Tuesday, June 06, 2017

Anak Lembu Pelik Berwajah Manusia Dianggap Utusan Dewa


Sebuah perkampungan di Muzaffarnagar, Uttar Pradesh, India dihebohkan dengan kelahiran seekor anak lembu yang berupa wajah manusia.

Anak Lembu Wajah Manusia

Anak lembu baru lahir itu dilapor memiliki mata, hidung dan telinga yang sangat mirip seakan manusia.

Kerana ‘keajaiban’ yang dimiliki itu, ia telah membuatkan ribuan penduduk kampung tersebut berpusu-pusu mahu melihat anak lembu itu kerana percaya haiwan itu merupakan utusan dari dewa.

Namun sayangnya, anak lembu pelik ini dilaporkan mati selepas satu jam dilahirkan.

Menerusi rakaman video yang dirakam, penduduk tempatan datang membawa kalungan bunga dan memberi sembah dengan membongkok badan sebagai tanda hormat di hadapan anak lembu yang disimpan dalam bekas kaca itu.

Penduduk kampung itu khususnya yang beragama Hindu percaya anak lembu itu merupakan Gokaran, iaitu jelmaan Dewa Wisnu sehinggakan mereka berhajat ingin membina kuil sempena kelahiran anak lembu itu.

Sementara itu, pemilik haiwan itu, Raja Bhaiya Mishra, 55, turut meluahkan rasa syukurnya kerana anak lembu itu lahir di kampung tersebut.

“Satu keajaiban anak lembu ini lahir di tempat perkampungan kami. Ribuan orang sudah datang untuk melihatnya. Kami akan membangunkan kuil untuknya,” katanya.

BACA INI JUGA: Pelik! Rela Dipijak Ratusan Lembu Agar Doa Dimakbulkan

sumber: mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon