Saturday, October 14, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (14 Oktober)


Tarikh 14 Oktober merupakan hari ke 287 (hari ke 288 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 78 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Lin Dan
Lin Dan.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Guru di Poland.

Peristiwa

1066 - Pertempuran Hastings: Tentera Norman pimpinan William si Penakluk menewaskan tentera Inggeris dan membunuh Harold Godwinson, raja Inggeris-Saxon terakhir.

1773 - Kementerian Pendidikan pertama yang direkodkan, Suruhanjaya Pendidikan Kebangsaan dibentuk di Poland.

1888 - Pencipta Perancis Louis Le Prince merakam Roundhay Garden Scene, wayang tertua yang masih wujud, di Roundhay, Leeds, West Yorkshire, England.

1926 - Buku kanak-kanak yang memaparkan beruang rekaan A. A. Milne, Winnie-the-Pooh mula diterbitkan.

1938 - Salah satu pesawat pejuang A.S. paling banyak dihasilkan, P-40 Warhawk, menjalani penerbangan sulungnya, di Buffalo, New York.

1947 - Memandu Bell X-1 pada altitud 45,000 ka (13.7 km), juruterbang ujian Chuck Yeager menjadi orang pertama yang memecahkan batasan bunyi.

1953 - Pembunuhan di Qibya: Komander tentera Israel Ariel Sharon dan pasukan khas Unit 101nya menyerang penghuni kampung Qibya di Tebing Barat.

1981 - Naib presiden Hosni Mubarak dilantik sebagai Presiden Mesir, seminggu selepas Anwar Sadat dibunuh.

1964 - Leonid Brezhnev menggantikan Nikita Khrushchev sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Kesatuan Soviet.

2006 - Majlis Keselamatan PBB mengambil ketetapan Resolusi 1718, mengenakan sekatan terhadap Korea Utara sebagai tindakbalas kepada ujian senjata nuklearnya.

2010 - Sukan Komanwel XIX tamat di Delhi, India.

2012 - Sebastian Vettel memenangi Grand Prix Korea 2012.

2016 - Pelantikan Sultan Muhammad V dari Kelantan sebagai Yang Di Pertuan Agong Malaysia ke-15 melalui Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-243 dan mulai memerintah pada 13 Disember 2016 menggantikan Sultan Abdul Halim Badlishah dari Kedah yang tamat tempoh 5 tahun pemerintannya.

Kelahiran

1890 - Dwight D. Eisenhower, Presiden Amerika Syarikat ke-34

1943 - Mohammad Khatami, Presiden Iran ke-5

1985 - Digão, pemain bola sepak A.C. Milan

1983 - Lin Dan, pemain badminton China.

Kematian

2012 - Norodom Sihanouk, bekas Raja Kemboja.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (13 Oktober)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon