Tuesday, October 17, 2017

Warga London Gempar Seketika Langit Bertukar Kuning Disangkakan Kiamat!

Warga London Gempar Seketika Langit Bertukar Kuning Disangkakan Kiamat!

Langit di kota London berubah menjadi warna kekuningan pada Isnin (16/7/2017) kesan daripada ribut Ophelia yang membawa debu dari Sahara dan asap dari kebakaran di selatan Eropah sebelum terkena selaran sinaran cahaya matahari.

Langit London Kuning

Fenomena langit kuning tersebut bagaimanapun mengejutkan ramai penduduk London dimana ramai mengambil kesempatan berkongsi gambar dan pengalaman demikian di media sosial.

‘Apabila ribut Ophelia muncul dari Azores, ribut tersebut telah membawa sekali debu Sahara dari Afrika Utara serta debu dari kebakaran di Sepanyol dan Portugal,’ kata jurucakap Jabatan Meteorologi Britain.

‘Warna kekuningan ini berpunca dari debu yang bercampur dengan sinaran matahari menjadikan matahari berubah menjadi lebih merah,’ katanya.

Langit London Kuning

Kejadian itu menyebabkan netizen memberi reaksi terkejut termasuk menyangka dunia sudah di akhir zaman atau menghampiri kiamat.

Meskipun tidak membawa musibah besar, Ireland dilaporkan mencatatkan dua kematian yang dikaitkan dengan fenomena itu yang dianggap antara kejadian ribut paling buruk abad ini.

BACA INI JUGA: Misteri Penemuan Trompet Hari Kiamat!

sumber: astroawani

Sekolah Terbijak Britain Miliki 10 Pelajar IQ Lebih 140

Sekolah Terbijak Britain Miliki 10 Pelajar IQ Lebih 140

Kebanyakan sekolah akan cukup gembira jika mempunyai walau seorang pelajar yang pintar dan genius tetapi bagi sekolah ini, St. Bede’s Catholic College, disifatkan sebagai sekolah paling cerdik di Britain.

Isabel Romero dan Molly Dolan

Ini kerana ia mempunyai 10 pelajar yang mempunyai IQ yang tinggi hingga mereka secara rasmi dinobatkan sebagai genius.

Malah, dua pelajarnya iaitu Isabel Romero dan Molly Dolan mempunyai 1Q 161, melebihi Albert Einstein dan Stephen Hawking.

Susulan itu, Mensa telah menawarkan kepada 10 pelajar ini untuk menjadi sebahagian daripada pertubuhan itu.

Dalam pada itu, Isabel, 14, yang memperolehi IQ 161 berkata, dia sangat gembira bila ditawarkan untuk menganggotai Mensa.

“Apabila saya menerima keputusan ujian IQ itu, saya sangat terkejut dan amat gembira,’’ katanya.

BACA INI JUGA: Kajian Mendapati Anak Sulung Lebih Bijak dan Berjaya!

sumber: mynewshub

Video Vladimir Putin Tak Mampu Tahan Gelak Menteri Cadang Eksport Daging Babi Ke Indonesia

Video Vladimir Putin Tak Mampu Tahan Gelak Menteri Cadang Eksport Daging Babi Ke Indonesia

Presiden Rusia, Vladimir Putin tidak mampu menahan diri dari ketawa selepas Menteri Pertaniannya, Alexander Tkachev mencadangkan agar daging babi dieksport ke negara Indonesia untuk meningkatkan pendapatan negara itu.

Vladimir Putin gelak

Cadangan dibuat sewaktu berlangsungnya mesyuarat kabinet dan rakaman perbualan mereka sempat dirakam dan pantas tular di media sosial.

Menurut laporan portal berita Al-Arabiya, hal tersebut berlaku apabila Tkachev mencadangkan untuk meningkatkan industri eksport daging babi dengan menjadikan negara Jerman sebagai contoh di mana daging bagi telah dieksport ke beberapa negara seperti China, Jepun dan Indonesia.

Vladimir Putin yang pada mulanya tersenyum dan menjelaskan Indonesia merupakan negara Islam, di mana penduduknya rata-rata tidak memakan babi

"Tetapi jika kita eksport, rakyat Indonesia akhirnya akan makan babi", Tkacev mencelah, menyangkal kata-kata Vladimir Putin.

Namun, Vladimir Putin berkata, ‘Tidak, mereka tidak makan babi’ lalu beliau menekup muka dengan kedua belah tangannya akibat tidak mampu menahan ketawa.

Video berdurasi selama 36 saat itu menimbulkan perbagai reaksi dari kalangan netizen.

Antaranya adalah ‘Anda tidak dapat menyelindungi perasaan kemanusiaan Encik Putin’.

BACA INI JUGA: Rusia Lancar Kapal Selam Paling Hebat Dan Tercanggih Di Dunia!


sumber: astroawani

Karnival Usahawan Desa (KUD)

Karnival Usahawan Desa (KUD)

Apa itu KUD? Karnival Usahawan Desa (KUD) merupakan projek di bawah program pemasaran untuk mempromosi dan memperluaskan akses pasaran yang akan dapat memartabatkan produk dan perkhidmatan luar bandar melalui gabungan pelbagai strategi pemasaran dalam satu program.

KUD

KUD memberi tumpuan utama terhadap aktiviti-aktiviti mencipta peluang pasaran seperti pemadanan perniagaan, mempelbagaikan jaringan perniagaan di samping meningkatkan semangat daya saing di antara usahawan melalui prinsip promosi, produk, penempatan dan penetapan harga berteraskan konsep pemasaran 4P (Kotler’s Marketing Mix).

Ia akan dapat mencipta peluang untuk produk dan perkhidmatan luar bandar meneroka potensi pasaran.

Pelaksanaan KUD

Pelaksanaan KUD akan dapat meluaskan akses pasaran dan meningkatkan peluang pemasaran produk dan perkhidmatan luar bandar.

Objektif KUD

KUD dirancang dan dilaksanakan adalah bagi:
  • Mempromosi dan memperluaskan akses pasaran serta memartabatkan produk dan perkhidmatan luar bandar.
  • Meneroka dan meluaskan peluang pasaran baru dan lebih besar dengan pengurusan pemasaran secara sistematik.
  • Meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran produk dan perkhidmatan luar bandar.

Inisiatif Baru Pemasaran Produk Dan Perkhidmatan Luar Bandar

KUD 2017 memberi tumpuan khusus kepada aspek pemasaran bagi meningkatkan daya saing usahawan luar bandar melalui pelaksanaan insiatif-insiaitif baru seperti berikut:
  • Mempromosikan iconic product luar bandar – sebagai simbol produk yang berdaya maju dan boleh diperluaskan di kawasan luar bandar;
  • Memperkenalkan produk atau stock keeping unit (SKU) baru. KUD menyasarkan untuk memperkenalkan produk atau SKU baru luar bandar yang merupakan inisiatif untuk menggalakkan budaya berdaya saing serta inovasi dalam pembangunan produk.
  • Memperkenalkan street marketing sebagai strategi pemasaran yang praktikal terutamanya bagi usawahan-usahawan perusahaan kecil dan sederhana.
  • Mengenengahkan cooperative movement dalam pembangunan ekonomi komuniti. Sehingga kini sebanyak 57 koperasi di bawah program Desa Lestari telah menjadi entiti perniagaan sebagai enabler kepada gerakan ekonomi berkomuniti.
  • Melibatkan seramai 700 usahawan mikro dan PKS yang menjalankan perniagaan dan perusahaan daripada pelbagai kategori seperti makanan dan minuman, produk berasaskan pertanian dan penternakan, kraftangan dan seni halus, kesihatan dan kecantikan, produk organik, pelancongan, perkhidmatan perladangan dan peruncitan.

Sasaran KUD

Dengan pelaksanaan program dan aktiviti di atas, KUD dijangka akan dapat membawa pulangan dalam bentuk nilai kewangan dan juga peningkatan perniagaan usahawan luar bandar berbanding pelaksanaan KUD seperti berikut:
  • Peningkatan hasil jualan sehingga 50%.
  • Peningkatan nilai tempahan sehingga 70%.
  • Pertambahan bilangan usahawan luar bandar sehingga 20%.
  • Peningkatan jaringan perniagaan sehingga 40%.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: SiteGiant Platform e-Commerce (e-Dagang) Pilihan Terbaik Usahawan Online

sumber: kud

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (17 Oktober)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (17 Oktober)

Tanggal 17 Oktober merupakan hari ke 290 (hari ke 291 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 75 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Angelina Jolie

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa dan Hari Dessalines di Haiti (1806).

