Saturday, March 25, 2017

11A+ SPM 2016 dan Hafaz 30 juzuk Al-Quran, Remaja ini Kongsi Rahsianya


Salah seorang pelajar cemerlang SPM 2016 yang mendapat semua A+ adalah adik Husna Mardhiyyah binti Mohd Fauzi dari Terengganu.

Husna Mardhiyyah binti Mohd Fauzi

Beliau merupakan pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Kemaman, Terengganu dan di anugerahkan Anugerah Terbaik Ulul Albab.

Apa yang menariknya, beliau bukan sahaja berjaya dalam peperiksaan SPM 2016, malah seorang yang sangat pintar dalam bahasa Arab serta hafazan Al-Quran.

Berikut adalah video beliau semasa mengambil keputusan SPM 2016 lalu dan beliau berkongsi sedikit sebanyak bagaimana cara beliau menggunakan masa beliau untuk mencapai keputusan yang amat membanggakan ini.

Baca Al-Quran sebelum membuka buku akademik

Husna Mardhiyyah binti Mohd Fauzi

Pasti anda semua bersetuju dengan apa yang beliau katakan. Sememangnya cara beliau adalah yang terbaik untuk mendapatkan keberkatan dan juga ilmu dunia.

Beliau mengamalkan membaca Al-Quran terlebih dahulu sebelum membuka buku akademik.

Menurut beliau, jika kita mahu berjaya dalam akademik, kita perlu mendapatkan redha Allah terlebih dahulu. Juga beliau menasihatkan untuk menjaga adab dengan ibu bapa dan juga menjaga hubungan sesama manusia.

Walaupun tidak berapa yakin akan mendapat 11A+, namun beliau yakin jika Allah mengkehendakki beliau untuk dapat, beliau akan dapat.

Beliau juga memberitahu selalu berhubung dengan ibu bapa melalui telefon kerana bersekolah di asrama, dan setiap kali menelefon beliau akan minta ibu bapanya untuk berdoa untuknya, dan juga meminta maaf dan restu dari mereka.

Ibunya turut memberitahu media apa yang dilakukan ketika mengandungkan remaja hebat ini.

“Daripada dalam kandungan lagi saya sentiasa membaca Al-Quran, seperti mana yang kita tahu kan, 3 surah itu. Surah Luqman, Surah Mariam dan Surah Yusuf. Dan juga kalau kita tak mengaji pon, kalau kita naik kereta, kita perdengarkan bacaan Al-Quran daripada tape”

Husna Mardhiyyah binti Mohd Fauzi

Bercita-cita untuk menjadi pensyarah, remaja hebat ini menghafaz 30 juzuk Al-Quran, serta mendapat perlbagai anugerah. Kami sediakan biodata beliau serta anugerah dan pencapaian yang beliau terima.

Kami sangat berbangga dengan anak muda ini atas pencapaian beliau. Semoga beliau dapat menjadi contoh kepada anak-anak muda yang lain dalam menjadi remaja yang berjaya di dunia dan di akhirat insyaAllah.

Bak kata orang-orang tua “Sejuk perut ibu mengandung”.

BACA INI JUGA: Makanan Terbaik Untuk IQ Tinggi

sumber: iluminasi

2 comments

  1. semoga terus berjaya dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  2. Hebatnya.. Boleh jadi contoh kepada anak-anak muda sekarang ni. Saya dah tengok video ucapan beliau dan beliau tak berhenti sebut Allah dan bersyukur

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon