Wednesday, May 24, 2017

Sambutan Hari Komonwel, Commonwealth Day

Sambutan Hari Komonwel, Commonwealth Day

Sambutan Hari Komonwel, Commonwealth Day disambut pada 24 Mei setiap tahun untuk memperingati tentera yang terkorban ketika berkhidmat Perang Dunia Pertama.

Commonwealth-Day

Hari Komonwel juga dikenali sebagai Poppy Day atau Hari Armistis yang disambut di negara-negara Komanwel.

Hari ini, ataupun hari-hari lain yang terpilih, juga diiktiraf sebagai hari istimewa untuk mengenang perang di kebanyakan negara bukan Komanwel.

Hari Peringatan disambut pada 11 November untuk mengenang berakhirnya Perang Dunia Pertama pada 11 November 1918.

Peperangan berakhir secara rasmi "pada jam sebelas tanggal sebelas pada bulan sebelas," bersempena dengan gencatan senjata yang dimeterai oleh wakil Jerman dan Pakatan antara pukul 5.12 ke 5.20 pagi.

("Pada jam sebelas" bermaksud berlalunya jam kesebelas atau pukul sebelas pagi) Perang Dunia Kedua berakhir secara rasmi dengan termeterainya Perjanjian Versailles pada 28 Jun 1919.

Hari Peringatan ini dijadikan khusus oleh Raja George V pada 7 November 1919 untuk memperingati anggota tentera yang terkorban sewaktu Perang Dunia Pertama, mungkin atas cadangan Edward George Honey kepada Wellesley Tudor Pole yang menentukan dua tempoh peringatan yang berasaskan peristiwa-peristiwa pada tahun 1917.

Hari Armistis yang julung kali disambut di Istana Buckingham, dimulakan dengan Raja George V yang menganjurkan "Kenduri Kebesaran untuk Presiden Republik Perancis" pada waktu senja 10 November 1919.

Seterusnya, sambutan Hari Armistis Rasmi yang Pertama di Perkarangan Istana Buckingham pada waktu pagi 11 November 1919 menjadi perintis bagi Hari-Hari Peringatan yang berikutnya.

Bunga popi berwarna merah merupakan lambang Hari Peringatan berdasarkan puisi "In Flanders Fields".

Bunga popi ini mekar di medan peperangan paling dahsyat di Flanders sewaktu Perang Dunia Pertama, dengan warna merah yang ceria sebagai lambang sesuai untuk darah yang tumpah di medan perang.

Selamat menyambut Hari Komonwel.

BACA INI JUGA: Sambutan Hari Penyu Sedunia, World Turtle Day

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, May 23, 2017

8 Pick Up Line Terbaik Mampu 'Mencairkan' Pasangan Anda

8 Pick Up Line Terbaik Mampu 'Mencairkan' Pasangan Anda

‘Opera Van Java’ merupakan program berkonsepkan komedi yang disiarkan di stesen televisyen Indonesia, ‘Trans7’.

Ratu Gombal (Jessica Iskandar)

Dalam salah sebuah episod yang ditayangkan, Raja Gombal (Andre OVJ) dan Ratu Gombal (Jessica Iskandar) bertukar-tukar ayat cinta atau lebih tepat sekali, pick up line antara satu sama lain.

Lucu sungguh ayat-ayat yang digunakan sehingga semua penonton ketawa besar.

Berikut adalah 8 pick up line pilihan kami.

#1 – Pantun Empat Kerat

Kelmarin hari Selasa,
Aku membeli kelana,

Kata orang kamu itu biasa,
Tapi buat aku kamu itu sempurna!

#2 – Dialog

Lelaki: Aku mahu bilang terima kasih sama kamu.

Perempuan: Kenapa, bang?

Lelaki: Gara-gara kamu ngajarin aku. Kelmarin result aku dapat 9.

Perempuan: Dalam mata pelajaran apa?

Lelaki: Mata pelajaran… ‘Mencintai kamu!’

#3 – Dialog

Perempuan: Tahu tak, aku sampai sekarang masih belum bisa membaca.

Lelaki: Aduh, kesian sekali kamu. Baca apa?

Perempuan: Baca isi hati kamu...

#4 – Dialog

Perempuan: Pilih yang kiri atau yang kanan? (sambil tunjukkan kedua-dua belah tangan yang digenggam)

Lelaki: Hmm… kanan.

Perempuan: Kenapa tak pilih dua-dua saja, ini juga milik kamu kan (sambil tunjukkan tangan belah kiri)

#5 – Dialog

Perempuan: Kamu lebih suka mocha atau kopi?

Lelaki: Wah… dua-duanya saya suka ni. Hmm… Aku pilih kopi aja.

Perempuan: Kopi?

Lelaki: Kupinang (sebut ‘kopinang’) kau dengan Bismillah!

#6 – Dialog

Lelaki: Aku takut...

Perempuan: Takut apa?

Lelaki: Aku takut kehilangan kamu!

#7 – Dialog

Perempuan: Penonton..

Penonton: Ooii..

Perempuan: Aku takut.

Penonton: Takut apa..

Perempuan: Aku takut kehilangan dia..

#8 – Dialog

Lelaki: Mulai sekarang aku tak mahu main wayang lagi

Perempuan: Jadi, sekarang mahu jadi apa?

Lelaki: Aku mahu jadi petani aja..

Perempuan: Kenapa mahu jadi petani?

Lelaki: Supaya setiap saat aku bisa menanam cinta di hati kamu!

***

Jom kita saksikan klip video penuh rancangan ini.

Kami pasti anda juga akan ketawa!

BACA INI JUGA: 7 Mitos Cinta Filem-filem Hollywood




sumber: thevocket

Hukum Berdosa Suami `Pancut Luar’ Tanpa Izin Isteri

Hukum Berdosa Suami `Pancut Luar’ Tanpa Izin Isteri

Islam melarang umatnya melakukan pencegahan kehamilan termasuk mengeluarkan air mani di luar rahim tanpa sebab munasabah kerana perbuatan itu akan mengurangkan bilangan umat Islam.

Hukum Suami `Pancut Luar’
Gambar hiasan.

Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, anak-anak merupakan rahmat dan warisan agama maka membanyakkan anak yang soleh bererti mengukuhkan kekuatan dan kedudukan umat Islam.

“Perbuatan mengeluarkan air mani diluar rahim ketika melakukan persetubuhan dinamakan ‘azal’. Ia biasanya dilakukan untuk mengelakkan daripada mengandung.

“Namun oleh kerana wujudnya hadis muslim yang menamakan ‘azal sebagai al-wa`d al-khafi iaitu membunuh anak secara senyap, maka kebanyakan ulama memakruhkan perbuatan ini,” katanya.

Beliau menjawab soalan netizen sama ada perbuatan mengeluarkan air mani di luar rahim sebagai kaedah merancang keluarga dianggap menolak kurniaan Allah S.W.T atau membunuh benih.

Mohd. Asri berkata, hasrat mencegah kehamilan disebabkan bimbang kepapaan, kekurangan rezeki atau kurang kemewahan adalah haram kerana tidak meyakini rezeki Allah.

Bagaimanapun, katanya, jika disebabkan keadaan tertentu yang mendesak seperti kesihatan, terancam atau dalam bahaya seperti peperangan serta ancaman pihak lain maka ia diizinkan.

“Perlu diingatkan oleh kerana perbuatan ini boleh menyebabkan isteri hilang kelazatan persetubuhan atau tidak sampai kemuncak kelazatannya (orgasm), maka suami yang ingin melakukannya hendaklah mendapat keizinan isteri.

“Ini kerana persetubuhan adalah hak bersama suami dan isteri, demi keadilan dan hak isteri, maka izinnya perlunya perlu diminta. Inilah pendapat yang paling kuat kebanyakan ulama,” katanya.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (23 Mei)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (23 Mei)

Tarikh 23 Mei merupakan hari ke 143 (hari ke 144 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan inggal 222 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Catherine dari Aragon
Catherine dari Aragon.

Banyak peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah dunia pada tarikh hari ini.

Peristiwa

1430 - Perang Seratus Tahun: Jeanne d'Arc ditangkap dalam Pengepungan Compiègne.

1533 - Perkahwinan antara Henry VIII dari England dan isteri pertamanya Catherine dari Aragon dibatalkan Ketua Biskop Canterbury Thomas Cranmer.

1568 - Pemberontakan Belanda tercetus apabila pemberontak Belanda yang diketuai Louis dari Nassau menyerang Friesland dalam Pertempuran Heiligerlee.

1844 - Sayyid `Alí-Muhammad Shírází mengisytiharkan dirinya sebagai "Báb", menandakan permulaan Bábisme, pelopor Kepercayaan Bahá'í.

1873 - Polis Berkuda Barat Laut diasaskan di Wilayah-wilayah Barat Laut, Kanada.

1934 - Perompak bank Amerika Syarikat Bonnie dan Clyde diserang hendap dan dibunuh oleh pihak polis di Bienville, Louisiana.

1945 - Akhir Perang Dunia II di Eropah: Reichspräsident Karl Dönitz ditahan dan kerajaan Flensburgnya dibubarkan.

1969 - Kumpulan rock United Kingdom The Who mempersembahkan opera rock Tommy.

1998 - Persetujuan Belfast diterima dalam satu pungutan suara, dengan lebih tiga perempat undi 'ya' terhadap Ireland Utara.

2008 - Mahkamah Keadilan Antarabangsa memberikan Batuan Tengah kepada Malaysia dan Batu Puteh kepada Singapura, menyelesaikan pertelingkahan wilayah selama 29 tahun.

2009 - Bekas Presiden Korea Selatan Roh Moo-hyun membunuh diri.

2009 - Madhav Kumar Nepal dipilih sebagai Perdana Menteri Nepal.

2010 - Sebuah kereta api penumpang dalam perjalanan dari Shanghai ke Guilin tergelincir berhampiran Fuzhou, Jiangxi, China, menyebabkan 19 orang maut.

2011 - Letusan gunung berapi Iceland Grimsvotn menyebabkan pembatalan penerbangan di utara Eropah.

Kematian

2017 - Memanjat usia 89 tahun, Roger Moore akhirnya dipanggil pergi, dia meninggal dunia di Switzerland. Tidak ramai yang tahu, beliau mula bertarung dengan kanser prostat semenjak 1993 lagi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (22 Mei)

sumber: wikipedia

Sambutan Hari Penyu Sedunia, World Turtle Day

Sambutan Hari Penyu Sedunia, World Turtle Day

Sambutan Hari Penyu Sedunia, World Turtle Day disambut pada 23 Mei setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang usaha melindungi penyu yang diancam kepupusan itu.

Hari Penyu Sedunia

Meskipun penyu telah wujud lebih 100 juta tahun, namun bilangannya semakin menurun di­sebabkan faktor luaran seperti aktiviti perburuan secara haram atau perubahan iklim yang tidak menentu.

Pelbagai inisiatif serta program dianjurkan oleh semua pihak di seluruh dunia bertujuan memberikan kesedaran, berkenaan pentingnya memulihara spesies terancam ini.

Antaranya, sambutan Hari Penyu Sedunia yang di­sambut secara global pada 23 Mei setiap tahun, untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti tempatan dan antarabangsa mengenai keperluan melindungi penyu dan memulihara ekosistem marin ini.

Selaras dengan usaha tersebut, di Malaysia dua institut penyelidikan di bawah Universiti Malaysia Terengganu (UMT), iaitu Unit Penyelidikan Penyu (SEATRU) dan Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) telah menganjurkan beberapa program berbentuk ke­sedaran marin, dengan harapan agar masyarakat akan lebih memahami serta prihatin terhadap langkah yang sepatutnya dijalankan demi menjaga spesies penyu ini daripada terancam.

Pelbagai aktiviti menarik dijalankan bagi meningkatkan kefahaman orang ramai mengenai biologi penyu, ancaman kepada penyu dan usaha orang ramai dalam memulihara haiwan ini.

Antaranya pameran poster menge­nai penyu, aktiviti mewarna dan taklimat manakala pelepasan anak penyu ke laut pula menjadi acara kemuncak.

Ancaman terhadap penyu dilihat semakin berleluasa sekarang ini dan cabaran terbesar dalam usaha pemuliharaan penyu terutama­nya pengu­tipan telur untuk tujuan komersial.

Sehingga kini, selain telur Penyu Belimbing, masih belum ada undang-undang untuk mengharamkan penjualan telur Penyu Agar dan Karah di Terengganu.

Ini menyebabkan penduduk tempatan semakin aktif mengutip te­lur penyu untuk dijual, tambahan pula harganya telah meningkat kerana permintaan orang ramai termasuklah pelancong dalam dan luar negara yang datang ke Terengganu.

Namun, usaha untuk menghentikan terus penjualan telur penyu mungkin akan mengambil masa yang agak lama memandangkan mentaliti mereka yang membeli dan memakan telur penyu agak sukar diubah.

Dengan pemahaman yang dapat dipupuk tentang betapa pentingnya memulihara penyu melalui sambutan Hari Penyu ini, maka aktiviti seperti penjualan dan memakan telur penyu dapat dikurangkan dari masa ke semasa.

Selamat menyambut Hari Penyu Sedunia.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Monday, May 22, 2017

Kementerian Kesihatan Nafi Buah Kurma Dijangkiti Virus Corona

Kementerian Kesihatan Nafi Buah Kurma Dijangkiti Virus Corona

Tiada amaran dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berhubung jangkitan corona virus yang disebabkan oleh kelawar ke atas buah kurma dari negara Timur Tengah.

Kurma Dijangkiti Virus Fitnah

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sehubungan itu beliau meminta orang ramai tidak mempercayai maklumat tidak tepat yang ditularkan di media sosial.

“Berita yang tidak tepat boleh mengelirukan dan boleh menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat.

“Perkongsian mesej viral yang tidak tepat boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan menggugat kesejahteraan umum,” katanya dalam satu kenyataan media.

Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan telah membuat semakan mengenai perkara itu dengan WHO dan dimaklumkan tiada amaran dikeluarkan berhubung perkara itu setakat ini.

“Kementerian Kesihatan sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna,” katanya.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Misteri Kehilangan ‘Lost Colony’ Pada 1590 di Pulau Roanoke

Misteri Kehilangan ‘Lost Colony’ Pada 1590 di Pulau Roanoke

Lost Colony adalah nama yang diberikan kepada penempatan Inggeris yang ditubuhkan pada tahun 1587 di Pulau Roanoke di luar pantai kawasan yang kini dikenali sebagai Carolina Utara, Amerika Syarikat.

Lost Colony Mystery

Tanah jajahan dan koloni Inggeris ini dikatakan lenyap kerana tiada siapa yang mengetahui ke mana mereka pergi atau apa yang terjadi kepada penduduknya.

Lost Colony adalah tanah jajahan kedua di Amerika Syarikat. Tanah jajahan pertama telah diasaskan di Pulau Roanoke oleh sekumpulan 108 orang yang dihantar ke situ oleh penjelajah terkenal Inggeris, Sir Walter Raleigh pada tahun 1585.

Tanah jajahan pertama diasaskan semata-mata untuk dijadikan pangkalan membaiki kapal perang Inggeris.

Walau bagaimanapun, mereka mendapati laut di sekeliling pulau ini terlalu cetek untuk kapal berlindung dan berlabuh. Tanah di Pulau Roanoke juga tidak cukup subur untuk menampung hidup orang Inggeris yang gemarkan makanan bergandum.

Tambahan pula, mereka juga menghadapi konflik persengketaan dengan orang Asli Amerika yang telah lama mendiami pulau Roanoke. Akibatnya, orang Inggeris tersebut pulang ke England pada tahun 1586.

Selepas koloni pertama tersebut, Sir Walter Raleigh yang masih tidak mengetahui bahawa koloni pertama sudah pulang ke England telah membawa lebih ramai koloni bersama-sama bekalan makanan.

Sebaik mereka tiba di sana, koloni pertama telah pun meninggalkan pulau tersebut. Apabila mengetahui hal tersebut, koloni kedua terus bertolak pulang ke England dan hanya meninggalkan 15 orang sahaja untuk terus tinggal di situ.

Lost Colony

Sir Walter Raleigh masih tidak berputus asa. Pada Mei 1587, beliau telah menghantar satu kumpulan koloni lain ke Amerika bagi meneroka pantai Teluk Chesapeake. Kumpulan inilah yang kemudiannya dikenali sebagai Lost Colony.

Kumpulan ini diketuai oleh John White, seorang berbangsa Inggeris yang pernah menjadi salah seorang ahli kumpulan koloni pertama. John White juga seorang pelukis dan rakan akrab kepada Sir Walter Raleigh.

Virginia Dare, bayi pertama lahir di Amerika

Pada Julai 1587, kapten kapal yang membawa koloni baru tersebut enggan berlayar melepasi Pulau Roanoke.

Ini memaksa koloni seramai 117 orang – 91 lelaki dan 17 perempuan serta 9 kanak-kanak mendarat dan membina penempatan di situ.

27 hari kemudian, anak perempuan John White, Eleanor Dare melahirkan seorang bayi perempuan di pulau tersebut.

Bayi yang diberi nama Virginia Dare adalah bayi berketurunan Inggeris pertama yang dilahirkan di Amerika. Pada hujung bulan Ogos, White kembali ke England untuk mendapatkan bekalan.

John White terpaksa menunggu masa yang lebih lama untuk kembali bertemu anak perempuan dan cucunya di Amerika.

Ini disebabkan oleh peperangan England dan Sepanyol pada 1588 dan Armada Sepanyol dilaporkan akan menyerang England. Kapal-kapal daripada England bimbang untuk berlayar akibat konflik tersebut.

Lost Colony hilang secara misteri

Pada Ogos 1590, John White telah berlayar balik ke Pulau Roanoke bersama-sama bekalan yang dibawa dari England.

Namun, setibanya di sana White mendapati tanah jajahan tersebut telah ditinggalkan. Penempatan mereka kosong dan tidak berpenghuni. Tiada sedikit pun tanda-tanda konflik dan pertempuran. Kesan darah dan rangka mayat juga tiada.

Kesan yang tinggal hanya huruf CRO yang diukir pada sebatang pokok dan perkataan CROATOAN yang diukir pada pokok yang lain.

Dua tahun sebelum itu, sewaktu White ingin berlayar pulang ke England, White pernah berpesan supaya mengukir Salib Malta di mana-mana pokok bagi memberi tanda bahawa mereka meninggalkan penempatan kerana terpaksa.

Namun, ukiran Salib Malta tiada dan hanya ukiran CRO dan CROATOAN sahaja yang ditinggalkan.

Croatoan adalah nama puak orang Asli yang peramah yang tinggal di selatan Pulau Roanoke. Mereka turut dikenali Hatteras.

John White mengarahkan anak buahnya berlayar ke selatan Pulau Roanoke untuk melihat samada koloni tersebut tinggal bersama-sama dengan puak Croatoan.

Walau bagaimanapun, angin kencang dan ribut menyebabkan ekspedisi pencarian tersebut terpaksa dibatalkan dan terus berlayar ke England.

Koloni yang hilang tersebut tidak pernah lagi dilihat oleh mana-mana orang Eropah dan ia kekal misteri sehingga ke hari ini.

Teori moden

Sebahagian ahli saintis moden berpendapat bahawa kebanyakan koloni yang hilang mungkin telah berhijrah ke Teluk Chesapeake dan kemudiannya mati terbunuh dalam pertempuran dengan puak orang Asli di sana.

Tidak kurang juga yang mengatakan Lost Colony telah dibunuh oleh puak orang Asli yang mengamalkan kanibalisme. Ahli arkeologi seperti Lawrence Stager berpendirian sedemikian.

Cerita-cerita yang dikumpulkan oleh penduduk Virginia menunjukkan bahawa anggota-anggota lain Lost Colony telah mengalami asimilasi dengan beberapa suku kaum orang Asli.

Tambah menyakinkan apabila suku orang Asli Lumbee yang tinggal di tenggara Corolina Utara percaya bahawa mereka ialah keturunan koloni yang hilang.

Satu ujikaji DNA yang dikenali sebagai The Lost Colony DNA Project telah dijalankan bagi mengesahkan samada terdapat DNA bangsa Eropah di kalangan mereka.

Selain puak Lumbee, puak orang Asli Coree dan Catawba turut diujikaji.

Walau apa pun teori dan hipotesis yang tampil saban tahun misteri kehilangan koloni di Pulau Roanoke masih lagi kekal misteri.

Tiada jawapan mampu menjelaskan misteri tersebut.

BACA INI JUGA: Misteri Kampung Anjikuni, Mereka Hilang Tanpa Sebarang Jejak!

sumber: takusahrisau

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (22 Mei)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (22 Mei)

Tanggal 22 Mei merupakan hari ke-142 (hari ke-143 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dan 223 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Salahuddin Al-Ayubbi

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Penyatuan di Yaman (1990) dan Hari Biodiversiti Antarabangsa.

Mari kita baca dan ketahui peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada hari ini dalam sejarah dunia.

Persitiwa

1176 - Salahuddin Al-Ayubbi terselamat daripada pembunuhan oleh Hashshashin dekat Aleppo.

1455 - Perang Bunga Ros bermula dengan kemenangan ahli York dalam Pertempuran Pertama St Albans ke atas kerabat Lancaster.

1807 - Bekas Naib Presiden Amerika Syarikat Aaron Burr didakwa oleh juri agung kerana khianat.

1826 - HMS Beagle bertolak bagi pelayaran peninjauan hidrografi pertamanya, dari Plymouth, England ke Patagonia dan Tierra del Fuego di ke Amerika Selatan.

1915 - Lima kereta api terlibat dalam kemalangan berhampiran Gretna Green, Scotland, mengorbankan 227 orang dan mencederakan 246 lagi.

1915 - Gunung Berapi Lassen Peak di kawasan Shasta Cascade, California Utara meletus kuat.

1960 - Gempa Bumi Agung Chile yang berukuran 9.5 Mw memusnahkan Valdivia, Chile. Tsunami yang terhasil menjangkau ke Hilo, Hawaii pada hari berikutnya.

1972 - Ceylon menukar namanya menjadi Sri Lanka, menerima perlembagaan baharu, dan secara rasmi menjadi republik.

1990 - Republik Arab Yaman dan Republik Demokratik Rakyat Yaman bergabung menjadi Republik Yaman.

2010 - Penerbangan 812 Air India Express terhempas dengan 166 di dalamnya ketika mendarat di Mangalore, India.

2011 - Lebih 110 orang terbunuh akibat puting beliung di Joplin, Missouri, yang terburuk di A.S. sejak 1947.

Kelahiran

1987 - Novak Djokovic, pemain tenis Serbia.

Kematian

1859 - Ferdinand II, seorang Raja Sicily.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (21 Mei)

sumber: wikipedia