Peristiwa

1346 - Perang Seratus Tahun: Raja David II dari Scotland ditawan tentera England dalam Pertempuran Neville's Cross.

1448 - Perang Uthmaniyyah di Eropah: Tentera Hungary pimpinan John Hunyadi mula bertempur dengan tentera Uthmaniyyah pimpinan Sultan Murad II.

1604 - Ahli astronomi Jerman Johannes Kepler melihat suatu bintang yang luar biasa terang muncul secara tiba-tiba di buruj Ophiuchus.

1662 - Raja Charles II dari England menjual Dunkerque kepada Perancis dengan harga £40,000.

1860 - The Open Championship, kejohanan utama tertua dalam golf lelaki, dimainkan buat pertama kali di Prestwick, South Ayrshire, Scotland.

1973 - OAPEC memulakan sekatan minyak terhadap beberapa negara barat yang dipercayai membantu Israel dalam Perang Yom Kippur.

1989 - Gempa bumi 6.9 Mw melanda Kawasan Teluk San Francisco, California, membunuh 63 orang dan mencederakan 3,757 yang lain.

2003 - Kemuncak pencakar langit 106-tingkat Taipei 101 dipasang, membolehkannya menjadi bangunan tertinggi di dunia mengatasi Menara Berkembar Petronas (hingga 2007).

2009 - Jenson Button dan Brawn GP memenangi Kejohanan Formula Satu musim 2009‎.

2012 - Penemuan planet bersaiz Bumi, Alpha Centauri Bb, di sistem najam terdekat dengan Bumi, Alpha Centauri diumumkan.

2016 - Sekumpulan pelombong menjumpai batu jed gergasi seberat 175 tan memiliki ukuran setinggi 2.75 meter dan masing masing 5.5 meter lebar serta panjang yang dianggarkan bernilai RM 718 juta di sebuah lombong terpencil di Kachin, Myanmar.

Kelahiran

1972 - Eminem, seorang penyanyi rap, penerbit rakaman, penulis lirik dan pelakon Amerika Syarikat

1975 - Pelakon terkenal Angelina Jolie dilahirkan di Amerika Syarikat.

Kematian

1976 - Raja Tun Uda Al-Haj bin Raja Muhammad, seorang Menteri Besar Selangor ke-2.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (16 Oktober)

sumber: wikipedia

Sambutan Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa

Sambutan Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa

Sambutan Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa, International Day for the Eradication of Poverty disambut pada 17 Oktober setiap tahun bagi menghormati mangsa kemiskinan, kelaparan, keganasan dan ketakutan diseluruh dunia.

Hari Pembasmian Kemiskinan

Sambutan pertama Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa berlangsung di Paris, Perancis, pada tahun 1987 apabila 100,000 orang berkumpul di tugu Hak Asasi Manusia, Trocadéro untuk menghormati mangsa kemiskinan, kelaparan, keganasan dan ketakutan ketika pembukaan batu peringatan oleh Father Joseph Wresinski, pengasas Pergerakan Antarabangsa ATD Keempat Dunia.

Pada tahun 1992, empat tahun selepas kematian Wresinski, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu secara rasminya menetapkan 17 Oktober sebagai Hari Antarabangsa untuk Pembasmian Kemiskinan.

Di mana sahaja lelaki dan wanita dikecam kerana hidup dalam kemiskinan yang melampau, hak asasi manusia dilanggar. Bersama-sama untuk memastikan hak-hak ini dihormati adalah tanggungjawab kita. - Joseph Wresinski, Teks diukir pada Batu Peringatan Asal di Paris

Pada peringkat awal sebagai aktivis masyarakat, Joseph Wresinski mengakui bahawa kerajaan cenderung untuk mengabaikan nasib mereka yang hidup dalam kemiskinan, yang menyebabkan perasaan dipinggirkan, rasa malu dan penghinaan.

Akibatnya, salah satu matlamat utama hari ini adalah untuk mengenali pejuang orang miskin dan membuat suara mereka didengar oleh rakyat dan rakyat biasa.

Penyertaan oleh orang termiskin adalah aspek paling penting dalam sambutan ini.

Selamat menyambut Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM