Monday, October 16, 2017

Sambutan Hari Makanan Sedunia, World Food Day

Sambutan Hari Makanan Sedunia, World Food Day

Sambutan Hari Makanan Sedunia, World Food Day disambut pada 16 Oktober setiap tahun dengan tajuk tema dan kempen yang berlainan bagi memberi fokus kepada sesuatu isu berkaitan makanan setiap kali diraikan.

Hari Makanan

Hari Makanan Sedunia mula disambut sejak tahun 1945 oleh Food and Agriculture Organization, salah satu badan di dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) yang bermatlamatkan kesedaran dan tindakan bagi mengatasi masalah kebuluran dan kesukaran mendapatkan sumber makanan.

Agensi makanan UN menganggarkan kira-kira 805 juta (1 dari 9 orang) penduduk dunia mengalami masalah kebuluran, manakala kira-kira 2 bilion lagi kekurangan satu atau lebih nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan iaitu sama ada kekurangan protin, vitamin atau mineral.

Daripada jumlah tersebut kira-kira 26% kanak-kanak pula terganggu pembesaran mereka akibat dari masalah kekurangan nutrien.

Yang lebih mengejutkan, masalah kekurangan nutrien majoritinya adalah penduduk luar bandar yang kebanyakannya adalah petani.

Kenapa petani, sedangkan merekalah yang mengeluarkan hasil makanan tetapi mereka yang kebuluran!?

Ada pelbagai sebab yang menyebabkan ianya berlaku dan inilah yang perlu diberi perhatian dan ditangani segera.

Kebiasaannya, para petani menjalankan aktiviti pertanian keluarga iaitu kerja turun temurun yang menjadi tradisi sumber pendapatan mereka.

Diseluruh dunia, terdapat kira-kira 500 juta dari 570 juta ladang atau kebun pertanian diusahakan secara pertanian keluarga.

Mereka mengeluarkan hasil pertanian seperti bijirin, buah-buahan, sayur sayuran, binatang ternakan dan tenusu, ikan dan sebagainya yang menjadi sumber makanan kepada seluruh penduduk dunia.

Oleh kerana pentingnya pertanian keluarga ini kepada penghasilan sumber makanan terbesar dunia, maka dengan itulah fokus sambutan tahun ini ditumpukan kepada mereka dalam membantu meningkatkan ekonomi dan pengeluaran.

Makanan Di Malaysia

Di Malaysia, walaupun didalam keadaan ekonomi yang kian menekan dengan kenaikan harga makanan dan perkhidmatan, namun kita masih belum lagi sampai ke tahap kebuluran.

Salah satu jalan untuk mengurangkan perbelanjaan adalah dengan menanam sumber makanan di kawasan rumah.

Sambutan Hari Makanan Sedunia ini diharap dapat menyedarkan kita semua betapa sebenarnya ramai lagi manusia di muka bumi ini hidup dalam kesusahan dan kebuluran.

Oleh itu jangan sesekali membazirkan makanan.

Selamat menyambut Hari Makanan Sedunia.

BACA INI JUGA:

sumber: relaksminda

Sunday, October 15, 2017

10 Jenis Perniagaan Paling Popular Di Malaysia Yang Anda Boleh Cuba

10 Jenis Perniagaan Paling Popular Di Malaysia Yang Anda Boleh Cuba

Waktu bekerja dari 9 pagi hingga 5 petang dilihat sebab utama kebanyakan masyarakat mencari peluang perniagaan. Namun masih terdapat golongan beraspirasi tanpa hala tuju dalam memulakan perniagaan masing-masing.

Perniagaan

Sekiranya anda merancang untuk menjadi seorang usahawan dan sedang mencari peluang perniagaan, jom kita tinjau 10 peluang perniagaan trending di Malaysia:

1. Fesyen

Industri fesyen Malaysia sedang berkembang pesat dan dibuktikan dengan acara fesyen kelas dunia yang diadakan di Kuala Lumpur setiap tahun, menghasilkan peluang keemasan untuk pereka fesyen dan penggemar fesyen di seluruh negara.

Selain itu, dengan peningkatan aktiviti beli-belah dalam talian, ramai mengambil peluang menjual produk fesyen tempatan melalui internet tanpa perlu risau tentang kos operasi seperti penyewaan premis dan simpanan stok.

2. Perniagaan dalam talian

Menurut Nielsen, 47 peratus rakyat Malaysia membeli produk melalui telefon pintar dan jumlah ini adalah tinggi untuk negara membangun. Ini membuktikan bahawa ramai rakyat Malaysia mula menyedari peluang besar dalam industri ini.

Pelajar dan graduan kolej memperoleh keuntungan lumayan dari pelbagai perniagaan dalam talian seperti menjadi ejen atau 'dropshipper', menawarkan perkhidmatan seperti pemasaran sekutu (affiliate) dan penulisan blog secara profesional.

3. Produk makanan

Malaysia terkenal dengan pelbagai jenis makanan dari pelbagai bangsa dan budaya. Oleh itu, perniagaan makanan dan makanan ringan memberikan peluang besar kepada perusahaan besar dan kecil, di mana memulakan operasi memerlukan sedikit modal.

Makanan ringan seperti ais krim dan yogurt salah satu daripada banyak perniagaan makanan yang sedang berkembang di negara ini hari ini.

4. Sektor pelancongan

Sebagai hab perniagaan, Malaysia menerima kemasukan pelancong serta peniaga asing yang tinggi. Ia secara tidak langsung memberikan peluang besar untuk agensi pelancongan berkembang.

Ketibaan pelancong di Malaysia untuk 2016 mencatatkan kenaikan sebanyak 4.0 peratus, mencerminkan sejumlah 26.8 juta pelawat berbanding tempoh yang sama pada 2015.

Situasi itu menyumbangkan RM82.1 bilion kepada pendapatan negara dan ia membuka banyak peluang kepada perniagaan yang memenuhi keperluan serta kehendak pelancong mahupun peniaga luar negara.

Oleh itu, jika anda berhasrat untuk memulakan perniagaan bermodal rendah, menubuhkan agensi pelancongan adalah satu pilihan yang bijak.

5. Francais

Memulakan perniagaan adalah proses yang panjang dan mencabar, terutamanya tanpa bantuan kewangan dan pengalaman.

Oleh itu, salah satu cara terbaik untuk memulakan perniagaan adalah dengan menggunakan jenama pihak lain.

Francais membolehkan anda menggunakan jenama atau produk syarikat bereputasi; serta mengamalkan prosedur operasi piawai mereka.

Sokongan yang diberikan oleh pemberi francais mungkin menjadi faktor yang membantu anda untuk mengambil langkah pertama dalam perniagaan.

6. Perkhidmatan profesional

Dengan perkembangan perusahaan kecil baru muncul, pengusaha perkhidmatan perniagaan hari ini mempunyai pasaran yang semakin meluas untuk memenuhi keperluan peniaga-peniaga baharu.

Memandangkan kebanyakan perniagaan kecil memerlukan perkhidmatan profesional seperti simpan kira pada peringkat asas operasi mereka, mereka yang mempunyai latar belakang akauntan atau perakaunan mempunyai peluang besar di hujung jari mereka.

7. Perkhidmatan pengangkutan awam

Pelanggan kini mempunyai informasi yang lebih mendalam dalam pelbagai aspek sebelum mendapatkan sebarang jenis perkhidmatan.

Mereka mempunyai pilihan tersendiri dan isu keselamatan yang tidak dapat dipenuhi dengan sistem perkhidmatan teksi yang lama.

Ini terbukti dengan tinjauan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang menunjukkan 76.4 peratus daripada 9,026 responden memilih untuk mengambil Uber atau Grab berbanding perkhidmatan teksi konvensional.

