Thursday, October 19, 2017

9 Rahsia 19 Tahun Filem Kuch Kuch Hota Hai

Loading...

Pada 16 Oktober yang baru berlalu, genaplah usia 19 tahun filem Kuch Kuch Hota Hai arahan sulung Karan Johar ditayangkan. Masih berbisa malah makin segar hingga kini!

Kuch Kuch Hota Hai

Siapa yang boleh lupa kisah cinta tiga segi antara Rahul lakonan Shah Rukh Khan, Tina (Rani Mukherjee) dan Anjali (Kajol) yang diadun dengan pelbagai sinematografi indah, babak-babak ikonik dan lagu-lagu merdu.

Sempena sambutan ke-19 tahun Kuch Kuch Hota Hai, kami senaraikan 9 rahsia yang dipendam sejak pembikinan filem itu.

1. Watak Tina lakonan Rani Mukherjee asalnya diwujudkan untuk Twinkle Khanna. Nama Tina itu sendiri merupakan panggilan manja Twinkle.

2. Watak Aman lakonan Salman Khan pula sebenarnya ditawarkan kepada Saif Ali Khan namun pelakon itu menolak. Salman menawarkan diri kepada Karan Johar dan berjaya mendapatkan peranan tersebut.

3. Idea asal filem itu adalah cinta antara gadis cantik, tomboy dan jejaka poyo namun ditolak. Muncul pula idea kedua tentang kehidupan seorang balu membesarkan anak, juga telah ditolak. Hingga akhirnya, kedua-dua idea itu digabungkan menjadi Kuch Kuch Hota Hai yang kita tonton sekarang.

4. Seluruh kru produksi menangis ketika penggambaran babak pertemuan semula Rahul dan Anjali.

5. Rani Mukherjee berusia 19 tahun ketika membintangi Kuch Kuch Hota Hai.

6. Shah Rukh Khan dan Kajol sudah berjanji dengan Karan Johar (pengarah) untuk membintangi filem itu ketika penggambaran Dilwale Dulhaniya Le Jayenge. Karan hanya menjadi penolong pengarah ketika itu.

7. Kajol pernah tersembam ketika menaiki basikal untuk penggambaran lagu Yeh Ladka Hai Deewana.

8. Watak kanak-kanak lelaki Sikh sangat rapat dengan Shah Rukh Khan kerana imejnya direka sendiri oleh anak kandung SRK, Aryan yang datang ke set penggambaran.

9. Shah Rukh Khan memberitahu, babak dia membaling bola keranjang secara membelakangi dan memasuki jaring satu insiden tidak disengajakan. Saya sendiri pun terkejut, katanya.

Jadi, jika anda baru dilahirkan ketika filem ini muncul, bolehlah tonton lepas ni. Tangkap leleh weii..

BACA INI JUGA: Lagak Menjengkelkan Bintang-bintang Tersohor Bollywood

sumber: astroawani

3 comments

filem ini merupakan filem india yg saya suka

Yang sangat terkesan dari filem ini adalah muzik nya terutama lagu yang sangat melodious kuch kuch hota hai.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon