Tuesday, June 06, 2017

Anak Lembu Pelik Berwajah Manusia Dianggap Utusan Dewa

Anak Lembu Pelik Berwajah Manusia Dianggap Utusan Dewa

Sebuah perkampungan di Muzaffarnagar, Uttar Pradesh, India dihebohkan dengan kelahiran seekor anak lembu yang berupa wajah manusia.

Anak Lembu Wajah Manusia

Anak lembu baru lahir itu dilapor memiliki mata, hidung dan telinga yang sangat mirip seakan manusia.

Kerana ‘keajaiban’ yang dimiliki itu, ia telah membuatkan ribuan penduduk kampung tersebut berpusu-pusu mahu melihat anak lembu itu kerana percaya haiwan itu merupakan utusan dari dewa.

Namun sayangnya, anak lembu pelik ini dilaporkan mati selepas satu jam dilahirkan.

Menerusi rakaman video yang dirakam, penduduk tempatan datang membawa kalungan bunga dan memberi sembah dengan membongkok badan sebagai tanda hormat di hadapan anak lembu yang disimpan dalam bekas kaca itu.

Penduduk kampung itu khususnya yang beragama Hindu percaya anak lembu itu merupakan Gokaran, iaitu jelmaan Dewa Wisnu sehinggakan mereka berhajat ingin membina kuil sempena kelahiran anak lembu itu.

Sementara itu, pemilik haiwan itu, Raja Bhaiya Mishra, 55, turut meluahkan rasa syukurnya kerana anak lembu itu lahir di kampung tersebut.

“Satu keajaiban anak lembu ini lahir di tempat perkampungan kami. Ribuan orang sudah datang untuk melihatnya. Kami akan membangunkan kuil untuknya,” katanya.

BACA INI JUGA: Pelik! Rela Dipijak Ratusan Lembu Agar Doa Dimakbulkan

sumber: mynewshub

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (6 Jun)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (6 Jun)

Tanggal 6 Jun merupakan hari ke 157 (hari ke 158 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 208 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Pertempuran Normandy
Pertempuran Normandy.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kebangsaan Sweden.

Peristiwa

1513 - Perang Liga Cambrai: Askar upahan Swiss (Reisläufer) menewaskan askar Perancis di Novara, Itali kini, memaksa mereka berundur dari Milan.

1654 - Karl X Gustav menjadi Raja Sweden selepas sepupunya Kristina turun takhta.

1683 - Muzium universiti pertama di dunia, Muzium Ashmolean Universiti Oxford, dibuka.

1844 - Gerakan YMCA diasaskan di London.

1925 - Perbadanan Chrysler diasaskan oleh Walter Chrysler.

1933 - Teater pandu masuk pertama di dunia dibuka di Pennsauken, New Jersey, Amerika Syarikat.

1944 - Perang Dunia Kedua: Pertempuran Normandy bermula dengan 155,000 orang askar Pihak Berikat mendarat di pantai Normandy dalam operasi ketenteraan amfibia terbesar dalam sejarah.

1971 - The Ed Sullivan Show, sebuah pertunjukan anekaragam berpemeringkatan tinggi yang memperkenalkan Elvis Presley dan The Beatles kepada Amerika Syarikat, ditamatkan selepas dua puluh tiga tahun.

1982 - Perang Lubnan bermula apabila angkatan tentera Israel menceroboh selatan Lubnan untuk membanteras anggota Pertubuhan Pembebasan Palestin.

2008 - Diet Jepun buat pertama kalinya mengakui Orang Ainu sebagai orang asli.

2010 - Puluhan orang di India, Oman dan Pakistan maut akibat Taufan Phet, antara taufan Laut Arab terkuat pernah direkodkan.

2011 - Perdana Menteri Republik Macedonia Nikola Gruevski terpilih untuk penggal ketiga.

2012 - Transit terakhir Zuhrah abad ini terjadi.

2013 - Kewujudan program pengawasan elektronik Agensi Keselamatan Negara A.S. PRISM dibocorkan.

Kelahiran

1901 - Sukarno, Presiden Indonesia yang pertama.

Kematian

1891 - John A. Macdonald - Perdana Menteri Kanada pertama.

1976 - Mohammad Fuad Stephens, seorang Ketua Menteri Sabah pertama.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (5 Jun)

sumber: wikipedia

Monday, June 05, 2017

Apa Hukumnya Solat Tarawih Secara Bersendirian?

Apa Hukumnya Solat Tarawih Secara Bersendirian?

Apakah hukumnya seseorang itu solat tarawih secara bersendirian? Solat tarawih merupakan suatu solat yang dituntut bagi umat Islam untuk melaksanakannya. Ganjaran melakukannya adalah sangat besar.

Solat Tarawih

Sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya, "Sesiapa yang melakukan qiyam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran serta keampunan, akan diampunkan buatnya dosa-dosa yang terdahulu." Riwayat Al-Bukhari (37)

Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa perbuatan qiyam Ramadhan yang meliputi solat tarawih, pembacaan al-Quran, zikir dan doa, serta selainnya daripada ibadah yang dilakukan pada malam hari bulan Ramadhan, sekiranya ia dilakukan dengan penuh keimanan akan pensyariatannya serta mengharapkan ganjaran pahala dari Allah S.W.T, nescaya pelakunya akan diampunkan dosa-dosa kecilnya yang terdahulu.

Imam Al-Nawawi Rahimahullah di dalam Syarah Al-Nawawi ‘Ala Muslim (6/377) mengatakan: "Qiyam Ramadhan adalah solat tarawih."

Pensyariatan solat tarawih dapat dilihat melalui sebuah riwayat daripada Umm Al-Mu'minin A'isyah R.anha bahawa beliau berkata:

Maksudnya: "Sesungguhnya Rasulullah S.A.W pada suatu malam sedang solat di dalam masjid. Maka orang ramai pun mengikut solat bersama baginda. Kemudian pada malam berikutnya, baginda solat sekali lagi dan jemaah yang mengikutnya semakin banyak. Pada malam yang ketiga atau keempat, orang ramai berkumpul menanti ketibaan Rasulullah S.A.W sebaliknya baginda tidak keluar kepada mereka. Apabila masuk waktu subuh, baginda bersabda kepada para jemaah: Sesungguhnya aku telah melihat apa yang kamu semua lakukan. Dan tidaklah yang menghalang aku dari keluar kepada kamu melainkan aku takut solat itu akan difardhukan ke atas kamu semua. Yang demikian itu berlaku pada bulan Ramadhan." Riwayat Al-Bukhari (1129)

Berdasarkan hadis di atas, Rasulullah S.A.W pada malam hari pertama bulan Ramadan baginda keluar menuju ke masjid pada waktu malam dan mendirikan solat. Kemudian orang ramai yang berada di sekitar turut serta mengikuti solat malam Rasulullah S.A.W.

Demikian juga pada malam yang kedua, Cuma bilangan jemaah yang solat bersama baginda semakin ramai.

Manakala malam yang berikutnya, bilangan jemaah semakin ramai sehingga memenuhi masjid. Maka pada malam yang berikutnya, Nabi S.A.W tidak keluar ke masjid dan ramai orang pada ketika itu yang menanti kehadiran baginda.

Sebaik sahaja waktu subuh, selepas sahaja solat baginda berpaling seraya mengatakan sebagaimana yang disebutkan dalam hadis di atas.

Syeikh Syams Al-Haq Al-‘Azhim Abadi Rahimahullah ketika mensyarahkan hadis ini beliau berkata: Baginda takut solat tarawih akan difardhukan ke atas mereka. Ini kerana boleh jadi berlakunya kefardhuan atas perbuatan qiyam Ramadhan secara berjamaah disebabkan ia dilakukan secara berterusan. Lihat ‘Aun Al-Ma’bud Syarah Sunan Abi Daud (4/180).

Berkenaan dengan isu menunaikan solat tarawih secara bersendirian, adakah ia dibolehkan atau tidak?

Berikut kami nyatakan beberapa pendapat para fuqaha berkenaan isu ini:

Kata Al-Syeikh Al-Buhuti Rahimahullah di dalam kitabnya Daqaiq Uli Al-Nuha (1/2245): Menunaikan solat tarawih di masjid itu lebih afdhal berbanding selainnya. Kerana baginda S.A.W menunaikannya bersama orang ramai selama tiga hari berturut-turut.

Ia sepertimana yang diriwayatkan oleh A’isyah R.anha bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang melakukan qiyam bersama imam sehingga dia selesai, akan dituliskan ganjaran untuknya qiyam sepanjang malam." Riwayat Ibn Majah (1327)

Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah juga berpendapat yang sama berhujahkan hadis di atas.

Ditanyakan kepada Imam Ahmad: "Adakah kau suka seorang lelaki solat bersama orang ramai (secara berjamaah) pada bulan Ramadhan atau kau suka dia solat secara bersendirian?

Maka Imam Ahmad menjawab: Aku suka jika dia solat berjemaah bersama orang ramai, dan aku juga suka sekiranga dia solat bersama dengan imam dan turut witir bersamanya.

Nabi S.A.W bersabda: “Sesungguhnya seorang lelaki itu apabila dia qiyam bersama dengan imam sehingga imam selesai, nescaya dituliskan untuknya ganjaran qiyam sepanjang malamnya”.

Kata Imam Ahmad lagi: Dia qiyam secara berjemaah dan solat witir bersama mereka sehinggalah imam selesai.

Kata Abu Daud: Aku melihat Imam Ahmad Rahimahullah, beliau berwitir pada bulan Ramadhan bersama imamnya kecuali pada malam yang aku tidak menghadirinya.

Lihat Tuhfah Al-Ahwaazi, Al-Mubarakfuri (3/448).

Imam Al-Nawawi Rahimahullah dalam Syarah Al-Nawawi ‘Ala Muslim (6/377) berkenaan isu ini mengatakan: Para ulama bersepakat bahawa solat tarawih adalah mustahab. Cuma mereka berbeza pendapat adakah yang afdhal itu solat bersendirian di rumahnya ataupun solat berjamaah di masjid?

Al-Nawawi membahagikannya seperti berikut:

Pendapat pertama: Imam Al-Syafi’e dan jumhur ashabnya, Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad, dan sebahagian fuqaha Malikiyyah

Mereka berpendapat bahawa yang afdhal adalah solat tarawih secara berjamaah sebagaimana yang dilakukan oleh Umar Al-Khattab dan para sahabat R.anhum. Dan amalan umat islam berterusan dalam melakukannya (secara berjamaah) kerana ia adalah syiar yang zahir maka ia menyerupai solat hari raya.

Pendapat kedua: Imam Malik, Abu Yusuf, dan sebahagian Syafi’eyyah

Golongan ini berpendapat bahawa yang afdhal adalah menunaikan tarawih secara bersendirian di rumah. Ini berdasarkan sabda Nabi S.A.W:

Maksudnya: Sesungguhnya seafdhal solat bagi seorang lelaki itu adalah di rumahnya, melainkan solat fardhu.

Riwayat Al-Bukhari (7290)

Manakala di dalam kitabnya Al-Majmu’, Imam Al-Nawawi mengatakan: Solat tarawih adalah sunnah berdasarkan ijma’ para ulama’. Boleh untuk dilaksanakan secara bersendirian ataupun secara berjamaah.

Yang manakah lebih afdhal di antara keduanya?

Ada dua pendapat yang masyhur dan yang sahih dengan kesepakatan para ashab (Al-Syafi’eyyah), bahawa solat tarawih berjamaah itu lebih afdhal. Rujuk Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, Al-Nawawi (3/526).

Kesimpulan

Setelah kami meneliti beberapa pendapat para fuqaha yang kami nyatakan di atas, kami berpendapat bahawa hukum menunaikan solat tarawih secara bersendirian adalah dibolehkan dan yang paling afdhal adalah menunaikannya secara berjemaah.

Kami juga mencadangkan kepada para pembaca supaya melihat beberapa murajjihat (pemberat) yang berikut:

Bagi yang menghadirkan diri ke masjid untuk menunaikan solat isya’ secara berjemaah. Alangkah lebih baik untuk dirinya kekal di masjid dan meneruskan solat tarawih secara berjamaah.

Solat tarawih secara berjemaah merupakan satu syiar agama Islam. Kerana itu ia disifatkan menyamai solat hari raya.

Sesiapa yang merasakan kualiti solat tarawihnya semasa bersendirian jauh lebih baik berbanding kualiti solat semasa berjamaah, maka dia boleh untuk solat sendirian. Jika sebaliknya, maka berjamaah itu lebih afdhal.

Solat tarawih secara berjamaah di masjid itu lebih kuat dalam mengeratkan silaturahim dan kerukunan dalam kalangan masyarakat berbanding solat secara bersendirian.

Hubungan baik dapat dibina apabila hadir solat bersama, saling beramah mesra, bertanya khabar, dan seumpamanya.

Cukuplah arahan Saidina Umar Al-Khattab kepada para sahabat di zamannya untuk dilakukan solat tarawih secara berjamaah menunjukkan yang ia suatu yang lebih baik berbanding solat secara bersendirian.

Akhir kalam, kami berdoa kepada Allah S.W.T supaya kita semua diberikan kesungguhan dalam beribadah, serta direzekikan kefahaman yang tepat dalam beragama. Ameen.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: muftiwp

Pisang Pelik Berbuah Beribu-ribu Biji

Pisang Pelik Berbuah Beribu-ribu Biji

Penduduk Desa Selo, Kecamatan Tawangharjo, Kabupaten Grobogan, Jawa Tengah dekat sini heboh memperkatakan sepohon pisang yang berbuah agak unik, lapor media tempatan.

Ibnu Hisyam

Pokok pisang di halaman rumah milik seorang penduduk dikenali sebagai Ibnu Hisyam, 65, itu menjadi tumpuan ramai kerana buah yang dihasilkan mencapai ribuan biji dan tumbuh subur pula tidak sebagaimana kelaziman.

Tandan pisang itu bahkan terus tumbuh menjuntai ke bawah sehingga bahagian hujung bunga atau jantungnya dapat menyentuh permukaan tanah dengan panjang mencecah kira-kira 190 sentimeter atau hampir dua meter.

Keanehan pohon pisang ini menarik perhatian penduduk apabila mereka berduyun-duyun datang untuk ingin menyaksikan sendiri dengan mata kepala mereka berhubung situasi pelik keadaan buah tumbuhan berkenaan.

Lebih unik lagi, lokasi pohon pisang ini tidak jauh dari tanah makam seorang tokoh ulama terkenal dikenali sebagai Ki Ageng Selo atau Syech Abdurrahman yang menyebarkan agama Islam di Jawa dan berketurunan Raja Majapahit.

Menurut cerita mitos tempatan, kesaktian pendakwah itu malah dapat menakluk petir. Kini ramai pelawat mula berkunjung ke rumah petani itu untuk memegang atau berswafoto dengan pohon pisang berbuah ribuan itu.

“Saya penasaran dan ingin memastikan. Ternyata benar. Memang sangat unik. Baru kali ini saya melihat pohon pisang seperti ini,” kata Sukamto, seorang penduduk dari Perumahan Ayodya Purwodadi kepada akhbar Kompas.

Dalam pada itu Hisyam menjelaskan bahawa pohon pisangnya yang kini menjadi tumpuan ramai itu hanya ditanam secara vegetatif iaitu dibiarkan begitu sahaja. Tunas muda sebelumnya diperoleh daripada jiran di kampungnya.

