Monday, May 22, 2017

Kementerian Kesihatan Nafi Buah Kurma Dijangkiti Virus Corona


Tiada amaran dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berhubung jangkitan corona virus yang disebabkan oleh kelawar ke atas buah kurma dari negara Timur Tengah.

Kurma Dijangkiti Virus Fitnah

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sehubungan itu beliau meminta orang ramai tidak mempercayai maklumat tidak tepat yang ditularkan di media sosial.

“Berita yang tidak tepat boleh mengelirukan dan boleh menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat.

“Perkongsian mesej viral yang tidak tepat boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan menggugat kesejahteraan umum,” katanya dalam satu kenyataan media.

Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan telah membuat semakan mengenai perkara itu dengan WHO dan dimaklumkan tiada amaran dikeluarkan berhubung perkara itu setakat ini.

“Kementerian Kesihatan sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna,” katanya.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon