Thursday, October 19, 2017

Misteri 'Kereta Hantu' Di Singapura

Misteri 'Kereta Hantu' Di Singapura

Misteri kemunculan ‘kereta hantu’ secara tiba-tiba yang menyebabkan kemalangan di sebuah jalan raya di Singapura dalam video yang tular baru-baru ini telah meninggalkan tanda tanya kepada penonton.

Kereta hantu

Bukan sahaja tanda tanya, rata-rata penonton video yang mencapai jumlah tontonan 100,285 itu binggung dengan kehadiran 'kereta hantu' berwarna perak itu hingga mengakibatkan berlaku kemalangan.

Dalam rakamam ‘dashcam’ yang tular itu, sebuah kereta putih kelihatan sedang menunggu di persimpangan jalan dan bersedia untuk membelok ke kanan.

Semuanya seolah-olah berjalan lancar apabila kereta tersebut membelok ke kanan hingga sebuah 'kereta hantu' itu secara tiba-tiba muncul di tengah jalan raya.

Pemandu kereta putih itu kemudian membrek secara mengejut bagi mengelak pelanggaran tetapi tidak berjaya lalu merempuh 'kereta hantu' itu.

Para penonton klip video tersebut sungguh keliru dan binggung kerana tiada petunjuk keberadaan 'kereta hantu' itu sebelum kemalangan.

Tiada lagi butiran lanjut mengenai kemalangan itu daripada media tempatan.

Misteri kan?

BACA INI JUGA: Kisah Benar Penumpang Misteri Van Jenazah!


sumber: astroawani

Punca Dan Penyebab Sakit Tumit Dan Tapak Kaki Serta Rawatannya

Punca Dan Penyebab Sakit Tumit Dan Tapak Kaki Serta Rawatannya

Antara keadaan yang paling biasa pada sakit tumit adalah keadaan yang dikenali sebagai plantar fascitis. Keadaan ini berlaku kerana kecederaan mikro dan keradangan pada tisu tapak kaki. Keradangan tisu menyebabkan sakit, bengkak dan lebam.

Sakit Tumit Tapak Kaki

Fascia, tisu pada tapak kaki terdiri daripada jalur berserabut tisu tebal di bahagian tapak kaki. Ia melapisi dari tumit ke pangkal jari kaki.

Ia juga bertindak seperti getah untuk mewujudkan ketegangan dan mengekalkan bentuk kaki.

Apakah gejala sakit pada tapak kaki?

Pada lazimnya sakit tapak kaki adalah sangat tajam dan terletak di pangkal tumit. Ia juga boleh tersebar ke seluruh tapak kaki.

Sakit paling teruk adalah pada waktu pagi bila bangun daripada tidur dan bila mengambil langkah pertama selepas untuk tempoh yang panjang berehat.

Anda juga mungkin mengalami bengkak, sakit bila sentuh tisu tapak kaki dengan kuat (selalunya di tempat yang khusus bahagian dalam tumit).

Senaman ringan boleh mengurangkan sakit untuk sementara. Tetapi berjalan lama sering membuat sakit teruk.

Merehatkan kaki anda biasanya mengurangkan kesakitan.

Kadang-kala sakit dirasai apabila melakukan regangan pada tisu tapak kaki.

Anda mungkin berjalan dengan tempang atau tidak dapat menanggung berat badan pada kaki yang terjejas.

Apakah punca sakit pada tapak kaki?

Anda lebih cenderung untuk mencederakan fascia plantar anda dalam keadaan tertentu.

Sebagai contoh:
  • Jika anda banyak berjalan, berlari, berdiri (aktiviti berterusan yang melebihi 1 jam).
  • Jika anda mempunyai postur kaki yang lemah (bentuk tapak kaki yang leper atau tinggi).
  • Jika anda mempunyai kaki atau sendi pergelangan yang keras.
  • Jika anda mempunyai kelemahan otot (terutama otot betis).
  • Jika terdapat penggunaan yang berlebihan pada kaki atau regangan secara tiba-tiba pada tapak kaki. (Contoh: latihan yang tidak sesuai atau berlebihan, atlet yang meningkatkan latihan intensiti berjalan atau jarak dengan mendadak).
  • Jika anda mempunyai otot yang ketat (terutama otot betis).
  • Jika anda mempunyai berat badan berlebihan (ini akan meletakkan tekanan tambahan pada tumit anda).
  • Jika anda mempunyai perbezaan panjang kaki.
  • Jika anda telah memakai kasut dengan span yang berkurangan atau sokongan yang lemah pada bentuk kaki. (Elakkan memakai kasut yang longgar dengan tapak yang nipis).

Siapakah lebih cenderung mendapat sakit tapak kaki?

Adalah dianggarkan sekitar 1 daripada 10 orang akan mendapat sakit tapak kaki di Amerika Syarikat dalam kehidupan mereka.

Ia adalah dua kali ganda lebih biasa di kalangan wanita berbanding lelaki. Atlet juga lebih cenderung mendapat sakit tapak kaki.

Selalunya melibatkan lingkungan orang yang berusia antara 40 hingga 60 tahun.

Apakah komplikasi jika sakit tapak kaki tidak dirawat?

Mengabaikan sakit tapak kaki boleh menyebabkan sakit menjadi kronik dan memberi kesan pada kehidupan harian seseorang.

Anda juga boleh mendapat masalah pada kaki, lutut, pinggul atau belakang kerana sakit tapak kaki menbawa kepada perubahan cara berjalan anda.

Apakah Rawatan Fisioterapi?

Rawatan fisioterapi adalah penting untuk mempercepatkan proses penyembuhan, memastikan hasil yang optimum dan mengurangkan kemungkinan sakit berulang.

Fisioterapi akan melakukan penilaian pada kaki anda, membantu anda untuk melegakan kesakitan, meningkatkan fleksibiliti otot, meningkatkan kekuatan otot, juga membantu anda untuk merancang kembali aktiviti harian bila gejala beransur pulih.

Rawatan Fisioterapi boleh terdiri daripada:
  • Ais atau rawatan haba
  • Elektroterapi (seperti Ultra Sound)
  • Senaman untuk meningkatkan keseimbangan, kekuatan dan fleksibiliti (terutamanya otot-otot betis)
  • Urutan tisu lembut
  • Mobilisasi pada sendi otot
  • Taping (plaster)
  • Pendidikan (kasut yang bersesuaian dan pengubahsuaian aktiviti harian)

Senaman untuk Tapak Kaki

1. Regangan otot betis

Kaedah 1
  • Bermula pada duduk dengan kaki anda menghulur lurus.
  • Menggunakan tuala atau tali pinggang. Lilit di bawah tapak kaki.
  • Dengan perlahan tarik jari kaki dan tapak kaki anda ke arah anda sehingga anda berasa regangan di belakang betis dan tapak kaki.
  • Tahan regangan tidak kurang daripada 30 saat.
  • Ulangi latihan ini 5 hingga 10 kali dengan regangan yang sedikit dan sederhana dan tanpa sakit.

Kaedah 2
  • Letakkan tangan anda di dinding di hadapan anda sambil meletakkan satu kaki di hadapan yang lain.
  • Alihkan berat badan anda ke kaki hadapan dan bengkok pada lutut, pastikan kaki belakang lurus dan kedua-dua tumit di atas lantai.
  • Menggunakan sokongan pada dinding, alihkan berat badan ke depan dan rasa regangan sepanjang betis.
  • Tahan regangan ini pada setiap kaki tidak kurang daripada 30 saat. Ulangi 5 kali pada setiap kaki.
  • Kembali ke kedudukan semula dan ulangi dengan kaki yang sebelah lagi.

Kaedah 3
  • Berdiri di atas tangga.
  • Secara beransur-ansur turunkan tumit ke bawah sehingga anda rasa regangan yang selesa pada betis anda.
  • Tahan regangan tidak kurang daripada 30 saat.
  • Ulangi latihan ini 5 hingga 10 kali dengan regangan yang sedikit dan sederhana dan tanpa sakit.

2. Regangan pada tapak kaki
  • Duduk di atas kerusi dan silangkan kaki atas lutut anda yang lain.
  • Bengkokkan pangkal jari anda dan tarik ia ke arah badan anda sehingga anda rasa regangan yang selesa.
  • Tahan regangan tidak kurang daripada 30 saat.
  • Ulangi latihan ini 5 hingga 10 kali dengan regangan yang sedikit dan sederhana dan tanpa sakit.

3. Senaman menguatkan otot betis
  • Duduk dengan kaki anda menghulur lurus.
  • Gunakan theraband, lilit di hujung tapak kaki.
  • Perlahan-lahan gerakkan kaki dan tapak kaki anda ke bawah dengan rintangan pada theraband dan ketatkan otot betis anda dan tahan selama 10 saat.
  • Ulangi latihan ini 10 hingga 20 kali asalkan senaman ini tidak menyebabkan kesakitan.

Kesimpulan

Cuba senaman yang dicadangkan di sini untuk membantu meringankan kesakitan dan mencegah kecederaan masa depan.

Sakit anda akan berkurangan dalam tempoh 2 minggu dan anda akan pulih lebih kurang tempoh 4 hingga 6 minggu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: myhealth

5 Negara Paling Banyak Cuti Di Dunia

5 Negara Paling Banyak Cuti Di Dunia

Orang Malaysia selalu ingatkan kita ni dah banyak rehat akibat daripada banyaknya cuti umum di negara kita, tetapi sangkaan kita sebenarnya jauh meleset. Ada banyak lagi negara lain yang mengamalkan dasar pelaksanaan cuti umum yang jauh lebih banyak dari kita.

Tak percaya? Memang benar.

Berikut adalah senarai 5 negara di dunia yang paling menganjurkan cuti umum pada rakyatnya untuk berehat.

1. Sri Lanka (25 Hari Setahun)

Sri Lanka

Seronok betul jadi orang Sri Lanka. Dengan masyarakat majmuk yang mengamalkan kepelbagaian bangsa dan agama seiras dengan Malaysia, terdapat banyak keperluan untuk mewujudkan cuti-cuti khas sempena menghormati perayaan atau sambutan golongan tertentu di Sri Lanka.

Selain itu, untuk setiap satu hari di mana bulan mengambang penuh, masyarakat Sri Lanka akan meraikan hari bulan mengambang penuh yang dipanggil Hari Poya mengikut kepercayaan masyarakat Buddha.

Jika bernasib baik dalam bulan tersebut ada dua hari bulan mengambang penuh, hari itu juga akan diberikan cuti umum yang digelarkan hari Adhi.

2. India (21 Hari Setahun)

India

Kita dah boleh nampak faedah hidup dalam masyarakat majmuk dan trend ini diteruskan lagi dengan India di mana dalam setahun mereka mempunyai 21 hari cuti.

Terdapat 4 hari cuti umum negara mereka iaitu hari republik, hari pekerja, hari kemerdekaan dan hari meraikan Mahatma Gandhi yang jatuh pada 2 Oktober.

Selain itu, perayaan bercorak agama juga diraikan dengan cuti yang diberikan apabila tiba tarikh-tarikh yang ditetapkan.

3. Filipina (18 Hari Setahun)

Filipina

Filipina juga tidak kurang hebatnya dalam memberikan cuti kepada rakyat mereka yang bekerja.

Seperti juga Sri Lanka dan India, Filipina juga memerlukan pemberian cuti kepada rakyat mereka atas sebab kewujudan masyarakat pelbagai etnik di negara mereka.

Filipina banyak meraikan sejarah mereka seperti cuti pada 9 April yang dikenali sebagai Day of Valor sempena kejatuhan wilayah Bataan, hari bermulanya Revolusi Filipina yang dipanggil The Cry of Pugad Lawin pada 28 Ogos, hari kelahiran Andres Bonifacio bapa Revolusi Filipina pada 30 November dan hari memperingati kematian Jose Rizal pada 30 Disember.

4. China (17 Hari Setahun)

China

China banyak menganjurkan cuti menurut budaya masyarakat mereka. Dengan 7 hari cuti awam seluruh negara, masyarakat China mengadakan dua sambutan tahun baru dan tahun baru Cina.

Selain itu mereka menyambut hari Ching Ming di mana pada setiap 4 atau 5 April, masyarakat China akan memperingati orang tua mereka mereka menerusi upacara membawa barang-barang ke kubur nenek moyang bagi memperingati mereka dan membersihkan kawasan kubur.

Selain itu, masyarakat China juga mengadakan perlumbaan Bot Naga bagi memperingati upacara Festival Duanwu atau Dragon Boat Festival yang tarikhnya bergantung kepada kalendar orang Cina.

5. Thailand (16 Hari Setahun)

Thailand

Thailand menitik beratkan sambutan untuk masyarakat Buddha dalam kalendar cuti mereka.

Masyarakat Thailand memulakan tahun baru mereka dengan menyambut tahun baru, kemudian menghormati sambutan Magha Puja yang diraikan penganut Buddha apabila bulan penuh yang menitik beratkan seseorang itu mengelakkan diri daripada perkara buruk.

Setiap 6 April, Thailand akan menyambut hari Chakri yang sejarahnya berpunca daripada pembentukan Dinasti Chakri dan penubuhan kota Bangkok.

Selain itu sambutan paling besar di Thailand adalah hari festival Songkran di mana kebanyakan keluarga akan berkumpul, hari Wesak, hari Dhamma yang meraikan permulaan agama Buddha dan dua hari memperingati kematian Raja Thailand Bhumibol Adulyadej yang baru meninggal pada 2016 dan Raja Chulalongkorn pada tahun 1910.

Di mana Malaysia?

Mengikut rekod rasmi setakat ini Malaysia mempunyai 15 hari cuti umum setiap tahun, tidak termasuk dengan cuti-cuti peristiwa yang boleh muncul tiba-tiba contohnya seperti meraikan kemenangan Sukan SEA.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 20 Negara Dengan Pekerja Paling Gembira Di Dunia

sumber: iluminasi

9 Rahsia 19 Tahun Filem Kuch Kuch Hota Hai

9 Rahsia 19 Tahun Filem Kuch Kuch Hota Hai

Pada 16 Oktober yang baru berlalu, genaplah usia 19 tahun filem Kuch Kuch Hota Hai arahan sulung Karan Johar ditayangkan. Masih berbisa malah makin segar hingga kini!

Kuch Kuch Hota Hai

Siapa yang boleh lupa kisah cinta tiga segi antara Rahul lakonan Shah Rukh Khan, Tina (Rani Mukherjee) dan Anjali (Kajol) yang diadun dengan pelbagai sinematografi indah, babak-babak ikonik dan lagu-lagu merdu.

Sempena sambutan ke-19 tahun Kuch Kuch Hota Hai, kami senaraikan 9 rahsia yang dipendam sejak pembikinan filem itu.

1. Watak Tina lakonan Rani Mukherjee asalnya diwujudkan untuk Twinkle Khanna. Nama Tina itu sendiri merupakan panggilan manja Twinkle.

2. Watak Aman lakonan Salman Khan pula sebenarnya ditawarkan kepada Saif Ali Khan namun pelakon itu menolak. Salman menawarkan diri kepada Karan Johar dan berjaya mendapatkan peranan tersebut.

3. Idea asal filem itu adalah cinta antara gadis cantik, tomboy dan jejaka poyo namun ditolak. Muncul pula idea kedua tentang kehidupan seorang balu membesarkan anak, juga telah ditolak. Hingga akhirnya, kedua-dua idea itu digabungkan menjadi Kuch Kuch Hota Hai yang kita tonton sekarang.

4. Seluruh kru produksi menangis ketika penggambaran babak pertemuan semula Rahul dan Anjali.

5. Rani Mukherjee berusia 19 tahun ketika membintangi Kuch Kuch Hota Hai.

6. Shah Rukh Khan dan Kajol sudah berjanji dengan Karan Johar (pengarah) untuk membintangi filem itu ketika penggambaran Dilwale Dulhaniya Le Jayenge. Karan hanya menjadi penolong pengarah ketika itu.

7. Kajol pernah tersembam ketika menaiki basikal untuk penggambaran lagu Yeh Ladka Hai Deewana.

8. Watak kanak-kanak lelaki Sikh sangat rapat dengan Shah Rukh Khan kerana imejnya direka sendiri oleh anak kandung SRK, Aryan yang datang ke set penggambaran.

9. Shah Rukh Khan memberitahu, babak dia membaling bola keranjang secara membelakangi dan memasuki jaring satu insiden tidak disengajakan. Saya sendiri pun terkejut, katanya.

Jadi, jika anda baru dilahirkan ketika filem ini muncul, bolehlah tonton lepas ni. Tangkap leleh weii..

BACA INI JUGA: Lagak Menjengkelkan Bintang-bintang Tersohor Bollywood

sumber: astroawani

Alpha Capsule Herba Istimewa Tingkatkan Nafsu Lelaki!

Alpha Capsule Herba Istimewa Tingkatkan Nafsu Lelaki!

Seiring usia yang semakin meningkat, begitulah juga dengan kekuatan seksual seorang lelaki yang semakin menurun apabila tiba saatnya melakukan hubungan seks dengan isteri.

Alpha Capsule

Keinginan tetap membara tetapi zakar tidak lagi tegang seperti dulu, malah adakalanya belum habis mendayung sudah lembik.

Kurang testosterone antara punca lemah tenaga batin

M-Prolabs Alpha Capsule adalah herba istimewa untuk lelaki bagi meningkatkan kandungan hormon testosterone, meningkatkan libido nafsu, memperbaiki fungsi seksual suami dan memaksimakan pertumbuhan otot tubuh juga meningkatkan stamina lelaki terutamanya ketika diranjang.

BACA: Kurang Hormon Testosterone Punca Lelaki Mati Pucuk

Alpha Capsule amat sesuai untuk semua lelaki yang sentiasa ingin semula stamina yang tinggi, fungsi seksual yang sentiasa hebat, tubuh dan otot berketak-ketak,
dipandang macho, gagah dan perkasa.

M Prolabs Alpha Capsule merupakan inovasi produk herba hebat yang menjadi Rahsia 'Keremajaan' Lelaki Masa Kini.

M Prolabs Alpha Capsule dihasilkan secara makmal dengan piawaian kawalan yang tinggi. Berasaskan herba 100% dan bebas bahan kimia serta dijamin selamat tanpa sebarang kesan sampingan.

Produk M Prolabs Alpha Capsule merupakan herba asli dan tulen serta bebas dari Steroid.
  • Dijamin Tiada Bahan Terlarang atau Dadah.
  • Dijamin Tiada Bahan Kimia Merbahaya.
  • Dijamin Hanya Mengandungi Ekstrak Dari Tumbuhan.
  • Sah Dan Lulus KKM dan Halal JAKIM.

Kebaikan Dan Khasiat M Prolabs Alpha Capsule
  • Menambah Nafsu Seks.
  • Melambatkan Pancutan Pra-Matang.
  • Menambah Isipadu Air Mani.
  • Hubungan Seks Yang Lebih “Tahan Lama”.
  • Membantu Zakar Tegang Serta Keras Sepenuhnya.
  • Sentiasa Bernafsu Untuk Hubungan Seks.
  • M-Prolabs Alpha Juga Membantu Membesarkan Otot.

3 Kandungan Herba Terhebat M-Prolabs Alpha Capsule

1. Eurycoma Longifolia (Tongkat Ali)

Berasal dari keluarga Simaroubaceae & digunakan secara tradisional oleh orang Melayu di Malaysia sejak dahulu lagi

Hasil kajian juga mendapati bahawa tongkat ali mempunyai sebatian aktif anti malaria dan anti kanser.

British Journal of Sports Medicine pernah menerbitkan keputusan kajian saintifik pada 2003, yang menunjukkan Eurycoma longifolia mengakibatkan peningkatan saiz dan kuasa otot berbanding placebo.

Atlet dan ahli bina badan kini menggunakan produk Tongkat Ali dengan harapan ia akan bertindak sebagai penguat testosterone, bagi meningkatkan saiz otot dan prestasi tanpa kesan sampingan.

