Monday, October 16, 2017

Gambar Perkahwinan Tony Fernandes Bersama Isteri Warga Korea

Gambar Perkahwinan Tony Fernandes Bersama Isteri Warga Korea

Viral di media sosial gambar perkahwinan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dengan wanita pilihannya, warga Korea, Chloe.

Tony Fernandes dan Chloe

Majlis perkahwinan Tony Fernandes yang hanya dihadiri keluarga dan teman rapat itu dilaporkan telah diadakan di Cote d’Azur, Perancis.

Pasangan itu dikatakan mula rapat lebih dua tahun sebelum mendirikan rumah tangga.

Tony Fernandes dilihat memakai suit tiga lapis dan pasangannya pula kelihatan bagaikan bidadari dengan gaun berwarna putih.

Bagaimanapun, tidak banyak yang diketahui tentang Chloe, yang berusia 20-an itu.

Sumber terdekat syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berkenaan perkahwinan berkenaan.

Antara tetamu VVIP yang menghadiri majlis itu ialah Pengerusi AirAsia dan Ketua Eksekutif Tune Group, Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak dan bekas menteri perdagangan dan industri antarabangsa, Tan Sri Rafidah Aziz.

Semoga pasangan ini bahagian sehingga ke akhir hayat.

BACA INI JUGA: 10 Pramugari AirAsia Malaysia Paling Cantik

sumber: astroawani

Bahaya #PassOutChallenge, Permainan Yang Mampu Membunuh Dalam Tempoh 7 Saat!

Bahaya #PassOutChallenge, Permainan Yang Mampu Membunuh Dalam Tempoh 7 Saat!

Ketika ini tular sebuah video tentang ‘permainan’ pelajar-pelajar di asrama yang dipanggil #PassOutChallenge atau menekan dada dan 'mati selama lima saat'.

#PassOutChallenge

Permainan gila 'Pass Out Challenge' ini dikatakan berasal daripada media sosial dan semakin popular di Malaysia selepas mencetuskan kebimbangan di kalangan ibu bapa di Indonesia sejak awal tahun 2017 ini.

Kegilaan terkini 'Pass Out Challenge' golongan remaja itu telah dikritik hebat oleh pengguna laman sosial dan meminta warden asrama memantau aktiviti anak-anak di asrama.

Menerusi sebuah video berdurasi 25 saat yang tular, menunjukkan seorang remaja lelaki dipercayai pelajar sekolah menengah sedang melakukan aksi 'Pass Out Challenge' dengan menekan dada rakan sebayanya yang berdiri dan bersandar dinding.

Seorang lagi remaja lelaki lain kemudian turut menolak belakang badan rakannya bagi memberi kesan tolakan lebih kuat pada dada remaja yang sedang bersandar.

Selepas beberapa saat aksi 'Pass Out Challenge', remaja yang bersandar itu tiba-tiba rebah menyebabkan dua rakannya itu panik seketika sebelum ketiga-tiganya ketawa apabila remaja pertama tersedar.

Sementara itu, menerusi laporan Harian Metro, Timbalan Ketua Kluster Pembangunan Sosial dan Kesejahteraan Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohd Taib Dora menyifatkan 'Pass Out Challenge' tersebut sebagai kerja gila dan keterlaluan.

“Itu kerja gila kerana tindakan itu boleh bawa maut atau remaja berkenaan mendapat serangan strok.

“Gurauan yang keterlaluan kerana mereka boleh mati sekiranya oksigen tidak sampai ke otaknya selama tujuh saat.

"Bagi saya ia tindakan yang bodoh kerana selain boleh mengakibatkan kematian, serangan strok juga boleh berlaku menyebabkan remaja terbabit lumpuh.

"Apabila dada kita ditekan, ia menghentikan fungsi jantung yang menghantar oksigen ke otak seterusnya menyebabkan kematian," katanya.

Pada March 2016, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di Carolina Selatan, ditemui maut di rumahnya selepas bermain permainan cabaran #PassOutChallenge.

'Pass Out Challenge' adalah permainan yang memerlukan pemainnya mencekik leher atau menekan dada dengan tujuan untuk menjadi khayal kerana kekurangan oksigen.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Zakat Diakui Sistem Terbaik Untuk Ekonomi!

Zakat Diakui Sistem Terbaik Untuk Ekonomi!

Ahli ekonomi percaya, kemiskinan akan terus terjadi sepanjang zaman. Ia tidak boleh dihentikan ataupun dihapuskan kerana strukturnya melibatkan manusia yang berbeza-beza.

Zakat

Perbezaan ini akan menjadikan sesebuah negara itu mempunyai golongan kaya dan miskin namun mereka mengakui, pengawalan melalui sistem mampu mengubah situasi ini.

Soalnya, apakah sistem terbaik dalam ekonomi yang mampu menjamin golongan kaya dan miskin mampu hidup dengan harmoni?

Pakar ekonomi Barat percaya, sistem cukai konvensional yang diperkenalkan mereka mampu mengawal situasi.

Namun, setelah beberapa kurun berbincang, akhirnya mereka mendapati sistem cukai hanya membesarkan jurang perbezaan.

Bagaimanapun, selepas memahami beberapa kertas kerja yang dikemukakan oleh cendekiawan Islam, akhirnya mereka mengakui sistem zakat Islam sebenarnya yang terbaik untuk manusia.

Sistem ekonomi Islam menjamin hak saksama antara golongan kaya dengan yang miskin.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apakah Hukum Orang Yang Enggan Membayar Zakat?

-SENTIASAPANAS.COM

Legenda Arung Salamiah, Kisah Cinta Klasik Dari Pulau Boheydulang

Legenda Arung Salamiah, Kisah Cinta Klasik Dari Pulau Boheydulang

Generasi muda hari ini pasti tidak pernah mendengar nama Arung Salamiah, seorang gadis rupawan yang menghadapi masalah cinta penuh dramatik dengan pemuda sekampung bernama Tanjung Kalang dari Pulau Boheydulang, Semporna.

Arung Salamiah

Bagi memperkenalkan semula lagenda sejarah cinta klasik pasangan kekasih tersebut, Pertandingan Ratu Lepa dan Anugerah Arung Salamiah pasti diadakan serentak dengan Sambutan Regatta Lepa yang disambut pada April saban tahun.

Menurut penduduk tempatan, kisah Legenda Arung Salamiah berlaku sebelum abad ke-18 ​m​asihi ketika Arung Salamiah membuat persembahan tarian Igal di dalam satu temasya.

Salamiah seorang penari yang baik, para penonton pasti menikmati kelembutan ketika dia menari, liuk lentok badannya dapat menggambarkan perasaannya samada gembira, sedih atau marah.

Tarian yang dibawanya iaitu​ igal-igal adalah tarian tradisional suku kaum Bajau​, ​diambil daripada perkataan inggeris ‘eagle’ yang bermaksud helang. Oleh kerana itu, gerak tari igal-igal seperti gerakan seekor helang.

Kemudian, Arung Salamiah dipinang oleh Datu Atik, terkenal sebagai seorang yang zalim dan mempunyai ramai isteri, kerana tertarik melihat Arung Salamiah ketika melakukan persembahan.

Keluarga Arung Salamiah terpaksa menerima pinangan tersebut kerana menghormati keluarga ternama itu.

Namun, demi menjaga maruahnya, Arung Salamiah melarikan diri ke dalam sebuah gua dan dikatakan ghaib ketika bersembunyi.

Arung Salamiah bersama adik angkatnya, Arung Saria, melarikan diri ke gua itu tetapi sesudah tiba di situ, mereka berdua terpisah untuk mengelak daripada dikesan Atik.

Arung Salamiah dikatakan ghaib ketika bersembunyi di gua tersebut sementara Arung Saria berjaya melarikan diri ke satu tempat lain dan selepas itu berkahwin serta memiliki zuriat.

Sementara Tanjung dan rakan-rakannya, terkorban ketika bertarung dengan pengikut-pengikut Atik di pesisir pantai berdekatan sebuah kampung di pulau berkenaan.

Pengikut-pengikut Atik kemudiannya membunuh seluruh penduduk kampung itu dengan kejam dan rumah-rumah mereka dibakar sehingga tidak ada seorang pun yang tinggal.

Legenda Arung Salamiah bukan kisah dongeng atau rekaan sebaliknya kisah benar yang diceritakan secara turun temurun oleh masyarakat Bajau khususnya di Semporna.

Epik pencinta setia itu, berlaku sebelum abad ke-18 Masehi dan tidak ramai yang mengetahuinya kerana kisah tersebut hanya disimpan oleh keturunan Arung Saria atas sebab keselamatan.

Se​hingga kini, ada yang mengatakan melihat kelibat Salamiah di gua tersebut sedang mengintai seolah-olah menanti kekasihnya yang telah pun dibunuh oleh pengikut-pengikut ​Datu Atik.

Suku k​aum Bajau merupakan kaum yang sangat unik kerana mempunyai firasat yang kuat seperti boleh merasai angin melalui deria bau dan mengetahui arah angin.

Igal juga sama kerana ia bersifat semula jadi, tanpa berlatih pun kaum Bajau akan tetap pandai menari kerana mengigal adalah melalui hati.

Anugerah Arung Salamiah

Penganjuran Anugerah Arung Salamiah setiap tahun diharap dapat mencontohi keperibadian wanita legenda tersebut yang bukan sahaja cantik dan pandai menari, tetapi juga bijak.

Mereka mesti mempunyai semua kombinasi ciri-ciri Salamiah agar dapat menjadi contoh kepada para gadis keturunan Bajau untuk sentiasa menjaga maruah dan keperibadian yang tinggi sebagai seorang wanita.

Selain dinilai berpandukan persembahan tarian mengigal, setiap peserta juga akan ditanya soalan berkaitan kaum Bajau bagi menguji kebijaksanaan dan pengetahuan mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sayangsabah | utusan

Misteri Ghost Town Bandar Mati Di Hujung Dunia!

Misteri Ghost Town Bandar Mati Di Hujung Dunia!

Pyramiden ialah sebuah bandar di Lautan Artik yang terletak di Kepulauan Svalbard, Norway. Bandar ini digelar 'Ghost Town' atau Bandar Mati di hujung dunia.

Pyramiden Norway

Pyramiden, nama tersebut berasal dari sebuah gunung yang betuknya seperti piramid. Tapi bukan itu yang menjadi tarikannya.

Dipetik dari News Australia, lokasi Pyramiden sangat hampir dengan Kutub Utara. Jaraknya hanya 130 km sahaja.

Bandar ini mula didiami oleh penduduk Sweden pada tahun 1910 dan kemudiannya dijual kepada Kesatuan Soviet pada tahun 1927.

Pyramiden bukan hanya sekadar bandar. Disini boleh ditemui lombong arang batu milik Soviet tetapi telah oleh penghuninya pada tahun 1998.

Sejak itulah Pyramiden bagaikan sebuah bandar mati. Perumahan dan bangunan-bangunannya telah runtuh selepas ditinggalkan.

Walau bagaimanapun, masih ada beberapa orang yang tinggal di Pyramiden, malah disini juga terdapat seorang pemandu pelancong.

Kini bandar lombong arang batu ini telah menjadi destinasi pelancongan! Disebalik bangunan-bangunan dan perumahan di situ, terpampang pemandangan yang sangat indah. Bandar ini dikelilingi oleh gunung salji dan sering diselubungi awan tebal.

Namun, ada satu larangan bagi para pelancongan. Mereka tidak dibenarkan memasuki bangunan tanpa izin pemandu pelancong.

Jadi, bagi anda yang berhasrat untuk melancong ke sana, anda dilarang memasuki mana-mana bangunan sesuka hati demi keselamatan anda.

Pada tahun 2013, jumlah kunjungan pelancong ke Pyramiden mengalami peningkatan drastik. Sebuah hotel juga bakal dibina untuk pelancong tanpa mengubah rekaan asalnya.

Jika anda berminat untuk berkunjung ke Pyramiden, anda boleh berkunjung ke sana melalui Longyearbyen, ibu negara Svalbard.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Gambar Menyeramkan Hantu Yang Berjaya Dirakam Kamera!

-SENTIASAPANAS.COM

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (16 Oktober)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (16 Oktober)

Tarikh 16 Oktober merupakan hari ke 289 (hari ke 290 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 76 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

kuaternion

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Makanan Sedunia.

Peristiwa

456 – Magister militum Ricimer menewaskan Maharaja Avitus di Piacenza dan menjadi ketua Empayar Rom Barat.

1813 – Kerajaan Campuran Keenam menyerang Napoleon dan Empayar Perancis Pertama dalam Pertempuran Leipzig, konflik terbesar dalam Perang Napoleon.

1843 – William Rowan Hamilton menulis formula asas kuaternion buat pertama kali, mengukir persamaan tersebut di tepi Jambatan Broom di Cabra, Dublin, Ireland.

1923 – Bersama abangnya Roy, Walt Disney mengasaskan sebuah studio animasi di Hollywood yang kini antara syarikat media dan hiburan terbesar di dunia.

1940 – Perang Dunia Kedua: Gabenor Jeneral Nazi Hans Frank menubuhkan Perumahan Warsaw, perumahan Yahudi terbesar di Poland yang diduduki.

1978 – Kardinal Karol Józef Wojtyła dari Kraków, Poland, menjadi Paus John Paul II, paus bukan-Itali pertama sejak abad ke-16 dan pertama dari negara Slavik.

1995 – Louis Farrakhan daripada Nation of Islam menganjurkan Perarakan Sejuta Orang di Washington, D.C., A.S.

2002 – Biblioteka Alexandrina yang memperingati Perpustakaan Iskandariah baharian, dirasmikan di Iskandariah, Mesir.

2007 – Siren di Gunung Kelud berbunyi, tanda gunung berapi akan meletup bila-bila masa sahaja.

2011 – Sebastian Vettel dan Red Bull Racing mempertahankan kejuaraan pemandu dan pengeluar Formula Satu.

2013 – Penerbangan 301 Lao Airlines terhempas sebelum mendarat di Lapangan Terbang Pakse, Laos, mengorbankan kesemua 49 orang di dalamnya.

Kelahiran

1886 - David Ben-Gurion, Perdana Menteri Israel yang pertama dan ketiga.

1894 - Moshe Sharett, Perdana Menteri Israel yang kedua.

Kematian

1951 - Liaquat Ali Khan, Perdana Menteri Pakistan yang pertama.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (15 Oktober)

sumber: wikipedia