Sunday, March 26, 2017

Ketahui Rahsia Personaliti Wanita Disebalik Warna Kegemarannya

Ketahui Rahsia Personaliti Wanita Disebalik Warna Kegemarannya

Menurut hasil kajian, seorang wanita boleh dinilai perwatakannya melalui warna-warna kegemaran pilihannya.

Warna

Di sini, disebutkan secara ringkas tentang rahsia wanita disebalik warna dan tafsiran perwatakan melalui pilihan warna kegemaran yang selalu dipilih olehnya.

Warna Merah
  • Berani
  • Emosional
  • Tegas
  • Tamak
  • Tahan melarat
  • Suka bersenang-lenang

Warna Biru
  • Setia pada pasangan
  • Pandai menyimpan wang
  • Kuat kemahuan
  • Suka berterus-terang
  • Jujur
  • Cekap
  • Mudah memaafkan
  • Tegas

Warna Hijau
  • Subur
  • Suka kepada kebahagiaan
  • Tidak suka bergaduh atau bertekak
  • Patuh pada ajaran agama
  • Suka berhias
  • Teguh pendirian
  • Kadang-kadang kolot

Warna Hitam
  • Suka menyendiri
  • Prihatin
  • Kuat menghadapi dugaan hidup
  • Tidak mudah dipengaruhi
  • Kuat berfikir
  • Setia pada pasangan
  • Baik hati tetapi cepat tersinggung

Warna Coklat
  • Kaya dengan sifat keibuan
  • Suka merendah diri
  • Sopan santun
  • Halus budi pekerti
  • Hati mudah merasa was-was
  • Takut berbuat salah

Warna Ungu
  • Pemurah dan tenang hatinya
  • Tidak suka diarah
  • Berinisiatif
  • Bijak tetapi agak beremosi
  • Keinginannya tidak meluap-luap

Warna Kelabu
  • Suka merendah diri
  • Tenang
  • Suka mengalah
  • Cerdas dan bijak

Warna Kuning
  • Menyukai ilmu
  • Gemar membaca
  • Tekun
  • Cerdas
  • Tabah menghadapi cabaran

Warna Putih
  • Tidak bersangka buruk
  • Berkata benar
  • Jujur
  • Rendah hati
  • Sopan-santunKuat menerima ilmu
  • Sentiasa tenteram hatinya
  • Suka menolong
  • Sentiasa bertawakal

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

BACA INI JUGA: Benarkah Pemilik Garis Tangan Berbentuk M Sangat Istimewa?

sumber: 1001rahsiadiri

Apa Itu Epilepsi, Simptom, Punca Dan Rawatan

Apa Itu Epilepsi, Simptom, Punca Dan Rawatan

Epilepsi atau ayan dan lebih dikenali sebagai penyakit sawan adalah gangguan otak apabila sel-sel saraf dalam otak kadang-kala mengeluarkan isyarat yang luar biasa.

Apa itu Epilepsi

Corak aktiviti neuron terganggu dan menjejaskan perasaan, tingkah laku dan emosi atau kadang-kala menyebabkan kejang otot dan pengsan.

Seseorang yang mengalami sawan tidak bermakna ia mempunyai epilepsi. Sekiranya seseorang kerap mengalami sawan (dua atau lebih) dikenalpasti mempunyai epilepsi.

Epilepsi tidak berjangkit dan tidak disebabkan oleh penyakit atau kemerosotan mental.

Epilepsi boleh dikawal, namun sesetengahnya sembuh dengan sendiri.

Punca

Epilepsi berpunca dari pelbagai faktor. Sebarang gangguan pada aktiviti normal neuron samada penyakit mahupun kecederaan otak boleh menyebabkan sawan.

Sebahagian besar sawan tidak diketahui puncanya.

Punca epilepsi:

  • Faktor-faktor genetik.
  • Kecederaan pranatal (sebelum kelahiran) dan masalah tumbesaran.
  • Cedera di otak.
  • Keracunan.
  • Tumor otak.
  • Pengambilan alkohol berlebihan.
  • Penyakit Alzheimer.
  • Angin ahmar (strok).
  • Jangkitan otak.
  • Serangan sawan juga boleh berlaku jika kurang tidur, meminum alkohol, stres atau mengalami perubahan hormon yang berkaitan dengan haid.

Tanda dan Gejala Epilepsi

Gejala epilepsi bergantung kepada kawasan otak yang terjejas.

Sawan setempat berlaku disebabkan oleh kejadian aktiviti yang tidak normal di salah satu kawasan otak.

Tanda dan gejala sawan setempat adalah:

  • Berasa gembira yang secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab.
  • Berasa marah.
  • Berasa sedih.
  • Loya.
  • Halusinasi (mendengar, bau, rasa, melihat atau merasa perkara yang tidak benar).
  • Berlaku samada mereka sedar atau tidak sedar.
  • Mampu melakukan pergerakan berulang-ulang (automasi) seperti mengelip mata, mengenyit mata dan menggerakkan mulut.
  • Sesetengah pesakit mempunyai aura tersendiri dengan menunjukkan tanda luar biasa atau amaran sebelum mendapat serangan.

Sawan menyeluruh berlaku akibat kejadian aktiviti tidak normal di kedua-dua belah otak.

Tanda dan gejala sawan menyeluruh adalah:

  • Tidak sedar.
  • Jatuh.
  • Kejang otot yang teruk.
  • Kancing gigi.
  • Mulut berbuih.
  • Terkencing.
  • Terbuang air besar.

Diagnosis Epilepsi

Diagnosa epilepsi adalah berdasarkan keterangan yang tepat yang diperolehi daripada individu yang menyaksikan kejadian serangan sawan ke atas pesakit.

Diagnosa epilepsi dilakukan dengan ujian EEG (electroensefalogram) dan imbasan otak.

EEG adalah rekod gelombang otak dengan meletakkan elektrod pada kulit kepala. EEG boleh mengesan aktiviti gelombang otak yang tidak normal.

Namun, ujian ini boleh menjadi kurang tepat kerana gelombang otak sesetengah pesakit direkodkan normal walaupun selepas mengalami sawan.

Pemantauan melalui video boleh digunakan bersama EEG untuk menentukan jenis sawan seseorang.

Imbasan otak yang digunakan adalah imej resonan magnetik (MRI). MRI digunakan bagi mengesan keabnormalan struktur di dalam otak

Ujian lain termasuk imbasan PET (tomografi pancaran positron), imbasan SPECT dan fungsi MRI. PET, SPECT dan fungsi MRI digunakan bagi mengesan keabnormalan fungsi otak.

Komplikasi

Kebanyakan pesakit epilepsi boleh menjalani kehidupan yang aktif, namun berisiko kepada 2 keadaan bahaya iaitu status epileptikus dan kematian secara tiba-tiba tanpa sebab.

Status epileptikus adalah serangan sawan yang berulang-ulang yang berpanjangan dan pesakit tidak sedarkan diri. Ia dirawat dengan pelbagai ubat anti-epileptik dan boleh mengancam nyawa.

Risiko kematian mengejut di kalangan penghidap epilepsi semakin meningkat, tetapi punca kematian tidak diketahui.

Risiko kematian mengejut juga terdapat di kalangan orang biasa. Walau bagaimanapun, risikonya adalah dua kali ganda. Punca sebenar kejadian ini tidak diketahui.

Rawatan Epilespi

Diagnosis yang tepat adalah penting untuk rawatan epilepsi.

Rawatan ubat-ubatan anti-epilepsi masa kini boleh mengawal 80% pesakit epilepsi manakala 20% lagi sukar dirawat dan disebut sebagai epilepsi refraktori.

Apabila epilepsi dikesan, rawatan perlu dimulakan secepat mungkin.

Terdapat pelbagai ubat-ubatan pencegah epilepsi yang mempunyai manfaat serta kesan sampingan tersendiri.

Pilihan ubat pencegah epilepsi bergantung kepada umur dan sifat sawan, gaya hidup pesakit, kekerapan sawan dan bagi wanita- samada hamil atau tidak.

Semua pesakit perlu mematuhi regimen rawatan dan berbincang dengan doktor sekiranya mengalami kesan sampingan dari ubat yang diambil.

Kebanyakan pesakit dirawat dengan sejenis ubat sahaja. Walau bagaimanapun, sesetengah pesakit memerlukan kombinasi ubat-ubatan anti-epilepsi.

Kesan sampingan kecil ubat termasuklah pening, berat badan bertambah dan keletihan. Kadang-kala pesakit mengalami kesan sampingan yang lebih serius seperti kesan buruk alergi yang boleh membawa maut seperti Steven Johnson Syndrome.

Ubat epilepsi juga boleh menyebabkan pesakit menjadi murung atau tidak berupaya untuk berfikir secara rasional.

Ubat epilepsi boleh juga berinteraksi dengan ubat-ubatan lain dengan cara yang berbahaya. Oleh itu pesakit perlu memberitahu doktor ubat-ubatan lain yang diambil.

Ubat epilepsi biasanya bermula pada dos yang rendah dan meningkat secara beransur-ansur. Ia mungkin mengambil masa untuk mencari dos yang sesuai untuk merawat pesakit di samping mengurangkan kesan sampingan.

Ubat-ubatan boleh dihentikan setelah mendapat nasihat dan pengawasan doktor. Doktor akan menghentikan ubat jika pesakit tidak mengalami sawan melebihi 2 tahun. Sesetengah pesakit pula antara 3 hingga 5 tahun.

Apabila sawan tidak dapat dikawal dengan kaedah ubat-ubatan, doktor boleh merujuk pesakit untuk membuat penilaian pembedahan. Ini biasanya dilakukan oleh pakar. Keputusan untuk pembedahan adalah bergantung kepada jenis epilepsi dan kawasan otak yang terjejas.

Kaedah lain untuk merawat epilepsi adalah makanan ketogenik (makanan yang menggalakkan pembetntukan bahan-bahan dalam tisu) untuk kanak-kanak.

Pencegahan Epilespi

  • Cegah trauma di kepala, dengan memakai topi keledar dan tali pinggang keledar.
  • Menjaga peringkat pranatal dengan baik, termasuk merawat tekanan darah tinggi dan jangkitan dalam kehamilan.
  • Merawat penyakit kardiovaskular, jangkitan penyakit, tekanan darah dan gangguan lain yang boleh menjejaskan otak.

Kesan Epilepsi

Kebanyakan penghidap epilepsi boleh menjalani kehidupan normal. Walau bagaimanapun, keadaan ini boleh menjejaskan kehidupan harian penghidap epilepsi, keluarga mereka dan rakan-rakan.

Masalah tingkah laku dan emosi

Kebanyakan penghidap epilepsi menghadapi masalah tingkah laku dan emosi. Ini disebabkan oleh rasa takut, malu dan kecewa dengan penyakit yang dihidapi.

Kaunseling boleh membantu pesakit dan juga keluarga yang mengalami epilepsi.

Penghidap epilepsi juga berisiko tinggi menjadi murung, membunuh diri dan mempunyai jati diri yang rendah.

Larangan Memandu dan rekreasi

Penghidap epilepsi:

  • Dilarang memandu kecuali tidak mengalami serangan sawan dalam tempoh yang lama.
  • Dilarang membuat terjunan udara dan berlumba motor.

Aktiviti seperti belayar dan berenang memerlukan pengawasan manakala berjoging, bola sepak dan sukan lain adalah aktiviti yang agak selamat.

Pendidikan dan pekerjaan

Sebahagian besar individu dengan epilepsi telah berjaya dalam pelajaran dan pekerjaan, bagaimanapun sebilangan individu dengan epilepsi sukar menamatkan pengajian kerana serangan sawan dan masalah ingatan dan tumpuan.

Sebahagian penghidap epilepsi menganggur kerana tekanan sosial, salah faham serta kesan ubat sedatif yang menyebabkan mengantuk.

Ibu hamil

Kebanyakan wanita yang menghidap epilepsi boleh hamil dan risiko kecacatan anak kandungan adalah 4 hingga 6%.

Peluang untuk berjaya dalam proses kehamilan adalah melebih 90% dan anak kepada penghidap epilepsi mempunyai risiko mendapat epilepsi kurang dari 5%.

Untuk mengurangkan risiko semasa hamil, penghidap epilepsi perlu mendapatkan nasihat doktor mengenai ubat-ubatan yang diambil. Sesetengah ubat boleh menyebabkan kecacatan bayi.

Wanita disarankan mengambil makanan tambahan semasa pranatal dan asid folik untuk mengurangkan risiko kecacatan bayi.

Sawan semasa hamil boleh membahayakan janin dan menyebabkan keguguran. Walau bagaimanapun, ramai penghidap epilepsi melahirkan bayi yang normal dan sihat.

Seseorang yang mengambil ubat pencegah epilepsi boleh memberi susu badan kerana jumlah ubat yang dirembeskan di dalam susu ibu adalah rendah dan tidak berbahaya kepada bayi.