Ia digunakan secara tradisional sebagai agen penggalak seks (Apphrodiasiac) dan untuk meningkatkan kesihatan badan

Kajian mendapati wujud sebatian aktif seperti Eurikomanon, Eurikomalakton dan Eurikomanol (qussinoids) yang banyak di dalam akar Tongkat Ali

Sebatian ini telah dikenal pasti berkeupayaan untuk meningkatkan penghasilan Hormon Testosterone (Androgenic) yang diperlukan dalam fungsi kelelakian

Alpha Capsule Herba Istimewa Tingkatkan Nafsu Lelaki!

2. Smilax Myosotiflora (Ubi Jaga)

Ubi jaga merupakan sejenis herba memanjat yang mempunyai batang yang mudah lentur tetapi kuat dan berwarna hijau gelap.

Sejenis herba dari keluarga Smilacaceae yang kini semakin popular dan telah ditanam secara komersil.

Ia boleh ditemui di Thailand, Pulau Jawa Indonesia dan Semenanjung Malaysia.

Di Malaysia, kegunaan utama ubi jaga ialah sebagai afrodisiak iaitu untuk merangsang seks.

Oleh kerana khasiatnya sama seperti Tongkat Ali, Ubi Jaga diakui dapat meningkatkan hormon Testosterone lelaki.

Daun dan buahnya boleh digunakan sebagai penawar penyakit Siflis dan demam.

Ubi Jaga juga dapat membantu pengedaran darah dalam badan serta meningkatkan hormon Testosterone lelaki.

3. Swietenia Macrophylla (Buah Tunjuk Langit)

Tumbuhan liar yang berasal dari jenis pokok Meliaceae dan tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang bersuhu kering dan lembap.

Mendapat perhatian di mata dunia sejak kebelakangan ini setelah banyak kajian bioteknologi yang dijalankan menemui pelbagai kebaikan dan khasiat semulajadi yang boleh dijadikan penawar bagi membantu dan meningkatkan sistem peredaran darah di dalam tubuh.

Buah Tunjuk Langit juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi, disahkan melalui kajian saintifik oleh ahli Biokimia Amerika, Dr Larry Brookes (1996) dan diiktiraf sebagai salah satu makanan kesihatan terbaik.

Mengandungi pelbagai nutrisi semulajadi yang dapat mengekalkan tahap kesihatan dan meningkatkan tenaga keseluruhan seperti protein, mineral, pelbagai vitamin dan karbohidrat.

Buah Tunjuk Langit dikatakan anti-penuaan, merangsang tenaga, membina semula tisu, mengaktifkan sel-sel, menguatkan perut, jantung, paru-paru dan limpa, menambah darah dan menguatkan arteri, mengawal gula darah serta mengembalikan kesihatan jantung.

Telah terbukti dan diakui dapat membantu pesakit berkaitan darah seperti kencing manis, darah tinggi dan migrain.

Terdapat tiga bahan aktif utama iaitu Flavonoids, Saponins dan Bitter Alkaloid, di mana kandungannya 10 kali ganda lebih tinggi dari Tongkat Ali, yang sangat berkesan untuk merawat masalah berkaitan Tenaga Batin Lelaki, Mati Pucuk, Ejakulasi Pramatang dan ransangan seksual

M-Prolabs Alpha Capsule Selamat Di Makan

M-Prolabs Alpha Capsule telah melalui pelbagai peringkat saringan di makmal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memastikan produk ini betul-betul selamat untuk digunakan.

Cara Pengambilan M-Prolabs Alpha Capsule
  • Ambil 2 kapsul sehari.
  • 1 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul pada waktu malam selepas makan.
  • Boleh juga ambil 2 kapsul pada waktu pagi selepas makan

SOALAN LAZIM FAQ Dan PANTANG LARANG M-PROLABS ALPHA CAPSULE

Alpha Capsule

Apa Itu Alpha Capsule?

Alpha Capsule adalah sejenis TESTOSTERONE BOOSTER yang dibuat daripada 100% adunan akar-akar kayu serta herba terpilih melalui kajian saintifik oleh M-PROLABS US RESEARCH.