“Saya minta tunas dari seorang teman, kerana ingin tandur pisang. Ehh tak tahunya malah seperti ini,” tutur datuk kepada tiga belas orang cucu ini. Pohon tersebut sebenarnya merupakan variasi daripada spesies pisang hijau.

Hisyam sendiri pun tidak menyangka bakal muncul keunikan di luar jangkaan kerana pohon yang berumur enam bulan ini tumbuh sempurna namun beberapa hari lalu tandannya beransur memanjang sebelum berbuah lebat.

“Awalnya biasa saja tak ada janggal. Tapi dalam masa empat hari, buahnya jadi banyak. Ada ribuan kalau dihitung.

"Pohon ini tumbuh subur bahkan buahnya sudah matang saya cicipi. Rasanya sangat manis,” ungkap Hisyam.

Atas fenomena ini, beliau pun mempelawa pakar pertanian tempatan untuk melakukan penyelidikan bagi mengkaji pohon pisang miliknya itu sambil berharap ia kemudian dapat memberi manfaat baik bagi masyarakat sekitar.

“Di samping pohon itu sudah tumbuh anaknya. Saya harap ada ilmuwan yang datang untuk mengungkap fenomena buah pisang ini. Siapa tahu berguna bagi dunia pertanian?” pungkas Hisyam.

BACA INI JUGA: Pelik! Pokok Berbuah Pisang Dan Rasanya Seperti Durian

sumber: mynewshub

Benarkah Mengorek Telinga Dan Hidung Membatalkan Puasa?

Benarkah Mengorek Telinga Dan Hidung Membatalkan Puasa?

Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, tanggapan bahawa perbuatan mengorek lubang hidung atau telinga akan membatalkan puasa sekadar menyusahkan umat Islam yang berpuasa.

batal puasa

Antara anggapan yang tidak tepat ialah menyatakan semasa puasa tidak boleh atau membatalkan puasa memasukkan apa-apa benda ke dalam mata, telinga dan mulut sekalipun bukan makanan dan minuman.

Ini menyebabkan mereka yang gatal telinga ataupun hidung menderita sepanjang hari berpuasa. Ia berlawanan dengan sifat Islam yang mudah, katanya di Facebook.

Mohd. Asri berkata, perbuatan memakai celak dan menggunakan eye drops juga tidak membatalkan puasa seseorang muslim.

“Demikian juga memakai minyak rambut dan minyak urut sekalipun sifat minyak itu mudah meresap ke dalam kulit,” katanya.

Sehubungan itu, segelintir netizen mendesak supaya pembelajaran bab puasa di sekolah-sekolah agama diubah kerana umat Islam Malaysia selama ini telah dididik dengan ajaran yang salah tentang amalan berpuasa.

BACA INI JUGA: Adakah Muntah Menyebabkan Batal Puasa?

sumber: mynewshub

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (5 Jun)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (5 Jun)

Tarikh 5 Jun merupakan hari ke 156 (hari ke 157 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 209 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Bose-Einstein
Fasa jirim hasil pemeluwapan Bose-Einstein.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Alam Sekitar dan Hari Bapa dan Hari Perlembagaan di Denmark.

Peristiwa

1305 - Raymond Bertrand de Got menjadi Paus Clement V, menggantikan Paus Benedict XI yang meninggal dunia.

1849 - Denmark menjadi negara raja berperlembagaan.

1947 - Setiausaha Negara Amerika Syarikat George Marshall menyeru bantuan bagi ekonomi Eropah yang musnah akibat perang, melakarkan rancangan pemulihan yang kemudian dikenali sebagai Rancangan Marshall.

1963 - Rusuhan berlaku di seluruh Iran sebagai memprotes penahanan Ayatollah Ruhollah Khomeini oleh rejim Shah Mohammad Reza Pahlavi.

1967 - Perang Enam Hari bermula dengan serangan terlebih dahulu Tentera Udara Israel terhadap pesawat Mesir, Jordan dan Syria di lapangan terbang.

1968 - Sirhan Sirhan menembak Senator A.S. Robert F. Kennedy hingga menyebabkan maut di Los Angeles.

1995 - Fasa jirim hasil pemeluwapan Bose-Einstein (gambar taburan halaju) ditemui di makmal NIST–JILA Universiti Colorado.

Kelahiran

1939 - Joe Clark, Perdana Menteri Kanada Ke-16.

1965 - Michael E. Brown, ahli astronomi Amerika Syarikat.

Kematian

2004 - Ronald Reagan, Presiden Amerika Syarikat ke-40.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (4 Jun)

sumber: wikipedia

Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia, World Environment Day

Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia, World Environment Day

Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia, World Environment Day disambut pada 5 Jun setiap tahun dengan membawa tema yang tersendiri sebagaimana yang telah ditetapkan oleh United Nations Environment Programme (UNEP).

World Environment Day

Hari Alam Sekitar Sedunia disambut bermula pada tahun 1972 dan telah berkembang menjadi sambutan utama seluruh dunia dengan pembabitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam meningkatkan tahap kesedaran masyarakat dunia terhadap isu alam sekitar serta mempertingkatkan tindakan dan penglibatan terhadap perubahan alam sekitar.

Hari Alam Sekitar merupakan hari untuk semua orang, memberi peluang kepada semua pihak untuk mengambil bahagian dalam tindakan sejagat bagi menggalakkan perlindungan terhadap iklim, menggunakan sumber dengan lestari serta mengamalkan gaya hidup yang mesra alam.

Disambut pada 5 Jun setiap tahun dan pada setiap tahun tersebut terdapat sebuah negara yang dilantik untuk menjadi `tuan rumah’.

Maklumat lanjut mengenai Hari Alam Sekitar Sedunia boleh dirujuk menerusi pautan www.unep.org/wed

Tema Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia dan Negara Penganjur

Penganjuran aktiviti bersempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Kebangsaan oleh Jabatan Alam Sekitar:-
  • 1974 Only one Earth during Expo '74 Spokane, United States
  • 1975 Human Settlements Dhaka, Bangladesh
  • 1976 Water: Vital Resource for Life, Canada
  • 1977 Ozone Layer Environmental Concern; Lands Loss and Soil Degradation Sylhet, Bangladesh
  • 1978 Development Without Destruction Sylhet, Bangladesh
  • 1979 Only One Future for Our Children – Development Without Destruction Sylhet, Bangladesh
  • 1980 A New Challenge for the New Decade: Development Without Destruction Sylhet, Bangladesh
  • 1981 Ground Water; Toxic Chemicals in Human Food Chains Sylhet, Bangladesh
  • 1982 Ten Years After Stockholm (Renewal of Environmental Concerns) Dhaka, Bangladesh
  • 1983 Managing and Disposing Hazardous Waste: Acid Rain and Energy Sylhet, Bangladesh
  • 1984 Desertification Rajshahi, Bangladesh
  • 1985 Youth: Population and the Environment, Pakistan
  • 1986 A Tree for Peace Ontario, Canada
  • 1987 Environment and Shelter: More Than A Roof Nairobi, Kenya
  • 1988 When People Put the Environment First, Development Will Last Bangkok, Thailand
  • 1989 Global Warming; Global Warning Brussels, Belgium
  • 1990 Children and the Environment Mexico City, Mexico
  • 1991 Climate Change. Need for Global Partnership Stockholm, Sweden
  • 1992 Only One Earth, Care and Share Rio de Janeiro, Brazil
  • 1993 Poverty and the Environment – Breaking the Vicious Circle Beijing, People's Republic of China
  • 1994 One Earth One Family London, United Kingdom
  • 1995 We the Peoples: United for the Global Environment Pretoria, South Africa
  • 1996 Our Earth, Our Habitat, Our Home Istanbul, Turkey
  • 1997 For Life on Earth Seoul, Republic of Korea
  • 1998 For Life on Earth – Save Our Seas Moscow, Russian Federation
  • 1999 Our Earth – Our Future – Just Save It! Tokyo, Japan
  • 2000 The Environment Millennium – Time to Act Adelaide, Australia
  • 2001 Connect with the World Wide Web of Life Torino, Italy and Havana, Cuba
  • 2002 Give Earth a Chance Shenzhen, People's Republic of China
  • 2003 Water – Two Billion People are Dying for It! Beirut, Lebanon
  • 2004 Wanted! Seas and Oceans – Dead or Alive? Barcelona, Spain
  • 2005 Green Cities – Plan for the Planet! San Francisco, United States
  • 2006 Deserts and Desertification – Don't Desert Drylands! Algiers, Algeria
  • 2007 Melting Ice – a Hot Topic? London, England
  • 2008 Kick The Habit – Towards A Low Carbon Economy Wellington, New Zealand
  • 2009 Your Planet Needs You – Unite to Combat Climate Change Mexico City, Mexico
  • 2010 Many Species. One Planet. One Future Rangpur, Bangladesh
  • 2011 Forests: Nature at your Service New Delhi, India
  • 2012 Green Economy: Does it include you? Brazil
  • 2013 Think.Eat.Save. Reduce Your Foodprint, Mongolia
  • 2014 Raise your voice, not the sea level, barbados
  • 2015 Seven Billion Dreams. One Planet. Consume with Care. Italy
  • 2016 Zero Tolerance for the Illegal Wildlife trade, Angola
  • 2017 Connecting People to Nature – in the city and on the land, from the poles to the equator, Canada

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: ras.doe

Sunday, June 04, 2017

5 Rahsia Khasiat Kurma Untuk Kesihatan Yang Ramai Tidak Tahu

5 Rahsia Khasiat Kurma Untuk Kesihatan Yang Ramai Tidak Tahu

Menurut kajian, permintaan terhadap buah kurma di Malaysia meningkat menjelang bulan puasa. Namun, tahukah anda bahawa kurma ini sangat bagus untuk dimakan sepanjang masa?

Kurma

Berikut ini dikongsikan khasiat kurma yang mungkin anda tidak tahu:

1. Menguatkan Memori

Kebiasaannya makanan yang sering dijadikan amalan untuk meningkatkan daya ingatan adalah kismis.

Tetapi, tahukah anda bahawa kurma sebenarnya mengandungi khasiat yang cukup untuk meningkatkan daya ingatan seseorang.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak di peringkat sekolah, kurma adalah snek terbaik yang patut diberikan kepada mereka untuk mengukuhkan memori.

2. Baik Untuk Ibu Mengandung, Berpantang

Pernahkah anda dengar kisah tentang Maryam yang hanya makan buah kurma sewaktu melahirkan Nabi Isa? Jadi khasiat kurma ini memang tiada tandingannya.

Menurut kajian, buah kurma bagus untuk wanita hamil kerana akan memudahkan proses bersalin selain akan mengurangkan masalah pendarahan.

Selain itu, kurma juga akan memberikan khasiat yang baik untuk bayi di dalam kandungan.

3. Baik Untuk Kesihatan Jantung

Tahukah anda, sebenarnya kurma juga boleh mencegah masalah penyakit jantung. Anda hanya perlu merendam beberapa biji kurma semalaman lalu ditumbuk dan dimakan pada keesokan paginya. Dengan cara ini, pasti akan dapat membantu menguatkan jantung anda.

Kajian mendapati kurma juga kaya dengan sumber potasium, iaiatu membantu mengurangkan risiko serangan strok.

4. Baik Untuk Kesihatan Tulang

Kandungan mineral yang tinggi di dalam kurma menjadikannya sumber yang baik untuk kekuatan tulang.

Masalah penyakit seperti osteoporosis juga dapat dibendung dengan mengamalkan pengambilan buah ini.

Selain kaya dengan mineral, kurma juga mempunyai jumlah magnesium yang tinggi dan membantu pertumbuhan tulang.

5. Merawat Masalah Usus

Kandungan nikotin di dalam kurma sememangnya membantu menyelesaikan pelbagai masalah usus.

Dengan pengambilan kurma secara konsisten, ia dapat membantu melegakan masalah makanan tidak hadam dan masalah pencernaan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Ketahui Khasiat Hebat Buah Kurma, Jangan Buang Biji Selepas Makan

sumber: astroawani

Beg Misi Ke Bulan Neil Armstrong Berharga RM17 Juta!

Beg Misi Ke Bulan Neil Armstrong Berharga RM17 Juta!

Jika dibandingkan sekarang dengan tahun 1960an, teknologi sekarang semestinya lebih gempak jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya.

Neil Armstrong - lunar-sample-bag

Walaupun teknologi angkasa lepas kita semakin baik, tetapi saya tidak pernah dengar tentang misi mendarat di bulan yang dibuat oleh mana-mana negara dalam dekad yang lalu.

Disebabkan itu, sebarang memorabilia yang pernah sampai ke bulan dianggap rare dan one of a kind. Lebih-lebih lagi kalau ianya milik orang pertama yang jejakkan kaki ke bulan, Neil Armstrong.

Sebuah beg yang tertulis ‘Lunar Sample Return’ milik Neil Armstrong bakal dilelong oleh syarikat lelongan Sotheby pada bulan Julai nanti.

Menariknya, Sotheby meramalkan yang beg ini bakal terjual dalam acara lelongan itu pada harga USD4 juta (lebih kurang RM17 juta)!

Apa yang menarik tentang beg ini adalah ianya adalah beg sample yang digunakan Neil sendiri untuk membawa serpihan batu di bulan ke bumi dan menambah keunikan beg ini adalah masih terdapat debu dan partikel batu bulan pada beg ini hasil misi Apollo 11.

Beg ini pada mulanya disimpan oleh NASA Space Center di Texas tetapi, disebabkan oleh satu kes mahkamah, beg ini dikembalikan kepada seorang peguam, Nancy Carlson yang membelinya pada tahun 2015 dengan harga USD995 (lebih kurang RM4,200) sahaja.

Pihak NASA agak kecewa dengan kes ini kerana menurut mereka, sesuatu yang unik seperti ini tidak sepatutnya dimiliki oleh mana-mana individu.

Neil Armstrong
Antara serpihan batu bulan yang dibawa pulang Neil Armstorng.

Kisahnya bermula apabila pihak kerajaan membuat kesilapan ketika melabel beg ketika misi Apollo 11 ini dan melabelkan beg Neil ini sebagai beg yang tidak digunakan ketika misi berkenaan.

Jadi mereka membuat jualan secara online pada tahun 2015 dan Nancy Carlson membelinya tanpa mengetahuinya nilainya yang sebenar.

Tetapi kemudiannya selepas pemeriksaan pihak NASA, beg yang dibeli Nancy adalah beg kepunyaan Neil kerana masih terdapat lunar dust pada beg berkenaan.

Mereka ingin menyimpan kembali beg berkenaan tapi malang buat NASA, kerana keputusan mahkamah berpihak kepada Nancy Carlson sebagai tuan punya baru beg ini.

Menurut penganalisa di Sotheby, Cassandra Hatton beliau berpendapat nilai USD4 juta itu kecil kerana hanya satu sahaja beg ini terdapat di dunia dari misi Apollo 11 dan anda tidak akan jumpa lagi memorabilia seperti ini di masa akan datang.

Dengan pelaburan hanya USD995, ianya umpama jackpot buat Nancy.

Beg sample ini akan mula dilelong pada 20 Julai 2017 dan sama-sama kita tunggu sama ada ianya mampu mencecah harga USD4 juta atau pun lebih.

BACA INI JUGA: Misteri Kata-kata Neil Armstrong Sebelum Mendarat Ke Bumi

sumber: thevocket