Malah perkhidmatan pengangkutan salah satu kemudahan yang paling menerima permintaan tinggi di Malaysia.

8. Pembaikan telefon pintar dan PC

Salah satu faktor yang paling utama dalam kemajuan teknologi adalah penggunaan telefon pintar dan komputer peribadi.

Menurut Statista.com, jumlah pengguna telefon pintar di Malaysia pada tahun 2017 dijangka mencecah 19.9 juta dan laman web wearesocial.com melaporkan bahawa 35 peratus rakyat Malaysia memiliki komputer riba atau desktop.

Ini bermakna peluang besar menanti mereka yang mampu menyelesaikan masalah dengan peranti ini, menjadikannya tiket emas untuk membuat keuntungan lumayan.

9. Perkhidmatan kewangan mikro

Perniagaan baru terutama kecil muncul setiap hari di Malaysia dan memerlukan pembiayaan untuk berkembang dalam jangka panjang.

Biasanya, dana diperoleh dari bank dan institusi kewangan mikro, menjadikan perbankan pembiayaan mikro sebagai peluang perniagaan yang besar bagi pelabur.

Individu memiliki latar belakang perbankan dan kewangan adalah operator yang berpotensi terutama apabila mereka mempunyai modal permulaan secukupnya.

10. Minyak & Gas

Industri minyak & gas sering dianggap sebagai perusahaan bernilai jutaan ringgit. Bagaimanapun, dengan beberapa ribu ringgit sahaja, anda layak menjadi peruncit untuk pelbagai produk minyak dan gas seperti gas asli dan minyak tanah.

Bagi mereka yang mempunyai jumlah belanjawan yang tinggi untuk melabur, membuka stesen pengisian akan menjadi permulaan terbaik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Pekerjaan Dengan Gaji Tertinggi Di Malaysia

sumber: sinarharian

Makan Keledek Ungu Mampu Mengurangkan Risiko Kanser Usus

Makan Keledek Ungu Mampu Mengurangkan Risiko Kanser Usus

Amalan memakan keledek (keladi) ungu dipercayai dapat menurunkan risiko menghidap barah kolon sehingga enam kali ganda.

Keledek ungu

Penyelidikan yang dijalankan Universiti Pennsylvania State, Amerika Syarikat itu mendapati, keledek ungu dapat menyekat penyebaran sel stem kanser dalam usus besar.

Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Nutritional Biochemistry itu dijalankan ke atas babi yang mempunyai sistem penghadaman hampir sama seperti manusia

Salah seorang penyelidik, Prof. Jairam Vanamala berkata, babi yang diberi makan keledek ungu didapati mempunyai protein pemusnah dikenali sebagai interleukin-6 (IL-6), enam kali ganda lebih rendah daripada kumpulan yang diberi diet normal. Sebagai rekod, IL-6 boleh mencetuskan tumor dan penyakit radang usus yang lain.

Keledek ungu

“Kami dapati kentang putih mempunyai sebatian kimia yang berguna tetapi keledek ungu yang kaya beta karotena mempunyai konsentrasi sebatian antiradang dan antioksidan yang lebih tinggi.

“Menerusi penemuan ini, kami menjadikan keledek ungu sebagai model untuk mengkaji manfaat kentang lain kepada kesihatan pada masa depan,” katanya.

BACA INI JUGA: Pokok Keladi Tikus Merawat Penyakit Kanser

sumber: kosmo

Kajian Membuktikan Senaman Intensif Cerdaskan Otak Kanak-kanak

Kajian Membuktikan Senaman Intensif Cerdaskan Otak Kanak-kanak

Kajian terbaharu yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari University of Auckland, New Zealand mendapati, senaman intensif mampu meningkatkan kecerdasan otak kanak-kanak.

Anak bersenam

Senaman intensif biarpun dibuat dalam tempoh singkat nyata menjadikan otak kanak-kanak lebih cerdas dan mampu fokus lebih baik.

Ketua penyelidik, Dr. David Moreau berkata, senaman intensif biarpun sekejap ternyata mampu meningkatkan tahap kognitif kanak-kanak berbanding senaman biasa yang dibuat dalam tempoh yang panjang.

“Senaman intensif mampu meningkatkan daya pemahaman dan kemahiran intelektual kanak-kanak.

“Oleh itu, ibu bapa seharusnya menggalakkan anak-anak supaya kerap bermain di luar dan bukan hanya duduk di hadapan komputer atau permainan video,” ujarnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 7 Cara Didik Anak Lebih Pintar

sumber: kosmo

Pelik! Warna Boleh Di Kenali Melalui Pendengaran?

Pelik! Warna Boleh Di Kenali Melalui Pendengaran?

Pernahkah kita terfikir yang warna juga boleh di dengar selain dilihat? Dan kerana fakta itulah, seorang artis yang buta warna, Neil Harbisson yang telah bertahun-tahun mencari penyelesaian untuk masalah dihadapi akhirnya menemui jawapan.

Neil Harbisson

Selama 10 tahun, Neil telah memakai mata elektronik luar yang dapat mengesan frekuensi warna yang berada di hadapan dan menukarkannya kepada getaran bunyi untuk membolehkan Neil mengenal pasti warna tersebut.

Usaha itu juga tidak berakhir di situ apabila Neil meyakinkan doktor untuk membuat implan chip di dalam kepalanya untuk memberikan dia kelebihan mengenal pasti warna itu.

Idea itu muncul apabila Neil bertemu Adam Montandon, seorang saintis komputer dari Kolej Seni Dartington pada tahun 2003.

Bersama-sama, mereka mencipta alat yang dapat membantu Neil mengingati semua frekuensi warna.

Implan antena itu membolehkan Neil mengenal pasti pelbagai imej, lukisan dan muka yang berbeza, malah dia boleh mendengar warna yang mata manusia tidak boleh tafsirkan seperti ultra ungu dan infra merah.

Hebat kan?

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (15 Oktober)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (15 Oktober)

Tanggal 15 Oktober merupakan hari ke-288 (hari ke-289 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 77 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Mesut Ozil
Mesut Ozil.

Hari ini juga merupakan sambutan Sambutan Hari Mencuci Tangan Sedunia, Hari Guru di Brazil, Hari Keselamatan Tongkat Putih di Amerika Syarikat dan Hari Peringatan Kehamilan dan Kehilangan Bayi di A.S. dan Kanada.

Peristiwa

1529 - Perang Uthmaniyyah–Habsburg: Pengepungan Vienna berakhir apabila orang Austria berjaya menangkis serangan orang Turki.

1582 - Sepanyol, Portugal, Komanwel Poland–Lithuania dan kebanyakan negeri-negeri Itali menjadi negara pertama menggantikan takwim Julius yang digunakan sejak 45 SM dengan kalendar Gregory.

1917 - Penari eksotik Belanda Mata Hari dihukum mati dengan ditembak kerana didakwa mengintip untuk Jerman.

1987 - Ribut Besar 1987 melanda England dan Perancis membunuh sekurang-kurangnya 23 orang.

1990 - Pemimpin Kesatuan Soviet Mikhail Gorbachev dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel atas usahanya mengurangkan ketegangan semasa Perang Dingin.

2003 - Program angkasa lepas China: Penerbangan angkasa lepas manusia China pertama Shenzhou 5 dilancarkan, membawa angkasawan Yang Liwei.

2005 - Para pengundi di Iraq bersetuju untuk meratifikasi perlembagaan baharu.

2008 - Kerajaan Malaysia mengisytiharkan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) sebagai sebuah pertubuhan haram.

Kelahiran

1988 - Mesut Ozil, pemain bola sepak Real Madrid C.F.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (14 Oktober)

sumber: wikipedia