Kadang-kala bayi boleh menjadi mengantuk namun, faedahnya lebih banyak berbanding risiko.

Sesetengah ubat pencegah epilepsi boleh menjejaskan keberkesanan ubat kontraseptif oral. Wanita yang ingin menggunakan pil perancang disyorkan merujuk doktor terlebih dahulu.

BACA INI JUGA:

sumber: myhealth

Saturday, March 25, 2017

Ikan Kerapu Gergasi 150 Kilogram Berharga RM7,500!

Ikan Kerapu Gergasi 150 Kilogram Berharga RM7,500!

Suasana di Pasar Besar, Lebuh Cecil, Georgetown, menjadi kecoh apabila nelayan berjaya membawa pulang tangkapan besar iaitu seekor ikan kerabu gergasi seberat 150 kilogram.

Ikan Kerapu Gergasi

Percaya ikan gergasi itu bakal memberi keuntungan padanya, seorang pemilik restoran sanggup membida ikan sepanjang 1.8 meter itu dengan harga RM7,500.

Pemilik restoran berkenaan, Chew Kean Ghee, 45, membeli ikan gergasi itu daripada nelayan di Pulau Kendi, yang menjual secara tender kepada sesiapa yang berminat.

Menurutnya, dia gembira memiliki ikan kerapu tersebut dan percaya ianya boleh menarik ramai pelanggan yang mahu menikmati ikan segar.

“Ikan kerapu ini akan digoreng atau dibuat sambal, sup dan sebagainya sebelum dijual pada harga serendah RM17 ke atas mengikut tempahan pelanggan sama ada secara individu atau kumpulan,” katanya.

Ini bukan kali pertama Chew membeli ikan gergasi kerana pada tahun 2012 dia pernah membeli ikan kerapu seberat 168 kilogram dengan harga RM7,560 yang ditangkap di perairan Teluk Bahang.

Dia menjalankan perniagaan makanan itu sejak 25 tahun lalu.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Apa Hukum Berduaan Bersama Pemandu Bukan Mahram?

Apa Hukum Berduaan Bersama Pemandu Bukan Mahram?

Secara asasnya, terdapat larangan ke atas umat Islam terhadap perbuatan berkhalwat atau berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Teksi+mahram

Ini adalah berdasarkan kepada sebuah riwayat daripada Saidina Abdullah Ibn Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya);

"Tidak boleh untuk seorang lelaki itu berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan bersama-sama dengan perempuan itu mahramnya." Riwayat Muslim (1341)

Daripada nas di atas, jelas menunjukkan perbuatan berkhalwat antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah suatu yang dilarang. Ini kerana, perkataan “la” di dalam hadis tersebut merupakan “la” al-Naahiyah (larangan) yang membawa hukum haram.

Berkata Imam al-Nawawi Rahimahullah apabila mensyarahkan hadis ini:

“Maksud hadis ini adalah, Janganlah seorang lelaki itu duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan bersama-sama dengannya mahramnya. Dan sekiranya seorang lelaki ajnabi itu berkhalwat bersama-sama dengan wanita ajnabiyyah tanpa ada yang ketiga maka perbuatan itu adalah haram secara sepakat para ulama. Demikianlah juga (hukumnya) jika bersama-sama perempuan tersebut seseorang yang mereka tidak berasa malu dengannya disebabkan kecilnya dia seperti seorang kanak-kanak lelaki berusia dua atau tiga tahun dan seumpamanya maka kewujudan anak tersebut sama seperti tidak ada orang.” Rujuk Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi (9/109).

Hikmah daripada larangan ini adalah, supaya perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina atau mukadimah zina (permulaan) dapat dielakkan.

Ini kerana, perbuatan khalwat (berdua-duan) itu sendiri merupakan suatu ruang yang besar untuk dimasuki oleh syaitan dalam usaha merosakkan anak Adam serta menimbulkan fitnah yang besar pada diri mereka.

Hal ini bertepatan dengan sebuah riwayat daripada Saidina Abdullah Ibn Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):

“Ketahuilah bahawa tidaklah berdua-duaan seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan yang ketiganya adalah syaitan.” Riwayat Al-Tirmizi (2165)

Syeikh Muhammad bin Abd Al-Rahman Al-Mubarakfuri Rahimahullah apabila mensyarahkan hadis ini berkata:

“Makna hadis ini adalah: Syaitan ada bersama keduanya (lelaki dan perempuan yang berkhalwat) serta membisikkan syahwat kepada mereka sehinggalah ia mencampakkan mereka berdua ke lembah penzinaan.” Rujuk Tuhfah Al-Ahwazi, Al-Mubarakfuri (6/320).

Maka berdasarkan beberapa dalil yang kami kongsikan di atas, dapatlah kita fahami bahawa berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah suatu perbuatan yang haram lagi ditegah.

Ini sama ada khalwat itu berlaku di taman-taman bunga, taman tasik, dalam bilik atau hotel, dan begitulah juga di dalam kenderaan seperti teksi, Uber, atau GrabCar.

Dalam isu ini, kami mendapati bahawa para fuqaha turut menyatakan beberapa keadaan yang dibolehkan untuk seorang lelaki itu berdua-duaan dengan wanita ajnabiyyah.

Antaranya adalah apa yang disebutkan oleh Imam Al-Nawawi Rahimahullah: Dan dikecualikan daripada isu ini (berdua-duaan dengan bukan mahram) kesemua tempat-tempat yang terdapat padanya dharurat.

Seperti seseorang lelaki itu menjumpai seorang perempuan yang sesat di jalanan atau seumpamanya maka diharuskan kepadanya untuk menemankan wanita itu bahkan menjadi satu tuntutan kepadanya untuk melakukan hal itu sekiranya dia takutkan keselamatan wanita itu apabila ditinggalkan bersendirian.

Imam Al-Nawawi menguatkan pendapatnya di atas dengan berdalilkan hadis Umm Al-Mu’minin A’isyah RA sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim (2770) tatkala Safwan bin Al-Mu’atthal Al-Sulami menemankan Sayyidah A’isyah RA pulang ke Madinah.

Demikianlah juga kami nukilkan pendapat Al-Qadhi Abi Ya’la Al-Farra’ Rahimahullah ketika mengulas isu yang berkaitan dengan seorang Muhtasib iaitu seseorang yang melakukan hisbah.

Kata beliau, “Apabila seorang muhtasib itu melihat seorang lelaki dan perempuan berjalan di atas jalan dan tidak jelas daripada keduanya tanda-tanda yang meragukan maka dia tidak membantah ke atas mereka berdua secara kasar dan mengingkari mereka.” Rujuk Al-Ahkam Al-Sulthaniyah, Abu Ya’la (Hlm. 293).

Berdua-duaan dengan pemandu yang berlainan jantina

Berkenaan isu ini, kami mencadangkan supaya pemandu ataupun pelanggan tersebut hendaklah berusaha sebaik mungkin bagi mengelakkan perbuatan berkhalwat seperti ini berlaku di dalam kenderaan baik seperti teksi, Uber, ataupun GrabCar.

Sebagai contohnya, daripada pihak pelanggan Uber atau GrabCar maka pengguna apabila selesai menekan butang request atau book, maklumat berkenaan pemandu dari sudut jantina, nombor pendaftaran kereta, serta jenis kereta.

Maka berikut terdapat beberapa dhawabit (kriteria) yang kami kongsikan berkenaan isu ini:

Para pelanggan perkhidmatan ini boleh menekan butang cancel request sekiranya dia mendapati pemandu tersebut berlainan jantina dengannya.

Bagi pihak pemandu pula, menolak permintaan pelanggan baik lelaki atau perempuan dengan beberapa kali boleh jadi menyebabkan akaun mereka digantung oleh pihak pengurusan syarikat. Ini akan menyukarkan pemandu dari sudut pekerjaan mereka, selain

Maka kami berpendapat tidak mengapa di dalam kes ini untuk pemandu berdua-duaan bersama penumpang berlainan jantina di dalam kenderaan.

Dengan syarat penumpang itu duduk di bahagian belakang kenderaan, tidak berbual melainkan sekadar yang perlu sahaja.

Pemandu melalui jalan yang tidak sunyi agar terlindung dari sebarang fitnah.

Kesimpulan


Setelah kami meneliti isu ini dari pelbagai sudut, kami mendapati bahawa hukum berdua-duaan pemandu dengan penumpang bukan mahram di dalam kenderaan yang sama adalah tidak mengapa selama mana menepati dhawabit yang telah kami nyatakan.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Nota: Artikel ini pandangan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan dimuatkan kali pertama dalam laman web mufti wilayah persekutuan.

