lelaki yang ditemuduga dikesan menghidapi sindrom metabolik.

Sindrom metabolik adalah masalah kesihatan serius kerana pengidap akan mempunyai tiga kali peningkatan risiko mendapat penyakit jantung.

Mereka yang mempunyai paras testosterone rendah pula akan mempunyai 2.25 risiko menghidapi sindrom metabolik.

Kajian yang dilakukan dalam tempoh 20 tahun di Barat untuk menilai paras testosterone dan hubung kait dengan penyakit yang menyebabkan kematian mendapati kaum lelaki yang mempunyai paras testosterone terendah mempunyai 40 peratus risiko lebih tinggi untuk mati lebih cepat.

Ini berbanding mereka yang mempunyai paras testosterone normal tanpa mengira usia dan kandungan lemak badan.

Kebaikan Testosterone

Kesedaran mengenai sindrom kekurangan hormon testosterone perlu dipertingkatkan. Ini kerana masalah ini boleh dirawat dengan menggunakan kaedah penggantian hormon testosterone (Testosterone Replacement Therapy).

Penggantian hormon testosterone ini boleh dilakukan dengan cara sapuan gel, pengambilan tablet atau suntikan.

Disebabkan tanda masalah kekurangan hormon testosterone kurang menyerlah dan berlaku secara perlahan-lahan, individu yang mengesan tanda-tanda seperti yang dinyatakan dinasihatkan berjumpa doktor untuk mengukur paras testosterone.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (18 Oktober)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (18 Oktober)

Tarikh 18 Oktober merupakan hari ke 291 (hari ke 292 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 74 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

The Whale

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Alaska (1867) dan Hari Perayaan Santo Lukas.

Peristiwa

1009 - Gereja Makam Suci, sebuah gereja Kristian yang kini dalam lingkungan Kota Lama Baitulmuqaddis, dimusnahkan atas arahan khalifah Fatimiyyah Al-Hakim bi-Amr Allah.

1016 - Tentera Denmark pimpinan Canute Agung menewaskan dengan mutlak Edmund Ironside dalam Pertempuran Ashingdon, membolehkannya mengawal hampir keseluruhan Kerajaan England.

1851 - Novel Moby-Dick oleh Herman Melville mula diterbitkan, sebagai The Whale.

1922 - British Broadcasting Company ditubuhkan oleh sebuah konsortium untuk mewujudkan rangkaian pemancar radio bagi menyediakan khidmat penyiaran di seluruh United Kingdom.

1954 - Di Indianapolis, Indiana, A.S., Texas Instruments memperkenalkan radio transistor komersil pertama, Regency TR-1.

1991 - Majlis Tertinggi Azerbaijan menerima perisytiharan kemerdekaan daripada Kesatuan Soviet.

2007 - Pengeboman berani mati terhadap perarakan kereta yang membawa bekas Perdana Menteri Pakistan Benazir Bhutto di Karachi menyebabkan 139 orang maut dan 450 lagi cedera.

2007 - Letupan bom di Makati, Manila, Filipina menyebabkan 9 orang terkorban.

2008 - Perhimpunan Agung PBB melantik Turki, Austria, Jepun, Uganda dan Mexico untuk menganggotai Majlis Keselamatan selama dua tahun.

2010 - Taufan Megi, antara ribut terkuat pernah direkodkan, bertemu daratan di Filipina.

2011 - Askar Israel Gilad Shalit dibebaskan Hamas sebagai pertukaran pembebasan 1,027 tahanan Palestin.

2013 - Arab Saudi, Chad, Chile, Lithuania dan Nigeria terpilih ke Majlis Keselamatan PBB, namun Arab Saudi menolaknya.

Kelahiran

1919 - Pierre Trudeau, Perdana Menteri Kanada Ke-15.

1959 - Mauricio Funes, Presiden El Salvador ke-5.

Kematian

1931 - Thomas Edison, seorang usahawan Amerika Syarikat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (17 Oktober)

sumber: wikipedia

Tuesday, October 17, 2017

'Saya Penyelamat Aishwarya Rai Dari Kerakusan Seksual Harvey'

'Saya Penyelamat Aishwarya Rai Dari Kerakusan Seksual Harvey'

Bekas pengurus Aishwarya Rai, Simone Sheffield percaya bintang Bollywood itu akan menjadi mangsa gangguan seksual penerbit, Harvey Weinstein sekiranya beliau meninggalkan aktres tersebut berdua-duaan dengan Harvey kira-kira 15 tahun lalu.

Aishwarya Rai

Simone yang merupakan pemilik Canyon Entertainment dipetik menerusi beberapa laporan mendakwa Harvey cuba mencari peluang untuk berdua-duaan dengan Aishwarya serta mengarahkannya meninggalkan mereka berdua berulang-kali.

"Harvey bagaikan pembuli yang berperwatakan binatang. Beliau (Harvey) beberapa kali meminta saya untuk meninggalkan mesyuarat untuk berdua-duaan dengan Aishwarya tetapi saya menolaknya dengan sopan selain melindungi aktres tersebut.

Harvey Weinstein
Harvey Weinstein.

"Harvey juga pernah bertanyakan saya bagaimana hendak bertemu Aishwarya secara bersendirian," katanya dipetik menerusi portal Dailymail UK.

Tindakan tidak bermoral Harvey tersebar apabila dia didakwa melakukan gangguan seksual ke atas bintang-bintang terkenal Hollywood termasuklah Angelina Jolie.

Angelina Jolie

Aktres Angelina dan Gwyneth Paltrow mendedahkan mereka antara selebriti yang pernah menjadi mangsa serangan seksual Harvey ketika kedua-duanya berada di awal pembabitan bidang seni.

BBC melaporkan, pendedahan tersebut dibuat ketika beberapa aktres Hollywood serta kakitangan syarikat milik Harvey tampil membuat laporan mengenai perbuatan terkutuk penerbit itu sebelum ini.

Gwyneth Paltrow

Dalam pada itu, Simone yang dipetik menggesa lebih ramai mangsa wanita tampil mendedahkan perbuatan tidak bermoral Harvey agar beliau dikenakan hukuman setimpal.

"Lindungi satu sama lain, saling menyokong satu sama lain. Saling menyayangi," ujar Simon.

Netizen di Twitter bersyukur atas tindakan Simone melindungi aktres tersebut.

BACA INI JUGA: Rahsia Kecantikan Selebriti Bollywood

sumber: astroawani