Siapa Yang Patut Menggunakannya?

Sesiapa sahaja yang berumur 21 tahun ke atas yang ingin memastikan tahap kesihatan dan kecerdasan diri mereka berada di tahap optimum sepanjang masa. (Aktiviti sukan diceburi, kesihatan tenaga batin dan tahap imunisasi).

Saya Mempunyai Supplement Lain, Bolehkah Saya Mengambilnya Pada Waktu Yang Sama?

Boleh, kerana seperti kami nyatakan diatas, Alpha Capsule diperbuat daripada adunan akar kayu dan herba.

Adakah Pesakit Kardiovaskular boleh menggunakan Alpha Capsule?

Ya, kerana Alpha Capsule dicipta khas untuk mengurangkan tahap kandungan gula dalam darah, melancarkan perjalanan darah dan memberi laluan kepada adunan herba terpilih beserta adunan TONGKAT ALI bagi memulihkan tenaga kelakian atau memastikan tenaga kelakian individu itu sendiri di tahap yang optimum atau memberansangkan.

Apakah Kesan Sampingan Menggunakan Alpha Capsule?

Tiada, kerana ia diperbuat daripada 100% adunan herba akar kayu.

Berapa Lamakah Masa Yang Diambil Untuk Menampakkan Kesan Positif?

Setelah membuat ujian klinik terbukti bahawa individu yang menggunakan produk ini akan dapat merasai perbezaan dalam masa 2 minggu sahaja dan purata daripada mereka dapat meningkatkan tahap ‘TESTOSTERONE LEVEL’ sendiri sehingga 400% dalam masa 2 minggu sahaja

Saya Kurang Faham Apa Kelebihannya Mempunyai ‘Testosterone Level’ Yang Tinggi?

Untuk lelaki, tahap testosterone yang optimum memainkan peranan yang penting dalam pembangunan tisu pembiakan seperti testis dan prostat, serta ia dapat menjaga kesihatan libido, meningkatkan pembinaan otot yang kuat dan kesihatan/kekuatan tulang.

Bagaimana Saya Dapat Memastikan Produk Ini Betul-Betul Berfungsi Seperti Yang Dikatakan?

Individu boleh mendapatkan ‘TESTOSTERONE LEVEL CHECK’ di mana-mana klinik sebelum menggunakan produk ini dan datang kembali untuk membuat pemeriksaan selepas 2 minggu, ataupun selepas sebulan menggunakan produk ini. Kami yakin keputusannya pasti berbeza.

Pada Masa Manakah Paling Sesuai Untuk Mengambilnya?

Pagi selepas sarapan dan malam sebelum tidur atau selepas makan malam. (Pastikan mengalas sedikit perut dengan makanan dan meminum air kosong sebanyak mungkin di dalam aktiviti seharian).

Saya Mempunyai Masalah Tenaga Batin Yang Serius, Dapatkah Produk Ini Membantu?

Insya-Allah! Kerana ada individu yang mempunyai masalah ereksi libido selama bertahun-tahun terkejut kerana ‘senjata’ mereka kembali bangun beraksi setelah memakan produk ini hanya dalam beberapa minggu.

Saya Sekarang Menceburi Sukan Bina Badan, Apakah Kesan Yang Saya Dapat Lihat Setelah Mencuba Produk Ini?

Setelah 2-3 minggu, individu akan dapat merasa tahap kecerdasan dari segi mental dan fizikalnya meningkat, dapat melihat perubahan dalam Quality Muscle Gaining dan Muscle Toning daripada sebelum dan selepas menggunakannya

Apakah Perbezaan Antara ‘Suntikan Hormon’ Dengan Alpha Capsule?

Suntikan hormon ataupun ‘Testosterone Injection’ adalah suntikan hormon sintetik, dan apabila ianya berlebihan, kilang testosterone dalam tubuh kita akan perlahan-lahan menghentikan ‘Natural Production’ kerana hadirnya testosterone luar.

Berbeza dengan Alpha Capsule pula, ia dicipta khas untuk membantu ‘Kilang Testosterone’ menghasilkan ‘Natural Production’ di tahap optimum setiap masa.

Disclaimer: The results can be vary between people and there’s no permanent result for this customers

BERAPA HARGA M-PROLABS ALPHA CAPSULE ORIGINAL?

Dapatkan Harga Alpha Capsule Original Paling Murah Di Pasaran SEKARANG Sebelum Harga Di Naikkan!!

RM179 Satu
RM349 Dua
RM519 Tiga

Tambang Poslaju Percuma!

CARA MEMBUAT PESANAN

Berikut adalah langkah mudah yang perlu ANDA ikuti untuk membeli produk dari blog ini. Pilih produk yang ingin dibeli dan jumlahkan harganya.

ANDA hanya perlu SMS kan semua sekali dalam satu SMS (mencukupi) untuk memesan produk.

Langkah 1
  • Bank In @ Deposit jumlah amaun ke akaun bank di bawah;

Nama Akaun: Hamidi Hussin
1100-9608-5743

Langkah 2
  • Simpan slip@bukti pembayaran sehingga ANDA menerima produk yang di pesan.

Setelah membuat pembayaran mengikut harga yang telah ditetapkan, anda perlulah membuat pengesahan pembayaran melalui Whatsapp atau SMS:-
  • Nama penuh
  • Alamat lengkap
  • Nama produk
  • Jumlah produk
  • Jumlah bayaran
  • Nama Bank
  • Hari dan masa pembayaran

Hantar ke: 011 3150 7324 atau klik http://www.wasap.my/601131507324/alphacapsule

Nota: Jika bayaran dibuat menggunakan internet banking, sila masukkan;
  • Recipient email: sentiasapanas@gmail.com
  • Recipient reference: Nama Anda
  • Other payment details: No.Tel Anda

Ini untuk memudahkan kami mengesan bayaran tempahan yang dibuat.

PENGHANTARAN MENGGUNAKAN POSLAJU MALAYSIA
  • 1-3 hari bekerja untuk Semenanjung Malaysia
  • 3-5 hari bekerja untuk Sabah & Sarawak
(Bergantung Kepada Poskod Kawasan & Zon Serahan Pos Malaysia)

Bungkusan rahsia

Bungkusan pesanan adalah RAHSIA & SULIT. Tiada sebarang label produk. Privasi ANDA keutamaan kami.

LIHAT SENARAI PRODUK SEKSUAL ANDA di; Produk Dewasa Suami Isteri

-SENTIASAPANAS.COM

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (19 Oktober)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (19 Oktober)

Tanggal 19 Oktober merupakan hari ke 292 (hari ke 293 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 73 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Streptomisin
Streptomisin.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Perlembagaan di Niue (1974) dan Hari Ibu Teresa di Albania.

Peristiwa

202 SM - Prokonsul Scipio Africanus dari Republik Rom menewaskan Hannibal dan orang Carthage dalam Pertempuran Zama, mengakhiri Perang Punic Kedua.

1469 - Fernando II dari Aragón mengahwini Isabel I dari Castilla, membuka jalan ke arah penyatuan Aragon dan Castilla menjadi Sepanyol.

1781 - Perang Revolusi Amerika: Tentera British pimpinan Lord Charles Cornwallis secara rasminya menyerah kepada tentera Perancis-Amerika Syarikat pimpinan George Washington, menamatkan Pengepungan Yorktown.

1943 - Antibiotik pertama untuk batuk kering, Streptomisin, diasingkan oleh penyelidik di Universiti Rutgers, New Jersey.

1987 - Indeks Perindustrian Dow Jones jatuh 22.6% pada Isnin Hitam, ketika itu kemerosotan satu-hari terbesar dalam sejarah pasaran saham.

2010 - Kerajaan India mengeluarkan satu laporan berkenaan serangan Mumbai 2008, merumuskan bahawa Lashkar-e-Taiba mendapat sokongan agensi risikan Pakistan.

Kelahiran

1909 - Muhammad Ali Bogra, Perdana Menteri Pakistan ke-3.

Kematian

1961 - Sergio Osmena, Presiden Filipina ke-4.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (18 Oktober)

sumber: wikipedia