Ia dikemukakan bagi menjawab soalan berikut:, “Apakah hukum menaiki teksi atau perkhidmatan Uber dalam keadaan berdua-duaan dengan pemandu yang berlainan jantina iaitu bukan mahram.”

BACA INI JUGA: Kenapa Islam Haramkan Melukis Gambar Wajah Nabi Muhammad?

sumber: mk

11A+ SPM 2016 dan Hafaz 30 juzuk Al-Quran, Remaja ini Kongsi Rahsianya

11A+ SPM 2016 dan Hafaz 30 juzuk Al-Quran, Remaja ini Kongsi Rahsianya

Salah seorang pelajar cemerlang SPM 2016 yang mendapat semua A+ adalah adik Husna Mardhiyyah binti Mohd Fauzi dari Terengganu.

Husna Mardhiyyah binti Mohd Fauzi

Beliau merupakan pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Kemaman, Terengganu dan di anugerahkan Anugerah Terbaik Ulul Albab.

Apa yang menariknya, beliau bukan sahaja berjaya dalam peperiksaan SPM 2016, malah seorang yang sangat pintar dalam bahasa Arab serta hafazan Al-Quran.

Berikut adalah video beliau semasa mengambil keputusan SPM 2016 lalu dan beliau berkongsi sedikit sebanyak bagaimana cara beliau menggunakan masa beliau untuk mencapai keputusan yang amat membanggakan ini.

Baca Al-Quran sebelum membuka buku akademik

Husna Mardhiyyah binti Mohd Fauzi

Pasti anda semua bersetuju dengan apa yang beliau katakan. Sememangnya cara beliau adalah yang terbaik untuk mendapatkan keberkatan dan juga ilmu dunia.

Beliau mengamalkan membaca Al-Quran terlebih dahulu sebelum membuka buku akademik.

Menurut beliau, jika kita mahu berjaya dalam akademik, kita perlu mendapatkan redha Allah terlebih dahulu. Juga beliau menasihatkan untuk menjaga adab dengan ibu bapa dan juga menjaga hubungan sesama manusia.

Walaupun tidak berapa yakin akan mendapat 11A+, namun beliau yakin jika Allah mengkehendakki beliau untuk dapat, beliau akan dapat.

Beliau juga memberitahu selalu berhubung dengan ibu bapa melalui telefon kerana bersekolah di asrama, dan setiap kali menelefon beliau akan minta ibu bapanya untuk berdoa untuknya, dan juga meminta maaf dan restu dari mereka.

Ibunya turut memberitahu media apa yang dilakukan ketika mengandungkan remaja hebat ini.

“Daripada dalam kandungan lagi saya sentiasa membaca Al-Quran, seperti mana yang kita tahu kan, 3 surah itu. Surah Luqman, Surah Mariam dan Surah Yusuf. Dan juga kalau kita tak mengaji pon, kalau kita naik kereta, kita perdengarkan bacaan Al-Quran daripada tape”

Husna Mardhiyyah binti Mohd Fauzi

Bercita-cita untuk menjadi pensyarah, remaja hebat ini menghafaz 30 juzuk Al-Quran, serta mendapat perlbagai anugerah. Kami sediakan biodata beliau serta anugerah dan pencapaian yang beliau terima.

Kami sangat berbangga dengan anak muda ini atas pencapaian beliau. Semoga beliau dapat menjadi contoh kepada anak-anak muda yang lain dalam menjadi remaja yang berjaya di dunia dan di akhirat insyaAllah.

Bak kata orang-orang tua “Sejuk perut ibu mengandung”.

BACA INI JUGA: Makanan Terbaik Untuk IQ Tinggi

sumber: iluminasi

Mujahidin Rohingya Bangkit Menyerang Balas?

Mujahidin Rohingya Bangkit Menyerang Balas?

Bulan Ramadhan antara lain Syahrul Qur’an (Bulan Al-Quran), Syahru Shiyam (Bulan menahan lapar dan dahaga), Syahrul Mubarak (Bulan yang penuh keberkatan) dan tak ketinggalan Syahrul Jihad (Bulan Jihad).

Mujahidin Rohingya

Ramadhan al Mubarak disebut Syahrul Jihad kerana sirah nabawiyah mencatat pada bulan ini telah terjadi perang Badar Kubra. Ini adalah perang yang pertama kali terjadi antara 303 kaum Muslimin melawan 1000 kaum musyrikin Quraisy.

Kemenangan berada di pihak kaum Muslimin. Sejarah mencatat musyrikin Quraisy yang mati sejumlah 70 orang termasuk Abu Jahal dan 70 yang lain tertawan. Adapun Muslimin yang syahid di jalan Allah berjumlah 14 orang.

Adakah sejarah akan berulang? Ratusan mujahidin Rohingya berlatih berperang di salah satu tempat yang nanti akan dikhabarkan Jihad disana untuk malawan musyrik Buddhis beserta bala tenteranya.

Mujahidin Rohingya wujud di negeri Arakan Rohingya, Myanmar. Begitulah sambutan Muslim di seluruh dunia apabila melihat gambar-gambar eksklusif latihan perang Muslim Rohingya yang tempatnya masih dirahsiakan.

Meskipun demikian jihad ini terbuka untuk mujahidin dari manapun untuk hadir di bumi Arakan, bahkan mereka memerlukan sokongan askar-askar Allah dari seluruh penjuru dunia untuk jihad dan Jihad fi sabilillah.

Merangkak, berlari, melompat, memanjat tali, dan meniti titian tali dari ketinggian 5 meter adalah latihan-latihan fizikal asas para Mujahidin.

Selanjutnya mereka diperkenalkan dengan senjata seperti AK-7 dan amunisinya, dari mula memunggah pasang hingga penggunaannya untuk membunuh orang-orang kafir yang memusuhi dan memerangi Islam dan kaum Muslimin.

Allah Ta’ala telah mewajibkan Jihad fi sabilillah, perang untuk tegaknya agama Allah di bumiNya. Ada tahap untuk mengisytiharkan perang kepada musuh-musuh Allah dan kaum mukmin.

Untuk itu Allah juga telah menurunkan syariat jihad, latihan perang untuk Jihad fi sabilillah, sebagaimana dinyatakan di dalam surat Al-Anfal ayat 60.

Muslim Rohingya di negara Myanmar dalam keadaan tertindas, dikejar-kejar, dibunuh, muslimahnya dirogol dan diusir dari negerinya hari ini.

Dengan kemampuan yang mereka miliki mereka melakukan jihad. “Dengan bermula 300 muslim yang melakukan jihad insya Allah akan bertambah Mujahid yang berlatih dan tak hanya dari Rohingya, namun dari berbagai penjuru dunia,” demikian ujar Abu Arif, seorang ulama Rohingya.

Muslim Rohingya telah melakukan jihad sebagai upaya syar’iyah dan sebab-musabab untuk kemenangan agama Allah Taala di tanah Arakan.

BACA INI JUGA: Sejarah Ringkas Penindasan Terhadap Etnik Rohingya

sumber: suarainsan

Friday, March 24, 2017

Malaysia Tangga Ke-42 Laporan Kegembiraan Dunia 2017

Malaysia Tangga Ke-42 Laporan Kegembiraan Dunia 2017

Menurut Laporan Kegembiraan Dunia 2016 yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia berada di tangga ketiga paling gembira dalam kalangan negara Asia Tenggara lain, yang mana menyaksikan Singapura berada di tangga pertama, diikuti Thailand (ke-2).

Malaysia paling gembira

Laporan tersebut juga mendedahkan Malaysia berada di tangga ke-47 paling gembira di dunia dalam senarai 157 negara di seluruh dunia sebelum ini.

Sementara dalam senarai terbaharu Laporan Kegembiraan Dunia 2017, Malaysia berjaya memperbaharui kedudukan dalam ‘senarai kegembiraan’ dengan melonjak naik daripada kedudukan ke-47 kepada kedudukan ke-42 di dunia.

Apa yang membuatkan anda gembira?

Kegembiraan adalah perkara subjektif dan pastinya berbeza mengikut setiap individu, tetapi setiap makna gembira pastinya suatu perasaan yang akan membuatkan kita bermotivasi untuk meneruskan kehidupan seharian kita.

Secara tidak langsung, kegembiraan adalah matlamat asas bagi setiap orang dalam hidup – tanpa mengira bangsa, agama, jantina, umur, status ataupun pekerjaan.

Tetapi sejauh mana rakyat Malaysia gembira?

Walaupun seolah-olah banyak "masalah" yang kita luahkan, ternyata negara kita adalah antara kelompok yang lebih gembira berbanding beberapa negara maju lain di Asia seperti Jepun dan Korea Selatan.

Jadi, bergembiralah ya.

BACA INI JUGA:

sumber: mmgazette