Thursday, October 19, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (19 Oktober)


Tanggal 19 Oktober merupakan hari ke 292 (hari ke 293 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 73 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Streptomisin
Streptomisin.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Perlembagaan di Niue (1974) dan Hari Ibu Teresa di Albania.

Peristiwa

202 SM - Prokonsul Scipio Africanus dari Republik Rom menewaskan Hannibal dan orang Carthage dalam Pertempuran Zama, mengakhiri Perang Punic Kedua.

1469 - Fernando II dari AragĆ³n mengahwini Isabel I dari Castilla, membuka jalan ke arah penyatuan Aragon dan Castilla menjadi Sepanyol.

1781 - Perang Revolusi Amerika: Tentera British pimpinan Lord Charles Cornwallis secara rasminya menyerah kepada tentera Perancis-Amerika Syarikat pimpinan George Washington, menamatkan Pengepungan Yorktown.

1943 - Antibiotik pertama untuk batuk kering, Streptomisin, diasingkan oleh penyelidik di Universiti Rutgers, New Jersey.

1987 - Indeks Perindustrian Dow Jones jatuh 22.6% pada Isnin Hitam, ketika itu kemerosotan satu-hari terbesar dalam sejarah pasaran saham.

2010 - Kerajaan India mengeluarkan satu laporan berkenaan serangan Mumbai 2008, merumuskan bahawa Lashkar-e-Taiba mendapat sokongan agensi risikan Pakistan.

Kelahiran

1909 - Muhammad Ali Bogra, Perdana Menteri Pakistan ke-3.

Kematian

1961 - Sergio Osmena, Presiden Filipina ke-4.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (18 Oktober)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon